Thursday, January 30, 2014

Kaya

Oyeahh haritu tengok iklan pasal makna kaya bagi kanak-kanak. Tak ingat iklan apa. Siapa ingat? Mohon ingatkan saya.

Kaya tu bila dapat beli baju-seluar cantik cantik.
Kaya tu bila dapat beli rumah besar besar.


Mostly akan fikir ---- kaya tu bila dapat BELI sesuatu.


Tapi saya rasa, erti kaya pun subjektif macam erti cantik.
Selain daripada ada duit juta juta atau billion billion, kaya tu disamakan dengan kemampuan kita untuk dapat segala benda yang kita nak.

(Memangnya emak-emak yang sudah punya gadget canggih bahagia sungguh ya dapat muat naik foto gambar anak anak. Kongsi rasa bahagi.)
-----------------------

Khamis. Dah mula cuti raya cinta. Hm typing error malas backspace raya cina ok. Perkaranya adalah, cikgu sekolah membekalkan tugasan untuk adik adik. Jadi bila adik adik balik sekolah, saya bagi rehat dalam sejam lepas tu siapkan paling banyak pun separuh daripada kerja yang cikgu bagi. Tahu sangat dah bila cuti, tangan pun cuti la daripada sentuh beg sekolah. Sebab saya pun spesies macam tu.


"Ican, jap lagi kita buat kerja sekolah tau"

"Eh? Kenapa kerja sekolah? Cikgu cakap kerja rumah"

"Okey, kita buat kerja rumah lepas ni"

"Akak, kenapa buat kerja rumah yang cikgu bagi dari sekolah?"

Hm. Berselirat otak nak menjawab soalan ni. Setiap 'kenapa' dan tanda tanya daripada anak anak kecil adalah tanda sel sel otak sedang berhubung. Ok. Sekarang saya nak hubungkan sel otak saya boleh?

KERJA CIKGU BAGI TU KERJA RUMAH ATAU KERJA SEKOLAH SEBENARNYA?

Oh. Ican tu adahlah nama ala ala manja untuk Ihsaan.

4 comments:

Niena Reen said...

Alala, comelnyalah hai Ican tu.. :D Oh, budak kecil memang selalu buat kita rasa kena minum susu untuk hubungkan sel-sel otak! Kikiki. XD

Nur Hamizah said...

Kaya bagi seorang kanak-kanak apabila dia mendapat kasih sayang yang sepenuhnya daripada orang disekelilingnya ^_^ Ehee. Haah ekk kerja sekolah ke kerja rumah ek ? Kerja-kerja rumah macam sapu, kemas rumah. ahahaha selalu ketengahkan soal ni dengan kawan-kawan dan cikgu bila cikgu bagi kerja XD Wkwkwkkwk

Nurul Nad said...

iklan pizza ,andai tak silap.



kaya itu
-kalau dapat berkumpul dgn family! (ada budak dlm iklan cakap..)

ayut said...

Kaya itu mmg subjektif... :) klu ayut...err klu keje sekolah btul kot...hahaha