Sunday, March 30, 2014

Semerbak

Duduknya depan laptop ini sambil citarasa tiba-tiba nak dengar lagu korea dari kumpulan 2NE1 sebenarnya adalah gara-gara sedang menunggu. Usah ditanya apa yang ditunggu.

Al-kisah yang nak dikisahkan, haritu pergi pasaraya Tunas Manja. Keluar berdua dengan abang untuk beli mentol. Lepas tu mata meliar sebab mencari pekerja TM untuk tolong cuba try dan test mentol ni berfungsi ke tak, kecerahan dia macam mana dan blablabla. Saya tinggalkan hal menguji-mentol ini kepada abang.

Sementara tunggu abang cari pekerja tersebut, saya pergi ke bahagian penyembur ambi-pur. Kalau pewangi yang gel ada tester. Tapi yang penyembur tak ada tester. Hm.

Dah ada bau lavender.
Wild forest.
Dan apatah lagi.

Saya tak arif tentang bau-bauan.
Yang pasti saya tau bau bahan yang ditumis macam mana dan ianya mengiurkan.


Tak ada tester punya pasal, saya pun cuba sembur sikit pada rak.

Sembur sekali, tak keluar.
Dua kali tekan, tak ada bau.
Tiga kali picit... haaaa terkeluar banyak pulak.


Kebetulan pulak pekerja bangladesh yang tadinya tidak kelihatan tu lalu di belakang. Abang pun lalu kat belakang. Saya ni... pura-pura lari tempat lain.


Tak lama lepas tu pekerja tu terbatuk. Saya syak dia ni tak sihat la. Bukan sebab semburan ambi-pur terlebih tu.


-------

Dalam kereta.

"Abang, perasan tak ada bau wangi tadi?"

"Haah. Wangi betul la"

"Sebenarnya orang tertekan spray tu kuat sangat kot. Tu bau semerbak."

"Laaa yeke. Abang ingatkan pekerja bangla tu yang pakai minyak wangi malam-malam gini"

------

Monday, March 17, 2014

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan

Saya tak tahu Cik Husna ni baca minda saya atau apa. Malam tadi baru tergerak hati nak memiliki satu buku nota baru. Yang comel. Atau mengancam kalbu.

Jangan tanya apa saya nak buat dengan sebuah buku tersebut. Kawan-kawan yang dah godek buku lama saya, tahu apa saya nak buat dengan buku baru.

*GELAK TYPO*
Ye, kawan-kawan saya tahu stail gelak typo saya.

Pucuk dicita ulam mendatang. Ada giveaway. Whoops!



Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat perjuangan saya untuk turut serta.

Cik Farahana, Cik Najwa, Cik Nadziratulhani

Saturday, March 15, 2014

Menggeletek tulang rusuk

Ralit jugak membaca novel. Nampak kawan dari jauh, saja buat buat tak nampak. Spesies memang tak reti nak bercampur-gaul macam ni la. Kalau ajak borak, nak borak apalah sangat. Kalau dia perempuan, ada la kot cerita hu-ha-hu-ha cara sopan sikit. Ini... haih.


Saya teruskan lagi bacaan dengan menunduk.


Terasa ada orang diri di sebelah, mengetuk meja dengan dua jari. Dari jari, saya pandang muka dia. Ingatkan bila dah tunduk habis ni tak ada la orang nak perasan. Thorrr dia, nampak juga.


Duduk sekejap, borak-borak. Lepas tu dia tinggalkan saya untuk beberapa minit. Dia pi beli makanan. Duduk semula semeja dengan saya.


Dah tengok dia nak makan, saya pun sambung lagi la membaca.


Baris ke-tujuh bacaan...

"..eh ko kerja ke sekarang?"
"tak. baru berenti. kau? keje?"
"aku keje gak. kejekan solat huahuahua"
"alamak, aku lupa doh kau ni kelakar hahahaha"


Serius. Jujur. Memang dia kelakar. Saya je yang lupa.


Sambung lagi membaca...
Tapi tutup semula buku sebab....

"kau nak balik dah ke?"
"taklah, belum lagi.."


Bacaan yang terhenti dengan ditanda oleh penanda buku, saya selak semula.


"kau aim nak pergi mana nanti"
"susah jugak nak cakap weh"

.......


Tutup buku terus. Sepertinya memang dia membutuhkan saya sebagai teman bicara dia waktu tu.


"eh kau tengah baca novel kan tadi. ha sambung la sambung. aku makan diam2"
"takpe la. nanti ada lagi kau nak tanya"
"sambung je baca. aku takkan kacau"
"betul ni?"
"iye, betul"


Saya matikan koma bacaan tadi....

"ehhh ko nak tau tak..."


Sudah. Saya tutup buku kasar. Sambil sengih.

----------------

Tapi tak marah pun sebenarnya. Tolonglah sesiapa sedarkan dia yang dia tu adalah seorang yang kelakar. Ke... dia dah sedar diri? Ada je lagi, banyak je lagi koleksi lawak dia dalam beg.

Monday, March 10, 2014

Sambal Hitam Pahang

"Tak roller coaster la hidup kalau tak ada ujian. 
Maka, bersabarlah."


--------------


Orang Pahang mana yang tak gemor ke sambal hitam ni ce citer sikit. Ada? Tak ada?

Ok. Boleh saya kongsi resepi? Tapi tak guna resipi turun temurun la. Ni main campak-campak je. Mana yang ada kita capai dan zasssss, menjadilah sambal hitam!


Sambal hitam ni kira menjadi kegemaran jugalah. Asal balik Raub je mesti nak sambal ni. Ini antara kegemaran kami selain daripada lempeng ya. Tapi jenuh juga la kan. Takkan setiap kali nak makan sambal hitam mesti kena balik Raub. Jadi saya ambil inisiatif untuk masak sendiri.


Saya bilang lagi sekali ya, ini saya main campak-campak je. Kalau nak resipi turun temurun, google yang lain. InsyaAllah, resipi dari wan saya di Raub bakal menyusul.

Percayalah, lima tangkai cili padi tidak mencukupi. Serupa macam tak perlu letak pun tak apa. TAK UMPHHH LA KALAU TAK PEDAS! Hello, ini orang Pahang mix orang Melaka ok.


Bahan-bahan:

  1. Semangkuk ikan bilis yang dah dicuci bersih. Toskan.
  2. Separuh cawan belimbing buluh yang dah direbus sampai hitam.
  3. Kalau belum rebus, kita perlukan dalam enam hingga tujuh biji.
  4. Cili padi. Ikutlah berapa banyak nak letak. Ikut selera pedas memasing la. Kalau gambar, tunjuk lima je kan? Ha. Paling kurang kena 15 batang ye.
  5. 6 biji bawang merah, dihiris. 
  6. Sedikit garam.


Ada resipi guna kicap dan gula. Tapi saya tak nak.

Belimbing buluh ni cenggini la ghope dia:


Kalau nak rebus, dinasihati untuk gunakan periuk buruk-buruk ya. Kalau saya, saya guna tin biskut. Sebab apa? Belimbing ni ada asid yang kuat, boleh mengakibatkan periuk jadi kusam dan tidak bermaya. Percayalah, nanti bila rebus dalam tin, tin tu akan jadi hitam hitam. Hanguihhhhh.


Bila merebus, rajinkan la diri untuk kacau. Dalam setiap 10 minit. Boleh? Setiap lima minit pun boleh.
Paling kurang pun kena rebus empat jam.


Haaa, tang nak rebus belimbing buluh ni je yang renyah. Lepas tu simple je.




Cara-cara:

1. Tumbuk bawang yang dah dihiris. Lepastu tumbuk cili. Saya nasihatkan anda untuk mengasingkan dulu la kot bawang dan cili. Saya menumbuk-bergaduh dengan cili sampai kecik sebelah mata sebab cili terpecik dalam mata. For a minute saya rasa saya akan buta selamanya. Allah, ni ke akibat dok melagha dengan maksiat sana sini? Gitu sekali ye effect. Yela, bila dah susah baru nak beringat pada Dia. Gituuuu.


2. Letakkan hasil tumbukan padu cili dan bawang tadi di mangkuk lain. Masukkan ikan bilis dan belimbing. Tumbuk. Masuk sikit sikit. Tumbuk. Masukkan garam terus. Jangan buat hambar pula ya nak guna mesin pengisar. Ni takyah tumbuk hancur sangat sampai jadi serbuk.


Jap! Kenapa garam tak perlu banyak?
Anda, belimbing tu dah masam.
Jadi tak perlu tambah banyak sangat garam.
Boleh?

3. Siap? Are you following me?

4. Panaskan minyak. Lebihkan la minyak ya. Lepastu masukkan cili dan bawang. Tumis la. Pastu masukkan hasil tumbukan ikan bilis dan belimbing buluh anda. Balik-balikkan sambal hitam tersebut. Kalau nampak kering, tambahkan lagi minyak.

Terpulang la nak masak selama mana tapi jangan sampai hangit. Ada yang nak lembut aje, ada yang nak garing. Terpulang pada citarasa anda. Nak garing, gaul-gaulkan lama sikit.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih yang hangat. Atau... kekadang saya suka buh sambal hitam ni atas roti gardenia yang kononnya sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa.


Ya, belimbing bebanyak sungguh nak guna tapi hasilnya dapat semangkuk je sambal hitam. Bersyukur je la. Jangan nak merungut! Dah, pergi dapur!


Ada sesiapa nak resipi asam pedas tak? Takpe la, takda orang nak. Saya ni tak pandai memasak pun sebenarnya. Kah!

Wednesday, March 05, 2014

Let her go

Pagi. Tak banyak nak taip.

Satu demi satu roh dah pergi tinggalkan jasad.

Pagi ni. Sengaja tak nak tidur. Risau tak bangun awal pagi. Risau kelam kabut lagi.

Satu; ibunda masuk hospital. Bila dapat tahu, jadi tak senang duduk. Itu ini, semua tak kena. Kemas rumah, sibukkan diri tanpa henti. Petang, pergi hospital jenguk ibu.

Dua; lepas isyak, dapat berita.

Copy paste tweet terus boleh? Saya dengan jujur cakap, tak larat lagi nak taip bebanyak.











Dan saya masih memaksa diri untuk tidak tidur. Masih nak sibukkan diri dengan kerja. Kalaulah waktu mampu berputar dengan sekejapan je.. mesti sekarang saya tak tertunggu-tunggu. Sebelum pergi hospital, ibunda kata, pergilah tengok arwah untuk kali terakhir. Kemudian baru datang jaga ibunda di hospital.


Dulu bila sakit, tak bertangguh lagi, ibu ayah akan jaga. Akan sua makanan. Kalau perlu, akan suap makanan. Diberi apa yang diingini. Pernah juga terdetik dalam hati, bilalah akan dapat peluang nak pulangkan budi yang sama.

Nah, sekarang peluangnya sudah datang.
Tapi.. peluangnya bercabang.

Antara menjaga ibunda di hospital vs menjenguk arwah.
Hajat nak pergi malam tadi tapi bukan rezeki. Sebab kena jaga adik-adik di rumah.
Encik-encik dalam rumah je yang pergi.


Justeru itu ibunda menyarankan pergi jenguk sekejap.
Sekejap untuk kali yang terakhir.
Sekejap untuk melunas rasa rindu.


Nak work hard lagi ni.
Sebab nak pergi syurga.
.