Wednesday, April 23, 2014

Kontra

Jadi ceritanya kelmarin; duduk borak-borak dengan seorang mak cik dan remaja baya saya.


Remaja yang duduk dengan saya tadi pandang pasangan tersebut. "Sweetnya diorangggg"

Saya dan mak cik tadi pun pandang ke arah yang sama. Tak jauh dari kami, ada satu pasangan lelaki-perempuan. Umur macam saya juga rasanya. Lelaki pegangkan beg tangan si perempuan, sambil bercanda  (nak buat karangan ke apa guna istilah camni) bawah pokok. Serius?! Tengah panas membahang ni korang boleh duduk kat sana? Hm, hangat lagi percintaan diorang kan.


Tak lama lepas tu, mak cik yang duduk dengan kami pulak respon.


"Haih, dah tak ada rasa malu bebudak zaman sekarang ye. Mak cik ni dulu muda-muda, dah kahwin pun segan lagi nak duduk berdua-dua dekat tempat macam ni. Apa lagi nak pegang tangan" ... blablabla. Mak cik ni nak berkhutbah pun ajak la bebudak dua orang tu join sekali. hUUuuu.


Saya sengih jela. Nak kata apa. Betul pun. Dah tak ada rasa malu, canggung, aneh.

Friday, April 18, 2014

Yang ke-12

Tanggal 18 April 2014. Genap 12 tahun adinda laki-laki ku dilahirkan di dunia ini. Ingat lagi dulu, saat awal-awal kelahiran adik, betapa bangga saya mempunyai adik. Saya rasakan saya dah besar. Dah jadi kakak. Acah-acah dah ada tanggungjawab la ni. Kalau imbas semula gambar-gambar lama, rapat juga hubungan kami.


Dulu, dia la adik yang paling saya sayang.


Tapi sekarang.. layanan macam kakak tiri. Itu apa yang ayahanda selalu bilang. Saya malas bilang. Nanti miscalculate.

-----------------

17 April. Lunch.

"Akak, esok lapan belas haribulan kan?"
"Haah. Apesal. Habiskan nasi tu cepat. Jap lagi study"

Senyum dia, dia sembunyi.
-----------------

Pagi ni.

Ibunda jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang pada detik saya menulis post ni.
Seawal pagi subuh lagi beliau menelefon. Secara sorok-sorok dan perlahan saya berbisik,

"Harini birthday Ilmaan"

Cakap sehabis perlahan dah sebab taknak adik dengar. Taknak dia buat gedik mengada-ngada bila kakak dia ingat tarikh harini.

----------------

Kakak mana tak sayang adik. Dalam rasa menyampah pun, sebenarnya sayang je. Cuma cara setiap orang mengekspreskan perasaan tu yang.. berbeza.


5 + 4 = 9
2 + 7 = 9
3²  = 9

Nampak?

Tuesday, April 15, 2014

Hadiah, dalam bahasa kamu

Terjaga. Adik tinggalkan laptop terpasang. Dengan mata yang taktau berapa inci dibuka, nak jugak menaip. Padahal tak ada apa pun nak cerita.



Ulangtahun kelahiran adik yang ke-12 dah tak lama lagi bakal menjelang. Sila pos hadiah untuk kakaknya. Tanpa kakak, adik takkan bergelar adik tau!

Monday, April 14, 2014

Sabun XXXX

Saya ada adik. Satu. Dua. Tiga.


Tiga orang adik. Semua berjenama lelaki. Anak - anak soleh. Aamiin. Dulu selalu muatnaik gambar adik-adik dalam fesbuk. Bila tengok semula gambar, oi dah membesar rupanya hadek-hadek ni!


Tuhan, betapa Kau lalukan waktu dengan begitu pantas.


Tapi bukanlah nak cerita dari tahun pertama deme bernafas sampai kini deme sedut oksigen. Tidak.


-----------------------------

Anak-anak kecil. Terutamanya lelaki. Disarungkan baju putih waktu pagi, balik nanti dicorakkannya dengan tompokan merah berbau sambal atau coklat berbau tanah. Jenuh la kita ni nak membasuh. Kalau hat kotoran degil tu, uihh nak menyental dah jadi satu kerja.


Itu baru seorang. Baru sehelai baju. Tiga orang. Tiga helai baju? Baru baju. Ok, tambah lagi tiga seluar.


Hari Ahad. Pagi-pagi mulakan aktiviti menyental kotoran degil pada pakaian menggunakan sabun XXXX. Malaslah nak promote sabun. Eheh. Sebab tak ingat guna sabun apa. Jenis suka tabur sabun tak pernah peka pada jenama.


Sental. Gosok. Rendam. Basuh semula masuk mesin. Jemur. Gosok.


Sebelum adik-adik pergi sekolah dengan baju yang kembali putih berseri, kakak pesan.


"Abang, Ican. Jangan kotorkan baju ni. Nanti akak marah. Nak akak marah?"

Laju masing-masing geleng kepala.


Pukul 5.30 petang. Pulangnya mereka dari kelas petang, saya buka pintu. Belum sempat nak scan baju deme, Ican dah awal-awal explain.

"Akakkkkk. Baju ni kotor. Eh tapi tapi bukan Ican buat. Kawan Ican buat. Ha. Dia kotorkan baju Ican"

"Ooooooooo. Kawan buaaaat ye"

"Iye kak. Akak marah ke?"

Benci camni tau. Dah kalau kawan dia kotorkan, takkan nak akak marah kawan pulak. Ish. Dah, pergi tukar baju!


Saturday, April 12, 2014

Kawan macam saya

Kita ada sorang kawan tu yang kalau dia nak emosional, dia fikirkan dia saja.
Atau sorang kawan sinun yang selalu pandang hampir semua benda sebagai perkara yang negatif.

banyak atau.


Tapi saya rasa saya kot kawan tu. Aha.ha.ha.mbar.

Thursday, April 10, 2014

Jengkel



Bila si kembar tengok senarai blocked contacts yang berderet memanjang,

"amboi, ramainya kena blocked"

"sebab kebanyakan daripadanya adalah terdiri daripada lelaki-lelaki menjengkelkan"

..dan saiko.

Ohoi statement mengundang umpatan dalam hati setiap orang tau!


Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada lelaki bab 2010-2013.
Lelaki dari judul ini menjadi salah satu bahan saya mengubah diri kepada lebih baik.

Terima kasih kepada lelaki judul tersebut, yang pada saat-saat akhir cerita, mengingatkan bahawa perlunya kita saling menjaga tatatertib. Tata segala tata. Jaga adab. Jaga batas. Jaga segala.


Dan kerana lelaki judul itulah, saya dalam proses menjarakkan diri dengan spesies lelaki judul tersebut.


Apa kata orang? Jaga ikhtilat ya?


Kepada lelaki cerita tiga tahun tersebut, jika anda sedang membaca, harapnya anda juga menjaga diri dan menjaga batas. Semoga impian umi anda yang teringin bermenantukan gadis bertudung labuh, baik, dan lengkap segalanya, tercapai. Sebab saya rasa anda dah pun ada seseorang yang lain. Jadi harapnya semoga gadis itu menjadi pilihan umi anda. Adiossss.


Menulis dalam keadaan terketar-ketar.
Rancak berdebar.