Wednesday, April 29, 2015

Hint:

Kero sangat mata.

Hati patah.

Fikiran serabut.

Dah lama tak  buat multi-task. Biasanya one at a time la konon.
Serius aaa cemane aku boleh berlagak jadi supergirl aka suri rumah separuh masa dulu..... Agaknya aku makin menua sekarang. Tapi belum masuk fasa andartunatau andalusia.

Sahabat kepada Puan Birthgiver baru je meninggal. Akibat nak cepat, risau tak sempat, bawa kereta spesies takda pengampunan dah. Tapi sebenarnya memang tak sempat. Mampu tengok van jenazah meninggalkan perkarangan masjid.


Selajur ibu pun berbunyi...

"Akak nak tau tak? Anak anak lelaki arwah yang angkat jenazah maknya"


Bila ibu cakap camni, kias beliau dalam sedetik je aku tangkap.

Iyelah.

Cuba bagitau sikit.

Mak ayah mana yang taknak anak anaknya mandikan jenazahnya.
Mak ayah mana yang taknak anak anaknya kapankan jenazahnya.
Mak ayah mana yang taknak anak anaknya yang turunkan jenazah ke dalam liang lahad...


"Anak lelakinya lima orang tau akak"

"Ala anak ramai boleh la..."

"Habistu, anak anak lelaki ibu tak ramai ke?"

Kan! Hello! *petik jari*

Kau tak nampak lagi ke hint yang mak kau cuba sampaikan?!!!


-----


Kalau tak tahu, kita belajar.

2 comments:

Husna AOmar said...

Huah sentap. Yet give deeeep meaning.
:')

Kita sendiri pun taktahu ajal bila kan wani. Moga husnul khatimah hendaknya..

Husna pulak... lepas solat jemaah dgn ummi kdg2 una baca doa. Baca punya baca.. ummi akan tegur satu doa ni tertinggal;

"Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani sejak aku kecil"


Sedu sedan jauh sudut hati.. Syukur gak la kita diberi peringatan masa camni kan??

Izz Hazwani said...

unaaaaa,
yep. lazimkan doa untuk parents, tu penting sekaliiiii.

reminders boleh datang dalam banyak cara kot. kita ni pilih, nak buat hati keras langsung abaikan semuanya atau terima peringatan tu dan hargai setiap momen yg ada.