Tuesday, May 16, 2017

"Dia" pun tak suka kau

Sebenarnya aku tak berapa nak betul sikit sebab petang tadi kena ubat apetah. So aku try taip cepat sikit walaupun tak ada orang peduli.


Sikit lagi aku nak tidur.


Every semester, kelas aku buat program hujung sem. Kalau tak BBQ, pegi steamboat. Buat la program apa pun yang penting mesti makan.


Dan setiap semester pun memang aku takkan join. Jangan tanya sebab apa. Aku pun taktau nak jawab apa. Sama ada aku malas atau aku tak rajin. Atau aku memang serabut kalau ramai orang hahahahahahha k k

Sem ketiga baru aku pergi. Itu pun lepas puas kena paksa la dengan roommate merangkap classmate. Diorang jenis kalau diorang pergi, aku pun kena pergi. Pastu kalau aku pergi, eh kau pun kena pergi. Kau punya roommate, jiran blok sana, ha bawak sekampung! Memang begitu pe'el diorang ye. Jenis makan ajak membe, bagusssss. Tapi yang tak bestnya aku kena heret sekali la

So - lepas dipaksa dipujuk dengan ayat "ala kejap je, kita makan pastu kita balik la. lagipun malam ni kan kita nak praktis lagi"


Esoknya tu (sabtu) kitorang ada program kamsis. Saja saja sukarela nak wakilkan paras, maka kami buat satu team untuk perform atas pentas. So Jumaat malam adalah malam terakhir untuk kitorang praktis, tapi diorang ni still nak pergi jugak bbq tu.


Aku berat hati sikit nak pergi tapi aku whatsapp jugak ibu aku yang masa tu syiokk jalan jalan kat krabi dengan ayah aku. Bagitau la dulu nak keluar. Ape, ingat mak ayah jauh ko takyah bagitau ke?!!!


Gerak la kami petang tu ke Pantai XXXX.


Makanan semua dah siap. Aku datang bawak perut je. Lepastu tolong agihkan makanan. Tu jela.

Malam tu baru makan. Kejap kejap aku tengok jam kat phone. Diorang cakap, kejap je lagi. Sikit je lagi. Ok, sikit je lagi k k tunggu je

Lepastu memasing seronok la melalak dengan macam macam lagu ewah


Aku tak sedap hati tapi try la watlek.


Dah hu ha hu ha, dekat pukul 10 la gerak balik sebab kamsis ni kena balik before 10pm. We girls r so berdisiplin ok, balik on time! Pukul 10 kat sempadan pagar kamsis. Gitu!


Naik bilik, bebudak team paras aku datang bilik kitorang nak praktis. Even badan bau asap pe sume layannnnn hu ha hu ha gelak tak hengat memasing. Sampai pukul 12, aku pergi mandi. Sebenarnya aku penakut tapi sebab nampak ada la sorang dua pergi toilet, aku cepat cepat follow diorang.


Lepas aku mandi, masuk bilik. Sambung praktis sikit lepastu bersurai ah. Gile ko pukul 1-2 nak memekak lagi. Kang ada pintu kena terajang pulak.


Bilik aku ni empat orang. And quite besar la untuk kami. Kalau nak berguling dari hujung ke hujung pun boleh, nak buat jemaah sebaris 5-6 orang pun insyAllah takda hal. Nak buat bulatan bacaan yassin pun muat. Nak buat bulatan makan makan muat. Nak buat bulatan geng cik piah mengata orang... kalau tak muat ni pun gerenti nak kasi muat jugak.


Katil aku ni dekat pintu masuk. aH KEJAP LA AKU LUKIS BODO2 JAP

.
.
.
.
.
.


eMMMMMM hambar sikit ok la serious aku lukis eh


Aku penghuni katil C.

Biru tu tingkap. Tingkap kami mengadap hutan.
Blok kami keras. Lagi keras adalah paras kami.
Memang tak sesuai untuk aku yang penakut.

Katil A & C memang katil yang dekat dengan pintu. So kalau pape jadi sebenarnya aku la yang first akan bukak langkah meskipun berkain batik.


LUPA NAK KENALKAN ROOMMATE AKU. AKU BAGI NAMA BUKAN SEBENAR LA EH. SEBENARNYA MEMANG SEBENAR HAHAHAHA TAPI BUKAN NAMA YG SOKMO PANGGIL.

Katil A - Kak F
Katil B - Sukma
Katil C - Aku la!
Katil D - Zahrah

Kak F, Sukma and aku sekelas. Zahrah ni satu sem bawah kitorang dan dia kos lain. Tapi dia ni ngam je pun dengan kitorang. Aku je susah sikit nak masuk dengan orang baru


Kipas siling pulak, pasang 5 pun rasa bahang sebab sekarang musim summer ye kawan kawan. Jadi kami berempat akan tarik tilam turun tidur kat atas tikar tu sebab dapat angin betul betul bawah kipas.

Malam tu, Kak F dah awal awal tarik tilam dia turun bawah. Diikuti Zahrah. Diorang berdua dah ada kat bawah.

Sukma kat meja dia lagi.
Aku kat meja aku lagi.


Lampu dah tutup. Cuma berbekalkan lampu kat koridor luar je sipi sipi menembus ke bilik. Satu paras tu dah suram, sunyi. Semua dah tidur la kot.


Dah nak tidur tu aku sakit kepala. Amboi, dah seronok melalak memekik tepi pantai & praktis, penutupnya sakit kepala pulak ye. Pandang panadol kat tangan sambil kira 123 dalam hati nak sumbat dalam mulut laju laju dan terus minum air. Tangan kiri dah pegang mug merah yang aku dapat sebagai cenderahati masa join explorace kat KK dulu.


Ok jangan tanya kenapa dah tutup lampu baru ingat nak makan panadol.


Tiba tiba Kak F tepuk kuat, sebak rambut aku and hembus kat telinga kiri aku! Ehhh buat pasal betul la akak ni. Kepala dah pusing, dia nak main main. Aku baru nak hangin. Pandang pandang belakang, ingat nak bunyik sikit la. Eh tak ada! Dia tak ada kat belakang aku.


Yes, dia kat bawah la. Berselimut dan main phone.

Nasib baik aku sempat telan panadol dulu. Kalau tak kang tercekik.


Aku pandang mug aku, aku pandang Kak F.


Dengan mug tu sekali aku angkut lari kat Kak F. Tak tercakap, tak terungkap walau satu perkataan pun. Kak F ingat aku ni saja nak manja manja minum air sebelah dia walhal tak. Aku dah terketar-ketar.


Aku pandang dia sambil tangan tunjuk kat pintu. Tunjuk kat loker. Tunjuk la kat semua tempat tapi mata aku takkan pandang kat mana aku tunjuk. Aku cuma pandang muka Kak F.



Cuak, ok?


Lepastu baru Kak F macam faham apa benda sebenarnya. Diorang pun faham memang aku jenis 'mudah'. So Sukma tolong tarik tilam aku turun bawah, selimutkan aku. Kak F letak yassin bawah bantal aku. Dia siap pasang ayat kursi and yassin lagi kt phone dia sampai aku tidur. Aku punya takut tu, sampai aku tak tidur kat tilam aku pun sebenarnya. Menepek kat tilam Kak F sambil menangis dalam selimut sebab aku dah terkejut gila.


Banyak kali Kak F ajak ambik wudhuk dulu tapi aku taknak. Kalau aku nak pun aku rasa cam ala apa function sebab masatu aku uzur. KENAPA AKU BANYAK KALI REFUSED TAKNAK PERGI TOILET AMBIK WUDHUK WALAUPUN DIORANG NAK BAWAK SATU BILIK TEMAN AKU?

1. Macam aku cakap la, aku rasa takda function pun kot? Kalau salah mohon betulkan
2. Aku taknak pergi toilet lepastu kang terrrnampak benda lain, kena tegur kena bantai lagi, sakit la bodo :-) kau nasib baik je aku takut, kalau tak takut memang aku maki je



Sudahnya semua tidur dengan pasang lampu kat meja study. Dan satu bilik tak tidur sebab tunggu aku betul betul lena.



Pagi esok, aku tengok refleksi kat cermin, mata aku sembab cam nangis kena tinggal bas malam raya dah. Semua tengah beratur tunggu turn nak mandi. Suasana senyap sikit. Sampai la part aku pandang Kak F, Kak F pandang aku. Dna kitorang senyum senyum sikit. Baru aku cerita.

"akak dah agak dah kau mesti ada something. ingatkan kau nak main2kan akak"
"kak, ko tau tak aku ingat ko yang mainkan aku malam semalam?? ko tau tak aku dah taktau nak cakap bahasa apa nak bagitau aku takut semalam..."


Konklusinya, kalau kau tau kau tu uzur, behave. Tak uzur pun sama sebenarnya. Aku serik, kejap je la kot huahuahua. Beberapa minggu lepas tu, aku tak kena bantai dah. Tapi dia sendiri tunjukkan diri.....................

No comments: