Thursday, December 12, 2013

Bertabahlah


sad cat

Kalau nak cakap pasal kepuasan, manusia memang tak pernah tahu erti puas & syukur. Pernah dengar lagu Let Her Go, nyanyian kumpulan Passenger? Ye, kalau terjemah dalam bahasa Melayu, maksudnya adalah penumpang. Tak tahu la kenapa mesti penumpang nyanyi lagu lepaskan dia.

"only miss the sun when it started to snow"

Kita rakyat Malaysia only miss the sun when it started to rain, only miss the rain when it started to shine. Betul? Ke tak? Ke betul? Ke serba salah tak tahu nak jawab apa?


Setiap ujian yang datang, terima dengan rasa syukur. Alhamdulillah. Bukan dengan ucapan yang tak semenggah. Apa dia?



  • d*mn it's raining again
  • eh ____ la asal do aku demam masa ni



..dan banyak lagi.



Awak ni kan. Nak marahkan siapa tu?? Nak carutkan siapa tu?? Takpe la. Jawab dalam hati je. Sedikit sungguh kita bersyukur, padahalnya banyak lagi keindahan lain yang kita telan. Semak semula surah al-Baqarah, ayat 156-157. Dah semak?

Bagus.
-------------------

Pernah Rasulullah SAW bersabda, “Besarnya ganjaran pahala sesungguhnya berasal dari besarnya petaka/musibah yang menimpa. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allah pun redha padanya, dan barangsiapa yang murka karenanya, maka Allah pun murka padanya.”


Kita dah dicintai, bila pulak kita nak mencintai dengan sungguh-sungguh? Aduh, ayat ni mengena pada saya.


"
Ya.
Memang seharusnya hasil ujian itu,
Menyucikan, menjadikan lebih baik.
Seperti lepas dicuci.
Lebih harum, lebih bersih.


Bukan sebaliknya.
Bukan menjadi lebih kasar, lebih teruk dan lebih menyakitkan.


Allah.
Moga ujian memberi kami hikmah dan pahala.
Bukan hanya perkara yang dianggap musibah dan membawa dosa.

"

7 comments:

Nurulee said...

sharing is caring. thank you. love it =)

Nabila Aziz said...

haaa betol tu. saya pun kadang selalu macam ni. takpe kita semua masih sempat mendapat keredhaan allah kalau kita mula dari sekarang.

Mime MF said...

ujian tu tanda Allah sygkan kita...jd laluilah dgn redha...btw, sian kucing kena hujan tu...

Naniey Jemiey said...

dah memang lumrah manusia xpernah nak puas apa yang dimiliki... selalu merungut... cuba tengok orang yang terhimpit hidupnya.. mesti sikit2 kita akan insaf... ada lagi rupanya yang ssh atau masalah orang lagi banyak dari kita... selamat malam dik..selamat berblogging...

Naniey Jemiey said...

follow here!!

Azhafizah Md Nor said...

bertabahlah menghadapi segala ujian dari Allah.

Scha Aryana said...

suka entri ni.. ;)