Thursday, May 30, 2013

Apa masalah kucing

Nak taip secara lintang pukang la sebab ada kelas lagi. Ah, duduk rumah bukan dok buatpa. Sibuk melayan cerita penyokong Pahang dan JDT sambil geleng kepala.


Ha, ini cerita pasal kucing yang tak dapat korek tanah buat mengkambus harta karunnya, memang betullah apa yang Sharifah Zohra pernah perkatakan di Forum Suara Mahasiswa pada beberapa bulan lepas....

"....cats have problem. Kenapa kucing ada masalah?"


Kucing tersebut punya masalah adalah dia tak boleh sorok pembuangan dia depan beribu - ribu penonton.
Ye, itu baru seekor kucing. 



Dah lambat ni. Nanti jelah cerita benda lain. Memang tujuan asal nak cakap benda lain pun.

Wednesday, May 29, 2013

Rancangan

Masa diluangkan berdua dengan ayah. Sebenornye dah lama bebeno tak keluar dengan ayah. Hari hari jumpa tapi ahh, rindu jugak ayah!! Tak pedulik! Rindu jugak! Tapi sebagai anak yang koya nak kontrol macho, saya diamkan aje.


Kononnya perasaan itu tidak perlu diungkapkan. Diselami dengan hati. Hoo gitu.


Ok. So haritu keluar berdua dengan ayah.
Dah berapa kali nak ulang ni? Haah keluar dengan ayah...


LAGI SEKALI ULANG AYAT NI....


Ye, keluo dengan ayah....


TERUSKAN KE AYAT SETERUSNYA LA.
MENYAMPAH HAKU.


Ehm. Kitorang beli barang dapur. Sambil pilih barang...



"Kak, apa plan lepas exam nanti? Mesti nak ambik lesen kan?"


"Tu dah semestinya."


"Lagi?"


"Nak belajar itu, nak belajar ini, blablabla, nak balik kampung kejap, nak kemas rumah, blablabla..."


"LAAAAAGI?"


"Er. Nak belajar memasak..."


"Itu la yang ayah nak dengar."


O...kay. Dalam banyak banyak senarai-untuk-dibuat lepas exam nanti, rupanya ayahanda nak dengar hasrat saya ingin belajar memasak ghupenye.


Saturday, May 25, 2013

Bisa jadi catgirl?

Ada pulak yang tanya bila nak ada sketsa kucing episod kedua.


Ini si Chiko, anak Aiko. Bagi yang belum baca pasal Aiko, boleh baca sini. Eh nak pergi mana? BACA SINI.


Mula mula berkenalan dengan si Chiko, dia ni sangatlah penyegan haiwannya. Saya tegur pun dia tak layan. Sadis sikit kot.


Tapi bila dah kerap jumpa, pagi petang siang malam hadap muka saya je memanjang; daripada jerawat membesar sampai jerawat hilang semula, maka dia pun mula menerima saya sedanya.


Ye, kucing adalah haiwan yang manja.



Justeru, tidak hairanlah kalau kucing ni tiba tiba datang menggesel tak tentu pasal. Ceritanya, Chiko datang tonyoh hidung pada tangan saya. Saya dalam kegelian hanya bertahan. Biarlah, dia cuba nak kenal saya la tu. Lama lama.... terasa agak pedih.


Bertuah punya kucing! Diam diam dia gigit. Nak bagi lovebite ke apa? Patutlah dok tonyoh hidung. Tengah scan port terbaekkk nak gigit rupanya. Biasaaaa dia ni. (nada seperti Tomok mengacah anaknya di Keek)


Lepas kena gigit terus fikir "HABISLAH AKU JADI CATGIRL LEPAS NI!"
Meoww, purr!



Over-dramatik sungguh.

Tengah tolong Kak Farah yang bersiap untuk ke Kolej Matrikulasi, Johor. Ada sesiapa yang bakal pergi ke sana tak? Kak Hazwani pun tolong berkemas jugak. Tapi sebenornye dia lebih banyak membebel pasal makanan.


Tahap manja Chiko entah dah sampai maksimum atau belum. Saya yang nak pergi ambil wudhuk je pun dia mengekor. Bahkan nak solat pun dia duduk kat sebelah. Duduk? Meniarap? Eh ke apa? Taktau nak panggil apa. Tapi posisinya seperti gambar di atas.





Sahaja saya masuk ke dalam beg Kak Farah sebab saya nak teman dia belajar. Mama? Ehm mama boleh tinggal dengan Kak Hazwani. Eh eh eh muat ler pulak beg ni.



Rakan rakan yang dikasihi sekalian, Kak Hazwani mungkin akan menampilkan lagi satu post berkenaan asal usul kami sekucing sekeluarga. Heh. Dua ekor je pun. Bye!

Thursday, May 23, 2013

XOXO!

Sebelum mengakhiri conversation, kawan sempat letak xoxo. Tertanya - tanya apekejadahnya maksud xoxo ni. Lama dah perasaan orang dok pakai xoxo. Bila tanya dia maksud mendalah tu, jawabnya, sesuatu seperti hugs and kisses.



Lama saya perhati huruf xoxo.

Kat mana ada simbol peluk dan ciumnya?


Dan sampai hari ini pun saya masih lagi mencari jawapan kepada persoalan saya. Ada sesiapa boleh tolong? Ke tak ada? Ok.



Selama ni saya hanya fikir xoxo adalah sejenis permainan. Permainan yang selalu saya main masa sekolah rendah zaman kulit muka licin.






Hm.

Wednesday, May 22, 2013

Lagu

Perjalanan pendek Kuantan - Kemaman semalam terasa sunyi tanpa iringan muzik. Ditambah pulak dengan cuaca mendung ala nak hujan. Biasalah tu masuk kereta mesti nak pasang lagu. Dari stok jiwang sampai stok boleh berasa diri macam bintang rock. Tak cukup bintang, bulan matahari pun boleh jugak.




Pasang lagu. Dari satu lagu ke satu lagu. Dengan harapan dapat juga nyanyi sama. Tapi bila si penumpang sebelah tahu lirik, yang pemandu pulak tak tahu lirik. Bila pemandu tahu lirik, eh eh si penumpang pulak tak tahu lirik.


Buntu dah hah memikir nak pilih lagu apa; yang kami boleh ikut sama.




Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin, tibbil qulubi wa dawaaaeiha, wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, wa nuril absari wa diyaaeiha, wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..



Dan kami pun memilih untuk berselawat. Senang. Sama sama boleh ikut.

Sunday, May 19, 2013

Cubaan mengnormalkan tekanan

Dulu selalu sakit kepala melampau migrainnya sebab hipotensi iaitu tekanan darah rendah. Kalau teruk sangat, pengsan je terus. Tak ada bagi signal kiri kanan, tak ada kira atas tanah ke atas jalan tar ke. Macam nak mati gak ni. Mana kira kau dekat mana. Sampai masa, poooof! Blackout la terus.



Mempunyai adik adik lelaki yang nakal tahap infiniti sangat memberi tekanan perasaan. Tertekan noks! Selalu jugaklah marah marah.



Ada je benda yang nak digaduhkan bebudak ni. Kalau tang gaduh tu kemain lagi la musuh sampai kita terpaksa jadi pengadil. Tapi kalau masing - masing berbaik, baikkk punya rancangan diorang plan. Pakat nak buat benda nakal. Sudahnya gegak gempita satu rumah dengan jeritan kakak.


Diorang? Terkedek - kedek berlari sambil menjerit "Aaaaa lari!!!!"
(boleh rujuk gambar mereka di sidebar ini ya)


Kalau lama - lama naik hangin, boleh jadi pendorong kepada  peningkatan darah rendah agaknya. Boleh jadi normal la lepas ni kot...

Saturday, May 11, 2013

..walk away

Dapat pilihan soalan yang keempat. Arahannya menyuruh saya menulis sebuah cerita yang berakhir dengan  "//we look at each other and walk away"


Sebuah cerita je ke? Tak nak dua, tiga, empat?
Banyak yang tinggalkan saya.
Banyak yang saya tinggalkan saya.


Tapi benda tu dah lepas. Usah dikenang kembali.
Barang yang lepas, hai jangan dikenang..
Kalau dikenang tentu menangis..


Eh menangis ke???


Ayat penutup cerita tu macam mintak plot yang sesedih huhuhu. Sebenarnya ada je cerita yang pada penghujungnya tetap bahagia, malah lebih berbahagia sukacita lepas berpisah. Tapi ramai lebih memandang pada yang sadis. Asal berpisah je sedih, berpisah je sedih..

Sunday, May 05, 2013

Si kucing kelas tinggi

Update secara ringkas. Sebab lepas ni boleh pergi mengadap timbunan kertas kerja.



Hai, nama saya Aiko. Saya adalah seekor kucing. Tengok saya pun awak dah tahu saya kucing, kan? Saya janda beranak satu. Eh eh janda?? Bila masa kahwin dan cerai??

Hm.
Saya dan teddy lion saya. Awak ada ke?

Nak dijadikan cerita, pada satu malam, pertama kali bertentang mata dengan Kak Hazwani... saya malas layan dia. Dah dia perempuan, saya betina, mana ada tarikan. Ye tak? Tapi Kak Hazwani ni masih gigih la mengorat saya. Dengan muka eksaited macam tak pernah jumpa kucingnya.

Tahu apa soalan pertama bila dia jumpa saya?

"Hai baby! Dah makan?"

Haila akak ni. Macam cakap dengan manusia.
Saya kelipkan mata sekali je.

Dan akak pun teruslah bercakap menyoal itu ini dengan bahasa manusia.
Bahasa kami berbeza.
Saya faham bahasa dia tuturkan tapi sayang, bahasa ibunda saya iaitu bahasa kucing, tidak dia fahami.


"Baby, baby nak tahu tak.. blablabla.."
"Eh cuba bau perfume akak ni!" (akak hulur pergelangan tangan pada hidung saya)
"Blablablabla"


Fuh!


Kadang kadang rasa nak cakar jugak Kak Hazwani sebab dia banyak sangat bercakap. Dengar cerita dia ni suka kucing, tapi macam takut takut je nak sentuh saya. Kak Farah pun fikir macam tu. Tapi rupanya Kak Hazwani geli geli SIKIT je dengan kucing. Pelik betul dia ni.


Pada malam yang sama, kami bergaduh.
Akak nak turun bawah. Dia ajak saya. Tapi saya taknak.
Dia ajak lagi. Saya mengiau dengan garang.

Dia marah marah, saya pun marah semula.
Dan saya bagi jelingan tak berapa nak arwah untuk akak.


Berkali-kali akak minta maaf, saya buat dek ajeee.
Biasalah, kucing high class!


Hari seterusnya. Saya saja acah acah pergi kat akak.
Gesel - gesel badan pada kaki akak. Dongak kepala tengok akak.
Hehehehe.
Akak tengah tahan geli. Muka macam nak menangis pun ada.
Mungkin dia nak ambil hati sebab marah saya haritu, sebab tu dia biar je.

Mungkin?


Ini anak saya. Chiko.
Kalau awak comel, tekalah dia dalam apa,,,,


Readers ku jangan kau pertikaikan kenapa warna dia tak sama dengan saya.
Stop being racist please! Dengan kucing pun nak resis :(


Anak saya ni pendiam. Kak Hazwani tak layan dia bukan sebab memilih warna, tapi sebab Chiko akan menjauhi akak bila akak semakin mendekat. Tak tahu kenapa.



Ok la. Sampai sini aje.
Saya nak mengadu kat mama sebab Kak Farah dan Kak Hazwani buli saya. Wuwuwuwu. Bye!


Oh, Kak Farah cakap perangai saya dan Kak Hazwani sama.
Mana sama. Kecomelan pun berbeza. KAN?!!

Selamat hari mengundi, maaf zahir dan batin