Saturday, August 13, 2016

dear male doctors

*inhale*


..........


*exhale*


harini dah hari kelima aku demam. eh tak. semalam last. empat hari demam. yang mana biasanya kalau dah cukup tiga hari, kau afdhal pergi cocok (i ll spell the way i pronounce it) ambik darah sebab disyaki denggi.


tak sedap badan
berat nanangg eh berat kepala la
suhu badan tiba tiba naik
muntah muntah
suhu naik turun tiba tiba


sejak kebelakangan ni kalau demam, tak sah kalau aku tak ulang alik toilet pergi muntah. cirit dengan muntah dua dua menyeksakan sebenarnya. sebab kau takleh halang menda tu dari keluar.



on thursday - finally, baru aku ada kekuatan nak bangkit dari katil dan pergi klinik. biasanya klinik tu ada doktor perempuan. WEH PAHAL KALI NI DOKTOR LELAKI.


dari saat nurse panggil nama aku, masa dia bukak pintu, aku dah nampak doktor tu. lelaki. rasa awkward sebenarnya. sebab dah lama tak dapat doktor lelaki.


masuk je bilik tu. doktor terus tarik tangan. check nadi, check pressure... yesss aku memang tahu, doktor akan check semua tu. kalau sebelum2 ni doktor perempuan yang check, aku tak kisah. tapi sebab doktor lelaki, aku terkejut.


doctor... at least...  cakaplah ok saya nak periksa blablabla dulu...


ok. sudah dah part dia pegang tangan tiba tiba tanpa notis.


"sekarang ni awak baring kat katil dulu ye"


dah doktor suruh, aku pun panjat le katil. baring. TIBA TIBA TAKKKKK DIA DATANG KAT AKU TERUS TANGAN DIA LANDING KAT PERUT AND NAK SELAK BAJU AKU? kau tau reaksi aku punya gelabah tak hengat cane...?


terus bangun & tarik kakak nurse yang teman kat sebelah doktor tu sambil kaki dah terangkat sebab hampir terbagi terajang.

"saya kena check perut awak dulu ni" ah sudah, doktor? lenkali cuba bagitau awal-awal. tak ada saya gelabah camtu. lepas dah struggle beberapa minit baru aku pejam mata, bagi doktor check perut. dia main tekan tekan feh nasib baik tak terkentut


------------


aku pikir, ape susah sangat ke bagitau dulu nak buat apa kat patient? boleh tak jangan acah2 hero melayu bagi surprise?


masa follow-up kat hospital dulu, aku dapat doktor bangsa cina. lelaki. very gentle one sebab dia akan mintak permission and said sorry for everything dia nak buat kat aku.


"mintak maaf ye saya pegang awak"
"mintak maaf ye saya selak tudung awak sikit"
"mintak maaf ye saya ternampak leher awak"


mana kurangnya doktor melayu ni eh? dari segi adab ke? atau apa? kenapa bangsa and agama lain boleh tanya kita dulu? sebab diorang nampak darjat wanita tu tinggi ke? atau sebab perempuan islam ni sensitif bab2 lelaki ajnabi menyentuh dan melihat aurat dia?



habistu, lelaki melayu tak nampak ke sensitiviti orang sendiri?



please. tinggi mana pun pangkat, jadi siapa pun kita, berapa angka pun gaji, jangan segan untuk mintak permisi dan mintak maaf :)

3 comments:

Anonymous said...

👍 👍

Anonymous said...

Yezza. Kalau ad mak ayh/ say sorry to mak ayh.. maaf ye sy pegang ank puan...
Takpun.. maaf ye dik.. nurse ad temankan awk ..
Lega sikittt walaupun malu masih menebal. Tiba2 taktau dah sakit katmana

Izz Hazwani said...

betul. setiap perkataan tu boleh jadi penenang atau pengacau emosi kita.