Sunday, July 28, 2013

Marah

Sebenarnya apa masalah yang sebenar-benarnya ni? Marah sangat ke? Geram sangat ke? Eee, sesikit nak marah. Simptom PMS je memanjang. Cubalah kawal emosi tu. Ye, tahulah perempuan ni jenis ikut emosi. Tapi jangan sampai lupa semua.


Bila dah ikut emosi, jadilah benda tak elok. Kutuk caci maki. Naik kaki tangan. Tak cukup tu, kalau boleh gilis dengan kereta kebal, lama dah kita buat. Tak gitu?


Tapi, watlek lu. Apesal ni nak marah marah? Meh sini. Ala meh la sini. Tarik kerusi, duduk semeja. Bukan tarik kerusi, lempar ke dia.


Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. - Hasan al Basri.


Masuk bulan puasa ni, orang kata....


  • Apa mengumpat ni? Tak baik la.....
  • Bulan mulia kan, cuba la jaga mulut tu sikit
  • Jaga mata tu, kita tengah puasa ni. Sabar.



Aik?? Apa pasal pulak bila puasa je semua tu tak boleh buat? Siapa cakap 11 bulan yang lain, kita ada permit untuk buat dosa?


Kalau dah tahu mengumpat keji orang tu satu dosa, mengeluarkan perkataan hodoh buruk tu boleh datangkan pahala ke? Jadikan carutan sebagai zikir harian, tak apa ke eh? Atau daripada istighfar berulang kali dalam hati, keluar kata carut ketika marah, tak apa jugak ke?


Kita mampu mengubahnya.

6 comments:

ayut said...

mekaseh join yer..singgah sini :) kdg2x emosi bila menguasai diri dh tlepas bru terfikir...tp tak mustahil kita kawal bnda tu :)

Izz Hazwani said...

Mekaseh jugaaa!

Boleh dikawal tapi susah dikawal :)

afzalsukasuki said...

agak2 nak marah pergi masuk tido uhuk2.

asal tido je bulan pose bagi alasan tengah marah.chait!! :P

Cik Pensil said...

ya! kita mampu mengubahnya ;)

eiyna tyna said...

singgah baca entryy :D

yeahh . emosi memang susah dikawal :)

Yann Hazwani said...

hehe yeapp dah cuti :D
dpt rehat sekejap dr kerja2 skolaa yg b'lambakkk =.=" btw selamat berbuka XD