Wednesday, November 11, 2015

Perempuan macam aku

Aku taktau seperti apa dan sejauh mana complicatednya seorang perempuan itu. tapi aku nak cerita pasal aku. perempuan lain lantaklah aku peduli apa. aku cuma nak perempuan2 kat luar tu tahu aku sayang korang banyak2 so tolong jaga diri korang. tu je. diam.


sejenis aku ni, aku kalau malas; malas sangat yang amat. tapi bila rajin, semua aku nak buat. bila aku nak mintak tolong, aku akan mintak tolong. tapi biasanya aku cuba buat sendiri. tunggu masa kalau otak aku serabut fikir macam macam hal, aku bawah tekanan, maka aku akan memetir panggil minta tolong orang. aah, minta tolong tapi dalam keadaan marah atas alasan; under pressure. aku tau, tak boleh dimaafkan. diam.


maka nanti aku akan mintak tolong abang. misalnya -


"abang, tolong kemas meja makan tu kejap"


memang abang kemas. tapi nanti still ada tercicir. getah ikat sayur / pisau / ketip roti buku / sebutir nasi yang dah keras.


nanti aku complain - "ORANG SURUH KEMAS MEJA PUN PAYAH KE. MENDAPE LAGI ATAS MEJA NI, SEPAH"


tapi untuk buat hal tu dengan tangan sendiri, aku rasa penat. maka aku mintak tolong. tapi bila mintak tolong, aku bising. tapi kalau tak mintak tolong, aku bising gak.


sama je kan.


abang tolong = meja tak kemas sepenuhnya = aku bebel
abang tak tolong = meja aku yang kemas sendiri = aku bebel
abang tak tolong = meja tak disentuh langsung = aku lagi membebel


aku taktau apa masalah aku.


sabarnya lahai abang aku melayan kerenah adik dia yang selalu tak puas hati. ya Allah, Kau temukanlah abang jodoh yang lemah lembut dan tak kuat membentak dan solehah. aamiin.

4 comments:

amira faqihah said...

haha sama dgn mira,,abg mira pun baik sgt mcm ni,rasa besyukur sgt dpt abg mcm ni

Izz Hazwani said...

kak mira, sesungguhnya kan lelaki2 dalam keluarga la paling betah dengan kita.

Aisya 사구라 said...

berbeza dengan abang sy.. kadang2 dia yang mengarah. nak suruh dia tolong hal yang payah2 tu boleh lah sebab hormat dia yang lebih tua :-) your abang sangat baik meh ~

Nabila Syifa said...

baguslah ada abg yg baik