Monday, August 05, 2013

Sesak & anak.

Musim musim nak beraya ni, banjir sebanjirnya pusat beli belah. Meredah menyelit rasa macam mat rempit. Bezanya tak tunggang motor je.



Diri yang dah kebosanan mencari kasut pilihan kaki, keluar dari satu kedai ke kedai yang lain. Masuk tangan kosong, keluar tak ada diborong. Menyampah. Dalam hati dah berkata, 'Pasghah. Malas dah aku mencarinye. Kasut pertama aku jumpa jap lagi, kasut tu la aku henyak henyak kat tanah masa raya nanti!'


Sampai begitu sekali pemalas nak membeli.


Jumpa.


Ok. Kira puas hati. Boleh blah sekarang.


Jalan redah sesak.


Tiga minit... gua usha je lu budak kecik. Umur dua-tiga tahun. Jalan seolah-olah tanpa arah tuju. Seolahnya mak bapak tak ada.


"Aishh, mana pulak mak bapak dia ni"


Pusing keliling. MAK, BAPAK. Ambillah anakandamu cepat.



Terkedek-kedek lagi si anak kecil tu berjalan. Feeling pulak tu tengok dia macam jalan di taman bunga.  Follow je dari belakang. Jap lagi kalau dia menangis, boleh buat announcement MAK BAPAK yang hilang. Bukan anak hilang ye.


"Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak anda sedang kehilangan anda dan sedang mencari anda. Sila datang ke blablablabla"


Tiba-tiba makpak budak tu ditemui semula. Relaks je. Dia panggil anak dia, suruh ikut dari belakang. Si emak tengah mendukung anak yang masih bayi. Ok. Takpe. Si bapak, tangan free, takde pulak kiri kanan pegang barang. Pimpinlah anakmu ke jalan yang benar.



Tolong ye. Jaga anak tu elok elok. Debar jiwaku tatkala melihat anak kecil yang lost.