Sunday, June 18, 2017

Over possessive ke pe taktau la

Kau faham tak perasaan bila kau ada something yang kau suka / sayang gila sampai kau sayang nak guna? Sayang nak pakai, nak bawak keluar.


Kadang kadang tu taknak pakai sebab taknak orang lain tengok.


Macam aku ni, aku ada sepasang dress yang akak aku belikan. No actually Kak Izzah belikan kain pasang. So aku hantar jahit. And CANTIK GILA OKAY. Masa dapat kain tu pun aku dah suka. Bila dah siap jadi dress kembang kembang ditiup angin, Allahu cantik ya amat, bagi aku la



Then, aku pakai pergi wedding reception sepupu aku. Suddenly orang puji eh lawa la dress eh cantiknye eh beli mana eh eh ehhhhh


Mula mula aku suka tau orang puji. Well siapa tak suka pujian kan kahkahkah


Tapi ada la sorang girl ni non stop pandang dress aku pakai masa tu sampai aku jealous. Kalau kelakar jangan gelak. Sebab benda ni patutnya tak kelakar pun. Kejadahnye nak cemburu dengan dress sendiri kan.


Tu la masalah aku.



Aku cemburu bila orang pandang barang aku. Tu baru pandang eh. Belum pegang ke pinjam ke apa ke. So, dress tu aku pakai berapa kali je. Lepastu? Aku simpan dalam almari sampai sekarang tak pakai sebab taknak perempuan lain pandang. TERUK KAN AKU? CEMBURU MELAMPAU. Ke over possessive?



Macam tu la bila nanti orang tanya - tanya pasal pakwe aku. Bila mintak tengok gambar, aku jadi emmmm sikit. SEBAB AKU TAKNAK ORANG TENGOK.


Bila bagi tengok, aku marah. Puji la dia hensem ke sado ke apa ke, nanti aku jadi sakit hati sorang. Habis takkan aku nak simbah asid kat muka dia? Takkan aku nak simen kepala dia?


Kalau orang cakap dia tak hensem pun aku marah. Pasal aku sorang je boleh kutuk dia tak hensem. Orang lain jangan. Macam la pakwe @ tunang @ suami kau hensem sangat puiii



Kesimpulannya, aku tak suka orang tengok apa aku punya. Lagi lagi yang aku sayang. Ok? Kau dengan pendirian kau, maka biar aku duduk dengan pendudukan aku. Penat dah berdiri, lenguh nak mampus bazaar ramai orang!

Tuesday, May 16, 2017

"Dia" pun tak suka kau

Sebenarnya aku tak berapa nak betul sikit sebab petang tadi kena ubat apetah. So aku try taip cepat sikit walaupun tak ada orang peduli.


Sikit lagi aku nak tidur.


Every semester, kelas aku buat program hujung sem. Kalau tak BBQ, pegi steamboat. Buat la program apa pun yang penting mesti makan.


Dan setiap semester pun memang aku takkan join. Jangan tanya sebab apa. Aku pun taktau nak jawab apa. Sama ada aku malas atau aku tak rajin. Atau aku memang serabut kalau ramai orang hahahahahahha k k

Sem ketiga baru aku pergi. Itu pun lepas puas kena paksa la dengan roommate merangkap classmate. Diorang jenis kalau diorang pergi, aku pun kena pergi. Pastu kalau aku pergi, eh kau pun kena pergi. Kau punya roommate, jiran blok sana, ha bawak sekampung! Memang begitu pe'el diorang ye. Jenis makan ajak membe, bagusssss. Tapi yang tak bestnya aku kena heret sekali la

So - lepas dipaksa dipujuk dengan ayat "ala kejap je, kita makan pastu kita balik la. lagipun malam ni kan kita nak praktis lagi"


Esoknya tu (sabtu) kitorang ada program kamsis. Saja saja sukarela nak wakilkan paras, maka kami buat satu team untuk perform atas pentas. So Jumaat malam adalah malam terakhir untuk kitorang praktis, tapi diorang ni still nak pergi jugak bbq tu.


Aku berat hati sikit nak pergi tapi aku whatsapp jugak ibu aku yang masa tu syiokk jalan jalan kat krabi dengan ayah aku. Bagitau la dulu nak keluar. Ape, ingat mak ayah jauh ko takyah bagitau ke?!!!


Gerak la kami petang tu ke Pantai XXXX.


Makanan semua dah siap. Aku datang bawak perut je. Lepastu tolong agihkan makanan. Tu jela.

Malam tu baru makan. Kejap kejap aku tengok jam kat phone. Diorang cakap, kejap je lagi. Sikit je lagi. Ok, sikit je lagi k k tunggu je

Lepastu memasing seronok la melalak dengan macam macam lagu ewah


Aku tak sedap hati tapi try la watlek.


Dah hu ha hu ha, dekat pukul 10 la gerak balik sebab kamsis ni kena balik before 10pm. We girls r so berdisiplin ok, balik on time! Pukul 10 kat sempadan pagar kamsis. Gitu!


Naik bilik, bebudak team paras aku datang bilik kitorang nak praktis. Even badan bau asap pe sume layannnnn hu ha hu ha gelak tak hengat memasing. Sampai pukul 12, aku pergi mandi. Sebenarnya aku penakut tapi sebab nampak ada la sorang dua pergi toilet, aku cepat cepat follow diorang.


Lepas aku mandi, masuk bilik. Sambung praktis sikit lepastu bersurai ah. Gile ko pukul 1-2 nak memekak lagi. Kang ada pintu kena terajang pulak.


Bilik aku ni empat orang. And quite besar la untuk kami. Kalau nak berguling dari hujung ke hujung pun boleh, nak buat jemaah sebaris 5-6 orang pun insyAllah takda hal. Nak buat bulatan bacaan yassin pun muat. Nak buat bulatan makan makan muat. Nak buat bulatan geng cik piah mengata orang... kalau tak muat ni pun gerenti nak kasi muat jugak.


Katil aku ni dekat pintu masuk. aH KEJAP LA AKU LUKIS BODO2 JAP

.
.
.
.
.
.


eMMMMMM hambar sikit ok la serious aku lukis eh


Aku penghuni katil C.

Biru tu tingkap. Tingkap kami mengadap hutan.
Blok kami keras. Lagi keras adalah paras kami.
Memang tak sesuai untuk aku yang penakut.

Katil A & C memang katil yang dekat dengan pintu. So kalau pape jadi sebenarnya aku la yang first akan bukak langkah meskipun berkain batik.


LUPA NAK KENALKAN ROOMMATE AKU. AKU BAGI NAMA BUKAN SEBENAR LA EH. SEBENARNYA MEMANG SEBENAR HAHAHAHA TAPI BUKAN NAMA YG SOKMO PANGGIL.

Katil A - Kak F
Katil B - Sukma
Katil C - Aku la!
Katil D - Zahrah

Kak F, Sukma and aku sekelas. Zahrah ni satu sem bawah kitorang dan dia kos lain. Tapi dia ni ngam je pun dengan kitorang. Aku je susah sikit nak masuk dengan orang baru


Kipas siling pulak, pasang 5 pun rasa bahang sebab sekarang musim summer ye kawan kawan. Jadi kami berempat akan tarik tilam turun tidur kat atas tikar tu sebab dapat angin betul betul bawah kipas.

Malam tu, Kak F dah awal awal tarik tilam dia turun bawah. Diikuti Zahrah. Diorang berdua dah ada kat bawah.

Sukma kat meja dia lagi.
Aku kat meja aku lagi.


Lampu dah tutup. Cuma berbekalkan lampu kat koridor luar je sipi sipi menembus ke bilik. Satu paras tu dah suram, sunyi. Semua dah tidur la kot.


Dah nak tidur tu aku sakit kepala. Amboi, dah seronok melalak memekik tepi pantai & praktis, penutupnya sakit kepala pulak ye. Pandang panadol kat tangan sambil kira 123 dalam hati nak sumbat dalam mulut laju laju dan terus minum air. Tangan kiri dah pegang mug merah yang aku dapat sebagai cenderahati masa join explorace kat KK dulu.


Ok jangan tanya kenapa dah tutup lampu baru ingat nak makan panadol.


Tiba tiba Kak F tepuk kuat, sebak rambut aku and hembus kat telinga kiri aku! Ehhh buat pasal betul la akak ni. Kepala dah pusing, dia nak main main. Aku baru nak hangin. Pandang pandang belakang, ingat nak bunyik sikit la. Eh tak ada! Dia tak ada kat belakang aku.


Yes, dia kat bawah la. Berselimut dan main phone.

Nasib baik aku sempat telan panadol dulu. Kalau tak kang tercekik.


Aku pandang mug aku, aku pandang Kak F.


Dengan mug tu sekali aku angkut lari kat Kak F. Tak tercakap, tak terungkap walau satu perkataan pun. Kak F ingat aku ni saja nak manja manja minum air sebelah dia walhal tak. Aku dah terketar-ketar.


Aku pandang dia sambil tangan tunjuk kat pintu. Tunjuk kat loker. Tunjuk la kat semua tempat tapi mata aku takkan pandang kat mana aku tunjuk. Aku cuma pandang muka Kak F.



Cuak, ok?


Lepastu baru Kak F macam faham apa benda sebenarnya. Diorang pun faham memang aku jenis 'mudah'. So Sukma tolong tarik tilam aku turun bawah, selimutkan aku. Kak F letak yassin bawah bantal aku. Dia siap pasang ayat kursi and yassin lagi kt phone dia sampai aku tidur. Aku punya takut tu, sampai aku tak tidur kat tilam aku pun sebenarnya. Menepek kat tilam Kak F sambil menangis dalam selimut sebab aku dah terkejut gila.


Banyak kali Kak F ajak ambik wudhuk dulu tapi aku taknak. Kalau aku nak pun aku rasa cam ala apa function sebab masatu aku uzur. KENAPA AKU BANYAK KALI REFUSED TAKNAK PERGI TOILET AMBIK WUDHUK WALAUPUN DIORANG NAK BAWAK SATU BILIK TEMAN AKU?

1. Macam aku cakap la, aku rasa takda function pun kot? Kalau salah mohon betulkan
2. Aku taknak pergi toilet lepastu kang terrrnampak benda lain, kena tegur kena bantai lagi, sakit la bodo :-) kau nasib baik je aku takut, kalau tak takut memang aku maki je



Sudahnya semua tidur dengan pasang lampu kat meja study. Dan satu bilik tak tidur sebab tunggu aku betul betul lena.



Pagi esok, aku tengok refleksi kat cermin, mata aku sembab cam nangis kena tinggal bas malam raya dah. Semua tengah beratur tunggu turn nak mandi. Suasana senyap sikit. Sampai la part aku pandang Kak F, Kak F pandang aku. Dna kitorang senyum senyum sikit. Baru aku cerita.

"akak dah agak dah kau mesti ada something. ingatkan kau nak main2kan akak"
"kak, ko tau tak aku ingat ko yang mainkan aku malam semalam?? ko tau tak aku dah taktau nak cakap bahasa apa nak bagitau aku takut semalam..."


Konklusinya, kalau kau tau kau tu uzur, behave. Tak uzur pun sama sebenarnya. Aku serik, kejap je la kot huahuahua. Beberapa minggu lepas tu, aku tak kena bantai dah. Tapi dia sendiri tunjukkan diri.....................

Saturday, May 13, 2017

Istanbul Aku Datang

Walaupun sekarang 2017, aku masih mengulang tayang filem tahun 2012. Aku ingat aku akan bosan dengan cerita ni, rupanya tak.


Istanbul Aku Datang.


First time tengok, JUJUR CAKAP AKU TAK BOLEH TERIMA BILA DIA TERIMA HARIS, BUKAN AZAD.

Kali kedua, sama.
Kali ketiga, sama.

Aku tak pasti bila kali keempat aku ulang, tapi kali ni penerimaan aku dah berubah. Aku dah faham kenapa D pilih lelaki yang dia baru kenal instead of the boyfriend dia berkasih sejak zaman sekolah baju putih kain biru.


It's not about looks.
Not about how long you've known him..
Atau kenangan manesss kau dan akuuuu


Tapi soal dia di sini adalah layanan dia pada kau.
Dulu aku tanya, kenapa tak bagi second chance?


Tapi sekarang aku faham. Ada orang bila dibagi peluang kedua dan seterusnya, mungkin dia janji dia akan berubah, tapi tau tak??? hati kita pun slow slow berubah jugak.


Ada orang en, jangankan peluang kedua. Bahkan peluang pertama pun tak layak dia dapat sebenarnya. Namun begitu, jika tidak kerana dia, mungkin kita tak jadi macam kita hari ini. 


D tahu dia perlu berambus daripada lelaki toksik seperti Azad - baran, cakap melulu, menuduh tanpa bukti, curang. Bila dia marah, dia hina D.



Dua hidup yang dah sebati, tak semudah tu nak dileraikan. Awak jugak yang cakap macam tu kan?
Memang. Tapi kalau benda tu memudaratkan, sakitnya kita kena buang jugak.




Monday, May 08, 2017

2 in 1

Ada sorang manusia ni........Haritu ada la aku whatsapp dia, mintak gambar - gambar untuk siapkan report.

"Salam. Weh, nak gambar"
"Gambar apa?"
"Gambar program haritu boleh, gambar kau pun boleh. Tapi afdhalnya bagi gambar program jelah"
*conversation ni tak sebijik2 sama la sebab takkan aku nak kena search conversation kitorang kot*

Dah. Aku letak phone ke tepi, sambung tengok cerita. Bunyi mesej masuk tu macam berebut-rebut nak tarik perhatian aku tapi biar dulu. Mesti dia tengah send gambar.


Lepas dah agak senyap sikit, aku on whatsapp, download satu satu gambar and terus type, Thanks. Lepas gambar semua dah dapat, aku transfer masuk laptop.

Masa tu baru nak go through satu per satu. 

Yang ni ok...
Ha yang ni pun ok...
Yang ni takyah masuk report la kot...
Yang ni...eh. Bertuah beteii.........


.....gambar dia pun ada sekali noks. Gambar dia sorang je hahaha8g9hiwefnosoo23ri43ojr ok ah sampai sekarang kalau ingat balik pun rasa geli hati. Macam cute jugak la buat perangai camtu

Sunday, May 07, 2017

Dulu, ya. Sekarang...

Aku tak pernah menyesal bila ikutkan je nafsu aku malam malam atau pagi buta. Pukul 2-3pagi orang lain qiam atas sejadah, aku menggelepor kat dapur cari makanan.



Makan lepastu selamba sambung tidur.


Tapi sekarang, rasa bersalah ya amat kalau supper aku adalah makanan yang berat. Apa boleh buat, perut melayu yang semedang nak makan nasi je. Taknak lain. Takda nasi, maggi pun jadi. Takda maggi, kalau cam berani sikit, aku senyap senyap keluar pergi 7E.


Kalau kat kamsis, kau whatsapp group paras, tanya siapa ada jual mi segera pukul 2 pagi, percayalah, masih ada yang akan menyahut.

Kalau rezeki kau, dia akan cakap eh ambik jela terus, takyah bayar. Lagi-lagi musim exam. Masa tu aku rasa kalau buat bisnes mi segera memang laku betei.



Aku tak boleh ditemani kelaparan. Sebab nanti pikiran negatif berduyun-duyun menguasai aku.

Lapar...........................
Sekarang ni aku tengah rasa serba salah
Tapi aku rasa makan tengah malam tak menjadi masalah


BUKAN AKU GUNA ELAUN MARA / PTPTN KAU PUNNNNN HAKSHAKSHAKSSSSSS ok babaii nak makan


IKLAN: kat hostel, kalau nak buat bisnes untuk sara makan RM10-RM15 sehari engkau kat kafe cekik darah, buat la bisnes topup. sebab aku penat la hari hari tengok ada siswi cari siapa jual topup sekitar blok. sampaikan masa aku tengah tido, ada orang ketuk pintu bagai nak gila. dah la masa tu roommates semua kena ceramah disiplin kat masjid. AKU TAK PERGI LA SEBAB AKU BERDISIPLIN KAKAKAKA padahal sbb tak kantoi dengan JPKK & felo lagi. ok so aku bukak pintu dengan muka macam dah 2 hari tak tido beserta rambut serabai nak mampus. tiba tiba ada perempuan ni hulur RM10 kat aku.

"apeni wak?"
"nak beli topup. awk ada jual kan?"
"aaaaaa, topup?"
"eh sorry2, salah bilik la. sorry awak kacau awak tido"
Nasib baik aku tak ambik duit tu dan tutup pintu terus sambung tido. Ha naye je karang

Saturday, February 18, 2017

Jodoh tak sampai, bodoh pulak bertandang

"omg my gurllll is getting married!!! hm umur sebaya. dia umur 20 dah nak kawen, aku umur 20 terkial kial nak habiskan diploma"


adakah anda;
memang lepas habis sekolah menengah bercita - cita terus nak berlaki?
dapat result spm, apply upu tapi hasrat sampingan nak ada orang masuk meminang?
hormon merenyam menggeletis engkau terus meningkat?


jika ya, fikirkan semula.


Lain orang kan lain bentuk rezeki dan nikmat yang dia dapat. Sama la macam jodoh. Ada jodoh yang datang masa umur kau belas belas, atau 20-an. Jodoh tak datang lewat macam melayu yang asyik cakap on the way on the way padahal baru nak ambik towel pergi mandi kerbau. Dia akan datang pada masa yang tepat.

Masa tepat setiap orang pun berbeza juga. Kau SABAR BOLEH TAK POMPUAN? SOD BA RO. Lempang sakaratulmaut baru ada akai


Hm aku pun taktau la engkorang boleh percaya ke tak apa aku tulis ni. Baca boleh, kalau nak percaya tu next time jelah.



Jangan nak bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Sebab kalau nak compare, kematian kita pun lain - lain juga



Jangan beria sangat kejar jodoh, kang nampak bodoh sangat... jangan ok?
Habiskan apa yang kau tengah buat sekarang.
Maksud aku bukan apa kau tengah buat depan skrin contohnya makan cheezels sambil scroll post aku ke................. tak.. maksud aku,


kalau kau tengah belajar, ya habiskan dulu.
kalau tengah kerja, fokus kerja, siapkan kerja on time la kalau boleh.


Tu je lah. Dah nak pukul lapan malam. Sape dapat BR1M tu, tahniah. Sumbanglah sikit untuk yang memerlukan. Bukan guna untuk sumbangkan suara 3-4 buah lagu je semata - mata.

Sunday, February 12, 2017

Apa aku buat bila rasa patah hati teruk........

??????????

1) Makan
2) Tidur
3) Iron baju sama banyak kali, dalam erti kata lain bazir elektrik
4) Borak dengan budak bilik
5) Cari kawan baru
7) Kibas katil
8) Jadi pelupa



Lepastu menyampah dengan orang yang cakap takkan jadi macam dolu dolu. Hm kucing dengar pun boleh menyinga camni............................


Dahlah. Nak bancuh kunyit pastu tepek kat muka. Layan menulis ni jap lagi apa pun tak jadi. Azam malam ni nak tidur awal.


Azam; resolution; wish


Bukan Azam sejenis manusia. Tah sapa-sapa dia tah aku nak peduli dia tidur lewat ke tidak.

Wednesday, February 01, 2017

Lazada & Ninja Van courier

Kelmarin aku ada cuci mata tengok barang kat Lazada. Lepastu berkenan la pulak nak beli satu benda ni. Ehh ini la orang perempuan ye. Daripada cuci mata, terus kelabu mata pilih barang lepastu berputih mata tengok baki akaun.


Lepas dah pilih itu ini, aku terus check out. Proceed nak buat bayaran. Lepastu, dapatlah email pasal order confirmation.


Semalam, 31 Januari. Dapat email, your order is being shipped. Tengok tracking number, semachiammm betul. Rupa rupanya dia guna courier service Ninja Van. Pernah dengar? Aku first time tau kewujudan ni.




Tak jumpa pulak email yang dia bagi tracking id sekali...............

So aku track parcel, diorang belum pickup lagi daripada penjual tersebut. Aku google. Branch tak berapa banyak. Try pulak search kat mana office Ninja Van kat Kuantan, tapi tak jumpa.


Risau la jugak sebab andai kata takda orang nak terima barang kat rumah, nanti kalau aku kena self pickup kat office, OFFICE SAPE PULAK AKU NAK PERGI????????????????????


Jumpa pulak review pasal Ninja Van punya service...............korang google la sendiri eh. Dah cukup buat aku risau. Sebab betul betul ninja rupanya diorang ni hahahahaha


Tanya kat group:









Harini. 1 Februari.
Aku tak expect pun ada parcel untuk aku ke apa sebab yelah, mostly cakap Ninja Van ni service slow. Seronok aku layan drama korea dalam bilik, dapat call daripada nombor tak dikenali. Sejenis aku ni memang fobia nak jawab call kalau tak kenal siapa so aku tengok je nombor tu naik kat skrin. Padahal baru semalam berikrar nak jawab SEMUA CALL selagi barang tak sampai hahahahaha



Tak lama lepastu, abang datang bilik aku, bagi parcel. Maka tahulah aku yang call tadi mesti abam ninja.



Habistu takkan aku nak call balik kan? Aku abaikan je. Dia pun call sekali je tadi.


So aku tanya abang balik cemane rupenye ninja tu.


"Dia pakai topi macam orang pergi memancing, tshirt biasa biasa. Bawak kereta sendiri"


Okay..........tak ada van?


"Tak ada. Dia bawak kereta. Bukan van"


Dia macam ninja ke???


"Tak. Orang biasa biasa je"


O.............kay. Mohon Ninja Van courier pakaikan uniform ninja untuk abam abam ninja yang hantar barang. Lagi woww. Cuma jangan buat waktu malam la (sebab service diorang sampai 10pm tak silap)



Maka pengalaman saya dengan courier ini tidak menakutkan atau mengerikan seperti orang lain. Tahniah dan terima kasih Ninja Van!


Monday, January 02, 2017

Koko krunch, honeystar, milo

Ola. Apa yang viral dan trending sekarang? Pasal peanut butter coco and jam tu ke?


Start dari dia punya slang,
and then foundaisyennn,
tak makan makanan melayu
date someone else's husband
and now

HAPPILY MARRIED WITH THE SAME GUY


Mula mula aku terhibur juga baca benda tu bila lalu kat timeline, tapi lama lama makin jelik bila tengok sorang demi sorang gigih nak korek semua pasal dia and up tweet memasing. Aku takda masalah pun, twitter diorang kan


Bukak group whatsapp, sana sini group cerita pasal orang sama. And semalam, bila dia dah kahwin, ahh ada la benda yang diorang tegur and cakap sana sini.


Like gurlsss, stop it, can or not? Berhenti la nak gelakkan or rendahkan orang lain. How about you, jaga body you sendiri? Maybe if ur fats menggelebeh, please adjust la eh.


Sekali orang tu kena bash, semua nak join sekaki


U bring people down just to feel good about yourself kan?
*smirks*