Sunday, July 07, 2013

Mengantuk ke?

Sleepless nights betul lah. Janggal sikit rasanya bila masih bermain - main tapi mengadu pada kawan exam dah nak dekat padahal buku tertutup lagi kat rak.


Kalau boleh melambai, rasanya dia melambai kat saya minta saya memahami isi kandungan dia. Kalau ada kaki, mesti dia melompat - lompat menarik perhatian saya. Kalau ada mulut, setiap masa dan ketika agaknya nak membebel. Kalau ada perasaan, lama lama mesti dia give up mintak saya study dia.



Masuknya enam bulan terakhir yang bagi saya adalah waktu kritikal, maka saya harus melakukan anjakan paradigma, seiring dengan ajakan rakan saya si Husna di sana. 


Dah sampai perenggan keempat baru ingat saya tetiba macam pointless. Ehek. Maafkan saya.



Sejak masuk Tingkatan Empat, awal awal tahun memang susah betul nak manage masa. Nak sesuaikan diri dengan subjek subjek baru. Dengan pecahan subjek Sains. Awal tahun tu bersungguh sangat buat kerja sekolah sampai tidur pukul satu dua pagi. Tidur awal adalah satu nikmat yang sangat nikmat. Tapi yang tak ada kerja berfaedah tu masih lagi mensia - siakan peluang dapat tidur awal.



Awal tahun, dalam kelas mesti tersengguk - sengguk dalam kelas. Siap tertidur lena sambiltopang dagu masa kelas Bahasa Inggeris. Kawan lain dah gelak gelak, saya baru mamai jaga dari lelap. 



Jadi, saya dah cuba beberapa cara untuk elak mengantuk dalam kelas. Lagi lagi waktu Sejarah. Aihh jangan benci Sejarah tau. Sekarang Sejarah dah jadi subjek wajib lulus. Kalau awak tak tolong diri awak, siapa lagi?







HAI, NAMA SAYA IZZ HAZWANI ok pape jela sibuk pulak nak kenalkan diri.


1. MAKAN GULA GULA.
Bila kunyah, ada jugak aktiviti nak dibuat selain celik mata buka telinga fokuskan minda. Tapi jangan makan dalam makmal ya. Diulangi, JANGAN. Kemam la gula gula tu. Jangan obviously sangat nampak gelembung gula gula pada pipi anda. Pilih gula gula berangin pun bagus jugak. Bawak la sekali untuk kawan sebelah ya. Jangan berjaya fokus dalam kelas sorang sorang.


2. MINUM AIR.
70% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. So kena buat apa? Minum la air masak.


3. GERAKKAN BADAN.
Jangan duduk statik. Memang senang la zz tanpa disedari.


4 SENYUM.
Tak perlu kata apa apa.


5  RESET NIAT.
Niat tu penting. Niat kerana...? Bila niat dah lurus, diperbetulkan, InsyaAllah diberikan kemudahan untuk kita belajar dengan segar. Allah Maha Mendengar. Ingat tu. Lagi satu, bila kita awal awal dah cakap 'mengantuk la' , 'mesti tidur dalam kelas' mesti seluruh tubuh dah siap sedia untuk terus lesu mengantuk dan tidur.


6. BELAJAR DULU.
Macam dulu, semangat la saya study Kimia sampai main quiz malam malam buta. Orang nak tidur pun saya tanya soalan. Masuk kelas, cikgu ajar, segar bugar rasa sebab dah baca, faham & boleh jawab. Bila masuk kelas tanpa persediaan, kita akan rasa kurang yakin.


7. TIDUR AWAL.
Tak perlu huraikan la kot.


8. KELUAR KELAS.
Eh nanti kejap! Jangan melulu je keluar kelas. Amboi. Take five.Mintak cikgu bagi break kejap. Supaya masing masing boleh pergi cuci muka. Kalau dah pemalas ya amat nak keluar, basahkan tisu, lap la mata ala ala cerita Allayarham P.  Ramlee.




No comments: