Sunday, May 07, 2017

Dulu, ya. Sekarang...

Aku tak pernah menyesal bila ikutkan je nafsu aku malam malam atau pagi buta. Pukul 2-3pagi orang lain qiam atas sejadah, aku menggelepor kat dapur cari makanan.



Makan lepastu selamba sambung tidur.


Tapi sekarang, rasa bersalah ya amat kalau supper aku adalah makanan yang berat. Apa boleh buat, perut melayu yang semedang nak makan nasi je. Taknak lain. Takda nasi, maggi pun jadi. Takda maggi, kalau cam berani sikit, aku senyap senyap keluar pergi 7E.


Kalau kat kamsis, kau whatsapp group paras, tanya siapa ada jual mi segera pukul 2 pagi, percayalah, masih ada yang akan menyahut.

Kalau rezeki kau, dia akan cakap eh ambik jela terus, takyah bayar. Lagi-lagi musim exam. Masa tu aku rasa kalau buat bisnes mi segera memang laku betei.



Aku tak boleh ditemani kelaparan. Sebab nanti pikiran negatif berduyun-duyun menguasai aku.

Lapar...........................
Sekarang ni aku tengah rasa serba salah
Tapi aku rasa makan tengah malam tak menjadi masalah


BUKAN AKU GUNA ELAUN MARA / PTPTN KAU PUNNNNN HAKSHAKSHAKSSSSSS ok babaii nak makan


IKLAN: kat hostel, kalau nak buat bisnes untuk sara makan RM10-RM15 sehari engkau kat kafe cekik darah, buat la bisnes topup. sebab aku penat la hari hari tengok ada siswi cari siapa jual topup sekitar blok. sampaikan masa aku tengah tido, ada orang ketuk pintu bagai nak gila. dah la masa tu roommates semua kena ceramah disiplin kat masjid. AKU TAK PERGI LA SEBAB AKU BERDISIPLIN KAKAKAKA padahal sbb tak kantoi dengan JPKK & felo lagi. ok so aku bukak pintu dengan muka macam dah 2 hari tak tido beserta rambut serabai nak mampus. tiba tiba ada perempuan ni hulur RM10 kat aku.

"apeni wak?"
"nak beli topup. awk ada jual kan?"
"aaaaaa, topup?"
"eh sorry2, salah bilik la. sorry awak kacau awak tido"
Nasib baik aku tak ambik duit tu dan tutup pintu terus sambung tido. Ha naye je karang

No comments: