Sunday, July 31, 2016

bye

Assalammualaikum yaw whaddup gaissss pekabo!


harini hari Ahad tau. dah hujung2 syawal tapi aku nak jugak wish SHRMZB. sebenarnya aku takda apa pun nak taip. tapi saja la nak muncul kat sini nak bagitau aku Alhamdulillah ada nafas lagi, hidup lagi.


pastu haritu, kelas aku pukul 2. tapi 1:30 aku pergi sekolah ambik adik adik aku. ini memang rutin bila aku ada kat rumah.


1:48 sampai rumah.

"ok dah dah, turun cepat eh"
"ehhh, akak nak pergi mana?"
"akak ada kelas, nak pergi sekolah akak la"
"ish ok jap jap"


dia yang masa tu bawak keluar surat daripada pihak sekolah, bergegas nak simpan semula surat tu dalam beg, nak zip beg. kalut betul. macam takut aku dah lambat sangat la kiranya. tapi chill la. ini akak kan, apedehal datang lambat. akak salahkan korang balik nwuenfieiew hahahahaa


lepastu dia pun turun dari kereta sambil wish aku;


"bye bye, SEMOGA BERJAYA!"


apekahhh? siapa adik sekarang ni? beria wish aku semoga berjaya. wish tu untuk my next class ke atau untuk my whole semester??


bukan patut aku ke wish dia belajar elok elok, jangan lupa makan kat sekolah, etc... ?? konpius dah

No comments: