Thursday, June 12, 2014

Monopod

Macam mana cuaca Kuantan pada petang Khamis ini? Mendung sikit. Baru lepas hujan. Semalam tengok ramalan kaji cuaca, katanya hujan turun sekejap. Memang turun sekejap tapi lebat sangat dan angin pun kuat.


Pagi-pagi dah terik. Hangat. Lebih hangat daripada biasa.


Mari beransur pada cerita saya. Kenapa nak cerita kat sini? Sebab bila bukak mukadimah kat abang, dia buat dek je. Baiklah aku cakap sorang kat sini. Takpe takpe. Sok lusa abang bercerita, kita buat dek jugak.


Bulan lepas gi KL kejap. Kejap je. Bangun pagi pagi, bas gerak pukul dua. Sambung tidur dalam bas. Tapi banyak kali la terjaga. Pakcik ni bawak bas.. ya Rabbi... boleh mimpi buat aksi thriller ko tawu??


Hah. Lepas tu? Lepas tu pakcik bas berhenti kat Puduraya. Pukul lima. LIMA PAGI. Sunyi. Ada pun sorang dua makcik kat situ tunggu bas sekolah dia nak gi kerja agaknya.


Duduk la kat situ. Datang sebuah teksi. Dia ingat saya nak naik teksi. Saya buat-buat tak nampak. Mamai lagi masa ni sebab baru bangun tidur. Pastu datang pulak orang tak waras gelak sorang-sorang kat sebelah saya. Like. hello. Ko tak reti tidur ke ha. Elok pulak dia duduk sebelah saya. Nasib baik tak kacau.


Lepak mamak. Sampai pukul enam. Ke? Agak agak macam KL dah hidup sikit tu, barulah gerak KL Sentral.


Klimaks dia kat sini la sebenarnya. Sampai kat KL Sentral. Saya duduk diam je perhati orang sekeliling. Terpandang seorang wanita umur 30-an pimpin tangan seorang kanak-kanak umur dia baya adik saya kot. Tujuh tahun?


Dan pada tangan budak tu, dia pegang sesuatu yang nampak macam monopod. (ALa yang guna buat extender untuk korang selfie tu.) Sambil ketuk-ketuk pada lantai. Dah kenapa pulak dah budak ni buat macam tu.


Bila saya perhatikan lama-lama.. itu bukan monopod.
Bila saya tengok mata dia.
Bila tengok cara dia jalan.
Bila tengok cara mak dia pimpin dia.



Ada orang guna kayu macam tu, hala pada langit sambil sengih sumbing.
Tapi dalam cerita versi lain, ada orang guna sesuatu seperti monopod, untuk dijadikan 'kaki depan' dia berjalan.



Tongkat untuk orang yang tak ada nikmat penglihatan macam kita.
:)

5 comments:

zahrenn na said...

wah...sedih pulak T^T

Nur Syuhaidah said...

Tersentuh ;'C

Syafawani Jamil said...

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

=) I watch 'them' everyday. insyaallah will be teaching them some day (doakan). Hargai mata, hatta pakai specs pun kadang2 boleh merungut, apatah lagi kalau orang yang tak ada mata kan? :)

btw, how's life after spm? kemanakah hala tuju? :) p/s : lama tak lawat ke sini. hee.

Izz Hazwani said...

Kak Syafa, mengambil mudah pada setiap kenikmatan tu perkara paling biasa bagi kita.

insyaAllah. mengajar di mana, bakal guru pembentuk insan kita ni? ehehe.

hidup pasca spm ni kekadang 'hidup', kekadang 'tidur'. hala tuju pulak masih complicated. hwa T-T

ayut said...

Ingt monopod apa..ok.paham :)