Thursday, January 30, 2014

Kaya

Oyeahh haritu tengok iklan pasal makna kaya bagi kanak-kanak. Tak ingat iklan apa. Siapa ingat? Mohon ingatkan saya.

Kaya tu bila dapat beli baju-seluar cantik cantik.
Kaya tu bila dapat beli rumah besar besar.


Mostly akan fikir ---- kaya tu bila dapat BELI sesuatu.


Tapi saya rasa, erti kaya pun subjektif macam erti cantik.
Selain daripada ada duit juta juta atau billion billion, kaya tu disamakan dengan kemampuan kita untuk dapat segala benda yang kita nak.

(Memangnya emak-emak yang sudah punya gadget canggih bahagia sungguh ya dapat muat naik foto gambar anak anak. Kongsi rasa bahagi.)
-----------------------

Khamis. Dah mula cuti raya cinta. Hm typing error malas backspace raya cina ok. Perkaranya adalah, cikgu sekolah membekalkan tugasan untuk adik adik. Jadi bila adik adik balik sekolah, saya bagi rehat dalam sejam lepas tu siapkan paling banyak pun separuh daripada kerja yang cikgu bagi. Tahu sangat dah bila cuti, tangan pun cuti la daripada sentuh beg sekolah. Sebab saya pun spesies macam tu.


"Ican, jap lagi kita buat kerja sekolah tau"

"Eh? Kenapa kerja sekolah? Cikgu cakap kerja rumah"

"Okey, kita buat kerja rumah lepas ni"

"Akak, kenapa buat kerja rumah yang cikgu bagi dari sekolah?"

Hm. Berselirat otak nak menjawab soalan ni. Setiap 'kenapa' dan tanda tanya daripada anak anak kecil adalah tanda sel sel otak sedang berhubung. Ok. Sekarang saya nak hubungkan sel otak saya boleh?

KERJA CIKGU BAGI TU KERJA RUMAH ATAU KERJA SEKOLAH SEBENARNYA?

Oh. Ican tu adahlah nama ala ala manja untuk Ihsaan.

Tuesday, January 28, 2014

Anak panah lurus

Entah kenapa sejak belakangan ini saya rasa 'taste' saya lebih kepada fashion lelaki. Semua nak baju lelaki je kalau boleh. Kalau boleh la. Tapi tetap kena sentiasa sedar duduk letak fitrah sebenar saya sebagai kaum hawa. Tak gitu?


Menelusuri satu per satu gambar lelaki.. oh ya, saya tak pandang lelaki tersebut. Hanya imej yang ditampilkan mereka. Tertarik pada satu t-shirt simple. 




"in case kau jumpa any girl that you like in future, give her this shirt. 
simple pikaplain but to me thats cute"



"bagi kau, tak boleh?"


Dia ni, semakin hari semakin pandai menjadi seorang pemanah.
Tapi belum cukup tajam untuk menembusi saya.
:-)

------------

Nak pergi Adelaide tapi dah rancang untuk turut serta dalam trip ibu dan rakan - rakan sekerjanya.

Monday, January 27, 2014

Tak baca pun tak apa

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" Jerit sekuat - kuatnya, yang termampu.


'Hui, diamlah. Ko pikir suara ko kuat sangat ke."

Tak terfikir lagi.
Nak up post baru.
Tapi tiba tiba tersedu sedan.
Bukan menangis.
Tapi ni sedu yang 'hiccups' tu.


Takpe la. Nak siapkan kerja.
Till then!



Tu la. Orang dah cakap jangan baca,
naaaaak jugak baca!

Wednesday, January 22, 2014

Pas masuk percuma UPKIPT

Hari ni hari.. Rabu. Eh? Betul, kan? Sibuk sangat kat rumah sampai tak sempat nak cakna dengan tarikh dan hari.


SPM and STPM leavers,

ada sesiapa dapat pas macam ni? Berlatarbelakangkan peta Malaysia dan 1Malaysia. Ada? 

Semalam kawan ada tanya, dapat tak benda ni.


Petangnya, diajukan soalan yang sama lagi. Saya ambil surat - surat di peti surat. Walaupun kebiasaannya saya tahu memang tak akan ada surat bernamakan saya, saya tetap nak tengok siapa penerima surat tu. 

Tapi semalam dapat pula satu sampul surat, isinya dikirimkan untuk saya.

Oh! Inilah yang diorang dok sok sek kat group tu!
Banyak kali belek. Betul ke ni. Apa ni.
Apesal saya dapat tapi kawan saya tak dapat.
Baca dokumen yang pihak sana hendakkan.. 



...(e. apa lagi dokumen - dokumen lain yang berkenaan?)
...(sekira berjaya) (lima ratus ringgit, apekah ini?!!)

Tengok bawahnya. Logo;
Rakan Muda IPT
Lembaga Jururawat Malaysia
Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Belia 1Malaysia


Nombor telefon yang tertera.

0111-5266244
0111-5266245
0111-5266246


Hari ni, saya buat carian di google; Unit Pengambilan Khas Institut Pengajian Tinggi sebab tahap kemusykilan saya semakin bertambah. 


Pertama,




Klik gambar untuk ke fb page UPKIPT. Nampak macam tak official, kan?
Dah ragu - ragu ke belum?


Saya google lagi.

Kedua,



(forum lowyat. klik sini)

Ketiga,




(sumber daripada moe.gov.my)


Jadi,
dah musykil seperti saya atau belum?
kalau rasa nak dail terus nombor di atas, silakan.
tapi ada seorang emak kepada lepasan spm kata,
ada satu nombor yang didail; tidak berada dalam servis perkhidmatan.
macam mana tu, kawan - kawan?

jangan tanya saya macam mana pihak sana boleh tahu nama penuh dan alamat rumah. adalah tu cara tersendiri diorang. ini adalah kemusykilan kedua.


Kemusykilan yang ketiga/  untuk further reference / details, sepatutnya turut disertakan link ke official website. Bukan bagi nombor telefon je. Ada erti?

Kemusykilan keempat/ kenapa tidak dinyatakan secara spesifik sama ada ini adalah IPTA atau IPTS?

Kemusykilan kelima/ ehm. Maaf, saya lupa.


Konklusi: Kadang - kadang sifat syak wasangka tu memang perlu, memang baik. Tapi kena letak pada masa dan perkara yang sepatutnya. Boleh?


LAGI SATU! Kalau dapat call dari 06556 berapa entah tu, katanya MRSM ke apa, janganlah terburu - buru. Semak dulu.

Apa apa pun, kita mesti buat usul periksa.

Mohon sebarkan kepada semua.
Terima kasih.
Mohon klik sini sebentar.

Tuesday, January 21, 2014

Apa itu srikaya pisang?

Kelmarin dapat pesanan mesej di Whatsapp.
Ada orang request SRIKAYA PISANG.
Siap screenshot resipi lagi!

Hari tu dia balik Kuantan sekejap.
Tak sempat nak masak.

Aisemennnn.
Ni dia nak balik lagi.
Tapi tak tahu bila. Nak buat surprise kononnya.
Mintak pulak makanan yang tak pernah saya dengar.


Banyaklah dia punya kejutan!
Ni hah.
Saya yang terkejut baca permintaan dia!



"Srikaya? Kaya yang orang buat sapu kat roti tu ke? Baik beli kat kedai je."

# MEMANG LA NAMA DIA SRIKAYA, TAPI TAK ADA KAYA PUN DALAM TU.

Basakkkk!
Ada sesiapa yang familiar dengan makanan  jenis ini?
Cemana rupanya pun saya tak tahu la.

Friday, January 17, 2014

Dari sisi yang cerah

Jiwa remaja, mesti ada pemberontakan kalau tak dapat apa yang dia nak. Cara memberontak tu je lain-lain. Kalau masa kita kecik dulu, menangis hentak kaki bila tak dapat mainan. Kan? Sikit lagi boleh join kawad rasanya.

Bila dah besar, takkan nak buat gaya sama. Buruk betul nengoknye.

Semalam saya dapat satu berita menyenangkan hati daripada kawan. Kawan tanya, 'nak ke tidak?'. Jadi saya kata, tunggu permisi dari orang tua dulu.

Malamnya, bincang dengan ibunda dan ayahanda. Kena lampu merah. Masa tu tak ada la ibarat kaca terhempas ke batu ke lantai ke simen sangat. Tapi hati ni ada sikit punya retak woooo.

Jadi saya mengundurkan diri. Masuk ke bilik. Sempat lagi fikir, nak marah ke tak, nak marah ke tak. Tak baik pulak kalau marah.


Perlahan-lahan cuba berfikir secara waras. Tadinya fikiran tak menentu.


Akhirnya terlelap....



Hari ini.

"Aku dah fikir sebelum tidur. Tenangkan diri sendiri. Cuba fikir semua sebab positif untuk semua ni. Tak ada negatif. Dengan cara tu aku rasa aku boleh terima penolakkan (dari ibunda dan ayahanda)."



Teringat pada entry lama di sini.



Kalau sesuatu tak jadi menurut apa yang kita hendak, mungkin akan datang, ada yang lebih baik jadi milik kita.




-----------

Blablabla.


Introvert

Change the way you look at introverts.

(Ouch, saat itu apabila saya gunakan video dari yahoo.com dan ditepek pada blogger.com di bawah Google. Hah.)


Wednesday, January 15, 2014

Nilainya




#1

Masalah pagi yang bermasalah.


Bila pagi-pagi berjalan nak beli kuih-muih, tapi awak cuma ada sekeping lima puluh atau seratus. CUMA, highlight that word. Kenapa saya cakap CUMA? Nanti dulu.


------------------------

Mengimbau zaman saya sekolah dolu-dolu ewahhh. Kalau sempat, jalan kaki  pergi ke gerai mak cik di jalan besar taman perumahan ni sebab nak beli makanan.

Sampai sana, ada beberapa pekerja pejabat memilih itu ini.

"Assalammualaikum, mak cik."
"Waalaikumusalam. Ye dik, nak beli apa?"
"Hm. Nak beli nasi lemak ayam satu."
"Ok kejap."


Barang bertukar tangan. 
Mak cik tersebut dilihat dahinya berkerut.


"Eh, tak ada duit kecik ke, adik? Pagi pagi ni mak cik tak ada duit kecik"
"Ala. Saya pun memang tak ada duit kecik sekarang ni"
"Tak apa. Macam ni la. Esok je adik datang semula, bayar dengan duit kecik"

Saya terkejut.
Boleh ke mak cik ni percayakan saya?
Macam mana kalau saya menipu?
Dan saya tak kembali lagi?
Sambil berjalan ke sekolah, ligat otak berfikir. Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Sebab muka saya ada nurrrr kah?
Sebab muka saya sangat innocent kah?
Sebab saya memang obviously tak reti menipu kah?

Srettttt. Ayat semuanya berbaur perasan. Mungkin ayat - ayat di atas adalah tanggapan mak cik tersebut. Saya cakap MUNGKIN je. Atau mungkin.. ada sesiapa nak tolong jawab? Saya tahu jawapan andaian yang lain tapi MUNGKIN lagi ya, awak boleh tolong jawab?

Tak boleh jadi. Esok mesti tanya mak cik ni! Mesti!


Esoknya, berjalan kaki lagi. Ya, mesti! Kena tanya! Benda dah musykil, harus tanya!


Setibanya di gerai tersebut...


"Assalammualaikum mak cik....











er..saya... er nak nasi minyak satu."

Terkubur persoalanku begitu saja. Mungkin baik dipendam saja.


-------------------

Kenapa saya cakap CUMA pada awal post tadi?
Ada masanya, not yang tiga angka pun nampak tak bernilai.
Sungguh ni saya cakap.
Ini baru nak beli makanan yang dua ringgit lebih.

Saat kematian kita nanti,
saat kita di kubur nanti,
di padang mahsyar,
cek berjuta ringgit pun langsung tak ada nilai pada kita.


Tahu jalan pulang.
:)

Saturday, January 11, 2014

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Semalam tiba tiba up topik pasal makanan.

"Pancake dengan madu.."

"Heleh, padahal lempeng"

"Lempeng dengan kari......"

Bangun pagi hari ni, kelaparan deh. Nak makan simple je maka masuk dapur siapkan bahan nak masak lempeng. Tak buat lempeng kelapa sebab orang dalam rumah ni tak berapa gemor lempeng kelapa.


Ingatkan nak buat besar-besar tapi macam tak berapa menjadi pulakkan. Dapatlah lempeng mini. Hajat nak buat bentuk bulat, tapi macam-macam bentuk pulak dapat. Bentuk love la, bentuk strawberi la, bentuk bujur la.. Ni kira berseni jugak sebenarnya. Art in Cooking. Dah, tak nak baca bantahan awak.


Zaman muda-mudi dulu makan lempeng cecah (biasanya kita sebut cicah je) gula. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak mintak wan buatkan. Yang paling simple la  kadang kadang paling sedap. Tak gitu, Cik Kiah?


Ni la pancake versi orang Melayu.

Makan dengan sambal ikan bilis. Fehhhh.
Cara buat lempeng?
Fes of ol, uolls kena ada tepung gandum. Tak ada tepung, please jangan guna bedak baby johnsons. Serious tak pernah dibuat orang. Hambar. Eh nanti jap, korang dah besar gedabak ni pun pakai bedak baby lagi? Comel hiks.

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air
  • Minyak masak

1. Campurkan tepung gandum dengan air suam. Agak agak je. Takkanlah sukatan pun kena bagitau jugak. Ok. Cuba 2 sudu tepung dengan 3 sudu air. Boleh? Saya tak sukat air. Agak-agak je, tak terlalu pekat atau cair. Boleh?
2. Masukkan sedikit garam.
3. Panaskan kuali. Non-stick frying pan lagi afdal. Masukkan minyak. (JANGAN LETAK BANYAK. Buh sikiiiit je. Kira buat syarat. Macam lengserkan minyak pada kuali.)
4. Tuangkan campuran tepung dan air tadi dalam kuali. Rata-ratakan bancuhan tu. Bila dah masak, telangkupkan.


Jangan tanya macam mana saya dapat bentuk love dan sebagainya. Sebab seni adalah tidak sengajakan. Ia datang tanpa kita minta. Boleh gitu? Tak agree lagi? Yelah suka hati awaklah.


Sambal Tumis Ikan Bilis.

Ikan bilis ni saya buat garing-garing.
  •  Ikan bilis siap dibasuh dan ditoskan.
  • 1 labu bawang besar HOLLAND dihiris. (saya guna bawang yang dah dikisar sebab malas potong bawang)
  • 2 sudu cili giling.
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa.
  • Air (optional)

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan letak dalam pinggan atau bekas ke.
2. Panaskan minyak lagi. Guna minyak sama tadi pun tak apa. Nanti nak masuk ikan bilis juga.
3. Tumiskan cili giling. Kacau.
4. Masukkan bawang yang dikisar / bawang besar. Kacau lagi.
5. Kalau nampak pekat, tambah air.
6. Masukkan sedikit pes jawa. 1/2 sudu teh. Boleh?
7. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau, biar ia digaul-rata dengan sambal.

Alhamdulillah. Siap.
Deme cakap sedap, koi pun senang hati la. Bila bosan, masak. Bila lapar, masak. Bila rasa nak makan, tak perlu la merungut pada dinding muka buku atau susur masa si burung biru. Cari makan, penuhkan perut aokme seme. Maaf lagi ye. Koi tak cari jawatan kosong untuk tukang masak.

Segmen Nakahime Bloglist Until 2015


Jadi inilah dia. Klik gambar di atas.

Nah gambar ambik dari google+.




P/s: Mohon ya kepada semua, saya dah serik letak gambar full face yang sebenarnya tak berapa comel tapi ada orang gunakan juga untuk dia berpacaran dengan mana-mana lelaki entah dalam facebook. Jadi, jangan claim ini gambar anda. Sekian. Ayat tak boleh nak bajet lagi, maaf la.


Marilah join segmen ini beramai-ramai

P/s lagi: Tak pernah buat p/s hahahaha.
Ok, bertambah satu lagi post.

Tuesday, January 07, 2014

Tua bangka


Jaraknya sampai 20 tahun. Ini mungkin hanya anggaran.


Umur mental pun dah besar nombornya. Padahal berfikir taklah sebanyak mana, taklah sematang mana, taklah selogik mana. Tapi fikiran pun tak ada la terlalu ke belakang.


Tangan ni.
Telinga ni.
Mulut ni.
Mata ni.
Kaki ni.


Segalanya ni.

Baru berapa tahun galas dosa-pahala sendiri, tapi membuat dosa macam dah berdekad lamanya meneguk oksigen di bumi.


Kalaulah dosa boleh mendefinisikan umur anggota badan, agak-agak angka boleh sampai tiga tak?