Wednesday, February 01, 2017

Lazada & Ninja Van courier

Kelmarin aku ada cuci mata tengok barang kat Lazada. Lepastu berkenan la pulak nak beli satu benda ni. Ehh ini la orang perempuan ye. Daripada cuci mata, terus kelabu mata pilih barang lepastu berputih mata tengok baki akaun.


Lepas dah pilih itu ini, aku terus check out. Proceed nak buat bayaran. Lepastu, dapatlah email pasal order confirmation.


Semalam, 31 Januari. Dapat email, your order is being shipped. Tengok tracking number, semachiammm betul. Rupa rupanya dia guna courier service Ninja Van. Pernah dengar? Aku first time tau kewujudan ni.




Tak jumpa pulak email yang dia bagi tracking id sekali...............

So aku track parcel, diorang belum pickup lagi daripada penjual tersebut. Aku google. Branch tak berapa banyak. Try pulak search kat mana office Ninja Van kat Kuantan, tapi tak jumpa.


Risau la jugak sebab andai kata takda orang nak terima barang kat rumah, nanti kalau aku kena self pickup kat office, OFFICE SAPE PULAK AKU NAK PERGI????????????????????


Jumpa pulak review pasal Ninja Van punya service...............korang google la sendiri eh. Dah cukup buat aku risau. Sebab betul betul ninja rupanya diorang ni hahahahaha


Tanya kat group:









Harini. 1 Februari.
Aku tak expect pun ada parcel untuk aku ke apa sebab yelah, mostly cakap Ninja Van ni service slow. Seronok aku layan drama korea dalam bilik, dapat call daripada nombor tak dikenali. Sejenis aku ni memang fobia nak jawab call kalau tak kenal siapa so aku tengok je nombor tu naik kat skrin. Padahal baru semalam berikrar nak jawab SEMUA CALL selagi barang tak sampai hahahahaha



Tak lama lepastu, abang datang bilik aku, bagi parcel. Maka tahulah aku yang call tadi mesti abam ninja.



Habistu takkan aku nak call balik kan? Aku abaikan je. Dia pun call sekali je tadi.


So aku tanya abang balik cemane rupenye ninja tu.


"Dia pakai topi macam orang pergi memancing, tshirt biasa biasa. Bawak kereta sendiri"


Okay..........tak ada van?


"Tak ada. Dia bawak kereta. Bukan van"


Dia macam ninja ke???


"Tak. Orang biasa biasa je"


O.............kay. Mohon Ninja Van courier pakaikan uniform ninja untuk abam abam ninja yang hantar barang. Lagi woww. Cuma jangan buat waktu malam la (sebab service diorang sampai 10pm tak silap)



Maka pengalaman saya dengan courier ini tidak menakutkan atau mengerikan seperti orang lain. Tahniah dan terima kasih Ninja Van!


2 comments:

the babbler said...

awak, kite pun sejenis manusia yang benci nak angkat call number x kenal >.< haha..btw, ni pun first time dengar ninja van ahaha

Elih Japahar said...

Baru tau courier baru ni.

Kalau pakai custom ninja dan lagi pantas delivery rasanya mesti ramai nak guna servis diorang kan.

Lambat sikit dr poslaju? lebih baik pakai pos laju je.