Wednesday, January 22, 2014

Pas masuk percuma UPKIPT

Hari ni hari.. Rabu. Eh? Betul, kan? Sibuk sangat kat rumah sampai tak sempat nak cakna dengan tarikh dan hari.


SPM and STPM leavers,

ada sesiapa dapat pas macam ni? Berlatarbelakangkan peta Malaysia dan 1Malaysia. Ada? 

Semalam kawan ada tanya, dapat tak benda ni.


Petangnya, diajukan soalan yang sama lagi. Saya ambil surat - surat di peti surat. Walaupun kebiasaannya saya tahu memang tak akan ada surat bernamakan saya, saya tetap nak tengok siapa penerima surat tu. 

Tapi semalam dapat pula satu sampul surat, isinya dikirimkan untuk saya.

Oh! Inilah yang diorang dok sok sek kat group tu!
Banyak kali belek. Betul ke ni. Apa ni.
Apesal saya dapat tapi kawan saya tak dapat.
Baca dokumen yang pihak sana hendakkan.. 



...(e. apa lagi dokumen - dokumen lain yang berkenaan?)
...(sekira berjaya) (lima ratus ringgit, apekah ini?!!)

Tengok bawahnya. Logo;
Rakan Muda IPT
Lembaga Jururawat Malaysia
Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Belia 1Malaysia


Nombor telefon yang tertera.

0111-5266244
0111-5266245
0111-5266246


Hari ni, saya buat carian di google; Unit Pengambilan Khas Institut Pengajian Tinggi sebab tahap kemusykilan saya semakin bertambah. 


Pertama,




Klik gambar untuk ke fb page UPKIPT. Nampak macam tak official, kan?
Dah ragu - ragu ke belum?


Saya google lagi.

Kedua,



(forum lowyat. klik sini)

Ketiga,




(sumber daripada moe.gov.my)


Jadi,
dah musykil seperti saya atau belum?
kalau rasa nak dail terus nombor di atas, silakan.
tapi ada seorang emak kepada lepasan spm kata,
ada satu nombor yang didail; tidak berada dalam servis perkhidmatan.
macam mana tu, kawan - kawan?

jangan tanya saya macam mana pihak sana boleh tahu nama penuh dan alamat rumah. adalah tu cara tersendiri diorang. ini adalah kemusykilan kedua.


Kemusykilan yang ketiga/  untuk further reference / details, sepatutnya turut disertakan link ke official website. Bukan bagi nombor telefon je. Ada erti?

Kemusykilan keempat/ kenapa tidak dinyatakan secara spesifik sama ada ini adalah IPTA atau IPTS?

Kemusykilan kelima/ ehm. Maaf, saya lupa.


Konklusi: Kadang - kadang sifat syak wasangka tu memang perlu, memang baik. Tapi kena letak pada masa dan perkara yang sepatutnya. Boleh?


LAGI SATU! Kalau dapat call dari 06556 berapa entah tu, katanya MRSM ke apa, janganlah terburu - buru. Semak dulu.

Apa apa pun, kita mesti buat usul periksa.

Mohon sebarkan kepada semua.
Terima kasih.
Mohon klik sini sebentar.

6 comments:

Husna AOmar said...

Wohooo.

Yea syak wasangka tu perlu dan kita pulak kena selidik la whether it's true or not. Dah selidik and know the truth, bukan ke syak wasangka dah hilang? Yieyyy

Thanks ha for da info. Baguih la utk isu semasa (tetiber) Kuantan je ke ada?

Cik Yaya said...

salam.. =)

baru habis SPM ke?
msti bnyk dpt surat tawaran..kan..
biasalah tu, kena fikir pnjng tau, jgn lupa mnta pndpt yg lebih tua@pengalaman.hehe

ayut said...

Dah dpt surat makluman penting dr moe tu dh mmg wajib xpyah layan dh....huhuhu...

Trish Natasha said...

hai :) saya pun dalam kes yang sama. saya dapat surat bukan pas. saya call banyak kali, nombor yg pertama tu tak jawab langsung, nombor yang second tu tiada dalam perkhidmatan. nasib baik tak pergi.

Izz Hazwani said...

@husna

ada orang, syak wasangka dia terus mati lepas siasat itu ini. eh entahlah, bergantung pada orang la. rasanya negeri lain pun ada kot.

@cik yaya
hiks. dapat tawaran pape pun mesti kena selidik jugak.

@ayut
kaau dilayan lagi memang saja nak aniaya diri la

@trish natasha
jangan pergi aihhh. bagus!

Nur Hamizah said...

Hmm kalau fikir secara logik la kan, kata PAS MASUK PERCUMA kok kena bayar RM500. Dah kata PERCUMA. Hmm abang miza dulu banyak gak la dapat tawaran itu ini. Tapi tup-tup tengok kat berita banyak yang kena tipu. -,- Haish Moga Allah berikan keinsafan kepada manusia seperti ini.