Sunday, May 19, 2013

Cubaan mengnormalkan tekanan

Dulu selalu sakit kepala melampau migrainnya sebab hipotensi iaitu tekanan darah rendah. Kalau teruk sangat, pengsan je terus. Tak ada bagi signal kiri kanan, tak ada kira atas tanah ke atas jalan tar ke. Macam nak mati gak ni. Mana kira kau dekat mana. Sampai masa, poooof! Blackout la terus.



Mempunyai adik adik lelaki yang nakal tahap infiniti sangat memberi tekanan perasaan. Tertekan noks! Selalu jugaklah marah marah.



Ada je benda yang nak digaduhkan bebudak ni. Kalau tang gaduh tu kemain lagi la musuh sampai kita terpaksa jadi pengadil. Tapi kalau masing - masing berbaik, baikkk punya rancangan diorang plan. Pakat nak buat benda nakal. Sudahnya gegak gempita satu rumah dengan jeritan kakak.


Diorang? Terkedek - kedek berlari sambil menjerit "Aaaaa lari!!!!"
(boleh rujuk gambar mereka di sidebar ini ya)


Kalau lama - lama naik hangin, boleh jadi pendorong kepada  peningkatan darah rendah agaknya. Boleh jadi normal la lepas ni kot...

2 comments:

Syafawani Jamil said...

:) how lucky u are to have such cute little bros.. dah la cute, cheeky pula tu. hihi :)

Izz Hazwani said...

Alhamdulillah. Nakal nakal pun, still.. diorang la penyeri rumah.