Saturday, May 25, 2013

Bisa jadi catgirl?

Ada pulak yang tanya bila nak ada sketsa kucing episod kedua.


Ini si Chiko, anak Aiko. Bagi yang belum baca pasal Aiko, boleh baca sini. Eh nak pergi mana? BACA SINI.


Mula mula berkenalan dengan si Chiko, dia ni sangatlah penyegan haiwannya. Saya tegur pun dia tak layan. Sadis sikit kot.


Tapi bila dah kerap jumpa, pagi petang siang malam hadap muka saya je memanjang; daripada jerawat membesar sampai jerawat hilang semula, maka dia pun mula menerima saya sedanya.


Ye, kucing adalah haiwan yang manja.



Justeru, tidak hairanlah kalau kucing ni tiba tiba datang menggesel tak tentu pasal. Ceritanya, Chiko datang tonyoh hidung pada tangan saya. Saya dalam kegelian hanya bertahan. Biarlah, dia cuba nak kenal saya la tu. Lama lama.... terasa agak pedih.


Bertuah punya kucing! Diam diam dia gigit. Nak bagi lovebite ke apa? Patutlah dok tonyoh hidung. Tengah scan port terbaekkk nak gigit rupanya. Biasaaaa dia ni. (nada seperti Tomok mengacah anaknya di Keek)


Lepas kena gigit terus fikir "HABISLAH AKU JADI CATGIRL LEPAS NI!"
Meoww, purr!



Over-dramatik sungguh.

Tengah tolong Kak Farah yang bersiap untuk ke Kolej Matrikulasi, Johor. Ada sesiapa yang bakal pergi ke sana tak? Kak Hazwani pun tolong berkemas jugak. Tapi sebenornye dia lebih banyak membebel pasal makanan.


Tahap manja Chiko entah dah sampai maksimum atau belum. Saya yang nak pergi ambil wudhuk je pun dia mengekor. Bahkan nak solat pun dia duduk kat sebelah. Duduk? Meniarap? Eh ke apa? Taktau nak panggil apa. Tapi posisinya seperti gambar di atas.





Sahaja saya masuk ke dalam beg Kak Farah sebab saya nak teman dia belajar. Mama? Ehm mama boleh tinggal dengan Kak Hazwani. Eh eh eh muat ler pulak beg ni.



Rakan rakan yang dikasihi sekalian, Kak Hazwani mungkin akan menampilkan lagi satu post berkenaan asal usul kami sekucing sekeluarga. Heh. Dua ekor je pun. Bye!

7 comments:

twinkle twinkle said...

kak farah tu kakak wani?

Shawn Razaleigh said...

hehe. cute. dia tadak bawak balik biawak/ular balik rumah ke? haha
gua punya salu mcmtu. awrr

Izz Hazwani said...

kak mira:
uihh, sepupu merangkap jiran merangkap kakak pun bolehh.


shawn razaleigh:
idok le dia membawak balik binatang ghupe itu. mau bergelut dengan kucing kucing kat rumah.

Farah said...

emmm. tkmo jd kakak awk :P

Izz Hazwani said...

Farah siapa nak jadi adik awak?Hoooo

Cik Pensil said...

senang hati je masuk dlm beg tu. hee

Izz Hazwani said...

senang hati la pasal nak ikut kak farah sekali