Saturday, July 27, 2013

Kain

Uihh, Alhamdulillah tengok masjid penuh. Sampai saya ni kadang kadang masuk saf belakang sekali, dekat tangga. Kalau nasib baik, saf kedua terakhir. Gitulah gamoknye kalau keluar rumah sepuluh minit sebelum isya'.


Dalam perjalanan nak pergi masjid, lihat lihat muslimah di depan. Jalan berkumpulan. Siap bertelekung. Dengan tangan kanannya ada sehelai sejadah kecil. Kaki kiri... angkat kain telekung supaya tak kotor atau terpijak lalu tersadung menyembah jalan tar.


Sayanglah.....




Niat elok elok nak berjemaah dari isya' sampai terawih. Tapi tak pepasal pulak tau terbuat dosa. Haa, turunkan kain cepat!


Kalau nak pakai telekung siap siap dari rumah, pakailah seluar yang labuh dan longgar. Bukan pakai seluar pendek. Malam tu memanglah malam. Tapi suluhan lampu jalan, silau lampu kereta, limpahan cahaya bulan; itu je dah cukup untuk menampakkan apa yang haram dinampakkan.



Selamat berterawih, weh! Jalan kaki tengok kiri kanan. Drive kereta jangan lupa bagi signal. Jangan double park sesuka hati di luar mahu pun dalam masjid. Mengundang cemuhan orang yang cepat marah je nanti!

4 comments:

dear xila said...

aah kan lagi2 makcik2 yg byk ckp cenggitu la gayanya mcm gambaq atas hee moga mereka cepat sedar :)

FD. said...

sooo true! eh point kita agak sama lah ;D

Izz Hazwani said...

Takpa takpa. Lepasni kita boleh soksek soksek kat makcik makcik mintak turunkan kain..

Izz Hazwani said...

Kak eh haah laa baru baca! Tu la ingatkan saya sorang je yang dok terfikir benda ni