Friday, January 17, 2014

Dari sisi yang cerah

Jiwa remaja, mesti ada pemberontakan kalau tak dapat apa yang dia nak. Cara memberontak tu je lain-lain. Kalau masa kita kecik dulu, menangis hentak kaki bila tak dapat mainan. Kan? Sikit lagi boleh join kawad rasanya.

Bila dah besar, takkan nak buat gaya sama. Buruk betul nengoknye.

Semalam saya dapat satu berita menyenangkan hati daripada kawan. Kawan tanya, 'nak ke tidak?'. Jadi saya kata, tunggu permisi dari orang tua dulu.

Malamnya, bincang dengan ibunda dan ayahanda. Kena lampu merah. Masa tu tak ada la ibarat kaca terhempas ke batu ke lantai ke simen sangat. Tapi hati ni ada sikit punya retak woooo.

Jadi saya mengundurkan diri. Masuk ke bilik. Sempat lagi fikir, nak marah ke tak, nak marah ke tak. Tak baik pulak kalau marah.


Perlahan-lahan cuba berfikir secara waras. Tadinya fikiran tak menentu.


Akhirnya terlelap....



Hari ini.

"Aku dah fikir sebelum tidur. Tenangkan diri sendiri. Cuba fikir semua sebab positif untuk semua ni. Tak ada negatif. Dengan cara tu aku rasa aku boleh terima penolakkan (dari ibunda dan ayahanda)."



Teringat pada entry lama di sini.



Kalau sesuatu tak jadi menurut apa yang kita hendak, mungkin akan datang, ada yang lebih baik jadi milik kita.




-----------

Blablabla.


5 comments:

Niena Reen said...

Just think positively. Bila fikir positif, positif lah jadi dia. Bila sebaliknya, begitu lah juga kan. :)

Mime MF said...

hehe dewasa ni kalau nk marah takleh dah nak hentak kaki mcm kecik2 dulu..so nak taknak kita kn fikir tentu ada sebab knp kita xdpt apa yg kita nak..:)

Nurul Nad said...

sama! sekarang ni kalau sedih terus lari masuk bilik. fikir2 sambil golek akhirnya terlelap...dan esok kembali seperti biasa, breakfast sambil buat muka slamber :D

ayut said...

Bila dh smakin dewasa dh kena pandai menggunakan sgla pancaindera dan akal fikiran yg diberi..klu tak sama lg la mcm kecik2x dulu.nangis hentak2x kaki..hihi

Nur Hamizah said...

You know what ? Actually bila mak ayah kita tak bagi Allah yang gerakkan mereka kerana Allah tak izinkan. Hmm dulu pernah lawan gak, dok bentak-bentak hambik kau Allah dah marah. Accident. Allahhuakbar