Monday, May 08, 2017

2 in 1

Ada sorang manusia ni........Haritu ada la aku whatsapp dia, mintak gambar - gambar untuk siapkan report.

"Salam. Weh, nak gambar"
"Gambar apa?"
"Gambar program haritu boleh, gambar kau pun boleh. Tapi afdhalnya bagi gambar program jelah"
*conversation ni tak sebijik2 sama la sebab takkan aku nak kena search conversation kitorang kot*

Dah. Aku letak phone ke tepi, sambung tengok cerita. Bunyi mesej masuk tu macam berebut-rebut nak tarik perhatian aku tapi biar dulu. Mesti dia tengah send gambar.


Lepas dah agak senyap sikit, aku on whatsapp, download satu satu gambar and terus type, Thanks. Lepas gambar semua dah dapat, aku transfer masuk laptop.

Masa tu baru nak go through satu per satu. 

Yang ni ok...
Ha yang ni pun ok...
Yang ni takyah masuk report la kot...
Yang ni...eh. Bertuah beteii.........


.....gambar dia pun ada sekali noks. Gambar dia sorang je hahaha8g9hiwefnosoo23ri43ojr ok ah sampai sekarang kalau ingat balik pun rasa geli hati. Macam cute jugak la buat perangai camtu

No comments: