Thursday, November 12, 2015

a / b

Bangun je pagi tadi, aku dah kena buat pilihan.
yes or no
nak ke tak


tapi persoalan dia, boleh atau the otherwise


aku tak nampak apa dah depan aku. aku nampak belajar, belajar, belajar.
betul, dulu mati mati aku cakap once habis ni, no more.
ikutkan, 50-50. taknak dah. penat


tapi aku fikir2 balik la kan. life as a student; apa yang buat hidup ni bermakna; sebab struggle yang kita kena hadap. pressure. semua. 


hidup kalau tak perit, bukan betul betul hidup namanya. mana boleh sepanjang masa nak senang bahagia. mesti! mesti ada jugak sakit dia.


SEBAB TU LA, aku pilih yes. aku pilih nak.
go, go for it.
try.
usaha.

dalam pada aku rasa sesak dah penat belajar.
aku sebenarnya sesak jugak tak berilmu.


sepanjang aku menganggur, sisters brothers tolong carikan kerja. tapi sayang, kelayakan aku ada sekarang tak cukup pada kekosongan tu. sekeping diploma/ijazah tu memang betul la penting. 

belajar demi nak dapat kerja. nak dapat kerja untuk??? bayar loan. bye


Wednesday, November 11, 2015

Perempuan macam aku

Aku taktau seperti apa dan sejauh mana complicatednya seorang perempuan itu. tapi aku nak cerita pasal aku. perempuan lain lantaklah aku peduli apa. aku cuma nak perempuan2 kat luar tu tahu aku sayang korang banyak2 so tolong jaga diri korang. tu je. diam.


sejenis aku ni, aku kalau malas; malas sangat yang amat. tapi bila rajin, semua aku nak buat. bila aku nak mintak tolong, aku akan mintak tolong. tapi biasanya aku cuba buat sendiri. tunggu masa kalau otak aku serabut fikir macam macam hal, aku bawah tekanan, maka aku akan memetir panggil minta tolong orang. aah, minta tolong tapi dalam keadaan marah atas alasan; under pressure. aku tau, tak boleh dimaafkan. diam.


maka nanti aku akan mintak tolong abang. misalnya -


"abang, tolong kemas meja makan tu kejap"


memang abang kemas. tapi nanti still ada tercicir. getah ikat sayur / pisau / ketip roti buku / sebutir nasi yang dah keras.


nanti aku complain - "ORANG SURUH KEMAS MEJA PUN PAYAH KE. MENDAPE LAGI ATAS MEJA NI, SEPAH"


tapi untuk buat hal tu dengan tangan sendiri, aku rasa penat. maka aku mintak tolong. tapi bila mintak tolong, aku bising. tapi kalau tak mintak tolong, aku bising gak.


sama je kan.


abang tolong = meja tak kemas sepenuhnya = aku bebel
abang tak tolong = meja aku yang kemas sendiri = aku bebel
abang tak tolong = meja tak disentuh langsung = aku lagi membebel


aku taktau apa masalah aku.


sabarnya lahai abang aku melayan kerenah adik dia yang selalu tak puas hati. ya Allah, Kau temukanlah abang jodoh yang lemah lembut dan tak kuat membentak dan solehah. aamiin.

Saturday, October 17, 2015

Libas lipas

Pernah tak aku cite pasal lipas dan aku? bukan that kind of love hate relationship. tapi ni memang betul hate-haktuihh!



masa kelas fizik dulu. aku sampai harini tak faham apsal kelas dulu, kaum hawa semua kat depan. lelaki semua kat belakang. tak selesa sebenaunya. tapi kalau lelaki kat depan, aku takut nampak marker je bergerak, cikgu tah ke mana. tu kalau nasib baik ah. kalau nasib tak berapa baik, mungkin aku hanya mampu tengok belakang telinga para lelaki.


okkkkk.


Tengah acah acah ralit lagi khusyuk dengar cikgu mengajar kat depan. line budak perempuan kat belakang aku tetiba bising. lelaki2 kat belakang pun kecoh. aku macam eishhh diam la wei, aku nak belajar ni.


aku toleh belakang.


"korang apesal ni?"


"lipas tuuu, lipas"


aku letak pen bawah hidung sambil kepit dengan mulut. tolong faham dan tolong mampu bayangkan. sambil cakap dengan selamba, "ala, lipas je pun"


tiba2 lagi kecoh.


"ha jaga2, lipas dah dekat tuuu, dah dekat"

"habis laaaa dia masuk bawah kain"

"oi, bawah kain kau la"


serious dowhh, lelaki kalau kecoh, lagi bising dari perempuan. ke lelaki kelas fizik 8-10pm aku je gini gaya?


aku baru nak repeat ayat ala-lipas-je-pun.


pandang bawah. LIPAS TU DEKAT KAKI AKU DAH RUPANYA.  aku ada fikir gak nak buat macho je en. tapi memang tak boleh.


kau expect apa? aku nak sepak lipas tu? memang tidak. memang aku jerit la, stail gadis2 tak control ayu punya jerit sambil kaki naik atas kerusi terus.



Ala. beb, lipas je pun. JE. PUN.



lepas tu cikgu tanya apa benda la bising yang hamatttt kelas dia malam tu. sebenarnya tiap tiap malam pun ada je hal nak diriuhkan. cikgu aku tu mesti fikir dia mengajar budak spm ke budak tadika.

Sunday, September 27, 2015

-ng

Ni cerita pasal salah sorang diva aku.

dapat tahu dia macam tengah berbunga-bunga.

"siapa nama dia?"


dia bagitau nama.


few mins later.....


"eh awak, siapa nama dia? nama dia start huruf S jugak ke"

"wani, kan saya dah bagitau tadi..."

"eh aah la... lupa...."


-----


kalau nak kenalkan kawan2 kat dia nanti, awak jangan bagitau nama saya Hazwani tau. risau nanti jadi Hazwangi.


kenapa?


sebab dia terengganu.


.......................... . bye


tak kelakar. next!

Saturday, September 26, 2015

The not so fault in our promise

Katanya nak ajak keluar. aku tak ada la harap nak keluar pepagi buta pun. sebab dia ada kerja, so takpe la kasi dia settle kerja dulu.


Dia tanya -

"Bila nak keluar? Petang ni?"

"Petang ni?", aku balas dengan soalan.

"Petang ni."

"Ok, petang ni."


Korang mesti tak faham kan? ah lantak la. buat syarat je ada blog post bulan ni. bye!

Monday, August 24, 2015

sebab tiba tiba je teringat

(sila skip post ni kalau tak suka post yang emosional)

Nak cakap berdendam tu, idok ler...


tapi....


sedikit sebanyak, terkesan juga kat hati ni.

bak lirik lagu alyah, tak mungkin kerana sayang. kadang2 je koi terkenang kannnnye.


nak doakan awak kena macam apa saya kena, well, saya bukan lah kat side yang sangat-sangat teraniaya pun. sama sama ada salah. sama sama tak boleh teruskan. dah bertahun tak ada di track yang sama....


saya ulang, tak berdendam.


awak hilang perlahan-lahan
awak datang semula tiba2

lepastu hilang balik. eh rasa macam nak sedekahkan al fatihah je untuk awak.


awak pesan jangan makan hati jangan kecik hati


macam mana saya tak terasa semua tu kat hati kalau saya tak diberi penjelasan yang betul?


*geleng2 kepala sampai gugur rambut*


kahkahkahkah! hoi anak dara tak semenggah gelak cenggitu. ok...


Camni la. kepada diri sendiri, tolong. forgive and forget. tak luak mana kalau kau lupakan dan maafkan.


dan untuk setiap yang membaca, hati hati ketika berurusan dengan hati dan perasaan orang. 



saya harap, once awak ada anak gadis nanti, lelaki tu takkan layan anak awak, macam awak buat pada saya. tu je. itu sahaja. mekasehhh!



emosi lari sikit. dahla blog pun sepi pi pi pi piu piuuu~~

Tuesday, August 11, 2015

reading february's girl...

Aku tengah menggigil sejuk lagi ni. dengan hidung sorh sreh sroh sreh gini gayanyaaa


-----

Raya haritu ikut cik kak farah kita pergi beraya. sebab sebelum tu aku ajak dia beraya rumah kawan aku. maka in return marilah beraya di rumah sahabat dia merangkap senior aku, Amira.


rancak borak punya borak dengan kakak (kot) si Amira.. yang beliau lebih mesra menggelarkan dirinya kaklong...


"wani lahir bulan berapa?"

"februari"


"ok kalau camtu wani ni mesti jenis..


1. kalau serabut sangat dengan pape, mesti buat hal, mula la nak lari rumah 2-3 hari. nak kasi tenang sikit.   - farah beria angguk. setuju pe tu farah??


2. suka buat kerja tak habis, separuh jalan tapi


3. suka sangat tolong orang. jenis kekadang tak sampai hati tengok orang susah. - part ni macam nak angguk jugak sebab aku kekadang memang lembut hati betul tengok orang mintak tolong. lagi lagi kalau ayat dia ada PLEASEEEEEE, ha


4. dalam hidup wani, kena ada orang. memang wani tak suka kan serabut orang ramai sangat. tapi ni orang yang rapat. family, kawan2 baik.. untuk sokong apa wani buat. sebab kalau diorang tak sokong, rasa macam kurengggg...


5. kak long tengok awak ni, kak long tau awak mmg tak suka bercampur kan? buat hal sendiri. sorang2."



ada lagi kak long cakap. tapi entahlah. sampai lima point tu aje pun aku dah rasa nak agree secara infiniti.



dear awak, in case awak baca ni. untuk point nombor satu, thanks sebab bersubahat untuk lari dengan saya kakakakakaka. thanks sebab semua la. saya tau awak tak sanggup tengok saya buat kerja gila sorang2. sebabtu awak pun join sekali. saya tau awak sayang saya. bye!

Sunday, July 26, 2015

Air

Aku taktau la orang lain macam mana kan. Tapi sejak setahun-dua kebelakangan ni, memang aku kerap sangat minum air 0.



Apa tu?


Air kosong lah.


Breakfast - makan macam biasa. tapi air suam.
Lunch - makan nasi macam biasa. air suam lagi. kalau panas terik membahang baru minum air sejuk.
Minum petang - makan ringan2, ha ni minum teh
Dinner - makan nasi dengan portion yang tak hengaaaat. air 0.


Jarang dah minum milo. koko. vico.


Dari pagi tu sampai la malam. Kiranya air kosong jela aku teguk. Sebab aku rasa diri ini ibarat hamster tak cukup air kalau tak minum.



----------------------


Kawan: Eh banyak pulak aku minum air harini.

Aku: Aaah takpe. Biar kulit lembab.




...jangan otak lembab.



-------------------


Selalu baca tau.
"Banyakkan minum around 2-3 liter air sehari"
Tapi kena depends pada body jugak. & buah pinggang.


sebab yang nak proses tu semua buah pinggang engko jugek.


nak kira jumlah air yang badna kau perlukan, ikut berat badan.


1 liter = 25kg

andai kata berat badan adalah 45kg (andai kata ok, aku tak mention berat aku 45 pun kat sini. engkorang jangan nak manipulate mana2 fakta)

maka

45 ÷ 25 =

1.8l je air diperlukannnnn


tapi aku ni jenis tegar nak minum air sokmo. jenis pantang nampak air depan mata. elok tak dahaga, nak jugak capai botol air.



agaknya kalau aku ini adalah seekor duyung...............

Saturday, July 11, 2015

Jangan sengaja pergi agar dicari. Jangan sengaja lari biar dikejar. Berjuang tak sebercanda itu ...

Saturday, June 06, 2015

Harini Sabtu.
Esok Ahad.
Isnin exam.


Tabah!


Kalau tak sangkut mana mana, insyaAllah hujung bulan dah boleh kerja. Eh silap silap. industry training maksud iols. ok bye. 

Monday, May 11, 2015

Dear self,


Sod ba ro.


Sikit je lagi. jangan kecundang lagi.


Dear self,


Hidup ni terlalulah singkatnya untuk kau selalu rasa down. maka gembirakan diri sendiri.


P/s:
1. sekarang ni memang aku dah sampai pada titik yang mana aku dah taknak peduli lagi. aku buat, aku redah, aku taramkan aje apa yang mampu.

2. bye. teruskan beramal ye semua. Ramadhan pun tak lama dah.

Monday, May 04, 2015

B

Sebagai seorang manusia yang sentiasa lapar, aku duduk diam diam kat tepi. makan laksam. elok elok, jangan tumpah. 


makcik kat sebelah ni pun elok je dia ngadap makanan dia. macam mana nak describe makcik ni? biasa je. memang betul style makcik. umur 40-an. baju kurung biasa. tudung sarung biasa.


Tiba tiba dia nampak suami dia.


"B..! Ooooo b!"


Nak tersembur. fuh! daebak aaa makcik! dah umur cenggini pun panggil B jugak. daebak!


Sambung makan. tetiba makcik ni berbunyi pada anaknya...

"ana, pergi panggil abi. umi tak dengar la abi cakap pe"


Hubby. B.
Baby. B.
Abi..... B.



Ok. Abi. bye.

Sunday, May 03, 2015

Hati ni...

Al-kisahnye............................. aku dah jadi golongan para wanita yang selok nak ambik gambar dengan pengantin bila pergi kenduri kahwin (tu pun orang yang dikenali je lah). Oh, masa mematangkan aku, mungkin. Kalau tak matang pun lantaklah.


Lepastu, entah cemane, boleh pulak kaki terpijak lampu pendaflour (atau dalam istilah kite orang kampung, lampu kalimantang) yang diletakkan atas lantai, belakang pelamin. How come boleh jadi camtu???

Yang bestnya, aku dahlah pijak sampai pecah. Lepastu aku boleh berdiri lagi atas serpihan lampu yang dah jadi halus...


lepas beberapa saat baru aku rasa nak ke tepi.


Everyone be like

eh ape tu
eh awk ok tak
eh sakit tak
eh luka tak kaki awk
meh sini tengok kaki tu


Sampai pengantin pun sibuk menanya. ok hazwani, kau tak rasa ke kau patut malu? ye, memang patut. tapi -


syukur sebenarnya. tak ada apa pun. betul! kaki aku ok je. pasal pakai stokin. tebal punya.


jadi para gadis, wanita, perempuan yang dicintai sekalian, takyah la pakai stokin nipis2.
dahlah kalau terbasah sikit je cepat basah terus semuanya.
pulak tu nanti terrrr jarang
pulak tu nanti kalau jadi insiden macam aku tadi, tak ke macam stokin awak tu ada pattern kaler merah??



Kaki memang la tak luka........ tapi.... *refer tajuk entry*

Wednesday, April 29, 2015

Hint:

Kero sangat mata.

Hati patah.

Fikiran serabut.

Dah lama tak  buat multi-task. Biasanya one at a time la konon.
Serius aaa cemane aku boleh berlagak jadi supergirl aka suri rumah separuh masa dulu..... Agaknya aku makin menua sekarang. Tapi belum masuk fasa andartunatau andalusia.

Sahabat kepada Puan Birthgiver baru je meninggal. Akibat nak cepat, risau tak sempat, bawa kereta spesies takda pengampunan dah. Tapi sebenarnya memang tak sempat. Mampu tengok van jenazah meninggalkan perkarangan masjid.


Selajur ibu pun berbunyi...

"Akak nak tau tak? Anak anak lelaki arwah yang angkat jenazah maknya"


Bila ibu cakap camni, kias beliau dalam sedetik je aku tangkap.

Iyelah.

Cuba bagitau sikit.

Mak ayah mana yang taknak anak anaknya mandikan jenazahnya.
Mak ayah mana yang taknak anak anaknya kapankan jenazahnya.
Mak ayah mana yang taknak anak anaknya yang turunkan jenazah ke dalam liang lahad...


"Anak lelakinya lima orang tau akak"

"Ala anak ramai boleh la..."

"Habistu, anak anak lelaki ibu tak ramai ke?"

Kan! Hello! *petik jari*

Kau tak nampak lagi ke hint yang mak kau cuba sampaikan?!!!


-----


Kalau tak tahu, kita belajar.

Sunday, April 26, 2015

Soalan tak terlawas

Garu kepala dengan spesies manusia yang bila dah sudahkan topiknya lalu bertanya,

"Ok, ada soalan?...



*sepi empat saat je*


..bagus, saya tahu tak ada soalan. Jadi kita boleh bersurai"


Hello, cant you see that im the one who understands youuuu~  Tak. Iniiiii ada yang nak tanya tapi tak kesampaian. 


Tips dia lepasni, sebelum ayat keramat "ada pape soalan" diajukan, kau tanya je apa yang terbuku terjilid dalam otak kau cepat cepat. 


Jangan jadi macam aku ni. Sampai harini tertanya - tanya. Penuh soalan dalam minda yang tak tahu nak dilampiaskan ke mana.

Friday, March 20, 2015

Produk merosakkan kulit

NI DRAFT BERAPA TAHUN SUDAH. KEJAP EH NAK KIRA BALIK. HA KES JADI 2012. DRAFT NI TULIS TAHUN BERAPA??? KIRA SENDIRI.


Tengok sekarang. macam-macam produk kecantikan, produk memutihkan kulit di pasaran. tak ada orang nak jual produk tan-kan kulit ke? malas pulak nak berjemur tengah-tengah panas. wakakaka. ok, sila belajar erti bersyukur. fuhhhhh. tiup semangat untuk buat pusingan U kepada diri sendiri.


Dalam dua tahun lepas, saya mengadu pada kawan betapa teruknya resdung saya ni. hidung berair, jadi macam paip je pulak. lepas tu jerawat memang satu komponen penting la bila hengkorang ada resdung ni. begitu juga saya yang tak mampu lari dari jerawat. hilang sana, tumbuh sini. betullah, hilang akan berganti.


Jadi, satu hari tu kawan saya recommended satu produk. produk buatan bumiputra gittew. orang melayu kita. katanya kawan kami pun guna juga. dan saya tengok kulit dia cam ok. sebab kawan kami tu pun resdung jugak.


Puaslah tanya kawan tu, cemana dia pakai. ok ke tidak. ada side effect ke tidak. siap search kat internet lagi. feedbacks semua positif. halahaiii. siapa nak war-warkan negative punya feedbacks kan? masa tu tak ada pulak nampak post pasal OHMAI MAKIN TERUK LA PAKAI PRODUK NI dalam google.


Maka saya pun meng-request Birthgiver kesayangan belikan. beliau pun sangsi macam saya awal-awal dulu. tapi bila saya cakap nak try, yelahhh dibelikan juga.


Seminggu. Dua minggu. Tiga minggu. saya guna produk tu dari minggu kedua puasa tak silap. lepas tu cuti raya. cuti raya ada dalam seminggu kot? keeee eh entahlah. habis cuti raya, masuk kelas,


"WEI WANI KO PAKAI MEKAP EH"


"takda pulak. apasal"

"dah bakpe aku tengok putih semacam je"

"yeke? takda la. biasa je"

dan seterusnya seorang demi seorang tanya, tegur pasal kulit tetiba drastik putih. heklehh. dah lama tak jumpa. sebab tu bila jumpa je terus perasan perubahan.


Kawan yang rekemen produk ni pun terkejut. bila dia terkejut, saya terkejut jugalah. sebab apa? sebab dia yang cadangkan produk ni tau. apesal ko nak terkejut! ish.


Bila ramai tegur kulit putih, tipulah sikiiiit pun tak terasa bunga-bunga duri-duri kaktus mencanak dengan tajamnya. tapi lama-lama, bila orang tegur SEMAKIN PUTIH, ok masa ni saya dah patut risau. dan gusar. dan gelisah. tujuan asal pakai produk ni lain. bukan nak naikkan ton warna kulit ke apa.


Sampailah satu hari tu, saya stop pakai salah satu krim produk XY. sebab dah habis. malas beli. sehari stop, naik bintik hitam. lama-lama, jerawat pulak tumbuh dengan jayanya. sudahnya, saya buang terus segala krim siang dan malam. tinggal pencuci muka dan bb cream. bb cream ni i tell you aaa very the nice. blend dengan bagussss. wah, sempat engko puji ye.


Kemudian, bb cream dah habis. tinggal pencuci muka. pakai je lagi. tapi jerawat tetap naik. makin banyak daripada masa sebelum guna produk XY. sakit Ya Rabbi. tak tertahan sangat. pedih. kulit mengelupas. macam nak bersalin kulit. ingat ular agaknya.


Akhirnya, saya terus berhenti pakai produk tu. cukup dah. nantilah sambung cerita. nak lipat kain. bye.


Memang lepas stop pakai produk ni, menyerbu la jerawat naik ke muka yang dulunya halus mulus licin tak ada jerawat. sedih kan?


Gurau je. jangan la marah.



Hello, tengah baca lagi ke?



Lepas tu saya bertukar ke produk lain. dalam mengamalkan produk lain tu, saya patahkan jari jemari sebelum menaip pada papan kekunci tentang produk XY. thor dia! tiba-tiba belambak pulak negative feedbacks pasal XY. siapa tak sakit hati kan.


Sekarang, XY dah nampak semakin official dalam iklan tv, menggunakan seorang artis sebagai duta. tak apa la. MUNGKIN bukan sebab produk tu. tapi sebab kulit saya sensitif tak boleh pakai itu ini sembarangan. ok. ok. ok.


(erm tapi dulu dalam salah satu krim dia tu mengandungi bahan berbahaya hekhekhek)

Sampailah harini, saya serik nak guna produk sesuka hati. sekarang ni dah jadi satu hal pulak nak treat semula kulit ni. tu je. bye.


nasihat saya: sila berhati - hati. tak cakaplah produk buatan bumiputra tu tak bagus. cuma nak ajak kita semua berhati - hati. siapa taknak kulit cantikkan. yang mana bagi effect flawless tetiba dalam masa kerdipan mata, sila ambil cakna apa bahan - bahan yang terkandung dalam produk tersebut. kita nak memakai, kena ambil tahu. jangan membabi buta je guna itu ini. kan menyesal tak sudeyyy.



p / s : otw nak perbaiki kulit. maka wahai diri sendiri, bersabarlah. nak rosakkan kulit, dalam sebulan je boleh jadi. tapi nak membaikinya, setahun belum tentu dapat. konsistensi itu penting!

Wednesday, March 04, 2015

Gampang kaget

Jangan fikir saya mencarut.


Sejak dua menjak ni.
Eh sejak dua tiga empat menjak ni


Eh, menjak tu apa??


Ok.


Saya perasan saya makin kerap mudah terkejut. Contohnya, tadi baru nak keluar rumah sekejap. Mata pandang bawah. Tiba-tiba nampak sesusuk tubuh on the way datang ke pintu rumah. Tanpa melihat siapa gerangannya, saya menjerit sebab terkejut. Taktau la pakej sekali takut ke apa.


Rupa-rupanya abang baru balik rumah.


2. Kawan tiba-tiba datang duduk sebelah. Letak buku atas meja, nak tanya soalan. Terlompat sekejap sebab terkejut.


3. Kawan tegur slow je dari belakang. "Weh.."
"Ya Allah Astaghfirullahalazim ya Allah ya Rabbi ha ape kau nak terkejut aku!"
"Aku baru tegur sikit je kan................. ................"



Sebenarnya memang banyak. Tak terkira la. Pastu bila terkejut tu melatah gak aa. Pastu rasa nak marah pun ada padahal bukan 100% salah kawan ke hape. Rasa macam LEMAU jantung makkkk ni ha!

*kawan bersin*


"KAU! Boleh bersin slow sikit tak? Aku terkejut ni! Lemau jantung!"

"Benda takleh kawal nak buat macam mana"

------------

Tapi tu lah masalahnya. Rasa macam nak gugur dan luruh jantung ni. Lemah semangat.


p/s: awkward pulak rasanya bila guna saya-saya ni aishh.
p/s lagi: dah lama tka menulis pun boleh mendatangkan kejanggalan.



Sunday, February 01, 2015

Lu lu lupa

Ada satu hari dalam satu bulan yang paling sikit bilangannya berbanding bulan-bulan lain yang saya tak gemarkan. 


Memandangkan saya ni spesies pelupa, saya harap yang satu tu pun saya lupa. Tak payah ingat pun takpa. Apa nak diraikan pun tak tahu le.


Oh sikijappp!



Semester dua bakal melabuhkan tirai. Dari jumlahnya anak anak SPS2B 28 orang, semakin ramai mengibar bendera, mungkin tak mahu merdeka bersama. Maka sekarang tinggal 23. Ke 22? Penat nak kira. Baik kira anak biri-biri lompat pagar sampai tertidur.


Semoga mampu 'lompat' lagi untuk semester seterusnya. 

Thursday, January 08, 2015

Alergik

Entah berapa kali punya mual-muntah, tak tahu. Sampai lembik kaki nak berdiri, apatah lagi bila nak dirikan tiang yang empat rakaat itu. Mual belum hilang, badan makin panas. Hidung berair. Telinga & tekak gegatal. Apa daaaaaa nasib.


Terasa seperti RM 3.30 makan tengah hari diluahkan begitu saja. Pembaziran!


Malam ni. Imbas kembali apa yang dimakan harini. Oh, Puan Suzie bawa balik kekacang, badam, kurma dan buah tin masa beliau umrah haritu. Mengenangkan kawan kawan yang terlampau prihatin dengan pantang dan alahan makanan saya, nak taknak, terpaksa la saya curi curi makan. 


  1. Ambil badam dalam bekas laju-laju
  2. lari ke belakang
  3. sumbat terus masuk mulut sebelum sempat ditangkap oleh si kawan


Maafkan aku ye temen-temen. Aku serik. Takmau dah makan benda tu semua. Sungguh ni. 


-----



"SEDAPNYEEEE KALAU MAKAN DENGAN COKLAT PEHH PEHH"


"Haah memang sedap. Ko makan sekarang sedap. Seksa jap2 lagi FEHH FEHH la "


Choi, masin mulut tau!