Thursday, November 17, 2016

M

Aku kalau nak bagitau mimpi aku satu satu yang datang, memang takleh la. Tapi so far mimpi paling seram aku pernah kena;


1. Kiamat
2. Dajjal
3. Kematian orang yang palingggg aku sayang
4. Tak ingat tapi still seram
5. Arwah pandang dgn renungan tajam, pesan "jangan jadikan alquran tu sebagai hiasan!"

Tengok tak movie Munafik? Part Nabila Huda kena rasuk, mata dia tu cemane.. camtu la renungan arwah dalam mimpi aku.


Pastu aku insaf kejap je tau.


Sekarang lagha balik. Mohon bimbing aku ke arah jalan yang benar semula.

Sunday, November 06, 2016

Nak halau tapi baca tak betul

Aku kena 'kacau'. Lembaga berpakaian serba serbi putih. Muka putih pucat. And of course, benda pertama yang kita akan fikir, baca ayat kursi kan. Tapi, aku baca tiga empat kali sampai habis, benda tu still depan aku. Senyum gelak, ejek aku.


Taktau kenapa liat sangat makhluk ni nak berambus. Lepastu korang tau tak apa jadi?



Lepas dia gelak berdekah tak hengat, dia keluar dari bilik. Aku lega. Cuma tak lama. Dia datang masuk semula. Bagi aku sekeping kertas. Tau tak apa ada kat kertas tu?



Ayat kursi. 


Dia langsung tak bercakap dengan aku. Dia hulur kertas tu kat aku. Suruh aku baca semula. Rupanya sepanjang aku gelabah baca tadi yang dia tak berambus tu sebab aku salah baca. Dia nak aku baca semula DENGAN BETUL. Apekah? Korang pelikkan? Aku pun pelik sebenarnya. Aku taktau kenapa and apa motif dia nak aku baca ayat yang betul.


Aku pun terketar-ketar pegang kertas tu dan cuba chill supaya aku boleh baca semula dengan lancar. Sepanjang aku baca tu, kawan kawan 'dia' datang ramai ramai nak halang aku baca. Tapi dia buat apa? Dia halang kawan kawan dia supaya tak kacau aku. Apekah lagi?


Sampai la ayat last, baru semua hilang. lesap. Termasuk dia.



Dan aku pun terjaga dari tidur.


Heran ok.

Serious, memang takda satu pun salah yang dia bagi dalam kertas tu. Ok la bye aku nak cari tin kosong ni






By the way, amalan baca doa tidur, 3 Qul, ayatul kursi and mengucap dua kalimah syahidah tu better korang amalkan la before tidur setiap malam. Wan aku selalu ingatkan benda ni dari aku kecik sampai sekarang kalau aku balik kampung tidur sebelah wan.