Sunday, October 05, 2014

Balik raya ohoi

Tak semua benda boleh ditanya-pesankan. Contohnya macam situasi balik raya. Kawan nak balik negeri dia. Salam hugs kisses -

"Jaga diri. Kirim salam kat keluarga, kirim salam kat mak ayah sekali"


"Aku mana ada mak lah"


Muka dia cool je. Saya yang tersentap keseorangan di situ. NAMPAK SANGATLAH TAK CUKUP KENAL KAWAN SEKELAS. Tak semua orang akan okay dengan topik pasal ibu ayah. Saya yang masih ada orang tua pun masih sebak kalau sembang pasal diorang, apatah lagi sahabat sahabat yang.... erm..


Haritu tengok classmate lagi sorang ni pakai baju kurung lawa angaaaaat. Kite pun tanya la -

"Lawa baju. Beli mana?"

"Tak beli la, baju lama je.."


Pastu dia sambung, "..ni baju arwah mak aku"

Choii! Rasa nak lempang mulut sendiri. Ramah sangat pun tak boleh juga tau tak????

1 comment:

Anne Nurain said...

tu namanya wrong timing.. kekeke.. anne banyak diam sebab nak mengelakkan benda cam tu la, mesti lepas tu rasa bersalah sangat.. hehehe..