Sunday, July 31, 2016

ikhtiar rambut gugur aku

faham tak perasaan stress bila rambut asyik gugur? dia rasa macam..... EGH!!!! sampai pernah la bangu tidur, tengok seurai dua rambut atas bantal

rambut gugur aku makin menjadi-jadi sejak guna syampu marine essence kaler ijo tu. aku ingat nak habiskan sebotol tapi takleh pergi dah maka aku stop. 


pakai pulak syampu HIMALAYA ANTI-HAIRFALL. satu sem kat kamsis; satu sem tu la aku pakai syampu ni. Alhamdulillah ok sikit la ni. 


pastu sekarang pakai syampu shayla kaler oren. syampu wanita bertudung wahhh kelas kau ti! sesiapa yang free hair pastu tunggu hidayah paceroh tak sampai sampai, shayla dah sampai tu ha. pagi ni kau genyeh rambut dengan shayla, jap lagi tau tau tumbuh hijab kat rambut kau! ha syampu lain mampu tak buat camtu????!


ok 


tapi macam tak berapa nampak berkurang pun. tapi aku pakai jugak sebab bau dia wangi sangat. 


LEPASTU AKU JUMPA SATU SERUM NI TAU. then aku pun sapu la. malam pertama, wow banyaknya gugur. malam kedua, sama jugak banyak. 

malam ketiga, dah kurang! serious dah kurang sangat!dah la serum tu wangi gila. pastu rasa rambut lembut ok. serum ni cakap elok untuk masalah kelemumur, bercabang, berbuah jugak.



rasanya rambut is the only asset yang aku boleh banggakan pada diri aku tapi sayang takleh tunjuk kat semorang. simpan untuk laki je







since serum ni wangi, kalau rambut berbau tu korang boleh la pakai ni eh. tapi jangan le kau buat paseiii lepas mandi terus pakai tudung masa rambut basah pastu biar je bau kepam dan berhasrat nak jadikan serum ni penyelamat kau. kepam ! semenggah sikit perangai tu ei tak selera betul la



dulu aku ada kelemumur tahap nak pakai baju hitam pun sogann. tapi tak ingat la aku pakai apa sampai hilang kelemumur tu. nanti kalau ingat, aku bagitau ok. tapi kalau nak ikhtiar dengan serum ini pun bisa ajaaaa ya.






pastu, apa lagi kelebihan serum MYFA ni?


  • Merawat rambut rosak dan bercabang/berbuah
  • Sesuai bagi rambut yang rebonding/dye
  • Rambut yang selalu diwarna 
  • Melembutkan rambut yang kasar
  • Mencegah kegatalan kulit kepala dan kelumumur
  • Menjadikan rambut mudah terurus
  • Rambut sihat dan bersinar 
  • Mengurangkan keguguran rambut 
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru 
  • Melebatkan rambut 
  • Melambatkan pertumbuhan uban 
  • Menghindarkan kutu 
  • Serum rambut yang berasaskan air 
  • Tidak berminyak 
  • Sangat wangi 
  • Boleh dibawa solat 
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Perempuan/Lelaki
  • Dewasa/Kanak-kanak


Part yang tak berminyak tu, memang ye. Sebabnya, macam baby oil la contohnya, korang dah letak atas tapak tangan pastu nak basuh, still rasa berminyak kan? Tapi SERUM MYFA ni, korang buh kat tangan pastu pergi basuh tangan, tak rasa pun berminyak !



YEKE? HARGA BERAPA?
harga dia pun tak mahal. RM 10 je
RM 10 tapi fungsi all in one. mana nak dapat?


APA BEZA BIRU HIJAU DENGAN PINK TU?
fungsi semua sama. dulu kita ada biru je. sekarang dah tambah dua lagi warna baru iaitu hijau dan pink. sebab nak variasikan bau.


biru bau fresh
hijau bau epal
pink bau lembut macam soft lily


RAMAI PILIH WARNA APA?
lain orang lain la minat dia kan. tapi so far, yang beli dengan aku, dorang prefer biru. beria aku promote hijau sebab aku pakai ni. memang feveret gila. tapi entahla, people always go for the original one kot.


MANA NAK BELI?
orang kuantan, boleh cod dengan saiaaaaa. lagi senang kalau cod. sebab biasanya aku bawak tiga warna terus jumpa customer. pastu bagi bau satu-satu serum and boleh buat pilihan.

luar kuantan, boleh by postage. kalau rasa sebotol serum tak berbaloi dengan pos rm6/7 tu, pakat share beli dengan kawan-kawan ofis ke, sekolah ke, kelas ke.. ajak jiran beli sekali ke...


COD AREA MANA?
taman perumahan:
seluruh INDERA MAHKOTA
bukit setongkol
cenderawasih


IPT:
Polisas
Kolej Komuniti
Shahputra (UCSA)
UIA


MACAM MANA NAK CONTACT?
whatsapp 0148450584



whatsapp nombor tu je. okay?


bantu saya buat saving untuk masa depan
bantu saya buat saving lepas habis belajar
bantu saya buat saving untuk bantu diri sendiri dan keluarga
!!!!!!!!!!!!!!!!!!


dan bantulah diri sendiri dengan usaha untuk rawat rambut anda

bye

Assalammualaikum yaw whaddup gaissss pekabo!


harini hari Ahad tau. dah hujung2 syawal tapi aku nak jugak wish SHRMZB. sebenarnya aku takda apa pun nak taip. tapi saja la nak muncul kat sini nak bagitau aku Alhamdulillah ada nafas lagi, hidup lagi.


pastu haritu, kelas aku pukul 2. tapi 1:30 aku pergi sekolah ambik adik adik aku. ini memang rutin bila aku ada kat rumah.


1:48 sampai rumah.

"ok dah dah, turun cepat eh"
"ehhh, akak nak pergi mana?"
"akak ada kelas, nak pergi sekolah akak la"
"ish ok jap jap"


dia yang masa tu bawak keluar surat daripada pihak sekolah, bergegas nak simpan semula surat tu dalam beg, nak zip beg. kalut betul. macam takut aku dah lambat sangat la kiranya. tapi chill la. ini akak kan, apedehal datang lambat. akak salahkan korang balik nwuenfieiew hahahahaa


lepastu dia pun turun dari kereta sambil wish aku;


"bye bye, SEMOGA BERJAYA!"


apekahhh? siapa adik sekarang ni? beria wish aku semoga berjaya. wish tu untuk my next class ke atau untuk my whole semester??


bukan patut aku ke wish dia belajar elok elok, jangan lupa makan kat sekolah, etc... ?? konpius dah