Sunday, February 23, 2014

Nak kahwin sekarang jugak!

Semalam--- salah seorang sahabat tanya pasal topik yang sebenarnya dah lama saya terfikir nak tulis kat sini. Bila dia dah buka topik tu, barulah tergerak nak jadikan draf sebagai post yang di'publish'.



Kahwin muda.
Kahwin awal.
Kahwin pada usia masih belajar.


Segalanya. Generasi Y hari ini, rata-ratanya terlalu bersikap terbuka sampaikan tanpa segan silu boleh cerita pasal kahwin. Dengan mak ayah sendiri punnnnn redahkan aje.


Tapi rakan-rakan, adik-adik sekalian... duit syiling pun ada dua muka berbeza dan dua sisi berlainan, ini pula sebuah perkahwinan. Jangan terlalu memikir yang indah-indah. BESAR LA TANGGUNGJAWAB NAK KAHWIN TU. Hentikanlah meroyan nak kahwin awal pebenda jadah kalau mak bapak sendiri awak asyik nak bangkang.


Sigh. Hidup ni terlalu singkat untuk kita meroyan.
:(


Dah berapa lama saya terperap dalam rumah. Uruskan kerja rumah. Kadang-kadang masak. Walaupun ada yang terkurang-terlebih, kenyang jugak, syukurrrr deh. Kemas rumah. Lipat kain jemur kain dan segalanya. Petang, uruskan adik-adik untuk pergi kelas kafa.


Jaga rumah.
Jaga budak.


Layan kerenah dan ragam satu per satu.
Hilang sabar ni tau. Rasa nak transform jadi otomen dan hantar mereka ke angkasa.
Lesap pada dada langit dengan bercahaya-cahaya seperti bintang berkelip satu kali.

Penat. Sangat penat.


Mungkin saya tak galas tugas ni dari peranan sebagai seorang isteri dan seorang ibu; sebab tu saya rasa penat sangat.


Sepanjang masa rasa nak membebel. Itu tak kena, ini tak kena. Kemas rumah waktu pagi, malam sebelum tidur, akan nampak kertas-buku-pen-pensil melambak atas meja dan lantai.


Kalau jadi isteri--- senang nak masuk syurga. taat pada tuhan dan suami. Ok. Got it.


Tapi kalau buat kerja rumah sikit pun nak mengeluh, kalau suami suruh tanggalkan stokin pun "eh awak ni kaki tu dah la bau cagu! ada hati nak suruh saya tanggalkan stokin awak!", mana nak dapat redha?? Mana nak jumpa jalan pergi syurga? MANAAAA NAK BERCINTA KE JANNAH?? Kalau dapat suami penyabar, tak apa. Dia tanggalkan sendiri stokin tu dan letak dalam bakul kotor. Kalau yang errrr tu, entah entah dia sumbat stokin dalam mulut awak.


Itu baru hidup berdua.


Bila dah bertiga, berempat, berlima dan seterusnya... ? Kalau sekarang membujang pun awak tak suka tidur lena diganggu, macam mana bila akan datang, anak awak merengek malam buta sebab tak sihat? Awak boleh sabar? Jawab sendiri. Mungkin bila naluri keibuan mencanak-canak tusuk ke jiwa, apa sangatlah tak tidur malamkan? Tapi tak semua ibu macam tu.


Uruskanlah dirimu. Persiapkan mental dan fizikal. Saya bukan nak cakap kahwin awal tu tak elok @ tak bagus. Tidak sama sekali. Saya cuma nak bawa awak sama-sama selak di sebalik tabir keindahan sebuah perkahwinan.


Pernah muda belia remaja macam adik-adik ni. (Hatta sekarang pun masih muda tapi tak semuda tahun-tahun lalu) Pernah terfikir kahwin ni cam best je cam best je. Bila dah lama-lama, selalu fikir, dah sedia ke belum.


...sedangkan tanggungjawab sebagai anak pun belum mampu lagi tertunai. Belum cukup berbakti lagi pada ibunda dan ayahanda. Cemana tuuu?


Janganlah terlalu fikirkan dosa bakal suami yang akan ditanggung lepas sah lafaz sedangkan dosa yang encik wali awak tanggung selama ni bergelen-gelen tak terhitung!

Sungguh saya minta maaf kalau ada yang panas hati panas punggung tak senang membaca ni. Maaf kalau awak rasa nak bangkang sesangat.

Akhir kata, flip the coin.
If you know what I mean.

4 comments:

Nurulee said...

agree sangat.
ee nak cakap bab ni tapi tak pandai. hahaha. tu lah.
sekarang ni ramai sangat duk cerita nak kahwin muda etc.
bukan tak support tapi diorg duk ingat yang indah indah je. lupa pasal tanggungjawab.
kadang tu tanggungjawab dengan parents pun tak settle lagi.
bukan salah kahwin muda. tapi ramai jugak yang kahwin muda bercerai muda.
tu jaaaaaaa =3

Anne Nurain said...

setuju sangat2..
dulu selalu terpikir, eh bila aku nak kawin ni? umur dah semakin bertambah, kawan2 semua dah kawin.. aku je belum.. tapi bila fikir2 balik, sedia kah aku? err.. macam tak je..
so, sekarang dah boleh relaks sebab tahu perancangan Allah tu maha hebat.. tunggu je masa tu sampai.. lagipun sy ngan c dia pun masih study.. hehe..

Anonymous said...

"Kalau jadi isteri--- senang nak masuk syurga. taat pada tuhan dan suami. Ok. Got it."

Perempuan (yg dah berkahwin) ni, memang tugas dia MENGABDIKAN diri dia pada suami je ye? Kat Afghanistan dan Pakistan, isteri kadang2 kena siram ASID sebab tak "taat" pada suami macam hamba dengan tuan.

Aisya 사구라 said...

menurut pemerhatian saya, memang ramai yang kahwin muda sekarang ni