Wednesday, March 27, 2013

Rawak punya soalan

Salam.


Bukan soalan lawak. RAWAK ok RAWAK. Soalan ni macam takkan berjawab je. Tak jawab pun tak apa kot. Saya tak tahu apa expectation saya.

Soalan:


1) Macam mana anda terima orang lain seadanya dia sedang anda sendiri; beberapa minit dalam satu jam yang berharga - langsung tak mampu tengok sekilas refleksi diri pada cermin?

2) Macam mana nak rasa insecure bila tengok perempuan cantik?

3) Macam mana nak walk the talk kalau kaki sendiri malas nak jalan?

4) Bila kali terakhir awak bernafas?

5) Soalan nombor empat tu saja je.

6) Last ni. Sakit tak bila realiti bertubi - tubi bagi high five pada pipi, suruh awak bangun dari mimpi?

Apa pun, makan jangan tumpah ok? Rezeki.

Tuesday, March 26, 2013

Tunai

Assalammualaikum.


Sebenarnya duit elaun hari - hari masuk. Silap, setiap bulan masuk. (Malas backspace. Aci tak?) Tapi biasalah tu, selalu rasa tak cukup. Bagilah bonus banyak mana pun, memang rasa tak cukup. Biasiswa memang tak dapat. Kononnya saya tak layak sebab keluarga tak tergolong dalam golongan yang memerlukan biasiswa. Tak apa. Setahun je lagi. Apa sangatlah nak dibuat dengan duit tahun ni. Cuma yuran tu yang liat sikit. Tengok angka.


'Ala, bukan keluarga kau tak mampu nak bayar yuran.'


Bukan soal mampu tak mampu. Tapi entahlah, makin lama yuran macam nak bayar masuk makan malam amal pun ada. 

Saban hari mengira duit.
Cukup ke sampai hujung bulan?
Kalau kelangsungan wang tersekat tengah - tengah bulan, parah lah nak cari sokongan.
Kawan ada, boleh bagi pinjam. Walau tak seberapa, tapi cukup buat makan.
Itu kawan yang cakap. Saya tulis semula.
Kalau ada benda yang saya tak gemar pinjam, duit adalah yang teratas dalam senarai. 


'Takpe, kita kan kawan.  Tak luak mana la'


Cuba kumpul pasir segenggam setiap hari. Hujung bulan tengok tinggi mana timbunan pasir tu. Cukup tak cukup nak buat istana pasir versi Cnderella hilang kasut sebelah?


Hidup sekarang dengan ibu ayah pun boleh berkira duit, ini pulak kalau hidup sendiri - sendiri. Jauh dari mata mereka, tapi insyaAllah dekat dalam doa dan hati.


Sampai tarikh 30 dan 31, tengok simpanan dah makin nipis. Beli apa je ni sampai duit tiba tiba makin kurus? Nak kata top up nombor, WhatsApp masih percuma digunakan. Nak kata beli buku, buku apa je nak beli? Beli novel sekarang ni tak ada gunanya sebab tak terluang masa nak membaca. Al-kononnya tengah struggle belajar. Hidup tak boleh survive berdasarkan rupa selamanya. Eh, nak cakap kau cantik ke nyah? Idok le, saja je teman bercerita.




Bukan tak boleh minta lagi duit. Tapi malu. Dengan keluarga sendiri pun nak malu? Kalau betul duit tu memang habis diguna untuk jalan yang betul, boleh pertimbangkan lagi malu tak malu perasaan ni. Tapi kalau duit entah masuk dalam mesin juruwang dekat mana - mana, rasa tak berbaloi buat muka tebal hulur tangan sambil minta lagi.



Ingat wahai diri sendiri, jangan jadi muka tebal & tangan dihulur tapi muka dipaling.
Itu sama kalau berdoa. Doa tu biar sungguh - sungguh. Jangan sombong.



Fikir jugak keadaan keluarga. Semalam kita tahu kita mampu. Hari ini insyaAllah sampai masuk tidur nanti perut kenyang lagi. Esok, tak siapa boleh selak masa hadapan.


Ibu, ayah, dan ibu ayah orang lain yang membaca, kami anak - anak sedar sebenarnya penat lelah kalian. Tapi sayangnya nafsu kemahuan melonjak - lonjak, semua kami hendak. Kelabu terus tahap kesedaran kami. Maafkan kami.


Terima kasih dari kami. Menjaga kami, walau ada tika tu, macam tak cukup apa yang ada dalam tangan, tapi mulut kami  masih juga disuap dengan rezeki sedap dan halal, perut tetap kenyang dari bangun pagi sampai tidur semula.

Friday, March 22, 2013

Apa khabar emosi?



"Apa khabar awak hari ni? Sihat? Emosi ok?"

"Alhamdulillah, saya sihat. Emosi, ok. Terima kasih."

"Saya sedia mendengar kalau awak sedia meluahkan."

"Tak ada nak diluahkan. Positif negatif, saya sendiri tahu saya macam mana."

------------------------------


Saya ok, biasa biasa je. Cuma kadang kadang orang lain terlalu memberi perhatian pada masa yang tidak diperlukan.

Bila masanya saya perlukan perhatian tu?

Ha ha ha, hampir setiap masa saya berharap supaya tak ada mata memandang saya, tak ada minda menyerap maklumat saya dan tak ada jiwa yang memerhati saya.

Wednesday, March 20, 2013

Buku mewarna

Assalammualaikum.


Menghadiri seminar. Apa lagi, dengar je seminar, kepala otak mesti fikir kena bawa buku nota. Sampai je dalam dewan, katanya tak perlu catat apa - apa. Sandar pada kerusi, duduk relaks dan dengar dengan pendengaran yang fokus, melihat dengan mata yang cerah. Bagus, jimat dakwat pen. Zaman sekarang semua benda nak pakai duit. Sempat lagi nak membebel. Cis.



Tiba - tiba penceramah tersebut mengutarakan soalan kepada pelajar perempuan.


Eh, apa pasal perempuan sukaaaaa sangat kasi warna itu buku? Highlight sana sini. Tengok kami lelaki, relaks je. Buku bersih. Dari kulit ke kulit, tak ada kesan warna warni langsung!

Maka bergemalah sorak teriak pelajar lelaki menyokong kenyataan penceramah tersebut.


Jawapan dari saya sebagai pelajar perempuan:
Sebab perempuan ni suka tengok benda warna - warni. Lebih attractive gitu.
Dulu saya bukan jenis yang suka highlight. Tapi semakin hari semakin suka highlight buku sebab bosan.
Ada je benda nak di-bold kan. Teks itu la, teks ini la. Sudahnya, jadi macam ni.....






Tuesday, March 19, 2013

Kekentalan jiwa

Assalammualaikum.


Lapan dua puluh satu pagi. Masih bercuti di rumah. Masih menjaga pantang makan. Masih menjaga luka. Rasa bosan. Tak ada apa nak buat sangat. Tak boleh buat kerja sangat. Alasan je tu! Jangan bagi alasan! Hah.


Mendapat cuti secara sah. Tapi belajar seorang diri sangat susah. Mungkin memerlukan home tutor sepanjang cuti dua minggu ini.


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mahu seribu daya, tak mahu...? Seribu dalih.



Saya tak tahu saya tak boleh buat atau saya memang tak nak buat sendiri.

Buka buku sikit, terus mengeluh.
"Aku tak boleh...."
Padahal belum sempat lagi otak nak mencerna data dan maklumat.

Monday, March 18, 2013

Giliran duniawi

Assalammualaikum.


Ada hal. Tak hadirkan diri ke sekolah. Dapat MC 10 hari, tak terasa nak buat video pasal tu sebab nak bercakap pun sakit dan seksa. Mihmihmih.


Perkembangan terkini pasal Panglima pun dapat tahu dari kawan - kawan seperjuangan je. Jadi apa yang saya dapat tahu hari ni? Dah dapat angka giliran peperiksaan. Baguslah. Saya tak tahu nombor saya. Takpe, itu boleh tahu kemudian.





Giliran duniawi ni, kita dah tahu. Bila masanya, dekat mana, berdekatan siapa. Dalam suasana apa. Tapi giliran untuk mati, kita tak tahu.... Bukan kita pegang angka giliran tu. Disebabkan tak tahu bila masanya, maka persiapkanlah diri. Jaga amanah sebaik - baik mungkin. Selagi mana kita berakal dan bergelar manusia, selagi tu ada amanah perlu dipegang, ada tanggungjawab harus dijalankan.

Monday, March 04, 2013

Rap fakta sejarah

Ramai betul yang anti-sejarah. Benci dengan subjek Sejarah. Katanya yang sudah tu sudah, buat apa dikenang lagi. Ewah, bab - bab belajar, laju je pangkah. Bila bab pakwe makwe, bab berdendam, siap bersumpah nak ingat tujuh keturunan!


Tak dinafikan, subjek Sejarah ni sebenarnya memang buat orang mengantuk. Bukan awak je. Saya pun. Jadi sebagai guru yang menggalas tanggungjawab mengajar subjek yang hampir seluruh dunia iktiraf sebagai subjek membosankan, seorang guru itu harus tahu bagaimana cara untuk menarik perhatian pelajarnya. Supaya tak ada yang krohh krohh atau pun menendang kerusi hadapan atau pun mencampak pemadam kepada rakan sebelah. (Yang campak pemadam tu sebenarnya tabiat penulis blog ni sendiri. Sekali dua buat kat kawan, dia sabar lagi. Kalau dah banyak kali, rasanya kerusi kena campak kat saya nanti)


Dari dulu sampai sekarang, bila kawan request minta saya terangkan subjek Sejarah, saya tak boleh lari daripada satu kebiasaan ini.... iaitu.... hm.....




























Sambil menerangkan fakta, tangan pun nak juga 'bercakap'. Bergerak sana sini. Mulut berhenti, tangan pun berhenti. Gaya dah macam tengah rap fakta sejarah.


"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
George Santayana.


Ada sesetengah masa silam yang patut kita lupakan.
Tapi ada juga masa silam yang patut kita kenang supaya dalam masa hadapan, perkara yang sama tak akan berulang lagi.

Ringkaskan

4.42 PAGI.


Cuba menaip karangan seringkas mungkin. Walaupun tak mampu memintas masa yang lebih pantas berdesup berlari.


3 Mac, 9.30 MALAM - Baru sampai Kuantan. Mula dah rindu Melaka. Semua benda, semua orang, semua tempat. Perjalanan dari Melaka ke Kuantan ditemani dengkuran saya yang asyik tidur. Kadang - kadang tak boleh tidur tapi tetap berlakon tidur.


10.30 MALAM- Selesai mandi, solat, makan, pergi rumah sahabat yang disayangi sekejap. Balik rumah, siap nak tidur. Set alarm dua jam kemudian untuk bangun dan belajar. Gara gara minggu peperiksaan. Sebelum tidur, niat la supaya dapat bangun awal.


Dua jam kemudian...... tersadai depan laptop. Tengok drama Korea. Sampai nak dekat pukul lima. Tidur berapa jam je. Berharap supaya tak terlelap waktu menjawab soalan. Kalau terlelap pun, janganlah sampai mengigau.

Done, 4.49 PAGI.