Sunday, September 29, 2013

Sedekah

Urut urut belakang tengkuk kejap. Lenguh. Padahal pergi kem tak sampai 24 jam. Mungkin sebab balik hari. Lepas belajar dengan sepupu yang tak mengaku sepupu (hahahampeh betul taknak ngaku sepupu), terus pergi kem.

Tiba tiba dia boleh pulak cakap, "patutnya saya suruh awak bawak buku".

"Eh eh, buat apa?"

"Nak suruh awak belajar"

Haissss, dekat kem pun nak suruh saya belajar.


-----------------------



Sebenarnya baru teringat satu hal. Ah, setiap kali tulis post pun teringat satu hal!


Teringat satu soalan dalam kertas Pendidikan Islam.


Nyatakan dua cara sedekah yang boleh anda lakukan.

Soalan lebih kurang camtu la.
Senang tak soalan?


1. Mengajar kawan ilmu yang tidak difahami.
2. Memberi dan berkongsi ketika kawan memerlukan.


Oih!


Kita ni kira dah memberi dan menerima sedekah la, kan?
Ke tak?


1 comment:

Liyaa Mf said...

Kalau kita membebel tu leh kira sedekah tak? Sedekah gak la kan? Kata ceramah free. Sedekah air liur :P