Friday, February 14, 2014

Sekeping kad biru (UPDATE)

Bersegera memperbaharui kad biru. Kemain lagi kan.


Pagi Jumaat, ibunda jemput daku di rumah. Pergi Jabatan Pendaftaran di Indera Mahkota. Tak perlu tunggu lama, terus pergi ambil gambar.

Bayaran: RM10.

Beberapa hari sebelum pergi ambil gambar, dah cuba try test senyum depan cermin.

"Eh eh takleh senyum camni. Nampak buncit sebelah pipi"
"Yang ni tak boleh jugak. Nampak sebelah je lesung pipit"
"WEHHH APESAL AKU SENYUM TAK KENA NI"

Fehh, tertekan.


Bila ambil gambar yang real, pasghah je senyum macam mana pun. Silau dah mata dengan lampu dia.


Bila umur dah masuk lapan belas, WAJIB untuk perbaharui kad pengenalan anda ya. Tak perlu tergopoh-gapah macam saya pun tak apa. Masuk umur 25 dan ke atas dan anda masih belum perbaharui kad pengenalan, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.


Sementara muka tengah tak banyak sangat jerawat dan bintik hitam, afdhal la anda membuka pintu hati untuk renew. Disarankan pergi pada waktu pagi. Masa tu baru nampak kulit bersinar dan berseri. Ecehhhh. Tak adalah. Jangan ikut tips saya. Pepandai je kan.

Spesies suka selfie pastu sikit sikit post kat instagram, afdhalnya klik sini.

Sebelum anda ambil gambar, anda akan diminta untuk menyerahkan kad pengenalan semasa anda kepada staf yang bertugas. Kalau dah tukar alamat rumah, boleh maklumkan. Dan macam biasa, cap ibu jari kanan dan kiri anda diperlukan. Bagi yang jenis tangan cepat berpeluh, bawalah sapu tangan. Lap tangan kering-kering. Boleh?


Lepas siap ambil gambar, staf akan bagi dua helai kertas. Yang warna hijau (kanan) tu adalah dokumen pengenalan sementara. Ye la, kalau tak ada dokumen ni, orang ingat anda ni PATI. Sedangkan alien dari bintang dalam drama My Love From Another Star tu pun ada pengenalan diri. Fiksyennnnn sangat!


Berapa lama boleh siap?
Proses sekarang cepat je. Dalam sehari dah boleh siap. Tapi anda tak boleh expect untuk dapat dan-dan pada jam tu jugak. Sila bersabar. Ambil gambar pagi, petang boleh ambil kad pengenalan baru.

Tips.
1. Jangan pakai tudung pattern bunga bunga. I tahu you minat insane pada bunga atau apa apa corak tapi ni nak ambil gambar formal. Bukan jalan jalan dalam taman. Unless awak nak disuruh oleh staf supaya tukar tudung yang mereka sediakan di sana, teruskan dengan niat awak. Kita tak tahu tudung diorang cemana.

2. Pakai tudung warna gelap. Kalau pakai tudung cerah, dengan flash, nampak biji mata warna hitam je rasanya nanti.

3. Buat semua Muslimah, wajib bertudung.
'Eh apa ni Izz, bila masa JPN kata kena pakai tudung??'
Ok. JPN mungkin tak kata. Tapi kan Allah dah pesan pakai tudung. Eh jap. Dan tutup aurat!


Punya dok training senyum, tapi akhirnya muka macam buah pear.
Kawan kawan tegur apesal muka macam budak budak.
Diorang ni lupa ke apa gambar pandai menipu?


(Kalau dulu simpan kad pengenalan kat card section dalam purse, mesti nak flip. Sekarang dengan bahagianya boleh tayang muka sendiri. Spesies takleh terima muka sendiri  dalam gambar pada usia 12 tahun)

12 comments:

twinkle twinkle said...

akk buat 2 minggu baru dptt

Mime MF said...

sy thn lepas baru tukar kad pengenalan baru...hehe

Julie Jamal said...

gambar ic tak pernahnya nak yang gojes kan. sigh.

Yann Hazwani said...

wahhhh. saya belum tukar IC baru lagi. muka umur 12 tahun dulu serius sangat lawak. aiyoo.
btw, walaupun gambar blur tapi nampak nice jugak lahh. heheh.

Izz Hazwani said...

@twinkle twinkle,
eh kenapa pulak?

Izz Hazwani said...

@Mime MF
tahun lepas ramai sangat renew sampai melepasi office hour

Izz Hazwani said...

@Julie Jamal
sebelum pergi renew, train mulut untuk senyum awal awal

Izz Hazwani said...

@Yann Hazwani
ada orang, dia taknak renew sebab muka umur 12 lagi comel dari 18. haisss

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Anne Nurain said...

anne ingat kena bayar rm40 kalau lambat, rupanya rm20 je eh? selamat duit.. kehkehkeh..

anne masih guna ic gambar tahun 6 & memang akan flip.. kalau kat imigresen pun kalau boleh taknak tunjuk ic tapi kalau tak tunjuk pulak kang takleh naik flight.. hehehe..

btw, thanks for the info.. pasni akan berlatih senyum.. muahahaha~

Nurulee said...

taknak renew lagi sebab suka gambar dekat ic. ehehehe =D

Anonymous said...

Lain fahaman, lain lah pendapat pasal 'tudung' tu. Just saying.