Tuesday, July 09, 2013

Promosi Ramadan untuk warga Panglima.

Ramadan tiba lagi dan dalam perhimpunan tak rasmi hari ini, nampaknya ada pakej menarikkkkk sempena bulan mulia ni!





1. Solat Dhuha secara berjemaah.
Para pelajar dan guru boleh ke Surau Asy-Syakirin (Panglima Perang) pada waktu rehat untuk menunaikan solat Dhuha secara berjemaah. Kalau bulan - bulan lain, memasing kan sibuk nak makannnn je.





2. Tadarus al-Quran.
Selak Quran, sentuh Quran, baca Quran... sehari satu surah, insyaAllah. Boleh?


3. Solat Zuhur secara berjemaah.
Yang ni, kena mintak kebenaran guru yang sedang mengajar dulu sebelum pergi turun surau. Memanglah niat baik, taknak tangguh tangguh solat. Tapi kebenaran kena mintak jugak. Mana tahu nanti kena tanda ponteng.  Nak lagi best, ajaklah sekelas turun jemaah sekali.


Nampak tak usaha Panglima untuk membantu pelajar Muslim meningkat - gandakan lagi pahala bulan Ramadan? Nampak tak? Dekat sekolah boleh beribadah, dekat rumah sambung malam untuk terawih. Eh eh, senangnya urusan kita bulan ni!



Tunggu apa lagi? 
Mohh le kite grab promosi sempena bulan Ramadan ni!!

Sumber doodle: Little Muslimah (http://art4muslim.blogspot.com)

2 comments:

Husna AOmar said...

Wani, selamat berpesta ibadah! ;)
Hpefully Ramadhan tahun ni lebih membawa banyak erti.
K2 dan Fend dah jumpa erti Ramadhan kan, kita??

Satu hari satu juzuk lah wani. Laagi compatible. Sbb ada surah yg lebih drpd 1 juzuk, ada jgk surah yg kurang 1 juzuk. :)

Bestnyaaa ada peluang solat dhuha, solat pintu rezeki tu.

Izz Hazwani said...

Kita ni pun tergagau lagi mencari definisi Ramadan.


Nak sehari sejuzuk pun bolehhh ;)
Lagi bagus.