Wednesday, March 05, 2014

Let her go

Pagi. Tak banyak nak taip.

Satu demi satu roh dah pergi tinggalkan jasad.

Pagi ni. Sengaja tak nak tidur. Risau tak bangun awal pagi. Risau kelam kabut lagi.

Satu; ibunda masuk hospital. Bila dapat tahu, jadi tak senang duduk. Itu ini, semua tak kena. Kemas rumah, sibukkan diri tanpa henti. Petang, pergi hospital jenguk ibu.

Dua; lepas isyak, dapat berita.

Copy paste tweet terus boleh? Saya dengan jujur cakap, tak larat lagi nak taip bebanyak.











Dan saya masih memaksa diri untuk tidak tidur. Masih nak sibukkan diri dengan kerja. Kalaulah waktu mampu berputar dengan sekejapan je.. mesti sekarang saya tak tertunggu-tunggu. Sebelum pergi hospital, ibunda kata, pergilah tengok arwah untuk kali terakhir. Kemudian baru datang jaga ibunda di hospital.


Dulu bila sakit, tak bertangguh lagi, ibu ayah akan jaga. Akan sua makanan. Kalau perlu, akan suap makanan. Diberi apa yang diingini. Pernah juga terdetik dalam hati, bilalah akan dapat peluang nak pulangkan budi yang sama.

Nah, sekarang peluangnya sudah datang.
Tapi.. peluangnya bercabang.

Antara menjaga ibunda di hospital vs menjenguk arwah.
Hajat nak pergi malam tadi tapi bukan rezeki. Sebab kena jaga adik-adik di rumah.
Encik-encik dalam rumah je yang pergi.


Justeru itu ibunda menyarankan pergi jenguk sekejap.
Sekejap untuk kali yang terakhir.
Sekejap untuk melunas rasa rindu.


Nak work hard lagi ni.
Sebab nak pergi syurga.
.

2 comments:

Atiqah Wadiah said...

Kehilangan seseorg yg dekat dgn kita akan membuatkan kita lbh peka kpdalam akhirat,InsyaAAH :)

Husna AOmar said...

Moga Allah redha akan roh ustazah.
Ah, nama ustazah sama dgn ustazah hafazan masa f1 dulu. Beliau la pemangkin semangat untuk terus menghafal. Dia guru terbaik tahfiz i can't deny.

Waniiii, moga Allah terima segala kebaikan yg wani buat. Ikhlaskan hati ya kawan ;)
Doa2kan saya di sini....bertarung dengan masa.