Sunday, June 18, 2017

Over possessive ke pe taktau la

Kau faham tak perasaan bila kau ada something yang kau suka / sayang gila sampai kau sayang nak guna? Sayang nak pakai, nak bawak keluar.


Kadang kadang tu taknak pakai sebab taknak orang lain tengok.


Macam aku ni, aku ada sepasang dress yang akak aku belikan. No actually Kak Izzah belikan kain pasang. So aku hantar jahit. And CANTIK GILA OKAY. Masa dapat kain tu pun aku dah suka. Bila dah siap jadi dress kembang kembang ditiup angin, Allahu cantik ya amat, bagi aku la



Then, aku pakai pergi wedding reception sepupu aku. Suddenly orang puji eh lawa la dress eh cantiknye eh beli mana eh eh ehhhhh


Mula mula aku suka tau orang puji. Well siapa tak suka pujian kan kahkahkah


Tapi ada la sorang girl ni non stop pandang dress aku pakai masa tu sampai aku jealous. Kalau kelakar jangan gelak. Sebab benda ni patutnya tak kelakar pun. Kejadahnye nak cemburu dengan dress sendiri kan.


Tu la masalah aku.



Aku cemburu bila orang pandang barang aku. Tu baru pandang eh. Belum pegang ke pinjam ke apa ke. So, dress tu aku pakai berapa kali je. Lepastu? Aku simpan dalam almari sampai sekarang tak pakai sebab taknak perempuan lain pandang. TERUK KAN AKU? CEMBURU MELAMPAU. Ke over possessive?



Macam tu la bila nanti orang tanya - tanya pasal pakwe aku. Bila mintak tengok gambar, aku jadi emmmm sikit. SEBAB AKU TAKNAK ORANG TENGOK.


Bila bagi tengok, aku marah. Puji la dia hensem ke sado ke apa ke, nanti aku jadi sakit hati sorang. Habis takkan aku nak simbah asid kat muka dia? Takkan aku nak simen kepala dia?


Kalau orang cakap dia tak hensem pun aku marah. Pasal aku sorang je boleh kutuk dia tak hensem. Orang lain jangan. Macam la pakwe @ tunang @ suami kau hensem sangat puiii



Kesimpulannya, aku tak suka orang tengok apa aku punya. Lagi lagi yang aku sayang. Ok? Kau dengan pendirian kau, maka biar aku duduk dengan pendudukan aku. Penat dah berdiri, lenguh nak mampus bazaar ramai orang!

No comments: