Wednesday, December 31, 2014

Epilog 2014

Sakit kepala ft menggigihkan diri bersiap demi subjek Bahan & Binaan. Lapan suku sepatutnya kelas start. Lapan suku juga la saya baru nak bersiap. Tepat pukul sembilan baru keluar rumah. Nampak tak berapa lama saya bersiap tu. Taknak lama lagi pulak an an an.


Watlek watpis melenggang. Sekali buka whatsapp - lupa nak bagitau. pensyarah pergi umrah. jadi kita tak ada kelas pagi ni. next class pukul 10.30 ye teman-teman.


Oh, kebahagiaan dan kelegaan itu!


Lepas breakfast yang mana saya lupa saya makan apa pagi tadi; terus beli buku & pen. Keluar dari kedai, nampak tiga anak kecil dalam Hilux. Enjin pasang. Tak ada ibu mahupun bapak.

Dua orang duduk depan. Lelaki dan perempuan.
Sorang duduk belakang. Perempuan. Mungkin paling sulung. Umur dalam lingkungan 9-10 tahun.


Budak perempuan depan sekali senyum pandang kami. Sambil sengih, kecilkan mata dan dan dannnn tunjuk peace! Ya tuhanku comelnya dak ni eeiii. Tak berani nak dekat. Kang orang cakap kita buat cubaan menculik. Aku tak habis bayor hutang dunia akhirat lagi ni, sesabor dulu la kalau nak fitnah pun~


Kami ni balas la balik senyum kejadah buat peace. Agaknya kalau orang lain tengok, nampak macam gadis-gadis terencat pulak senyum kat kereta. Agaknyalah.


Lepas tiga-empat minit berbalas senyum, si kakak sulung yang duduk kat belakang tu bukak tingkap.


Budak perempuan duduk depan terus menjerit. Kakakkkkk!


Alamak comelnya. Serentak kawan-kawan menyahut. Saya mampu pandang je.


"Tak.. kakak biru tu. Nak cakap dengan kakak biru tu. Hehehehhe"


"Aaaa. Akak ke? Iye, kenapa?"
Saya yang selebet selekeh serabai comot ni dipanggil juga kenapa. Kakak-kakak lain ni punyalah cantik kateko!


"Kakakkkkk!"


"Iyeeeeeee"


"Kakak comel laaaaaaa. Cuba kakak buat peace!"


Saya imitate balik sebijik sebijik apa dia buat. Gaya dah macam saya ni budak kecik ikut dia buat apa.


Si kakak sulung pulak menyampuk dari belakang - "nama kakak apeeeeee"


"Kak wani"


Adik lelakinya yang mungkin dalam umur setahun dua, sengih. Tengah hisap botol susu pun, dia lepaskan botol tu. Senyum pandang saya. Makkkk, nak cair lagi sekali boleh? Apahal comel sangat bebudak ni. APASAL DOHHHH !


"Eh adik duduk dalam kereta, ayah mana?"
"Tuuuu, dalam kedai"
"Aaaa? Ooooo ok ok. Dah dah. Tutup tingkap tau. Kak wani nak masuk kolej dah. Ada kelas. Nak study. TUTUP TINGKAP TAU. BAHAYA NI"

Adik lelaki tu geleng kepala pulak dah cakap no no no. "Apa pulak no. Yes la. Eh? Muahhh ciked!"

Kasi flying kiss bertimpa-timpa.


"BYE KAKAK STUDI! BYEEE!"



Hilang, hilang terus sakit kepala.
Hilang sakit hati, makan hati, kecil hati semua dari awal awal menapak ke tahun ni.
Mana sedih mana kecewa.. tak tahu ke mana.


dan mungkin ni la penutup 2014 yang membahagiakan bagi saya. biar nampak hekleh ni jekeeeee. tapi kita tahu kan macam mana rasanya bila bebudak sudi pandang, cakap dan senyum kat kita. kan? KAN?


Monday, December 29, 2014

Kuantan, Pahang, MY



Kalau esok lusa aku pakai boots pua chu kang tapi versi transparent, jangan tanya kenapa!

W

Wahai diri sendiri,
sedarlah untuk apa dan 
demi siapa kau harung masuk semester kedua ni!


Duhai seorang diri sendiri,
sila kembali ke landasan yang betul! 



Kalau ibu-ayah buat tak endah papan tanda PUTUS ASA di setiap simpang siur perjalanan nak cari rezeki kasi anak2 makan minum pakai belajar tinggi2, 
ko dah kenapa nak give up belajar? 


Umur baru setahun jagung pun dah nak give up ke beb? Sabar la.



Nak insaf ni nak insaf T______________T


Baru bangun tidur, tetibe motivated nak belajar.




Tapi...













boleh tak nak cuti sehari esok? Belum kental lagi nak pergi kuliah. 
Hwarghhh.

Wednesday, December 24, 2014

Manisnya Cinta di Cappodacia


Kau ada seorang kawan yang level keyakinan dia tinggi setinggi LIMA KALI POKOK KELAPA. Sebabnya dia akan cakap dengan muka bersahaja dan penuh yakin seperti wakil pelajar - manisnya cinta eh oh ha yang shaheizy sam dengan FARA FAUZANA berlakon tu?


Kau baru nak iyekan hujahan dia tadi tapi dengar something wrong somewhere pada nama heroin tu. 


FAZURA LA WANI, FAZURA!

yeke, rasa macam cakap fazura tadi ehm abaikan, manusia melakukan kesilapan. 


Jangan marah. Sayalah kawan yang terlebih yakin diri ituuu. Hekhek.


----------------



Nak review pasal cerita tu ke? Saya bukan seorang yang reti bagi review. Takpe saya bagi pendapat daripada seorang saya lah. SEORANG SAYA. Bukan dari jiwa pembaca novel cinta tegar. 


1. Sweet tak cite tu?
Bo..lehlah. Biasa le, kalau dah suka, sanggup buatkan ape aje. Pergi mane aje dia pergi. 


2. Kelakar ke?
Ada scene kelakar yang mana bila aku gelak, AKU SORANG JE GELAK DALAM TU. Taktahu la kot aku ni spesies hashtag mudahterhibur ke.. 


3. Pernah baca novel MANISYA CINTA?
Saya bukan peminat novel cinta. Jarang ada koleksi genre camtu kat rak saya. Tapi pernah kot pinjam kawan punya. Anis Ayuni kan? Ok pernah. KAN SENANG BAGITAU JE PERNAH BACA

4. Bandingkan novel dengan filem - mana satu best?
Novel ada sentuhan tersendiri, filem pun sama. Saya tak reti nak cakap mana satu best. Sebab saya tak boleh bawak feel layan genre macam ni. Siapa yang jenis cepat arwah sementara tu, takyah baca novel ah. Pergi tengok adaptasi terus. Tapi saya bagitau awal awal, novel dan filem tak akan sama. 


5. Kalau dah tahu jiwa bukan jenis melayan cerita macam tu, kenapa tengok jugak?
Shaheizy Sam. 


6. Taktau nak tanya apa dah..
Laaaaa cepatnya habis



Sudah. Ni la pandangan daripada seorang saya. Ehek hek hek. Fazura cantik hui. Lisa Surihani macam biasa la comel. Shaheizy Sam kali ni memang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. LIhat saja jambang dia. yang umpama baru nak tumbuh. boleh jatuh ni....




Will you be my Mohd Nazmi bin Isa? Ha ha ha. 
*pegang buku novel bebanyak dan berlalu pergi dengan harapan Mohd Nazmi nampak dan kemudian belikan sebagai surprise*


Fav quote saya. Tak ingat ayat penuh dia macam mana tapi lebih kurang macamni

Dulu abang tak reti menghargai,
jadi sekarang abang tak ada hak untuk mintak.. - Bakhtiar

Siapa pergi tengok tu tolong fokus pada ayat Bakthiar eh eh eh eh  

Wednesday, December 17, 2014

Cik

Untung betul para emak muda yang bila diletakkan sebelah sebelah dengan anaknya, orang lain nampak macam adik beradik. Macam - ehhh ni adik awak ye?


Atau kalau si emak muda tadi pergi ke sekolah anak darjah satu nak ambil report card, cikgu tegur "kakak si fulan ye? maknye mane? tak datang sekali?" Gitu.


Saya ni...bawa adik-adik keluar pun orang sangka saya bawa anak. Dah umur enam-tujuh tahun pun. Sempat pulak haku beranak beberapa tahun lepas ye! Itu baru bawa adik umur sekolah rendah. Pegang bayi umur 10 bulan........


"Anak ke?"


Muka sikit punya muda lah cenggini, orang suspect engkau dah jadi ibu. Apa perasaannya tu? Tak rasa macam... erm. Haru. Tapi lagi haru bila makcik2 tanya, "sorang je bawak anak? suami mana?" / "anak ke berapa? oihh amboi muda2 dah ada anak ye, bagus la.. "

Makcik, jangan sampai saya piat piat telinga makcik ye. Jangan. Haaa.


--------------


"Puan Hazwani, sukacita dimaklumkan"

"Tapi saya belum kahwin"

"Oh maafkan saya, Puan. Baiklah Cik.."

Sunday, December 14, 2014

Hotspot jap!

Sebab saya dikenali sebagai manusia yang pelik pelikz, maka memang tak hairan lagi kenapa nama hotspot saya pun pelik. Sampailah bila suatu hari Encik Pensyarah nak tumpang hotspot salah seorang pelajarnya. Alahai. 


Kawan sebelah dah petik nama saya, maka saya tampil ke meja beliau untuk bagi password.


Apa nama wifi awak?
Tu, yang ada brackets tu.
Password?
********

Lega sebenarnya. Sebab dah tukar awal2. Kalau tak...


Haritu; 

"Pe nama hotspot kau? Pinjam jap"
"sebelah ko"

Dia pandang sebelah..... . Eheh jangan marah.

Wednesday, December 10, 2014

Cop kejap!

*angkat tangan*
Ada soalan!




kenapa lebih senang bertindak rasional bila kita berfikir untuk orang lain tapi sangat emosional bila jadi kat diri sendiri?


senang je nak nasihat orang. contoh?

- kau tak boleh selfish, kena fikir gak pasal orang lain
- semua ni untuk kebaikan kau
- apa yang jadi, semua berhikmah

kannnnn senang tu. bila benda jadi kat empunya diri, terus emosi tak stabil merasuk. 


---

Hui. Kita tak lari, dia tetap tak mencari. 

Sunday, November 23, 2014

Improve le sikit

Tengok movie lists. Ajak kawan tengok movie.

"er, eh ala sume cite omputih. aku taknak la. lain la ko, dah terer english"

"der, subtitle ada kat bawah kan"

"taknak."



------

WHATSAPP & MOMENT.


"i love you b"

"i love you too"

"pliz dont leave me...."



Itu bahasa apa?



------------

Ko nak improve sesuatu, bukan setakat ambik kedatangan, duduk diam diam kat kerusi dan meja, dengar cikgu mengajar kat depan. Tak. Belajar ni ada banyak sumber. Tinggal pilih. Semua terletak kat kita. Jangan sibuk beralasan.

Sunday, November 09, 2014

Tips untuk minor sunburn

Kalau nak tahu lah..... salah satu cara nak elak major sunburn ni adalah tutup satu badan anda. Tinggalkan muka dan tapak tangan sahaja.



Tak ada ketara sangat belang sana sini serupa kuda belang. Tak percaya, buatlah. Ingat bila hangus kena panahan matahari ni ambik masa sehari dua je ke nak recover? Lama tahu tak..

Saturday, October 18, 2014

Kita ni bila lagi?

Sekali-sekala luang masa bergosip dengan pensyarah. Serupa zaman sekolah dulu. Adaa je benda nak diceritakan.

"Puan, tengok diorang tu. Just married uolsssss"



Pensyarah dengan muka bersahaja sambil tanda kertas peperiksaan kami selamba jawab -


"Haah yela tu. Awak bila lagi?"

Puan tak tanya status saya awal awal tu kenapa..




......


"Saya? Saya dah bertunang" 


Eheheheh. Bagi saya habiskan pengajian dulu. 

Sunday, October 05, 2014

Balik raya ohoi

Tak semua benda boleh ditanya-pesankan. Contohnya macam situasi balik raya. Kawan nak balik negeri dia. Salam hugs kisses -

"Jaga diri. Kirim salam kat keluarga, kirim salam kat mak ayah sekali"


"Aku mana ada mak lah"


Muka dia cool je. Saya yang tersentap keseorangan di situ. NAMPAK SANGATLAH TAK CUKUP KENAL KAWAN SEKELAS. Tak semua orang akan okay dengan topik pasal ibu ayah. Saya yang masih ada orang tua pun masih sebak kalau sembang pasal diorang, apatah lagi sahabat sahabat yang.... erm..


Haritu tengok classmate lagi sorang ni pakai baju kurung lawa angaaaaat. Kite pun tanya la -

"Lawa baju. Beli mana?"

"Tak beli la, baju lama je.."


Pastu dia sambung, "..ni baju arwah mak aku"

Choii! Rasa nak lempang mulut sendiri. Ramah sangat pun tak boleh juga tau tak????

Thursday, October 02, 2014

Kisahnya

Henti-hentikan la perangai stalk ig ex gelpren tu. Bebawak pandang ke depan sikit. Huduh tau tak buat perangai camtu. Kalau nak stalk, diam diam sudah.



(Dalam musim exam. Selesai sudah fasa tekanan dengan kelas lapan hari seminggu gara-gara nak kejarkan silibus)


..dan tengah kira-kira lagi. Nak tinggalkan tempat ni atau tak. Eheh. Semoga kanak kanak 1B tak baca la postingan ni.

Wednesday, September 10, 2014

Seribu gram

Gara-gara pensyarah sarankan saya pergi ambil mc, maka saya pun gigih ke klinik bersendirian. Sadis jugaklah.

"Berat adik berapa?"

Geleng kepala. Tak ingat. KALI TERAKHIR TIMBANG RASANYA ADA LA BEBERAPA BULAN LEPAS


"Pergi timbang dulu, ye"


Meter (saya tak tahu korang tapi saya panggil penunjuk angka pada penimbang berat itu sebagai meter) tu naik turun naik turun macam tak ada prinsip hidup! Akhirnya berhenti pada angka......... ah takyah sebok la nak tau! Pergi timbang berat awak sendiri.


Turun sekilo.
SE-kilo.


Ingat tak ranap ke perasaan ni..
Untuk orang yang spesies underweight seperti saya, sesungguhnya fenomena turun berat badan adalah sesuatu yang menakutkan dan menggerunkan.


Boleh kata padan muka jugak. Sebab sejak kebelakangan ni dah malas nak makan. Kalau tak malas, mungkin saya lupa. Kalau tak lupa, saya tangguh2kan. Tak pun.. balik kepada alasan pertama tadi.

Saturday, August 16, 2014

Book: __________


Yang ketiga dari bawah. 

Monday, August 04, 2014

Lapang

Terkisah la apabila rakan Terengganu mengajar rakan Pahangnya....................


"Syahmi, ace ajar aku sikit. Berapa ukuran ni?"
"Yang ni sepuluh. Hok sana tuuuuu, lapang je"

Ha? Lapang?
La-pang.


"Kejap, lapang yang FREE tu ke lapang yang LAPAN"
"Ho lapang"

Pfft.

"Aku pukul ko saja kang. Main2 pulak. LAPAN KE"
"LAPANG LAA. DOK PAHANG DIA NI"
"Aku memang orang Pahang. Pat kit, ni lapan kan"

..and the conversation went on.
Nak meleleh air mata.



Sebenarnya memang boleh faham la dia nak cakap lapan. Tapi dalam perbualan kami, saya sangka dia nak cakap lukisan saya kecil dan masih banyak kawasan lapang yang boleh dipenuhkan.

Thursday, July 31, 2014

Kasar tak mampu dilentur lagi eh

Hampir sepanjang hari setiap minggu, masa kami dihabiskan dalam studio. Kalau tak studio, studio juga. Terus terang cakap, susah. Bukan belajar yang susah. Tapi nak cuba blend dan mix dan get along dengan kepala-kepala dari negeri lain. Lagi pulak bila saya ni pendiam amat. Tak percaya? Langsung ditanya aja sama guru-guru Panglima.


So far, Alhamdulilah, terjumpa sorang manusia ni rupanya kepala otak dia ngam dengan gue. Ada clique di situ. Like, "kau pikir apa aku pikir jugak? great so i dnt hv to say it la kan" Camtu. Nampak je dia nak acah acah macho. Bukak wechat jakgi dia cakap "Izz, rindu ko la." Nampak di situ? Tu la aku dah cakap, 14 hari tak jumpa ni jangan rindu sangat.


Paling susah? Nak cuba campur dengan budak lelaki. Nisbah mereka lagi besar dari nisbah kami perempuan. Sekarang ada la dah masuk sikit. Walaupun masa tengok muka sorang-sorang, macam gong semacam je. Simbal betul!


Perhatikan aje cara kaum adam ni treat kaum hawa yang lain cemana. Lembut je panggil, elok je cakap.


Tapi yang sedihnya, bila bercakap dengan saya, fehhhh.


"Wei Apsal kau nak cakap kasar-kasar dengan aku? Dengan perempuan lain boleh je pulak elok-elok. Racist la!"

"Dah kau tu ha, kasar sangat, ganas tak hengat. GARANG PULAK TU. Kau tengok diorang, lembut je. Cuba jadi cam diorang. Nescaya aku akan cakap baik je dengan kau"

-----

"Ni kali pertama aku tengok kau senyum. Depan aku."

Selama ni aku senyum je. Tapi orang tak pernah nampak. Sebab orang tak pernah nak pandang. Huks.

Wednesday, July 23, 2014

(terlalu mengantuk untuk fikir tajuk)

18 Ramadhan itu hari.
Buat kali pertama dalam Ramadhan 1435H, ayahanda beli makanan dari bazaar.


Setakat kuih muih sejenis dua. Tak banyak. Cukup buat syarat nak merasa je.


Pagi esoknya..... Entah berapa kali bunyi flush. Fehhhh.

Wednesday, July 09, 2014

Tanpamu, pendingin hawa

That one lecturer yang cuba untuk tenangkan hati dan sejukkan diri anda yang gelisah menggelupur sebab air-cond dalam studio umpama hidup segan mampus sudah lama. Kipas siling langsung tak ada. Cuma harapkan pengudaraan yang masuk melalui tingkap.


"Ok pelajar, panas ye? Awak angkat kertas ni.."


Kami pandang je dulu.


"..lepas tu buat macam saya"

Kata beliau, sambil mengipaskan diri. Separuh je lawak tu sampai, but thanks anyway. Sebab ada juga cubaan nak tenangkan anak-anak senibina ini yang gundah gulana lencun ketiak peluh merinik di dahi. Terimassss!

Sunday, July 06, 2014

Alergik

Lepas rakus cicah ulam dalam sambal belacan Sunda versi homemade, saya tilik muka pada cermin.


"Naik jerawat. Hm, sebab hormon kot. Mesti!"


Esoknya, makan lagi ulam + sambal belacan.


Lepas tu kunyahan terhenti sebab saya lupa saya alergik. Patutlah jerawat membiak secara mendadak. Cehh. Kesabaran amat diperlukan dalam menangani masalah pertumbuhan jerawat.



p/s: Sambal Sunda guna tomato, sambal kita tak. Tomato ni memanglah elok untuk kulit. Tapi kalau dah ada belacan dalam sambal, tak ada maknanya la nak teruskan makannnnn.

Friday, June 27, 2014

Medical check up

Entry ni terkhusus bagi err bagi mereka yang ingin buat pemeriksaan kesihatan aka medical check up. Lagi khusus untuk mereka yang berada di sekitar Kuantan.


Disarankan untuk tidak membuat pemeriksaan di klinik kerajaan Indera Mahkota. Sebab?


Drive pergi klinik, sampai kaunter pendaftaran: "Kak, nak daftar medical checkup" Maka jawab kakak kaunter, "Adik, kena pergi klinik swasta dulu, buat urine test untuk drug sebab kat sini tak ada alatan untuk test tu. Lepas tu baru kita boleh periksa yang lain-lain"


Itulah jawapannya. Jadi ke mana saya pergi? POLIKLINIK AR-RAZI @ Sungai Isap. Buat urine test je kat situ sebab punyalah ramai orang sampai nak penuh seat menunggu.


Total: RM30


Sesiapa kenal staf kat situ, tolong bagitau kakak poliklinik tersebut untuk mesra dan senyum.


Untuk pendekkan cerita, lepas tu balik ke klinik yang sama. Daftar. Kalau diikutkan, dalam borang kesihatan saya, tak perlulan xray. Tapi kakak kaunter tu cakap kena buat xray jugak sebab masuk pakej RM20.

Ye, jumlah bayaran untuk buat pemeriksaan kesihatan kat klinik kerajaan adalah sebanyak RM20 tunaiiii. Kemudian, kena pergi buat pemeriksaan ikut turutan tertib:

i. Urine test (lagi sekali)
ii. Pemeriksaan gigi (Tingkat satu)
iii. Xray
iv. Pemeriksaan terakhir (jantung, pendengaran, penglihatan, dll)


Semuanya berjalan agak lancar tapi part xray macam tak berapa nak mampu untuk redha bila tengok result diri sendiri. Hiks. Meski tak tahu apa-apa, tapi berdasarkan nada suara doktor dan keluarga, bunyi macam saya patut risaukan diri sendiri.


Kalau nak jugak pergi klinik kerajaan, pergi kat Beserah. Tak berapa ramai orang. Peralatan semua pun lengkap. Tak adalah disuruhnya pergi klinik swasta dulu la apa la. OKAY? Ok.


Kalau rasa macam Beserah tu jauh, pergilah ke klinik swasta berdekatan anda. Dah nama pun swasta, haruslah bayarannya pun agak tinggi.


Klinik Shukri kat IM 8 = RM90
Klinik Nadira IM5 (playground saya sementara menganggur lepas spm weee) = Tak pasti berapa hengget tapi takda xray kat sini


Klinik-klinik lain, saya tak pasti. Kerana sesungguhnya tidaklah saya bekerja di semua klinik di Kuantan.

Friday, June 20, 2014

Waras

Pernah tak -----
duduk sorang sorang. Mungkin masa tu tengah kacau minuman anti-clockwise dengan tangan kiri sebab awak memang kidal;
atau macam2 probability lain yang malas saya tuliskan kat sini.


Tiba-tiba tergelak. Mula-mula gelak kikikiki je. Lama-lama..



KAH
KAH
KAH!


Sebab dok flashback zaman macam badut yang buat lawak. Teringat zaman konon naif gila macam tak tahu apa-apa langsung. Blur. Blank. CLueless. Clumsy. Apa lagi/


Masa tu fikir, "kenapalah aku camni dulu. kenapa takda orang nak sedarkan aku. cis"


Rasanya kalau dirakam dan dimainkan semula aksi saya ni, saya pun fikir diri sendiri macam kurang kewarasan bila berdekah tak hengat istighfar.

Monday, June 16, 2014

Empat tahun sekali

Empat tahun dulu, sotong.


Sekarang, unta.


Apakah ia??

Thursday, June 12, 2014

Monopod

Macam mana cuaca Kuantan pada petang Khamis ini? Mendung sikit. Baru lepas hujan. Semalam tengok ramalan kaji cuaca, katanya hujan turun sekejap. Memang turun sekejap tapi lebat sangat dan angin pun kuat.


Pagi-pagi dah terik. Hangat. Lebih hangat daripada biasa.


Mari beransur pada cerita saya. Kenapa nak cerita kat sini? Sebab bila bukak mukadimah kat abang, dia buat dek je. Baiklah aku cakap sorang kat sini. Takpe takpe. Sok lusa abang bercerita, kita buat dek jugak.


Bulan lepas gi KL kejap. Kejap je. Bangun pagi pagi, bas gerak pukul dua. Sambung tidur dalam bas. Tapi banyak kali la terjaga. Pakcik ni bawak bas.. ya Rabbi... boleh mimpi buat aksi thriller ko tawu??


Hah. Lepas tu? Lepas tu pakcik bas berhenti kat Puduraya. Pukul lima. LIMA PAGI. Sunyi. Ada pun sorang dua makcik kat situ tunggu bas sekolah dia nak gi kerja agaknya.


Duduk la kat situ. Datang sebuah teksi. Dia ingat saya nak naik teksi. Saya buat-buat tak nampak. Mamai lagi masa ni sebab baru bangun tidur. Pastu datang pulak orang tak waras gelak sorang-sorang kat sebelah saya. Like. hello. Ko tak reti tidur ke ha. Elok pulak dia duduk sebelah saya. Nasib baik tak kacau.


Lepak mamak. Sampai pukul enam. Ke? Agak agak macam KL dah hidup sikit tu, barulah gerak KL Sentral.


Klimaks dia kat sini la sebenarnya. Sampai kat KL Sentral. Saya duduk diam je perhati orang sekeliling. Terpandang seorang wanita umur 30-an pimpin tangan seorang kanak-kanak umur dia baya adik saya kot. Tujuh tahun?


Dan pada tangan budak tu, dia pegang sesuatu yang nampak macam monopod. (ALa yang guna buat extender untuk korang selfie tu.) Sambil ketuk-ketuk pada lantai. Dah kenapa pulak dah budak ni buat macam tu.


Bila saya perhatikan lama-lama.. itu bukan monopod.
Bila saya tengok mata dia.
Bila tengok cara dia jalan.
Bila tengok cara mak dia pimpin dia.



Ada orang guna kayu macam tu, hala pada langit sambil sengih sumbing.
Tapi dalam cerita versi lain, ada orang guna sesuatu seperti monopod, untuk dijadikan 'kaki depan' dia berjalan.



Tongkat untuk orang yang tak ada nikmat penglihatan macam kita.
:)

Tuesday, June 10, 2014

Gulai ayam

Yo waddup everibadehhhhh! Agagaga. Berpeluh menaip ni ha. Makin terasa bahang. Takyah pergi gym pun dah berpeluh ha.


*lap titisan peluh yang tidak menyelerakan*


Malam ni kita dinner makan gulai ayam. Ok, kalau ikut Kelantan, tak silap saya, kari ayam diorang dipanggil gulai ayam. Yang saya masak ni gulai betul betul gulai warna kuning tu. Apa yang buat saya tiba tiba nak memasak ni? Sebab saya nampak ayam.

Tapi jangan risau. Kalau nampak kucing, tak adanya saya nak gulaikan dia. Dah dah. Jom kita belek resepi. Ni saya follow dari AMIE'S LITTLE KITCHEN. Sebab tak perlu guna bawang.


Saya edit sikit resepi Puan Amie. Hehe.



BAHAN-BAHAN:

  • Sekilo ayam 
  • 4 cawan santan
  • Air secukupnya
  • 2 batang serai
  • Kentang dibelah empat atau enam atau lapan atau suka hati lah
  • Kunyit hidup (tumbuk)
  • 13-15 batang cili padi (tumbuk)
  • 2 asam keping
  • Garam

------

Saya memasak main campak-campak aje. Maaf le, masih amateur. Tak reti bagi sukatan tepat. Jadi sila memasak ikut suka hati lidah anda.


Ayam tu dah basuh bersih bersih kan?

CARA-CARA SAYA:

1. Masukkan ayam, kunyit, cili padi, air dan kentang. Belum masukkan santan lagi sebab nak empukkan kentang dulu. Ok? Ok.

2. Agak-agak dah empuk, tuang pati santan. Saya panggil santan pekat.

3. Buh asam keping dalam bakal-gulai-ayam anda.

4. Kacau, kacau, kacau.

5. Tambah garam.

6. Rasa gulai anda. Kalau cukup rasa, tutup api. Tapi kacau lagi seminit dua.

Jangan tinggalkan gulai masa api masih dipasang. Kena terus kacau. Kalau tak, nanti jadi naik lemak, naik kepala, naik santan. Memang naiklah.

Siap. Lepas tu? Lepas tu saya bukak laptop, tulis resepi ni sebab malas makan lagi. Tapi dah merasa sikit la gulai tu. Umphhh sangat.

Ok jom makan. Saya dah lapar.

Thursday, June 05, 2014

Gurauan IG

1. Tak suka packing.
2. Tak suka duduk dalam kereta berjam-jam menempuh perjalanan.
3. PENATLAH NAK UNPACKING KAIN BAJU SEMULA.

Inilah dia.


------------------------

"Kau rasa kau cantik tak?"

"Biasa je."

"Tapi kan beb, sebenarnya kau memang buruklah."

------------------------

Kekadang perangai dan bahasa boleh jadi keji jugak. Brr. Gurauan melampau seperti ini tidak patut dicontohi ye.

IG tu bukan bermaksud Instagram. Tapi bermaksud Gurauan Islamic Guide. Sebab 18PG mainstream sangat kot. Atau sebab didikan ini sepatutnya bukan datang daripada ibu bapa je. Daripada semua orang. Kita mendidik, kita dididik.

Monday, June 02, 2014

-ve

“aku belajar menaruh hormat kepada orang yang menegakkan martabatnya dengan cara membuktikan dirinya sendiri, bukan dengan membangun fikiran negatif tentang orang lain.”


- Cinta di Dalam Gelas, Andrea Hirata

Wednesday, May 28, 2014

Haram

Few days before...

"Syukur aku duduk Malaysia. Sana sini, senang je nak cari makanan halal."

Tapi hari ini...

"Jangan makan tu, jangan makan ni! Harommmm."

Em. Ok.

Saturday, May 24, 2014

Tayar

Melompat terkinja-kinja haku keluar rumah sebab nak tukar tayar kereta. Dah pesan kat abang-abang, saya sendiri nak buat. Diorang guide la.


Bila sampai je kat luar, tengok abang dah buat half way.


"Alaaaa, kan orang cakap orang nak buat"

"Tak payah. Lagi susah nanti"

..apakah ini.

"Kalau tak tukar tayar ni, cemana orang nak belajar."

"Takyah"

"Bosan la, takda kerja nak buat ni"

"Pergi masuk dalam, lipat kain."

Hentak kaki. Kiri kanan kiri,
kiri kanan kiri,
kirik kanan kirikkk,
krekkk nan krekk.


Sesungguhnya bumi belum bergegar dengan hentakan kaki seorang Izz Hazwani.

Tuesday, May 20, 2014

Ujian JPJ

Nak borak pasal test JPJ haritu. Yeppp, memang gagal. Kalau dah drive camtu pon lulus lagi, memang very the suspicious la kan. Tak main la ambil special test atau rasuah rasuah ni. Hidup nak berkat sokmo, ye tak?

Ok. Masa hari failed tu, saya antara calon terakhir yang balik lewat. Pusat Memandu Elit tu pun dah tutup. Tak lama lepas tu datang sorang calon lelaki, duduk berhadapan dengan saya. Dia tanya macam mana keputusan saya.


"Kalau ko tengok muka aku sekarang, agak agak lulus ke tak?" --- saya tanya sambil buat muka ala ala bahagia.


____________________________

Hari ulangan ujian jalan raya. Saya calon pertama. Gila tak mamai masa tu. Pepagi lagi. Tapi not bad la. Pagi pagi ni mood macam ok je. Cuaca pun sedang elok. Masa dari luar Encik JPJ tu panggil, CALON ULANGAN NOMBOR SATU! Saya pun gerak ke kereta. Viva. Bukan myvi ok. Siapa tah haritu dengan muka confident cakap dia bawak myvi. Ceyttt.


Dari luar kereta, muka Encik JPJ tersebut garang. Heh heh heh. Tapi saya buat dek je. Namun begitu, bila dia dah masuk kereta, saya mula nak cuak. Terkejut sebenarnya. Maka Encik JPJ tersebut pun suruh inhale exhale berzikir selawat semua. Sporting la dia ni. Masa ni rasa cam eh boleh bawak borak aa kot Encik JPJ ni.


Separuh jalan, masing masing senyap. Tapi tak awkward. Saya pun sibuk dengan dunia sendiri. Lepas tu dia tanya dengan nada friendly seperti bapak bapak.

"Dah habis sekolah ye.

Sambung belajar mana

Oo dekat je.

Kenapa tak nak jauh2?

Dah ada buah hati ke?"


Mula dari situ la kami jadi mesra sikit ewah macam bapak aku pulak en. Yang bestnya, bila saya tersilap sikit, pak cik jpj (terus upgade jadi pak cik, takda encik2 dah) ajar bila nak guna gear itu gear ini.


Tiba-tiba, pakcik jpj bawak keluar samsung note beliau. Note berapa saya tak pasti. Semua lebih kurang je. Ingatkan pak cik tu bawak keluar phone sebab nak main game dek kebosanan dengan kesivikan saya di atas jalanraya. Rupa-rupanya...


KLIK! KLIK!

Cis, bunyi effect ambil gambar tak menjadi. Senang cerita dia ambil gambar la. Terkejut saya. dia buat apa?


"Saya bagi gambar awak kat anak saya"

"Aaaaapa dia pak cik?"

"Nah ni tengok gambar anak saya"

Pak cik ni saja tau. Nasib tak lulus jpj kat hospital. Distracted kejap dari fokus sebab dia suruh tengok gambar anak dia. Wahahahahah.


Keputusannya? Lulus. Markah?


18/20

Apa yang ditanda pangkah?


 Membetulkan cermin pandang belakang dan tepi.
Sebenarnya dah adjust pun tapi pak cik jpj tak perasan kot. Korang lain kali paksa encik dan puan jpj untuk tengok betul betul korang adjust cermin.

 Menggunakan gear sesuai dengan kelajuan

Ha ini memang tak disangkal lagi. Pak cik jpj la yang tolong saya sikit2 tukar gear.


Kalau ikutkan, patut dapat 19 / 20 haihhh.

Bila driving instructor tanya awak nak buat lesen sendiri atau nak dia buatkan, cakap:

@ nak buat sendiri JIKA khidmat anda sebagai driver amat diperlukan untuk hantar jemput adik adik ke sekolah atau ibu ke tempat kerja.

@ nak driving instructor buatkan JIKA anda boleh sabar untuk few weeks dan anda tak ada urusan mustahak pun untuk keluar ke mana mana sebab diri sendiri tak ada kereta



Ibu be like LULUS SEBAB DAH BERKENAN NAK BUAT MENANTU KE NIIIII.
Taklah. Tidak. Memang lulus usaha sendiri.




Rasa nak ambik lesen bulldozer. Open air sikit. Hah.

Maksud pemberian tali leher

..and when you smile.


Ok baru-baru ni tengok cerita korea apa eh tajuk dia alamak lupa dah sebab spesies tengok sekali pastu lupakan. Apa tu. Hah cunning single lady tak silap. Watak sampingan tu kata, kalau kita bagi tali leher sebagai hadiah kepada seseorang, itu maknanya kita nak memiliki seseorang tu.


Saya fikir macam, ye ye-o je la engko ni. Entah auta entah fakta. Idea ini sepertinya ditentang rakan lelaki saya. Katanya,


"Kalau bagi cincin, i want to marry you. Kalau bagi kereta?"


Soalan punya senang. Kalau bagi kereta, tu maknanya kau propose nak jadi driver aku la. Sengal ubi kayu betul.

Wednesday, May 14, 2014

Tudung

Kita biarkan dulu soal saya lulus JPJ hari tu dengan tanda tanya. Lepas-lepas ni akan diumumkan wahahahaha.

Siapa pernah wondering bentuk muka sendiri macam mana?
Bulat ke
Petak ke
Diamond ke
Segi tiga ke
Bujur ke
Tak bertepian ke. Eh.


Saya; sampai hari ni tak tau bentuk muka macam mana. Kekadang nampak macam bulat. Kekadang macam bujur. Tapi sikit pun tak ada macam bentuk hati.


Bukan apa, kalau dah tahu bentuk muka sendiri, senang nak sesuaikan dengan jenis tudung - selendang, bawal, sarung.

Tudung bawal mendapat tempat pertama dalam carta saya. Diikuti dengan selendang dan akhir sekali tudung sarung.





Bila agak-agak tak ada tudung bawal sesuai nak pakai atau malas gosok, lilit je selendang ikut cemana gaya pun. Tapi satu hari tu, kawan saya tanya... "Awak tak terasa macam awak terlalu bulat ke untuk pakai shawl. Tu, pipi terkeluar." Erm.. tapi bukan semua orang pakai selendang memang pipi terjojol ke. Ke tak? Ke ya? KENAPA NI


Jadi semalam saya tertanya-tanya. Maka diajukan soalan kepada kawan lelaki saya.


"kau rasa mana satu sesuai dengan aku? tudung bawal ke shawl?"

Tapi dia cakap, saya pakai memana pun cantik.

Haila. Baru rasa nak hanginnn sebab jawapan dia tak spesifik.

"..tapi aku rasa shawl la kot."

Ha, jawapan ini la mendatangkan senyuman pada akak tau.


Ah, lelaki. Kalau malas menjawab, dia kata la semuanya cantik. Entah-entah semua benda saya pakai nampak buruk sebenarnya. Hm.

Tuesday, May 06, 2014

Perasan

Kriks. Tak lama dulu, pak cik JPJ duduk sebelah saya. Untuk ujian memandu.


Adjust seat.
Betulkan rear mirror, side-mirror.
Check signal, wiper.
Make sure gear dalam keadaan natural. Acah-acah je.
Pakai seatbelt.


Awal-awal, semua berjalan lancar. Alhamdulillah. Pak cik JPJ pun angguk-angguk. Tapi.. bila sampai je kat selekoh....


"astaghfirullahalazim.

awak nak pergi mana

bawak slow sikit. slow lagi!!!

tekan brek kat selekoh!

macam mana awak bawak kereta ni

eh ni test jpj tau

hati-hati!

ha tekan brek tekan tekANNNN!!!"


Dan akhirnya, sampai juga di pusat latihan memandu semula. Gear masuk natural. Angkat brek tangan.



Koi ambik feel tengah shooting untuk Fast and Furious. Tekalah koi lulus ke tak.

Wednesday, April 23, 2014

Kontra

Jadi ceritanya kelmarin; duduk borak-borak dengan seorang mak cik dan remaja baya saya.


Remaja yang duduk dengan saya tadi pandang pasangan tersebut. "Sweetnya diorangggg"

Saya dan mak cik tadi pun pandang ke arah yang sama. Tak jauh dari kami, ada satu pasangan lelaki-perempuan. Umur macam saya juga rasanya. Lelaki pegangkan beg tangan si perempuan, sambil bercanda  (nak buat karangan ke apa guna istilah camni) bawah pokok. Serius?! Tengah panas membahang ni korang boleh duduk kat sana? Hm, hangat lagi percintaan diorang kan.


Tak lama lepas tu, mak cik yang duduk dengan kami pulak respon.


"Haih, dah tak ada rasa malu bebudak zaman sekarang ye. Mak cik ni dulu muda-muda, dah kahwin pun segan lagi nak duduk berdua-dua dekat tempat macam ni. Apa lagi nak pegang tangan" ... blablabla. Mak cik ni nak berkhutbah pun ajak la bebudak dua orang tu join sekali. hUUuuu.


Saya sengih jela. Nak kata apa. Betul pun. Dah tak ada rasa malu, canggung, aneh.

Friday, April 18, 2014

Yang ke-12

Tanggal 18 April 2014. Genap 12 tahun adinda laki-laki ku dilahirkan di dunia ini. Ingat lagi dulu, saat awal-awal kelahiran adik, betapa bangga saya mempunyai adik. Saya rasakan saya dah besar. Dah jadi kakak. Acah-acah dah ada tanggungjawab la ni. Kalau imbas semula gambar-gambar lama, rapat juga hubungan kami.


Dulu, dia la adik yang paling saya sayang.


Tapi sekarang.. layanan macam kakak tiri. Itu apa yang ayahanda selalu bilang. Saya malas bilang. Nanti miscalculate.

-----------------

17 April. Lunch.

"Akak, esok lapan belas haribulan kan?"
"Haah. Apesal. Habiskan nasi tu cepat. Jap lagi study"

Senyum dia, dia sembunyi.
-----------------

Pagi ni.

Ibunda jauh di negeri Cik Siti Wan Kembang pada detik saya menulis post ni.
Seawal pagi subuh lagi beliau menelefon. Secara sorok-sorok dan perlahan saya berbisik,

"Harini birthday Ilmaan"

Cakap sehabis perlahan dah sebab taknak adik dengar. Taknak dia buat gedik mengada-ngada bila kakak dia ingat tarikh harini.

----------------

Kakak mana tak sayang adik. Dalam rasa menyampah pun, sebenarnya sayang je. Cuma cara setiap orang mengekspreskan perasaan tu yang.. berbeza.


5 + 4 = 9
2 + 7 = 9
3²  = 9

Nampak?

Tuesday, April 15, 2014

Hadiah, dalam bahasa kamu

Terjaga. Adik tinggalkan laptop terpasang. Dengan mata yang taktau berapa inci dibuka, nak jugak menaip. Padahal tak ada apa pun nak cerita.



Ulangtahun kelahiran adik yang ke-12 dah tak lama lagi bakal menjelang. Sila pos hadiah untuk kakaknya. Tanpa kakak, adik takkan bergelar adik tau!

Monday, April 14, 2014

Sabun XXXX

Saya ada adik. Satu. Dua. Tiga.


Tiga orang adik. Semua berjenama lelaki. Anak - anak soleh. Aamiin. Dulu selalu muatnaik gambar adik-adik dalam fesbuk. Bila tengok semula gambar, oi dah membesar rupanya hadek-hadek ni!


Tuhan, betapa Kau lalukan waktu dengan begitu pantas.


Tapi bukanlah nak cerita dari tahun pertama deme bernafas sampai kini deme sedut oksigen. Tidak.


-----------------------------

Anak-anak kecil. Terutamanya lelaki. Disarungkan baju putih waktu pagi, balik nanti dicorakkannya dengan tompokan merah berbau sambal atau coklat berbau tanah. Jenuh la kita ni nak membasuh. Kalau hat kotoran degil tu, uihh nak menyental dah jadi satu kerja.


Itu baru seorang. Baru sehelai baju. Tiga orang. Tiga helai baju? Baru baju. Ok, tambah lagi tiga seluar.


Hari Ahad. Pagi-pagi mulakan aktiviti menyental kotoran degil pada pakaian menggunakan sabun XXXX. Malaslah nak promote sabun. Eheh. Sebab tak ingat guna sabun apa. Jenis suka tabur sabun tak pernah peka pada jenama.


Sental. Gosok. Rendam. Basuh semula masuk mesin. Jemur. Gosok.


Sebelum adik-adik pergi sekolah dengan baju yang kembali putih berseri, kakak pesan.


"Abang, Ican. Jangan kotorkan baju ni. Nanti akak marah. Nak akak marah?"

Laju masing-masing geleng kepala.


Pukul 5.30 petang. Pulangnya mereka dari kelas petang, saya buka pintu. Belum sempat nak scan baju deme, Ican dah awal-awal explain.

"Akakkkkk. Baju ni kotor. Eh tapi tapi bukan Ican buat. Kawan Ican buat. Ha. Dia kotorkan baju Ican"

"Ooooooooo. Kawan buaaaat ye"

"Iye kak. Akak marah ke?"

Benci camni tau. Dah kalau kawan dia kotorkan, takkan nak akak marah kawan pulak. Ish. Dah, pergi tukar baju!


Saturday, April 12, 2014

Kawan macam saya

Kita ada sorang kawan tu yang kalau dia nak emosional, dia fikirkan dia saja.
Atau sorang kawan sinun yang selalu pandang hampir semua benda sebagai perkara yang negatif.

banyak atau.


Tapi saya rasa saya kot kawan tu. Aha.ha.ha.mbar.

Thursday, April 10, 2014

Jengkel



Bila si kembar tengok senarai blocked contacts yang berderet memanjang,

"amboi, ramainya kena blocked"

"sebab kebanyakan daripadanya adalah terdiri daripada lelaki-lelaki menjengkelkan"

..dan saiko.

Ohoi statement mengundang umpatan dalam hati setiap orang tau!


Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada lelaki bab 2010-2013.
Lelaki dari judul ini menjadi salah satu bahan saya mengubah diri kepada lebih baik.

Terima kasih kepada lelaki judul tersebut, yang pada saat-saat akhir cerita, mengingatkan bahawa perlunya kita saling menjaga tatatertib. Tata segala tata. Jaga adab. Jaga batas. Jaga segala.


Dan kerana lelaki judul itulah, saya dalam proses menjarakkan diri dengan spesies lelaki judul tersebut.


Apa kata orang? Jaga ikhtilat ya?


Kepada lelaki cerita tiga tahun tersebut, jika anda sedang membaca, harapnya anda juga menjaga diri dan menjaga batas. Semoga impian umi anda yang teringin bermenantukan gadis bertudung labuh, baik, dan lengkap segalanya, tercapai. Sebab saya rasa anda dah pun ada seseorang yang lain. Jadi harapnya semoga gadis itu menjadi pilihan umi anda. Adiossss.


Menulis dalam keadaan terketar-ketar.
Rancak berdebar.

Sunday, March 30, 2014

Semerbak

Duduknya depan laptop ini sambil citarasa tiba-tiba nak dengar lagu korea dari kumpulan 2NE1 sebenarnya adalah gara-gara sedang menunggu. Usah ditanya apa yang ditunggu.

Al-kisah yang nak dikisahkan, haritu pergi pasaraya Tunas Manja. Keluar berdua dengan abang untuk beli mentol. Lepas tu mata meliar sebab mencari pekerja TM untuk tolong cuba try dan test mentol ni berfungsi ke tak, kecerahan dia macam mana dan blablabla. Saya tinggalkan hal menguji-mentol ini kepada abang.

Sementara tunggu abang cari pekerja tersebut, saya pergi ke bahagian penyembur ambi-pur. Kalau pewangi yang gel ada tester. Tapi yang penyembur tak ada tester. Hm.

Dah ada bau lavender.
Wild forest.
Dan apatah lagi.

Saya tak arif tentang bau-bauan.
Yang pasti saya tau bau bahan yang ditumis macam mana dan ianya mengiurkan.


Tak ada tester punya pasal, saya pun cuba sembur sikit pada rak.

Sembur sekali, tak keluar.
Dua kali tekan, tak ada bau.
Tiga kali picit... haaaa terkeluar banyak pulak.


Kebetulan pulak pekerja bangladesh yang tadinya tidak kelihatan tu lalu di belakang. Abang pun lalu kat belakang. Saya ni... pura-pura lari tempat lain.


Tak lama lepas tu pekerja tu terbatuk. Saya syak dia ni tak sihat la. Bukan sebab semburan ambi-pur terlebih tu.


-------

Dalam kereta.

"Abang, perasan tak ada bau wangi tadi?"

"Haah. Wangi betul la"

"Sebenarnya orang tertekan spray tu kuat sangat kot. Tu bau semerbak."

"Laaa yeke. Abang ingatkan pekerja bangla tu yang pakai minyak wangi malam-malam gini"

------

Monday, March 17, 2014

Giveaway OwnDesignBook by Norsyuhadajohan

Saya tak tahu Cik Husna ni baca minda saya atau apa. Malam tadi baru tergerak hati nak memiliki satu buku nota baru. Yang comel. Atau mengancam kalbu.

Jangan tanya apa saya nak buat dengan sebuah buku tersebut. Kawan-kawan yang dah godek buku lama saya, tahu apa saya nak buat dengan buku baru.

*GELAK TYPO*
Ye, kawan-kawan saya tahu stail gelak typo saya.

Pucuk dicita ulam mendatang. Ada giveaway. Whoops!



Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat perjuangan saya untuk turut serta.

Cik Farahana, Cik Najwa, Cik Nadziratulhani

Saturday, March 15, 2014

Menggeletek tulang rusuk

Ralit jugak membaca novel. Nampak kawan dari jauh, saja buat buat tak nampak. Spesies memang tak reti nak bercampur-gaul macam ni la. Kalau ajak borak, nak borak apalah sangat. Kalau dia perempuan, ada la kot cerita hu-ha-hu-ha cara sopan sikit. Ini... haih.


Saya teruskan lagi bacaan dengan menunduk.


Terasa ada orang diri di sebelah, mengetuk meja dengan dua jari. Dari jari, saya pandang muka dia. Ingatkan bila dah tunduk habis ni tak ada la orang nak perasan. Thorrr dia, nampak juga.


Duduk sekejap, borak-borak. Lepas tu dia tinggalkan saya untuk beberapa minit. Dia pi beli makanan. Duduk semula semeja dengan saya.


Dah tengok dia nak makan, saya pun sambung lagi la membaca.


Baris ke-tujuh bacaan...

"..eh ko kerja ke sekarang?"
"tak. baru berenti. kau? keje?"
"aku keje gak. kejekan solat huahuahua"
"alamak, aku lupa doh kau ni kelakar hahahaha"


Serius. Jujur. Memang dia kelakar. Saya je yang lupa.


Sambung lagi membaca...
Tapi tutup semula buku sebab....

"kau nak balik dah ke?"
"taklah, belum lagi.."


Bacaan yang terhenti dengan ditanda oleh penanda buku, saya selak semula.


"kau aim nak pergi mana nanti"
"susah jugak nak cakap weh"

.......


Tutup buku terus. Sepertinya memang dia membutuhkan saya sebagai teman bicara dia waktu tu.


"eh kau tengah baca novel kan tadi. ha sambung la sambung. aku makan diam2"
"takpe la. nanti ada lagi kau nak tanya"
"sambung je baca. aku takkan kacau"
"betul ni?"
"iye, betul"


Saya matikan koma bacaan tadi....

"ehhh ko nak tau tak..."


Sudah. Saya tutup buku kasar. Sambil sengih.

----------------

Tapi tak marah pun sebenarnya. Tolonglah sesiapa sedarkan dia yang dia tu adalah seorang yang kelakar. Ke... dia dah sedar diri? Ada je lagi, banyak je lagi koleksi lawak dia dalam beg.

Monday, March 10, 2014

Sambal Hitam Pahang

"Tak roller coaster la hidup kalau tak ada ujian. 
Maka, bersabarlah."


--------------


Orang Pahang mana yang tak gemor ke sambal hitam ni ce citer sikit. Ada? Tak ada?

Ok. Boleh saya kongsi resepi? Tapi tak guna resipi turun temurun la. Ni main campak-campak je. Mana yang ada kita capai dan zasssss, menjadilah sambal hitam!


Sambal hitam ni kira menjadi kegemaran jugalah. Asal balik Raub je mesti nak sambal ni. Ini antara kegemaran kami selain daripada lempeng ya. Tapi jenuh juga la kan. Takkan setiap kali nak makan sambal hitam mesti kena balik Raub. Jadi saya ambil inisiatif untuk masak sendiri.


Saya bilang lagi sekali ya, ini saya main campak-campak je. Kalau nak resipi turun temurun, google yang lain. InsyaAllah, resipi dari wan saya di Raub bakal menyusul.

Percayalah, lima tangkai cili padi tidak mencukupi. Serupa macam tak perlu letak pun tak apa. TAK UMPHHH LA KALAU TAK PEDAS! Hello, ini orang Pahang mix orang Melaka ok.


Bahan-bahan:

  1. Semangkuk ikan bilis yang dah dicuci bersih. Toskan.
  2. Separuh cawan belimbing buluh yang dah direbus sampai hitam.
  3. Kalau belum rebus, kita perlukan dalam enam hingga tujuh biji.
  4. Cili padi. Ikutlah berapa banyak nak letak. Ikut selera pedas memasing la. Kalau gambar, tunjuk lima je kan? Ha. Paling kurang kena 15 batang ye.
  5. 6 biji bawang merah, dihiris. 
  6. Sedikit garam.


Ada resipi guna kicap dan gula. Tapi saya tak nak.

Belimbing buluh ni cenggini la ghope dia:


Kalau nak rebus, dinasihati untuk gunakan periuk buruk-buruk ya. Kalau saya, saya guna tin biskut. Sebab apa? Belimbing ni ada asid yang kuat, boleh mengakibatkan periuk jadi kusam dan tidak bermaya. Percayalah, nanti bila rebus dalam tin, tin tu akan jadi hitam hitam. Hanguihhhhh.


Bila merebus, rajinkan la diri untuk kacau. Dalam setiap 10 minit. Boleh? Setiap lima minit pun boleh.
Paling kurang pun kena rebus empat jam.


Haaa, tang nak rebus belimbing buluh ni je yang renyah. Lepas tu simple je.




Cara-cara:

1. Tumbuk bawang yang dah dihiris. Lepastu tumbuk cili. Saya nasihatkan anda untuk mengasingkan dulu la kot bawang dan cili. Saya menumbuk-bergaduh dengan cili sampai kecik sebelah mata sebab cili terpecik dalam mata. For a minute saya rasa saya akan buta selamanya. Allah, ni ke akibat dok melagha dengan maksiat sana sini? Gitu sekali ye effect. Yela, bila dah susah baru nak beringat pada Dia. Gituuuu.


2. Letakkan hasil tumbukan padu cili dan bawang tadi di mangkuk lain. Masukkan ikan bilis dan belimbing. Tumbuk. Masuk sikit sikit. Tumbuk. Masukkan garam terus. Jangan buat hambar pula ya nak guna mesin pengisar. Ni takyah tumbuk hancur sangat sampai jadi serbuk.


Jap! Kenapa garam tak perlu banyak?
Anda, belimbing tu dah masam.
Jadi tak perlu tambah banyak sangat garam.
Boleh?

3. Siap? Are you following me?

4. Panaskan minyak. Lebihkan la minyak ya. Lepastu masukkan cili dan bawang. Tumis la. Pastu masukkan hasil tumbukan ikan bilis dan belimbing buluh anda. Balik-balikkan sambal hitam tersebut. Kalau nampak kering, tambahkan lagi minyak.

Terpulang la nak masak selama mana tapi jangan sampai hangit. Ada yang nak lembut aje, ada yang nak garing. Terpulang pada citarasa anda. Nak garing, gaul-gaulkan lama sikit.

Siap untuk dihidang bersama nasi putih yang hangat. Atau... kekadang saya suka buh sambal hitam ni atas roti gardenia yang kononnya sungguh enak dimakan begitu sajaaaaa.


Ya, belimbing bebanyak sungguh nak guna tapi hasilnya dapat semangkuk je sambal hitam. Bersyukur je la. Jangan nak merungut! Dah, pergi dapur!


Ada sesiapa nak resipi asam pedas tak? Takpe la, takda orang nak. Saya ni tak pandai memasak pun sebenarnya. Kah!

Wednesday, March 05, 2014

Let her go

Pagi. Tak banyak nak taip.

Satu demi satu roh dah pergi tinggalkan jasad.

Pagi ni. Sengaja tak nak tidur. Risau tak bangun awal pagi. Risau kelam kabut lagi.

Satu; ibunda masuk hospital. Bila dapat tahu, jadi tak senang duduk. Itu ini, semua tak kena. Kemas rumah, sibukkan diri tanpa henti. Petang, pergi hospital jenguk ibu.

Dua; lepas isyak, dapat berita.

Copy paste tweet terus boleh? Saya dengan jujur cakap, tak larat lagi nak taip bebanyak.











Dan saya masih memaksa diri untuk tidak tidur. Masih nak sibukkan diri dengan kerja. Kalaulah waktu mampu berputar dengan sekejapan je.. mesti sekarang saya tak tertunggu-tunggu. Sebelum pergi hospital, ibunda kata, pergilah tengok arwah untuk kali terakhir. Kemudian baru datang jaga ibunda di hospital.


Dulu bila sakit, tak bertangguh lagi, ibu ayah akan jaga. Akan sua makanan. Kalau perlu, akan suap makanan. Diberi apa yang diingini. Pernah juga terdetik dalam hati, bilalah akan dapat peluang nak pulangkan budi yang sama.

Nah, sekarang peluangnya sudah datang.
Tapi.. peluangnya bercabang.

Antara menjaga ibunda di hospital vs menjenguk arwah.
Hajat nak pergi malam tadi tapi bukan rezeki. Sebab kena jaga adik-adik di rumah.
Encik-encik dalam rumah je yang pergi.


Justeru itu ibunda menyarankan pergi jenguk sekejap.
Sekejap untuk kali yang terakhir.
Sekejap untuk melunas rasa rindu.


Nak work hard lagi ni.
Sebab nak pergi syurga.
.

Sunday, February 23, 2014

Nak kahwin sekarang jugak!

Semalam--- salah seorang sahabat tanya pasal topik yang sebenarnya dah lama saya terfikir nak tulis kat sini. Bila dia dah buka topik tu, barulah tergerak nak jadikan draf sebagai post yang di'publish'.



Kahwin muda.
Kahwin awal.
Kahwin pada usia masih belajar.


Segalanya. Generasi Y hari ini, rata-ratanya terlalu bersikap terbuka sampaikan tanpa segan silu boleh cerita pasal kahwin. Dengan mak ayah sendiri punnnnn redahkan aje.


Tapi rakan-rakan, adik-adik sekalian... duit syiling pun ada dua muka berbeza dan dua sisi berlainan, ini pula sebuah perkahwinan. Jangan terlalu memikir yang indah-indah. BESAR LA TANGGUNGJAWAB NAK KAHWIN TU. Hentikanlah meroyan nak kahwin awal pebenda jadah kalau mak bapak sendiri awak asyik nak bangkang.


Sigh. Hidup ni terlalu singkat untuk kita meroyan.
:(


Dah berapa lama saya terperap dalam rumah. Uruskan kerja rumah. Kadang-kadang masak. Walaupun ada yang terkurang-terlebih, kenyang jugak, syukurrrr deh. Kemas rumah. Lipat kain jemur kain dan segalanya. Petang, uruskan adik-adik untuk pergi kelas kafa.


Jaga rumah.
Jaga budak.


Layan kerenah dan ragam satu per satu.
Hilang sabar ni tau. Rasa nak transform jadi otomen dan hantar mereka ke angkasa.
Lesap pada dada langit dengan bercahaya-cahaya seperti bintang berkelip satu kali.

Penat. Sangat penat.


Mungkin saya tak galas tugas ni dari peranan sebagai seorang isteri dan seorang ibu; sebab tu saya rasa penat sangat.


Sepanjang masa rasa nak membebel. Itu tak kena, ini tak kena. Kemas rumah waktu pagi, malam sebelum tidur, akan nampak kertas-buku-pen-pensil melambak atas meja dan lantai.


Kalau jadi isteri--- senang nak masuk syurga. taat pada tuhan dan suami. Ok. Got it.


Tapi kalau buat kerja rumah sikit pun nak mengeluh, kalau suami suruh tanggalkan stokin pun "eh awak ni kaki tu dah la bau cagu! ada hati nak suruh saya tanggalkan stokin awak!", mana nak dapat redha?? Mana nak jumpa jalan pergi syurga? MANAAAA NAK BERCINTA KE JANNAH?? Kalau dapat suami penyabar, tak apa. Dia tanggalkan sendiri stokin tu dan letak dalam bakul kotor. Kalau yang errrr tu, entah entah dia sumbat stokin dalam mulut awak.


Itu baru hidup berdua.


Bila dah bertiga, berempat, berlima dan seterusnya... ? Kalau sekarang membujang pun awak tak suka tidur lena diganggu, macam mana bila akan datang, anak awak merengek malam buta sebab tak sihat? Awak boleh sabar? Jawab sendiri. Mungkin bila naluri keibuan mencanak-canak tusuk ke jiwa, apa sangatlah tak tidur malamkan? Tapi tak semua ibu macam tu.


Uruskanlah dirimu. Persiapkan mental dan fizikal. Saya bukan nak cakap kahwin awal tu tak elok @ tak bagus. Tidak sama sekali. Saya cuma nak bawa awak sama-sama selak di sebalik tabir keindahan sebuah perkahwinan.


Pernah muda belia remaja macam adik-adik ni. (Hatta sekarang pun masih muda tapi tak semuda tahun-tahun lalu) Pernah terfikir kahwin ni cam best je cam best je. Bila dah lama-lama, selalu fikir, dah sedia ke belum.


...sedangkan tanggungjawab sebagai anak pun belum mampu lagi tertunai. Belum cukup berbakti lagi pada ibunda dan ayahanda. Cemana tuuu?


Janganlah terlalu fikirkan dosa bakal suami yang akan ditanggung lepas sah lafaz sedangkan dosa yang encik wali awak tanggung selama ni bergelen-gelen tak terhitung!

Sungguh saya minta maaf kalau ada yang panas hati panas punggung tak senang membaca ni. Maaf kalau awak rasa nak bangkang sesangat.

Akhir kata, flip the coin.
If you know what I mean.

Friday, February 14, 2014

Sekeping kad biru (UPDATE)

Bersegera memperbaharui kad biru. Kemain lagi kan.


Pagi Jumaat, ibunda jemput daku di rumah. Pergi Jabatan Pendaftaran di Indera Mahkota. Tak perlu tunggu lama, terus pergi ambil gambar.

Bayaran: RM10.

Beberapa hari sebelum pergi ambil gambar, dah cuba try test senyum depan cermin.

"Eh eh takleh senyum camni. Nampak buncit sebelah pipi"
"Yang ni tak boleh jugak. Nampak sebelah je lesung pipit"
"WEHHH APESAL AKU SENYUM TAK KENA NI"

Fehh, tertekan.


Bila ambil gambar yang real, pasghah je senyum macam mana pun. Silau dah mata dengan lampu dia.


Bila umur dah masuk lapan belas, WAJIB untuk perbaharui kad pengenalan anda ya. Tak perlu tergopoh-gapah macam saya pun tak apa. Masuk umur 25 dan ke atas dan anda masih belum perbaharui kad pengenalan, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.


Sementara muka tengah tak banyak sangat jerawat dan bintik hitam, afdhal la anda membuka pintu hati untuk renew. Disarankan pergi pada waktu pagi. Masa tu baru nampak kulit bersinar dan berseri. Ecehhhh. Tak adalah. Jangan ikut tips saya. Pepandai je kan.

Spesies suka selfie pastu sikit sikit post kat instagram, afdhalnya klik sini.

Sebelum anda ambil gambar, anda akan diminta untuk menyerahkan kad pengenalan semasa anda kepada staf yang bertugas. Kalau dah tukar alamat rumah, boleh maklumkan. Dan macam biasa, cap ibu jari kanan dan kiri anda diperlukan. Bagi yang jenis tangan cepat berpeluh, bawalah sapu tangan. Lap tangan kering-kering. Boleh?


Lepas siap ambil gambar, staf akan bagi dua helai kertas. Yang warna hijau (kanan) tu adalah dokumen pengenalan sementara. Ye la, kalau tak ada dokumen ni, orang ingat anda ni PATI. Sedangkan alien dari bintang dalam drama My Love From Another Star tu pun ada pengenalan diri. Fiksyennnnn sangat!


Berapa lama boleh siap?
Proses sekarang cepat je. Dalam sehari dah boleh siap. Tapi anda tak boleh expect untuk dapat dan-dan pada jam tu jugak. Sila bersabar. Ambil gambar pagi, petang boleh ambil kad pengenalan baru.

Tips.
1. Jangan pakai tudung pattern bunga bunga. I tahu you minat insane pada bunga atau apa apa corak tapi ni nak ambil gambar formal. Bukan jalan jalan dalam taman. Unless awak nak disuruh oleh staf supaya tukar tudung yang mereka sediakan di sana, teruskan dengan niat awak. Kita tak tahu tudung diorang cemana.

2. Pakai tudung warna gelap. Kalau pakai tudung cerah, dengan flash, nampak biji mata warna hitam je rasanya nanti.

3. Buat semua Muslimah, wajib bertudung.
'Eh apa ni Izz, bila masa JPN kata kena pakai tudung??'
Ok. JPN mungkin tak kata. Tapi kan Allah dah pesan pakai tudung. Eh jap. Dan tutup aurat!


Punya dok training senyum, tapi akhirnya muka macam buah pear.
Kawan kawan tegur apesal muka macam budak budak.
Diorang ni lupa ke apa gambar pandai menipu?


(Kalau dulu simpan kad pengenalan kat card section dalam purse, mesti nak flip. Sekarang dengan bahagianya boleh tayang muka sendiri. Spesies takleh terima muka sendiri  dalam gambar pada usia 12 tahun)

Thursday, February 13, 2014

Muslimin muslimah selfish!

Dalam minda dah ada entah berapa drafts. Jadi, izinkan saya naikkan satu tulisan untuk yang pertama. Boleh?


Saya tanya, awak jawab dalam hati.
Aurat (wanita) meliputi apa?
Jadi, apa hukum muatnaik gambar bertudung tapi menampakkan walau sedikit pun kulit pergelangan tangan?


Kita ni nak jadi dai'e. Eh silap. Kita memang dai'e. Cuba bezanya ada yang menjalankan tugas dan amanah, ada yang belum sedar diri tu pendakwah.


Bertudung labuh, berjubah, bersarung tangan, berstokin kaki...
Berserban, berjubah, kain selimpang di bahu...


Tapi bila nak share pasal aurat pada semua orang, dimuatnaik pulak gambar pasangan lelaki-wanita berpelukan. Wanita tidak bertudung, tidak menutup aurat. Hanya mata pasangan tu dikaburkan. Motif sangat!


Bila nak tegur itu ini, aib sendiri kita jaga, aib orang kita buka.
Eh eh, boleh ke macam tu?


Kita ni boleh jadi orang tengah dalam menyebarkan dosa orang, tahu tak?
Post itu ini, RT itu ini.
Meh baca sini >> Jadi 'orang tengah' dalam facebook


Mohon, jangan jadi muslimin dan muslimah yang pentingkan diri sendiri ya.
Cari solusi lain untuk perjelas batas pergaulan dan sebagainya tanpa mengaibkan sesiapa.


Ye, kita semua ni berlumba-lumba nak kejar redha Tuhan. Nak masuk sorgaaaa sesama. Tapi sebelum buat apa apa, fikir dulu. Dulu tak tahu, sekarang dah tahu.


Masalahnya bagi orang yang BERHIJRAH ni adalah apabila merasakan diri dah cukup bagus. Diri dah betul semua. Merasakan diri tak perlu ditegur lagi.


Wednesday, February 05, 2014

On fourth

"Sebab sedih, jadi lapar"
"Happy birthday"

-------------

Death is coming..


Awal awal nak bagitau, maafkan kesilapan Bahasa Inggeris sebab saya.. entahlah. Jangan baca kalau nyampah gila gila gila dengan post ini yang anda rasa macam berlagak omputih tapi kulit melayu sawo matang makan sambal belacan dah naik alergik.


As I'm getting older by day and by year, I could care less about wishes at 12, sharp or 1:05am. Not expecting any.. To whoever that may be still ingat my birthday, thank you. Include my name in your doa as well. Nak nama penuh tak? Tolong alamatkan namaku di dalam doamu. Boleh?

Before you ask me WHAT YOU CAN GET FOR MY BIRTHDAY, uhm I'll tell you later. Ask me personally keeeeee but I know you won't.

I was (and still am, i guess?) used to not sleeping the night before my birthday. Despite being well into my teens, birthdays still gave me that sense of excitement, gave me that insistent feeling that nothing and no one could piss me off, simply because it was my birthday. But the eve of my eighteenth was different. I didn't toss and turn at the prospect of a slice of cake and a few renditions of 'Happy Birthday.'


Turned my phone off.
Logged out of facebook.
Ignoring twitter.
Idc about instagram.




Oh well..

Being me.. I am not really into surprise party or huge celebration. I dislike the idea of having to mix with people in real life. No. NOT BEING AN ANTI-SOCIAL GIRL but socializing outside is a little bit too awkward for me as I have nothing to discuss with people in common.

What I would like to express is heartfelt thanks to Allah SWT for an amazing life and letting me to live, again. He has rescued me from fear and death, and given me a future and a hope. Which of the favours of my Lord would I deny..


Remember when I was mentally breaking down and silently cried and hugged my girl. Habis semua hingus air mata masin gua lap kat tudung dia. Mohon dia ampunkan dan halalkan. I would never ever let that thing happen again. Never let anything tear me down. Simple note for self. Arasso?

(An aunty, a Japanese and a tosai man tell us a thing or two about friendship... )


Ternyata.. menjadi lebih tua itu tidak ada apa yang menyeronokkan. Hanya bisa menjadi tiket yang separa untuk kita berkata, "Kau budak kecik apa tau." to shut little kiddos up sebab mereka sangat banyak bicaranya yang kadang kadang ada logika tapi kita masih dengan ego tak mahu terima. Tak gitu?


Dan menjangkau umur ini, saya cuma memikirkan kematian. Tidakkah anda juga begitu? Kerana setiap jantung akan berhenti berdegup detik maut datang menyapa.


Lewat malam kelmarin, dan semalam punya kelmarin, dan malam belakangan ini, selalu dapat mimpi yang tak manis. Yang sadis. Yang mulanya saya fikir itu paling sorgaaa tapi itu satu malapetaka.

“Sesungguhnya segala yang bermula itu akan berakhir, 
setiap yang kuat itu memiliki kelemahan dan 
setiap yang hidup pasti akan mati”

------------

Ahad, 2. Februari
"Lusa nak culik awak"
"Bukan awak dah balik ke?"
"Balik mana?"
"Balik matrik la"

Dia sepatutnya balik 6 Februari. Saya sendiri lupa angka 4 wujud.

Thursday, January 30, 2014

Kaya

Oyeahh haritu tengok iklan pasal makna kaya bagi kanak-kanak. Tak ingat iklan apa. Siapa ingat? Mohon ingatkan saya.

Kaya tu bila dapat beli baju-seluar cantik cantik.
Kaya tu bila dapat beli rumah besar besar.


Mostly akan fikir ---- kaya tu bila dapat BELI sesuatu.


Tapi saya rasa, erti kaya pun subjektif macam erti cantik.
Selain daripada ada duit juta juta atau billion billion, kaya tu disamakan dengan kemampuan kita untuk dapat segala benda yang kita nak.

(Memangnya emak-emak yang sudah punya gadget canggih bahagia sungguh ya dapat muat naik foto gambar anak anak. Kongsi rasa bahagi.)
-----------------------

Khamis. Dah mula cuti raya cinta. Hm typing error malas backspace raya cina ok. Perkaranya adalah, cikgu sekolah membekalkan tugasan untuk adik adik. Jadi bila adik adik balik sekolah, saya bagi rehat dalam sejam lepas tu siapkan paling banyak pun separuh daripada kerja yang cikgu bagi. Tahu sangat dah bila cuti, tangan pun cuti la daripada sentuh beg sekolah. Sebab saya pun spesies macam tu.


"Ican, jap lagi kita buat kerja sekolah tau"

"Eh? Kenapa kerja sekolah? Cikgu cakap kerja rumah"

"Okey, kita buat kerja rumah lepas ni"

"Akak, kenapa buat kerja rumah yang cikgu bagi dari sekolah?"

Hm. Berselirat otak nak menjawab soalan ni. Setiap 'kenapa' dan tanda tanya daripada anak anak kecil adalah tanda sel sel otak sedang berhubung. Ok. Sekarang saya nak hubungkan sel otak saya boleh?

KERJA CIKGU BAGI TU KERJA RUMAH ATAU KERJA SEKOLAH SEBENARNYA?

Oh. Ican tu adahlah nama ala ala manja untuk Ihsaan.

Tuesday, January 28, 2014

Anak panah lurus

Entah kenapa sejak belakangan ini saya rasa 'taste' saya lebih kepada fashion lelaki. Semua nak baju lelaki je kalau boleh. Kalau boleh la. Tapi tetap kena sentiasa sedar duduk letak fitrah sebenar saya sebagai kaum hawa. Tak gitu?


Menelusuri satu per satu gambar lelaki.. oh ya, saya tak pandang lelaki tersebut. Hanya imej yang ditampilkan mereka. Tertarik pada satu t-shirt simple. 




"in case kau jumpa any girl that you like in future, give her this shirt. 
simple pikaplain but to me thats cute"



"bagi kau, tak boleh?"


Dia ni, semakin hari semakin pandai menjadi seorang pemanah.
Tapi belum cukup tajam untuk menembusi saya.
:-)

------------

Nak pergi Adelaide tapi dah rancang untuk turut serta dalam trip ibu dan rakan - rakan sekerjanya.

Monday, January 27, 2014

Tak baca pun tak apa

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" Jerit sekuat - kuatnya, yang termampu.


'Hui, diamlah. Ko pikir suara ko kuat sangat ke."

Tak terfikir lagi.
Nak up post baru.
Tapi tiba tiba tersedu sedan.
Bukan menangis.
Tapi ni sedu yang 'hiccups' tu.


Takpe la. Nak siapkan kerja.
Till then!



Tu la. Orang dah cakap jangan baca,
naaaaak jugak baca!

Wednesday, January 22, 2014

Pas masuk percuma UPKIPT

Hari ni hari.. Rabu. Eh? Betul, kan? Sibuk sangat kat rumah sampai tak sempat nak cakna dengan tarikh dan hari.


SPM and STPM leavers,

ada sesiapa dapat pas macam ni? Berlatarbelakangkan peta Malaysia dan 1Malaysia. Ada? 

Semalam kawan ada tanya, dapat tak benda ni.


Petangnya, diajukan soalan yang sama lagi. Saya ambil surat - surat di peti surat. Walaupun kebiasaannya saya tahu memang tak akan ada surat bernamakan saya, saya tetap nak tengok siapa penerima surat tu. 

Tapi semalam dapat pula satu sampul surat, isinya dikirimkan untuk saya.

Oh! Inilah yang diorang dok sok sek kat group tu!
Banyak kali belek. Betul ke ni. Apa ni.
Apesal saya dapat tapi kawan saya tak dapat.
Baca dokumen yang pihak sana hendakkan.. 



...(e. apa lagi dokumen - dokumen lain yang berkenaan?)
...(sekira berjaya) (lima ratus ringgit, apekah ini?!!)

Tengok bawahnya. Logo;
Rakan Muda IPT
Lembaga Jururawat Malaysia
Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
Belia 1Malaysia


Nombor telefon yang tertera.

0111-5266244
0111-5266245
0111-5266246


Hari ni, saya buat carian di google; Unit Pengambilan Khas Institut Pengajian Tinggi sebab tahap kemusykilan saya semakin bertambah. 


Pertama,




Klik gambar untuk ke fb page UPKIPT. Nampak macam tak official, kan?
Dah ragu - ragu ke belum?


Saya google lagi.

Kedua,



(forum lowyat. klik sini)

Ketiga,




(sumber daripada moe.gov.my)


Jadi,
dah musykil seperti saya atau belum?
kalau rasa nak dail terus nombor di atas, silakan.
tapi ada seorang emak kepada lepasan spm kata,
ada satu nombor yang didail; tidak berada dalam servis perkhidmatan.
macam mana tu, kawan - kawan?

jangan tanya saya macam mana pihak sana boleh tahu nama penuh dan alamat rumah. adalah tu cara tersendiri diorang. ini adalah kemusykilan kedua.


Kemusykilan yang ketiga/  untuk further reference / details, sepatutnya turut disertakan link ke official website. Bukan bagi nombor telefon je. Ada erti?

Kemusykilan keempat/ kenapa tidak dinyatakan secara spesifik sama ada ini adalah IPTA atau IPTS?

Kemusykilan kelima/ ehm. Maaf, saya lupa.


Konklusi: Kadang - kadang sifat syak wasangka tu memang perlu, memang baik. Tapi kena letak pada masa dan perkara yang sepatutnya. Boleh?


LAGI SATU! Kalau dapat call dari 06556 berapa entah tu, katanya MRSM ke apa, janganlah terburu - buru. Semak dulu.

Apa apa pun, kita mesti buat usul periksa.

Mohon sebarkan kepada semua.
Terima kasih.
Mohon klik sini sebentar.

Tuesday, January 21, 2014

Apa itu srikaya pisang?

Kelmarin dapat pesanan mesej di Whatsapp.
Ada orang request SRIKAYA PISANG.
Siap screenshot resipi lagi!

Hari tu dia balik Kuantan sekejap.
Tak sempat nak masak.

Aisemennnn.
Ni dia nak balik lagi.
Tapi tak tahu bila. Nak buat surprise kononnya.
Mintak pulak makanan yang tak pernah saya dengar.


Banyaklah dia punya kejutan!
Ni hah.
Saya yang terkejut baca permintaan dia!



"Srikaya? Kaya yang orang buat sapu kat roti tu ke? Baik beli kat kedai je."

# MEMANG LA NAMA DIA SRIKAYA, TAPI TAK ADA KAYA PUN DALAM TU.

Basakkkk!
Ada sesiapa yang familiar dengan makanan  jenis ini?
Cemana rupanya pun saya tak tahu la.

Friday, January 17, 2014

Dari sisi yang cerah

Jiwa remaja, mesti ada pemberontakan kalau tak dapat apa yang dia nak. Cara memberontak tu je lain-lain. Kalau masa kita kecik dulu, menangis hentak kaki bila tak dapat mainan. Kan? Sikit lagi boleh join kawad rasanya.

Bila dah besar, takkan nak buat gaya sama. Buruk betul nengoknye.

Semalam saya dapat satu berita menyenangkan hati daripada kawan. Kawan tanya, 'nak ke tidak?'. Jadi saya kata, tunggu permisi dari orang tua dulu.

Malamnya, bincang dengan ibunda dan ayahanda. Kena lampu merah. Masa tu tak ada la ibarat kaca terhempas ke batu ke lantai ke simen sangat. Tapi hati ni ada sikit punya retak woooo.

Jadi saya mengundurkan diri. Masuk ke bilik. Sempat lagi fikir, nak marah ke tak, nak marah ke tak. Tak baik pulak kalau marah.


Perlahan-lahan cuba berfikir secara waras. Tadinya fikiran tak menentu.


Akhirnya terlelap....



Hari ini.

"Aku dah fikir sebelum tidur. Tenangkan diri sendiri. Cuba fikir semua sebab positif untuk semua ni. Tak ada negatif. Dengan cara tu aku rasa aku boleh terima penolakkan (dari ibunda dan ayahanda)."



Teringat pada entry lama di sini.



Kalau sesuatu tak jadi menurut apa yang kita hendak, mungkin akan datang, ada yang lebih baik jadi milik kita.




-----------

Blablabla.


Introvert

Change the way you look at introverts.

(Ouch, saat itu apabila saya gunakan video dari yahoo.com dan ditepek pada blogger.com di bawah Google. Hah.)


Wednesday, January 15, 2014

Nilainya




#1

Masalah pagi yang bermasalah.


Bila pagi-pagi berjalan nak beli kuih-muih, tapi awak cuma ada sekeping lima puluh atau seratus. CUMA, highlight that word. Kenapa saya cakap CUMA? Nanti dulu.


------------------------

Mengimbau zaman saya sekolah dolu-dolu ewahhh. Kalau sempat, jalan kaki  pergi ke gerai mak cik di jalan besar taman perumahan ni sebab nak beli makanan.

Sampai sana, ada beberapa pekerja pejabat memilih itu ini.

"Assalammualaikum, mak cik."
"Waalaikumusalam. Ye dik, nak beli apa?"
"Hm. Nak beli nasi lemak ayam satu."
"Ok kejap."


Barang bertukar tangan. 
Mak cik tersebut dilihat dahinya berkerut.


"Eh, tak ada duit kecik ke, adik? Pagi pagi ni mak cik tak ada duit kecik"
"Ala. Saya pun memang tak ada duit kecik sekarang ni"
"Tak apa. Macam ni la. Esok je adik datang semula, bayar dengan duit kecik"

Saya terkejut.
Boleh ke mak cik ni percayakan saya?
Macam mana kalau saya menipu?
Dan saya tak kembali lagi?
Sambil berjalan ke sekolah, ligat otak berfikir. Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Sebab muka saya ada nurrrr kah?
Sebab muka saya sangat innocent kah?
Sebab saya memang obviously tak reti menipu kah?

Srettttt. Ayat semuanya berbaur perasan. Mungkin ayat - ayat di atas adalah tanggapan mak cik tersebut. Saya cakap MUNGKIN je. Atau mungkin.. ada sesiapa nak tolong jawab? Saya tahu jawapan andaian yang lain tapi MUNGKIN lagi ya, awak boleh tolong jawab?

Tak boleh jadi. Esok mesti tanya mak cik ni! Mesti!


Esoknya, berjalan kaki lagi. Ya, mesti! Kena tanya! Benda dah musykil, harus tanya!


Setibanya di gerai tersebut...


"Assalammualaikum mak cik....











er..saya... er nak nasi minyak satu."

Terkubur persoalanku begitu saja. Mungkin baik dipendam saja.


-------------------

Kenapa saya cakap CUMA pada awal post tadi?
Ada masanya, not yang tiga angka pun nampak tak bernilai.
Sungguh ni saya cakap.
Ini baru nak beli makanan yang dua ringgit lebih.

Saat kematian kita nanti,
saat kita di kubur nanti,
di padang mahsyar,
cek berjuta ringgit pun langsung tak ada nilai pada kita.


Tahu jalan pulang.
:)

Saturday, January 11, 2014

Heart-Shaped Lempeng. Awak ada?

Semalam tiba tiba up topik pasal makanan.

"Pancake dengan madu.."

"Heleh, padahal lempeng"

"Lempeng dengan kari......"

Bangun pagi hari ni, kelaparan deh. Nak makan simple je maka masuk dapur siapkan bahan nak masak lempeng. Tak buat lempeng kelapa sebab orang dalam rumah ni tak berapa gemor lempeng kelapa.


Ingatkan nak buat besar-besar tapi macam tak berapa menjadi pulakkan. Dapatlah lempeng mini. Hajat nak buat bentuk bulat, tapi macam-macam bentuk pulak dapat. Bentuk love la, bentuk strawberi la, bentuk bujur la.. Ni kira berseni jugak sebenarnya. Art in Cooking. Dah, tak nak baca bantahan awak.


Zaman muda-mudi dulu makan lempeng cecah (biasanya kita sebut cicah je) gula. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak mintak wan buatkan. Yang paling simple la  kadang kadang paling sedap. Tak gitu, Cik Kiah?


Ni la pancake versi orang Melayu.

Makan dengan sambal ikan bilis. Fehhhh.
Cara buat lempeng?
Fes of ol, uolls kena ada tepung gandum. Tak ada tepung, please jangan guna bedak baby johnsons. Serious tak pernah dibuat orang. Hambar. Eh nanti jap, korang dah besar gedabak ni pun pakai bedak baby lagi? Comel hiks.

  • Tepung gandum
  • Garam
  • Air
  • Minyak masak

1. Campurkan tepung gandum dengan air suam. Agak agak je. Takkanlah sukatan pun kena bagitau jugak. Ok. Cuba 2 sudu tepung dengan 3 sudu air. Boleh? Saya tak sukat air. Agak-agak je, tak terlalu pekat atau cair. Boleh?
2. Masukkan sedikit garam.
3. Panaskan kuali. Non-stick frying pan lagi afdal. Masukkan minyak. (JANGAN LETAK BANYAK. Buh sikiiiit je. Kira buat syarat. Macam lengserkan minyak pada kuali.)
4. Tuangkan campuran tepung dan air tadi dalam kuali. Rata-ratakan bancuhan tu. Bila dah masak, telangkupkan.


Jangan tanya macam mana saya dapat bentuk love dan sebagainya. Sebab seni adalah tidak sengajakan. Ia datang tanpa kita minta. Boleh gitu? Tak agree lagi? Yelah suka hati awaklah.


Sambal Tumis Ikan Bilis.

Ikan bilis ni saya buat garing-garing.
  •  Ikan bilis siap dibasuh dan ditoskan.
  • 1 labu bawang besar HOLLAND dihiris. (saya guna bawang yang dah dikisar sebab malas potong bawang)
  • 2 sudu cili giling.
  • Minyak masak
  • Pes asam jawa.
  • Air (optional)

1. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan letak dalam pinggan atau bekas ke.
2. Panaskan minyak lagi. Guna minyak sama tadi pun tak apa. Nanti nak masuk ikan bilis juga.
3. Tumiskan cili giling. Kacau.
4. Masukkan bawang yang dikisar / bawang besar. Kacau lagi.
5. Kalau nampak pekat, tambah air.
6. Masukkan sedikit pes jawa. 1/2 sudu teh. Boleh?
7. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau, biar ia digaul-rata dengan sambal.

Alhamdulillah. Siap.
Deme cakap sedap, koi pun senang hati la. Bila bosan, masak. Bila lapar, masak. Bila rasa nak makan, tak perlu la merungut pada dinding muka buku atau susur masa si burung biru. Cari makan, penuhkan perut aokme seme. Maaf lagi ye. Koi tak cari jawatan kosong untuk tukang masak.

Segmen Nakahime Bloglist Until 2015


Jadi inilah dia. Klik gambar di atas.

Nah gambar ambik dari google+.




P/s: Mohon ya kepada semua, saya dah serik letak gambar full face yang sebenarnya tak berapa comel tapi ada orang gunakan juga untuk dia berpacaran dengan mana-mana lelaki entah dalam facebook. Jadi, jangan claim ini gambar anda. Sekian. Ayat tak boleh nak bajet lagi, maaf la.


Marilah join segmen ini beramai-ramai

P/s lagi: Tak pernah buat p/s hahahaha.
Ok, bertambah satu lagi post.

Tuesday, January 07, 2014

Tua bangka


Jaraknya sampai 20 tahun. Ini mungkin hanya anggaran.


Umur mental pun dah besar nombornya. Padahal berfikir taklah sebanyak mana, taklah sematang mana, taklah selogik mana. Tapi fikiran pun tak ada la terlalu ke belakang.


Tangan ni.
Telinga ni.
Mulut ni.
Mata ni.
Kaki ni.


Segalanya ni.

Baru berapa tahun galas dosa-pahala sendiri, tapi membuat dosa macam dah berdekad lamanya meneguk oksigen di bumi.


Kalaulah dosa boleh mendefinisikan umur anggota badan, agak-agak angka boleh sampai tiga tak?