Tuesday, March 26, 2013

Tunai

Assalammualaikum.


Sebenarnya duit elaun hari - hari masuk. Silap, setiap bulan masuk. (Malas backspace. Aci tak?) Tapi biasalah tu, selalu rasa tak cukup. Bagilah bonus banyak mana pun, memang rasa tak cukup. Biasiswa memang tak dapat. Kononnya saya tak layak sebab keluarga tak tergolong dalam golongan yang memerlukan biasiswa. Tak apa. Setahun je lagi. Apa sangatlah nak dibuat dengan duit tahun ni. Cuma yuran tu yang liat sikit. Tengok angka.


'Ala, bukan keluarga kau tak mampu nak bayar yuran.'


Bukan soal mampu tak mampu. Tapi entahlah, makin lama yuran macam nak bayar masuk makan malam amal pun ada. 

Saban hari mengira duit.
Cukup ke sampai hujung bulan?
Kalau kelangsungan wang tersekat tengah - tengah bulan, parah lah nak cari sokongan.
Kawan ada, boleh bagi pinjam. Walau tak seberapa, tapi cukup buat makan.
Itu kawan yang cakap. Saya tulis semula.
Kalau ada benda yang saya tak gemar pinjam, duit adalah yang teratas dalam senarai. 


'Takpe, kita kan kawan.  Tak luak mana la'


Cuba kumpul pasir segenggam setiap hari. Hujung bulan tengok tinggi mana timbunan pasir tu. Cukup tak cukup nak buat istana pasir versi Cnderella hilang kasut sebelah?


Hidup sekarang dengan ibu ayah pun boleh berkira duit, ini pulak kalau hidup sendiri - sendiri. Jauh dari mata mereka, tapi insyaAllah dekat dalam doa dan hati.


Sampai tarikh 30 dan 31, tengok simpanan dah makin nipis. Beli apa je ni sampai duit tiba tiba makin kurus? Nak kata top up nombor, WhatsApp masih percuma digunakan. Nak kata beli buku, buku apa je nak beli? Beli novel sekarang ni tak ada gunanya sebab tak terluang masa nak membaca. Al-kononnya tengah struggle belajar. Hidup tak boleh survive berdasarkan rupa selamanya. Eh, nak cakap kau cantik ke nyah? Idok le, saja je teman bercerita.




Bukan tak boleh minta lagi duit. Tapi malu. Dengan keluarga sendiri pun nak malu? Kalau betul duit tu memang habis diguna untuk jalan yang betul, boleh pertimbangkan lagi malu tak malu perasaan ni. Tapi kalau duit entah masuk dalam mesin juruwang dekat mana - mana, rasa tak berbaloi buat muka tebal hulur tangan sambil minta lagi.



Ingat wahai diri sendiri, jangan jadi muka tebal & tangan dihulur tapi muka dipaling.
Itu sama kalau berdoa. Doa tu biar sungguh - sungguh. Jangan sombong.



Fikir jugak keadaan keluarga. Semalam kita tahu kita mampu. Hari ini insyaAllah sampai masuk tidur nanti perut kenyang lagi. Esok, tak siapa boleh selak masa hadapan.


Ibu, ayah, dan ibu ayah orang lain yang membaca, kami anak - anak sedar sebenarnya penat lelah kalian. Tapi sayangnya nafsu kemahuan melonjak - lonjak, semua kami hendak. Kelabu terus tahap kesedaran kami. Maafkan kami.


Terima kasih dari kami. Menjaga kami, walau ada tika tu, macam tak cukup apa yang ada dalam tangan, tapi mulut kami  masih juga disuap dengan rezeki sedap dan halal, perut tetap kenyang dari bangun pagi sampai tidur semula.

No comments: