Saturday, February 18, 2017

Jodoh tak sampai, bodoh pulak bertandang

"omg my gurllll is getting married!!! hm umur sebaya. dia umur 20 dah nak kawen, aku umur 20 terkial kial nak habiskan diploma"


adakah anda;
memang lepas habis sekolah menengah bercita - cita terus nak berlaki?
dapat result spm, apply upu tapi hasrat sampingan nak ada orang masuk meminang?
hormon merenyam menggeletis engkau terus meningkat?


jika ya, fikirkan semula.


Lain orang kan lain bentuk rezeki dan nikmat yang dia dapat. Sama la macam jodoh. Ada jodoh yang datang masa umur kau belas belas, atau 20-an. Jodoh tak datang lewat macam melayu yang asyik cakap on the way on the way padahal baru nak ambik towel pergi mandi kerbau. Dia akan datang pada masa yang tepat.

Masa tepat setiap orang pun berbeza juga. Kau SABAR BOLEH TAK POMPUAN? SOD BA RO. Lempang sakaratulmaut baru ada akai


Hm aku pun taktau la engkorang boleh percaya ke tak apa aku tulis ni. Baca boleh, kalau nak percaya tu next time jelah.



Jangan nak bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Sebab kalau nak compare, kematian kita pun lain - lain juga



Jangan beria sangat kejar jodoh, kang nampak bodoh sangat... jangan ok?
Habiskan apa yang kau tengah buat sekarang.
Maksud aku bukan apa kau tengah buat depan skrin contohnya makan cheezels sambil scroll post aku ke................. tak.. maksud aku,


kalau kau tengah belajar, ya habiskan dulu.
kalau tengah kerja, fokus kerja, siapkan kerja on time la kalau boleh.


Tu je lah. Dah nak pukul lapan malam. Sape dapat BR1M tu, tahniah. Sumbanglah sikit untuk yang memerlukan. Bukan guna untuk sumbangkan suara 3-4 buah lagu je semata - mata.