Friday, February 15, 2013

Post seperti emak orang

Fenomena penadaptasian karya novel ke dalam drama bersiri dan filem semakin menular di negara kita. Negara lain dah lama trend kan benda ni. Ok tak perlu nak berbalah pasal negara mana dulu buat adaptasi semua.


Terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa meraih sampai jutaan penonton. Eh yeke? Tak tahu la pulak. Tak kuasa i nak kira ratings semua ni. Cerita ni sebenarnya tak ada saya layan sangat. Sebab mungkin saya tidak terjurus ke arah genre romantik secara majoriti?


Atau mungkin saya dah boleh agak jalan ceritanya
Atau mungkin juga saya malas tengok tv.
Lagi-lagi bila program disiarkan pada Maghrib Hour.
Tak sedap hati betul tengok tv masa Maghrib.
Mesti rasa macam gatal tangan nak mute atau tutup tv.


Pengaruh drama ni sangat hebat sampai remaja yang belasan tahun berfikiran seperti drama tersebut. Pada anggapan dia, dia kena buat benda buruk kemudian baru boleh dapat suami yang sweet, romantic blablabla.


Lepas ni parents kena pantau perkembangan anak-anak walaupun diorang tu duduk rumah je. Duduk rumah tapi macam-macam benda jugak boleh jadi. Tengok-tengok la sikit anak-anak layan cerita macam mana. Teman anak tengok sekali. Boleh gelak sama, boleh "eeee sweetnya" sesama. Itu pun kalau parents jenis berjiwa muda dan tak kisah pun anak tengok pegang-pegang tangan secara berlebihan.


Tulis entry gaya macam mak orang dah. Oh plisssss.
Kalau ada sign PG13 atau PG18, bukan maknanya ibu bapa duduk je sebelah anak-anak. Selitlah sikit pengajaran daripada drama yang kita tengok. Jangan pulak nanti bagi pengajaran kalau nak somi sweet kena bagi madu kat lelaki lain. Jangan yeee jangan.



Untuk mendapat sesuatu yang baik pada akhirnya - bukan dengan melakukan perkara yang buruk. Tapi melalui perkara yang mencabar dan mengharungi perkara buruk tanpa mencalarkan diri sendiri. 


How I celebrated my CNY holidays? Hah tengok semula drama My Girlfriend is a Gumiho bersama keluarga. PG15 tak silap. Gigih betul habiskan 16 episod.

5 comments:

dania anne said...

ye, baik. faham mak! :D hahah

twinkle twinkle said...

ade bakat jd ibu dah tu hehe

Izz Hazwani said...

Kak Dania
Mak? Ibu la!

Kak Mira
Ibu yang kuat membebel. Haha.

♛ Aisya 사쿠라 said...

saya setuju.
tapi lagi elok entry ni di-elaborate lebih sikit dengan menambahkan beberapa lagi point penting. cewwah.

memang tak elok budak2 layan cerita camtu. diorang jadi kuat berangan dan membayangkan perkahwinan tu best, blabla ...

ish3..

Izz Hazwani said...

Aisya
Tu dia kata-kata seperti seorang cikgu bahasa melayu suruh huraikan isi naaa. Haha.


Semua lebih cenderung memikirkan keindahan dan menepikan cacat cela nya :)