Saturday, January 11, 2014

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Semalam tiba tiba up topik pasal makanan.

"Pancake dengan madu.."

"Heleh, padahal lempeng"

"Lempeng dengan kari......"

Bangun pagi hari ni, kelaparan deh. Nak makan simple je maka masuk dapur siapkan bahan nak masak lempeng. Tak buat lempeng kelapa sebab orang dalam rumah ni tak berapa gemor lempeng kelapa.


Ingatkan nak buat besar-besar tapi macam tak berapa menjadi pulakkan. Dapatlah lempeng mini. Hajat nak buat bentuk bulat, tapi macam-macam bentuk pulak dapat. Bentuk love la, bentuk strawberi la, bentuk bujur la.. Ni kira berseni jugak sebenarnya. Art in Cooking. Dah, tak nak baca bantahan awak.


Zaman muda-mudi dulu makan lempeng cecah (biasanya kita sebut cicah je) gula. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak mintak wan buatkan. Yang paling simple la  kadang kadang paling sedap. Tak gitu, Cik Kiah?


Ni la pancake versi orang Melayu.

Makan dengan sambal ikan bilis. Fehhhh.
Cara buat lempeng?
Fes of ol, uolls kena ada tepung gandum. Tak ada tepung, please jangan guna bedak baby johnsons. Serious tak pernah dibuat orang. Hambar. Eh nanti jap, korang dah besar gedabak ni pun pakai bedak baby lagi? Comel hiks.

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air
  • Minyak masak

1. Campurkan tepung gandum dengan air suam. Agak agak je. Takkanlah sukatan pun kena bagitau jugak. Ok. Cuba 2 sudu tepung dengan 3 sudu air. Boleh? Saya tak sukat air. Agak-agak je, tak terlalu pekat atau cair. Boleh?
2. Masukkan sedikit garam.
3. Panaskan kuali. Non-stick frying pan lagi afdal. Masukkan minyak. (JANGAN LETAK BANYAK. Buh sikiiiit je. Kira buat syarat. Macam lengserkan minyak pada kuali.)
4. Tuangkan campuran tepung dan air tadi dalam kuali. Rata-ratakan bancuhan tu. Bila dah masak, telangkupkan.


Jangan tanya macam mana saya dapat bentuk love dan sebagainya. Sebab seni adalah tidak sengajakan. Ia datang tanpa kita minta. Boleh gitu? Tak agree lagi? Yelah suka hati awaklah.


Sambal Tumis Ikan Bilis.

Ikan bilis ni saya buat garing-garing.
  •  Ikan bilis siap dibasuh dan ditoskan.
  • 1 labu bawang besar HOLLAND dihiris. (saya guna bawang yang dah dikisar sebab malas potong bawang)
  • 2 sudu cili giling.
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa.
  • Air (optional)

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan letak dalam pinggan atau bekas ke.
2. Panaskan minyak lagi. Guna minyak sama tadi pun tak apa. Nanti nak masuk ikan bilis juga.
3. Tumiskan cili giling. Kacau.
4. Masukkan bawang yang dikisar / bawang besar. Kacau lagi.
5. Kalau nampak pekat, tambah air.
6. Masukkan sedikit pes jawa. 1/2 sudu teh. Boleh?
7. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau, biar ia digaul-rata dengan sambal.

Alhamdulillah. Siap.
Deme cakap sedap, koi pun senang hati la. Bila bosan, masak. Bila lapar, masak. Bila rasa nak makan, tak perlu la merungut pada dinding muka buku atau susur masa si burung biru. Cari makan, penuhkan perut aokme seme. Maaf lagi ye. Koi tak cari jawatan kosong untuk tukang masak.

8 comments:

farah.fauzi said...

wahhh.. sedapp.. :) nakk heee

Niena Reen said...

Kekeke, comel ja haa dapat bentuk love! Hihi, sedap lah lempeng! Pancake pun sedap!! My goshh terliur eden jadinya.. :D

Ana Solehah DI said...

Assalamualaikum...amboi, cutenya bentuk lempeng tu, luv lg..hehe.
Lempeng ni kan klau x nak cicah pape...bleh jer buat lempeng manis buh oat, kelapa, buh pisang pun bleh...haha =D

Mime MF said...

sedap tu makan lempeng cicah smbl bilis...nyum2...hehe

Husna AOmar said...

Pagi tadi husna bekfest lempeng cecah telur goreng sos+kicap dihancur-hancur.

Siryes sedaaaaap sampai rasa nak nanges T_________T Makanan paling sedap di abad ini.

Ha ah lempeng ini sedap laagi sebab dia masak rata

Dreamland said...

nanti kita nak buat jugak.. gambar teddybear.. tp pan tak beli lg... heeeee...

Izz Hazwani said...

Try la weh seme haa.

Husna, cemana boleh cecah telur goreng tu??? Orang suka goreng telur, pastu letak atas roti dan ditambah dengan sos cili. Bukan scrambled egg.

Dreamland, uiks, mana belinya?

Nur Hamizah said...

Kalau makan ni berkeping-keping. tak cukup satu. muehehege