Wednesday, February 27, 2013

Tudung terbalik eh eh

Assalammualaikum.

Jadi pelajar ni kalau tak tengok papan putih kat depan, mesti tengok cikgu kat depan. Ralit perhati pakaian cikgu dari atas sampai bawah, lepastu naik atas semula. Hari - hari ada je baju baru cikgu. Beg baru cikgu. Kasut baru cikgu. Tudung baru cikgu. Jam tangan baru. Gelang baru. Mak aihhh kitorang ni hari - hari mai sekolah pakai baju putih kain biru tudung putih je. Hari - hari fesyen sama.


Pantang nampak baju cikgu lawa, mesti nak tegur.
"Cikgu, cantiknya baju cikgu!"
"Ha ni saya beli kat blablabla"
"Kain apa ni cikgu? Tak gaya kain cotton pun"


Dan perbualan yang tersasar jauh dari pelajaran pun bermula......


Dari sehari ke sehari saya perhati, tudung yang saya paling tak suka adalah tudung berlapis - lapis. Apa orang panggil? Tak kisahlah. Saya tak tahu kenapa saya pandang tudung tu macam sejenis ikan.


-----------------------------------


Petang. Jemput adik dari sekolah rendah. Lihat kanak-kanak berkejaran sana sini. Duduk diam diam tak boleh ke? Nanti kena langgar tak pasal je disabitkan atas kesalahan cubaan membunuhlah apa lah.


Tiba - tiba ternampak sorang budak perempuan. Dengan tudung sekolah selekehnya. Ala biasalah sekolah rendah. Saya pun macam tu...



Tudung dia.
Terbalik.
Faham tak?
Maksudnya lapisan dalam duduk kat luar, yang luar duduk kat dalam.


Macam mana tahu dia terbalik? Lapisan dalam lebih pendek dari lapisan luar. Jadi bila lapisan luar duduk kat dalam, nampaklah yang kat dalam lebih panjang. Faham kelaaaaaas?
Kalau tak faham, pergi belek tudung sekolah adik anda.


Maka saya pun terfikir dan teringat akan tudung layer. Adakah tudung berlapis tu sama seperti tudung sekolah yang terbalik?

Lapisan dalam lebih panjang dari lapisan luar.
Tudung berlapis = Tudung terbalik.
Hm.


Pernah sekali je pakai tudung berlapis. Hari ketiga raya. Sebab lupa bawak tudung sendiri. Pinjam tudung kepunyaan ibu. Sebab tudung berlapis tu tudung sarung, maka saya katakan tidak kepada tudung tersebut!

8 comments:

azzahra-azahari said...

wewwit ha'ah tau.
nowadays, tudung terbalik pun dah jadik trend. *gosok hidung*

twinkle twinkle said...

haha habis pakai tudung yg jenis mcm mana?

Izz Hazwani said...

azzahra-azahari
benda benda orang dok pakai pelik jadi trend dah.

twinkle twinkle
pakai tudung bawal jela

Siti said...

tudung syria 2 layer juga adalah dari fesyen terbalik kot? haha.

Izz Hazwani said...

*google tudung syria 2 layer* tu diaaaaa.

khalidrizuan91 said...

tak kisah ar pakai tudung ape asalkan tutup aurat, oke kengkawan

Izz Hazwani said...

Like.

Hijab Valley said...

Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Dapatkan 10% diskaun. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

Terima kasih.
~Hijab valley~
http://hijab-valley.blogspot.com