Tuesday, December 31, 2013

Kan?



Gatal jap tapak tangan. Sebelum gatal tapak tangan memang dah dapat duit. Tu pun nak bayar yuran si cilik ni masuk darjah satu. (Entry semalam, confident je kan tulis Selasa, 31 Disember. Padahal salah hari.) Harini baru betul SELASA, 31 DISEMBER. 

Hujung-hujung bulan ni sibuk dengan beli-belah kembali-ke-sekolah dan orientasi pelajar. Dek mesyuarat yang tak dapat dielakkan, ibunda dan ayahanda lewat hadir menemani kami di sekolah.


Sampai je meja pendaftaran, cikgu tegur. "Anak buah ke?"
"Tak, adik-adik saya."
"Adik rupanya. Ok, hantar adik pergi kelas dia ya. Lepas tu pergi dewan terbuka, dengar taklimat."


Lepas tandakan kehadiran Dzul Imraan (6 to 7 yrs old), dengar cikgu-cikgu situ pakat soksek.
"Anak dia ke?"
"Tidokk, adik dia"


 Datang lewat, duduk pun belakang sekali. Gigihh Dzul Imraan mewarna. Oh, salah. Bukan gigih ya. Tekun.


Lepas hantar Dzul Imraan masuk kelas darjah satu, pimpin Dzul Ihsaan pergi kelas pra-sekolah. Heklehh kena beratur untuk pendaftaran. Boleh tahan malas jugaklah kena beratur ni. Tiba-tiba ada seorang penjaga tegur, "Adik, hantar anak kat sebelah ni ya." Ooo... anak.................................


Dudukkan Dzul Ihsaan dalam kelompok kanak-kanak baya dia ----nasib baik tak banyak pe'el budak ni. Tak penat nak melayan.

Terserempak pulak dengan pembantu makmal Fizik sekolah. "Budokk bertuoh, hantor adik sini jugok ke?" Saya jeling sekilas pada penjaga yang tegur masa mula-mula masuk kelas ni. Ehem ehem. Betulkan tekak.




"HAAH KAK, SAYA HANTAR ADIK SAYA KAT SINI. BUKAN ANAK HIHIHIHI."


Saja tekankan sikiiiit je. Ala saja nak bagitau saya ni single lagi. Habis pendaftaran pra-sekolah, dua teens-to-be pandang iollzzzz ni.

"Tu mak dia kan"
"Tak la, kakak dia"
"Mana ada. Mak dia la"
"Kau ni. Aku cakap kakak, kakak la!"


Ah sudah bebudak ni. Gaduh pasal status seorang Izz Hazwani pulak. Watdek je.



Bebudak ni sangatlah bahagia suka ria dapat pergi sekolah. Pergi, dan tak nak kembali. Tak nak balik rumah dah. Susah nak ajak balik.



"Ibuuuuuuuuuuuuuu, tadi kan kawan abang kan dia kan menangis. Dia tak suka sekolah. Lepas tu kan, lepas tu.. dia tak menangis dah"

Banyaklah dia punya kan!

"Abanggggg, kitorang dah sekolah!" - abang sulung pun anggukkan aje. Abang malaslah cakap "Kitorang dah habis sekolah!"

Dan satu yang saya perasan, budak-budak ni tak akan sebut perkataan CAKAP. Mostly akan gunakan TANYA.

"Cikgu tanya kita kena basuh tangan sebelum makan"

"Cikgu tanya kalau nak tukar baju, ada bilik."

"Cikgu tanya kena bawak pensil warna"
Takpe la, lama-lama nanti diorang akan guna perkataan CAKAP pulak. Kita kena ajar la. Jangan kita pun ikut sama guna TANYA.


(Tahukah anda bhw rokok tak sah, spt John, adalah sebahagian drpd sindiket jenayah terancang? Baik berhenti je lah.)

11 comments:

zacky786 said...

hee.. comei je

Niena Reen said...

Hahaha... Bergaduh pasal status! ihihi..

Oh btw kak, sy dtg follow di sini.. :D

Ssan said...

Part yg pkai "tanya" tu adik dgn sepupu kecil mmg selalu pkai instead of "bgitau/ckp"

aisya said...

excited ye nak sekolah sampai taknak balik? hehe. comel je

Yann Hazwani said...

"saya 'tanya' mama saya..... kau ambil makanan sayaa.."
selalu dengar budak2 cakap macamni. haha.

Izz Hazwani said...

zacky786, :)

niena reen, biasa la budak-budak.

Ssan, mana-mana entah diorang belajar guna TANYA.

aisya, harap-harap keterujaan tu kekal la.

Yann Hazwani, bila dengar diorang cakap SAYA TANYA MAMA SAYA etc, mesti rasa nak jawab "pastu mama jawab apa?"

aisya said...

insyaAllah.. hehe

Anne Nurain said...

adei la, benda tu pun nak gaduh.. macam je dapat hadiah.. hehehe..

Mime MF said...

misteri status izz hazwani..haha smp gaduh budak2..:P

Naniey Jemiey said...

comel je budak2 yang baru nak masuk sekolah... macam2 karenah...

Nurulee said...

hahaha. seronoknya layan bebudak.