Thursday, November 17, 2016

M

Aku kalau nak bagitau mimpi aku satu satu yang datang, memang takleh la. Tapi so far mimpi paling seram aku pernah kena;


1. Kiamat
2. Dajjal
3. Kematian orang yang palingggg aku sayang
4. Tak ingat tapi still seram
5. Arwah pandang dgn renungan tajam, pesan "jangan jadikan alquran tu sebagai hiasan!"

Tengok tak movie Munafik? Part Nabila Huda kena rasuk, mata dia tu cemane.. camtu la renungan arwah dalam mimpi aku.


Pastu aku insaf kejap je tau.


Sekarang lagha balik. Mohon bimbing aku ke arah jalan yang benar semula.

Sunday, November 06, 2016

Nak halau tapi baca tak betul

Aku kena 'kacau'. Lembaga berpakaian serba serbi putih. Muka putih pucat. And of course, benda pertama yang kita akan fikir, baca ayat kursi kan. Tapi, aku baca tiga empat kali sampai habis, benda tu still depan aku. Senyum gelak, ejek aku.


Taktau kenapa liat sangat makhluk ni nak berambus. Lepastu korang tau tak apa jadi?



Lepas dia gelak berdekah tak hengat, dia keluar dari bilik. Aku lega. Cuma tak lama. Dia datang masuk semula. Bagi aku sekeping kertas. Tau tak apa ada kat kertas tu?



Ayat kursi. 


Dia langsung tak bercakap dengan aku. Dia hulur kertas tu kat aku. Suruh aku baca semula. Rupanya sepanjang aku gelabah baca tadi yang dia tak berambus tu sebab aku salah baca. Dia nak aku baca semula DENGAN BETUL. Apekah? Korang pelikkan? Aku pun pelik sebenarnya. Aku taktau kenapa and apa motif dia nak aku baca ayat yang betul.


Aku pun terketar-ketar pegang kertas tu dan cuba chill supaya aku boleh baca semula dengan lancar. Sepanjang aku baca tu, kawan kawan 'dia' datang ramai ramai nak halang aku baca. Tapi dia buat apa? Dia halang kawan kawan dia supaya tak kacau aku. Apekah lagi?


Sampai la ayat last, baru semua hilang. lesap. Termasuk dia.



Dan aku pun terjaga dari tidur.


Heran ok.

Serious, memang takda satu pun salah yang dia bagi dalam kertas tu. Ok la bye aku nak cari tin kosong ni






By the way, amalan baca doa tidur, 3 Qul, ayatul kursi and mengucap dua kalimah syahidah tu better korang amalkan la before tidur setiap malam. Wan aku selalu ingatkan benda ni dari aku kecik sampai sekarang kalau aku balik kampung tidur sebelah wan.

Sunday, October 16, 2016

25

esok last class. lepastu gotta prepare for final exams. seminggu ni bukan untuk revise tau. aku kena STUDY BALIK semua benda dari chapter one untuk SEMUA subjects sebab aku hilang fokus.


so, doakan jela aku boleh jawab. boleh pass. sebab 50 - 50 jugak ni. nak kasi lepas semua exam dulu pastu baru fikir isi borang berhenti kot. pewwwwnat. kos ni bukan untuk aku. i was born to be playing around with every thing i learn hahahahaha


dah la. takyah nak bagi kata kata semangat sangat. aku tak suka numbers and apa aku belajar ni semua main nombor. nakal tau!


eh dah guruh. baiii

Monday, September 19, 2016

it feels like falling in love for the first time

buatpe tewwwww?


aku taktau apesal tapi. . . this feeling. gahahahah. senyum sorang, whatsapp kawan. tersengih lebar amboi macam tengah in love sangat. padahal kawan je. tapi.


HA TENGOK. tiba tiba rasa macam tercampak balik kat zaman dedulu. zaman sembang dengan crush sampai dua tiga pagi senyum ketawa sorang sorang. angau sangat la tu.


last last?



TAK DAPAT HAHAHAHAHAHAHAHHA TAK DAPAT


ok lah. nak sambung lukis theodolite. sekian daripada tangan kayu kena melukis. good night semua.

Sunday, August 14, 2016

kolej, aku rindu

bukan ada apa pun. saja je. aku rindu sebenarnya. funny when masa kolej dulu zaman aku paling sebolehnya taknak ada kenangan. tapi sekarang kenangan yang secebis tu la aku paling rindu.


rindu semua sebenarnya.
banyak
hahahahaha rindu hahahahaha k k


mana datang tiba tiba rindu ni?
pasal aku dengar satu lagu ni. satu lagu je yang sebenarnya takda kaitan dengan friendship and struggle aku kat sana. tapi satu lagu ni dah putar semula semua memori kat sana.


mungkin aku patut stop dengar lagu ni dan teruskan dengan menafikan rindu ini. hikhik

Saturday, August 13, 2016

dear male doctors

*inhale*


..........


*exhale*


harini dah hari kelima aku demam. eh tak. semalam last. empat hari demam. yang mana biasanya kalau dah cukup tiga hari, kau afdhal pergi cocok (i ll spell the way i pronounce it) ambik darah sebab disyaki denggi.


tak sedap badan
berat nanangg eh berat kepala la
suhu badan tiba tiba naik
muntah muntah
suhu naik turun tiba tiba


sejak kebelakangan ni kalau demam, tak sah kalau aku tak ulang alik toilet pergi muntah. cirit dengan muntah dua dua menyeksakan sebenarnya. sebab kau takleh halang menda tu dari keluar.



on thursday - finally, baru aku ada kekuatan nak bangkit dari katil dan pergi klinik. biasanya klinik tu ada doktor perempuan. WEH PAHAL KALI NI DOKTOR LELAKI.


dari saat nurse panggil nama aku, masa dia bukak pintu, aku dah nampak doktor tu. lelaki. rasa awkward sebenarnya. sebab dah lama tak dapat doktor lelaki.


masuk je bilik tu. doktor terus tarik tangan. check nadi, check pressure... yesss aku memang tahu, doktor akan check semua tu. kalau sebelum2 ni doktor perempuan yang check, aku tak kisah. tapi sebab doktor lelaki, aku terkejut.


doctor... at least...  cakaplah ok saya nak periksa blablabla dulu...


ok. sudah dah part dia pegang tangan tiba tiba tanpa notis.


"sekarang ni awak baring kat katil dulu ye"


dah doktor suruh, aku pun panjat le katil. baring. TIBA TIBA TAKKKKK DIA DATANG KAT AKU TERUS TANGAN DIA LANDING KAT PERUT AND NAK SELAK BAJU AKU? kau tau reaksi aku punya gelabah tak hengat cane...?


terus bangun & tarik kakak nurse yang teman kat sebelah doktor tu sambil kaki dah terangkat sebab hampir terbagi terajang.

"saya kena check perut awak dulu ni" ah sudah, doktor? lenkali cuba bagitau awal-awal. tak ada saya gelabah camtu. lepas dah struggle beberapa minit baru aku pejam mata, bagi doktor check perut. dia main tekan tekan feh nasib baik tak terkentut


------------


aku pikir, ape susah sangat ke bagitau dulu nak buat apa kat patient? boleh tak jangan acah2 hero melayu bagi surprise?


masa follow-up kat hospital dulu, aku dapat doktor bangsa cina. lelaki. very gentle one sebab dia akan mintak permission and said sorry for everything dia nak buat kat aku.


"mintak maaf ye saya pegang awak"
"mintak maaf ye saya selak tudung awak sikit"
"mintak maaf ye saya ternampak leher awak"


mana kurangnya doktor melayu ni eh? dari segi adab ke? atau apa? kenapa bangsa and agama lain boleh tanya kita dulu? sebab diorang nampak darjat wanita tu tinggi ke? atau sebab perempuan islam ni sensitif bab2 lelaki ajnabi menyentuh dan melihat aurat dia?



habistu, lelaki melayu tak nampak ke sensitiviti orang sendiri?



please. tinggi mana pun pangkat, jadi siapa pun kita, berapa angka pun gaji, jangan segan untuk mintak permisi dan mintak maaf :)

Sunday, July 31, 2016

ikhtiar rambut gugur aku

faham tak perasaan stress bila rambut asyik gugur? dia rasa macam..... EGH!!!! sampai pernah la bangu tidur, tengok seurai dua rambut atas bantal

rambut gugur aku makin menjadi-jadi sejak guna syampu marine essence kaler ijo tu. aku ingat nak habiskan sebotol tapi takleh pergi dah maka aku stop. 


pakai pulak syampu HIMALAYA ANTI-HAIRFALL. satu sem kat kamsis; satu sem tu la aku pakai syampu ni. Alhamdulillah ok sikit la ni. 


pastu sekarang pakai syampu shayla kaler oren. syampu wanita bertudung wahhh kelas kau ti! sesiapa yang free hair pastu tunggu hidayah paceroh tak sampai sampai, shayla dah sampai tu ha. pagi ni kau genyeh rambut dengan shayla, jap lagi tau tau tumbuh hijab kat rambut kau! ha syampu lain mampu tak buat camtu????!


ok 


tapi macam tak berapa nampak berkurang pun. tapi aku pakai jugak sebab bau dia wangi sangat. 


LEPASTU AKU JUMPA SATU SERUM NI TAU. then aku pun sapu la. malam pertama, wow banyaknya gugur. malam kedua, sama jugak banyak. 

malam ketiga, dah kurang! serious dah kurang sangat!dah la serum tu wangi gila. pastu rasa rambut lembut ok. serum ni cakap elok untuk masalah kelemumur, bercabang, berbuah jugak.



rasanya rambut is the only asset yang aku boleh banggakan pada diri aku tapi sayang takleh tunjuk kat semorang. simpan untuk laki je







since serum ni wangi, kalau rambut berbau tu korang boleh la pakai ni eh. tapi jangan le kau buat paseiii lepas mandi terus pakai tudung masa rambut basah pastu biar je bau kepam dan berhasrat nak jadikan serum ni penyelamat kau. kepam ! semenggah sikit perangai tu ei tak selera betul la



dulu aku ada kelemumur tahap nak pakai baju hitam pun sogann. tapi tak ingat la aku pakai apa sampai hilang kelemumur tu. nanti kalau ingat, aku bagitau ok. tapi kalau nak ikhtiar dengan serum ini pun bisa ajaaaa ya.






pastu, apa lagi kelebihan serum MYFA ni?


  • Merawat rambut rosak dan bercabang/berbuah
  • Sesuai bagi rambut yang rebonding/dye
  • Rambut yang selalu diwarna 
  • Melembutkan rambut yang kasar
  • Mencegah kegatalan kulit kepala dan kelumumur
  • Menjadikan rambut mudah terurus
  • Rambut sihat dan bersinar 
  • Mengurangkan keguguran rambut 
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut baru 
  • Melebatkan rambut 
  • Melambatkan pertumbuhan uban 
  • Menghindarkan kutu 
  • Serum rambut yang berasaskan air 
  • Tidak berminyak 
  • Sangat wangi 
  • Boleh dibawa solat 
  • Sesuai untuk semua peringkat umur
  • Perempuan/Lelaki
  • Dewasa/Kanak-kanak


Part yang tak berminyak tu, memang ye. Sebabnya, macam baby oil la contohnya, korang dah letak atas tapak tangan pastu nak basuh, still rasa berminyak kan? Tapi SERUM MYFA ni, korang buh kat tangan pastu pergi basuh tangan, tak rasa pun berminyak !



YEKE? HARGA BERAPA?
harga dia pun tak mahal. RM 10 je
RM 10 tapi fungsi all in one. mana nak dapat?


APA BEZA BIRU HIJAU DENGAN PINK TU?
fungsi semua sama. dulu kita ada biru je. sekarang dah tambah dua lagi warna baru iaitu hijau dan pink. sebab nak variasikan bau.


biru bau fresh
hijau bau epal
pink bau lembut macam soft lily


RAMAI PILIH WARNA APA?
lain orang lain la minat dia kan. tapi so far, yang beli dengan aku, dorang prefer biru. beria aku promote hijau sebab aku pakai ni. memang feveret gila. tapi entahla, people always go for the original one kot.


MANA NAK BELI?
orang kuantan, boleh cod dengan saiaaaaa. lagi senang kalau cod. sebab biasanya aku bawak tiga warna terus jumpa customer. pastu bagi bau satu-satu serum and boleh buat pilihan.

luar kuantan, boleh by postage. kalau rasa sebotol serum tak berbaloi dengan pos rm6/7 tu, pakat share beli dengan kawan-kawan ofis ke, sekolah ke, kelas ke.. ajak jiran beli sekali ke...


COD AREA MANA?
taman perumahan:
seluruh INDERA MAHKOTA
bukit setongkol
cenderawasih


IPT:
Polisas
Kolej Komuniti
Shahputra (UCSA)
UIA


MACAM MANA NAK CONTACT?
whatsapp 0148450584



whatsapp nombor tu je. okay?


bantu saya buat saving untuk masa depan
bantu saya buat saving lepas habis belajar
bantu saya buat saving untuk bantu diri sendiri dan keluarga
!!!!!!!!!!!!!!!!!!


dan bantulah diri sendiri dengan usaha untuk rawat rambut anda

bye

Assalammualaikum yaw whaddup gaissss pekabo!


harini hari Ahad tau. dah hujung2 syawal tapi aku nak jugak wish SHRMZB. sebenarnya aku takda apa pun nak taip. tapi saja la nak muncul kat sini nak bagitau aku Alhamdulillah ada nafas lagi, hidup lagi.


pastu haritu, kelas aku pukul 2. tapi 1:30 aku pergi sekolah ambik adik adik aku. ini memang rutin bila aku ada kat rumah.


1:48 sampai rumah.

"ok dah dah, turun cepat eh"
"ehhh, akak nak pergi mana?"
"akak ada kelas, nak pergi sekolah akak la"
"ish ok jap jap"


dia yang masa tu bawak keluar surat daripada pihak sekolah, bergegas nak simpan semula surat tu dalam beg, nak zip beg. kalut betul. macam takut aku dah lambat sangat la kiranya. tapi chill la. ini akak kan, apedehal datang lambat. akak salahkan korang balik nwuenfieiew hahahahaa


lepastu dia pun turun dari kereta sambil wish aku;


"bye bye, SEMOGA BERJAYA!"


apekahhh? siapa adik sekarang ni? beria wish aku semoga berjaya. wish tu untuk my next class ke atau untuk my whole semester??


bukan patut aku ke wish dia belajar elok elok, jangan lupa makan kat sekolah, etc... ?? konpius dah

Sunday, February 21, 2016

diam sesaat, boleh tak?



roommate aku pernah persoalkan;

"izz, aku tertanya-tanya tau. kau kalau kat rumah camni jugak ke?"

"macam mana?"

"kau- dengan lawak kau. yang kekadang lawak bodoh. cakap tak berhenti. always the bubbly one. balik2 kau jela yang bercakap. aku tengok kau pun asyik rasa nak gelak.

kau dengan mak kau, dengan family.. camni ke izz?"



meh la ikut aku balik rumah.


sebab family aku. kalau memasing put their gadgets down, SEMUA NAK BERCAKAP. macam la japgi masing2 nak kejar flight. aku nak mencelah pon taktahu kat part mana. em...................


the one yang kau nampak terkinja-kinja depan kau, tak semestinya camtu gak depan orang lain. sebab aku sangat anti-sosial. (bukan sengaja nak menyombong. cuma tak reti campur. the reason aku boleh hu-ha-hu-ha dengan roommate sendiri pun sebab... yelah. roommate kan. kalau bilik kat kolej tu macam second home... tak ke roommates dah ibarat second family??


1)ada orang, dia tak bercampur dengan orang lain sebab dia rasa dia bagus.
2)ada yang tak berkawan sebab low-self esteem.


aku ni kat kategori ketiga.

3) aku buat hal aku. kau, lantak kau lah




Thursday, February 11, 2016

Angkat tangan sat

Nak masak. ikan kerisi masak pindang je. bukak peti sejuk. penuh dengan ayam, daging, ikan.. aku punya malas nak kelebek peti tu.. maka aku buat langkah yang bijak


"ok, siapa ikan? angkat tangan!"



currently: menunggu pakaian dalam mesin basuh siap.


jeling-jeling mesin jap. lepastu cakap sorang sorang dengan washing machine;

"ui, tengah membasuh lagi kettewwwww"


aku rasa aku ni dah bosan sangat la. rasa jela.