Monday, March 10, 2014

Sambal Hitam Pahang

"Tak roller coaster la hidup kalau tak ada ujian. 
Maka, bersabarlah."


--------------


Orang Pahang mana yang tak gemor ke sambal hitam ni ce citer sikit. Ada? Tak ada?

Ok. Boleh saya kongsi resepi? Tapi tak guna resipi turun temurun la. Ni main campak-campak je. Mana yang ada kita capai dan zasssss, menjadilah sambal hitam!


Sambal hitam ni kira menjadi kegemaran jugalah. Asal balik Raub je mesti nak sambal ni. Ini antara kegemaran kami selain daripada lempeng ya. Tapi jenuh juga la kan. Takkan setiap kali nak makan sambal hitam mesti kena balik Raub. Jadi saya ambil inisiatif untuk masak sendiri.


Saya bilang lagi sekali ya, ini saya main campak-campak je. Kalau nak resipi turun temurun, google yang lain. InsyaAllah, resipi dari wan saya di Raub bakal menyusul.

Percayalah, lima tangkai cili padi tidak mencukupi. Serupa macam tak perlu letak pun tak apa. TAK UMPHHH LA KALAU TAK PEDAS! Hello, ini orang Pahang mix orang Melaka ok.


Bahan-bahan:

  1. Semangkuk ikan bilis yang dah dicuci bersih. Toskan.
  2. Separuh cawan belimbing buluh yang dah direbus sampai hitam.
  3. Kalau belum rebus, kita perlukan dalam enam hingga tujuh biji.
  4. Cili padi. Ikutlah berapa banyak nak letak. Ikut selera pedas memasing la. Kalau gambar, tunjuk lima je kan? Ha. Paling kurang kena 15 batang ye.
  5. 6 biji bawang merah, dihiris. 
  6. Sedikit garam.


Ada resipi guna kicap dan gula. Tapi saya tak nak.

Belimbing buluh ni cenggini la ghope dia:


Kalau nak rebus, dinasihati untuk gunakan periuk buruk-buruk ya. Kalau saya, saya guna tin biskut. Sebab apa? Belimbing ni ada asid yang kuat, boleh mengakibatkan periuk jadi kusam dan tidak bermaya. Percayalah, nanti bila rebus dalam tin, tin tu akan jadi hitam hitam. Hanguihhhhh.


Bila merebus, rajinkan la diri untuk kacau. Dalam setiap 10 minit. Boleh? Setiap lima minit pun boleh.
Paling kurang pun kena rebus empat jam.


Haaa, tang nak rebus belimbing buluh ni je yang renyah. Lepas tu simple je.




Cara-cara:

1. Tumbuk bawang yang dah dihiris. Lepastu tumbuk cili. Saya nasihatkan anda untuk mengasingkan dulu la kot bawang dan cili. Saya menumbuk-bergaduh dengan cili sampai kecik sebelah mata sebab cili terpecik dalam mata. For a minute saya rasa saya akan buta selamanya. Allah, ni ke akibat dok melagha dengan maksiat sana sini? Gitu sekali ye effect. Yela, bila dah susah baru nak beringat pada Dia. Gituuuu.


2. Letakkan hasil tumbukan padu cili dan bawang tadi di mangkuk lain. Masukkan ikan bilis dan belimbing. Tumbuk. Masuk sikit sikit. Tumbuk. Masukkan garam terus. Jangan buat hambar pula ya nak guna mesin pengisar. Ni takyah tumbuk hancur sangat sampai jadi serbuk.


Jap! Kenapa garam tak perlu banyak?
Anda, belimbing tu dah masam.
Jadi tak perlu tambah banyak sangat garam.
Boleh?

3. Siap? Are you following me?

4. Panaskan minyak. Lebihkan la minyak ya. Lepastu masukkan cili dan bawang. Tumis la. Pastu masukkan hasil tumbukan ikan bilis dan belimbing buluh anda. Balik-balikkan sambal hitam tersebut. Kalau nampak kering, tambahkan lagi minyak.

Terpulang la nak masak selama mana tapi jangan sampai hangit. Ada yang nak lembut aje, ada yang nak garing. Terpulang pada citarasa anda. Nak garing, gaul-gaulkan lama sikit.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih yang hangat. Atau... kekadang saya suka buh sambal hitam ni atas roti gardenia yang kononnya sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa.


Ya, belimbing bebanyak sungguh nak guna tapi hasilnya dapat semangkuk je sambal hitam. Bersyukur je la. Jangan nak merungut! Dah, pergi dapur!


Ada sesiapa nak resipi asam pedas tak? Takpe la, takda orang nak. Saya ni tak pandai memasak pun sebenarnya. Kah!

2 comments:

Anys Hazwanie said...

nak la resipi asam pedas. maybe cara awak lg sedap. sambal hitam ni mcm lain dari yang lain. boleh try nti.

untuk tempahan handbouquet dan bantal felt. boleh ke link di bawah ini. =)
http://myartcrafting.blogspot.com

Kasih Arus said...

memang best sambal hitam ni.cicah lempengpun sodap.