Monday, March 04, 2013

Rap fakta sejarah

Ramai betul yang anti-sejarah. Benci dengan subjek Sejarah. Katanya yang sudah tu sudah, buat apa dikenang lagi. Ewah, bab - bab belajar, laju je pangkah. Bila bab pakwe makwe, bab berdendam, siap bersumpah nak ingat tujuh keturunan!


Tak dinafikan, subjek Sejarah ni sebenarnya memang buat orang mengantuk. Bukan awak je. Saya pun. Jadi sebagai guru yang menggalas tanggungjawab mengajar subjek yang hampir seluruh dunia iktiraf sebagai subjek membosankan, seorang guru itu harus tahu bagaimana cara untuk menarik perhatian pelajarnya. Supaya tak ada yang krohh krohh atau pun menendang kerusi hadapan atau pun mencampak pemadam kepada rakan sebelah. (Yang campak pemadam tu sebenarnya tabiat penulis blog ni sendiri. Sekali dua buat kat kawan, dia sabar lagi. Kalau dah banyak kali, rasanya kerusi kena campak kat saya nanti)


Dari dulu sampai sekarang, bila kawan request minta saya terangkan subjek Sejarah, saya tak boleh lari daripada satu kebiasaan ini.... iaitu.... hm.....




























Sambil menerangkan fakta, tangan pun nak juga 'bercakap'. Bergerak sana sini. Mulut berhenti, tangan pun berhenti. Gaya dah macam tengah rap fakta sejarah.


"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
George Santayana.


Ada sesetengah masa silam yang patut kita lupakan.
Tapi ada juga masa silam yang patut kita kenang supaya dalam masa hadapan, perkara yang sama tak akan berulang lagi.

4 comments:

hamzah ian said...

sejarah semua orang patut belajar betul2.. hehe

Izz Hazwani said...

Lagilagi bila sejarah jadi subjek wajib lulus

eqbariah baharuden said...

kalau zaman kami, *aiceh macam lama lak aku ni hidup kan* , cikgu habaq satu satu singkatan supaya mudah ingat. sampai la ni bila lecturer cerita pasal zaman zaman gelap pencerahan semua, masih ingat lagi. kahkahkah

Izz Hazwani said...

Pehh tu la. Sejarah banyak benda nak kena ingat. Selalu relate kan benda dalam hidup dengan sejarah masa lampau, supaya senang hafal.