Saturday, January 05, 2013

Ini kereta bakal mak mertua saya.

Assalammualaikum.


Tahu tak macam mana nak ukur baju pada badan sendiri? Kalau mengukur sendiri, selalu dapat ukuran tak tepat. Sebaiknya seafdalnya awak pergilah ke kedai tukang jahit, minta ukuran badan. Jangan nak memandai buat sendiri.


Alkisahnya.....


Lampu isyarat dari warna kuning bertukar kepada warna merah. Musim raya - memang bertambah sesaklah jalan yang sedia sesak ni. Laluan utama orang nak balik rumah bersiap untuk berbuka puasa. Kereta bergerak secara perlahan. Ini dah macam laporan lalu lintas dalam radio. Tukar nada.  Ehem.


Kereta Proton Wira berwarna silver pun bergerak dengan perlahan. Pemandu di dalamnya memandu dalam keadaan yang cukup berhemah. Kebetulan pula kawasan tu kawasan perkuburan Cina. Ok nak taip Cina tapi tertaip Cinta. Aiseymen. Sedang menanti lampu bertukar kepada hijau....


BAMMM !


Ok sound effect yang tak berapa bagus. Boleh cuba lagi lepas ni. Belakang Proton Wira tersebut dilanggar. DILANGGAR. Apa lagi, pemandu yang agak terkejut, terus memandang cermin sisi. Tapi tak ada pun kereta kat belakang. 'Hai, takkan lah kambing langgar kereta aku pastu pecut macam leopard?'


Kebetulan si pemandu nak menyinggah ke kedai membeli sedikit barangan. Sambil sambil tu sempat juga memeriksa belakang si Proton Wira. Kemek. Macam tin yang sengaja dikemekkan. Lampu pun pecah. Cacat sebelah la lampu belakang tu. Buta sebelah. Macam lanun pulak.


Tiba-tiba terpandangkan kereta Myvi kat sebelah. Bahagian depan dia kemek? Kebetulan lagi, pemandu kereta tersebut baru nak masuk ke dalam perut kereta. Kenapa perut? Kenapa bukan jantung?  Bukan tekak? Itu tidak dapat dirungkaikan.


"Excuse me. Awak langgar kereta saya ke?" Lurus je soalan ditanya. Buat apa nak berbasa-basi. Jam dah pukul berapa. Nak berkejar balik rumah lagi.


"Er... haah ya saya. Maaf la." Indah betul dunia engkau. Dengan maaf je boleh settle masalah?

"Kenapa langgar lari? Sekarang ni bayar ganti rugi"

Muka si pelanggar tu dah serba salah.
Lidah terkelu. Mulut terbuka entah berapa sentimeter.

"Sorry la. Saya tak sengaja. Lagipun awak yang brek tiba-tiba. Awak yang patut bayar"

SAY WHAAAAT? Siapa brek tiba-tiba? Bukan main perlahan macam kura-kura lagi kereta tu, boleh tuduh brek tiba-tiba? Awak melanggar, awak minta dibayar?


"Awak patut nampak traffic light tu merah. Macam mana bawak kereta ni? Kenapa nak salahkan saya pulak?"


Setelah berlaku sedikit tikam lidah, dia minta itu diskaun ganti rugi laa. Amboi. Diskaun ya? Ingat ini jualan musim perayaan? Bila dia dah berdegil mahu dia juga menerima ganti rugi, maka terpaksa juga ajak dia settle semua kat balai. Haa baru tahu kalut kau.

"Janganlah macam tu. Saya tengah tak ada duit ni"
"Sekarang ni cash awak ada berapa?"
"Dua ringgit je"
"DUA RINGGIT? Takkan tak ada langsung dalam bank?"

Bila dengar cerita dia, sikit pun tak rasa simpati. Malah lebih sakit hati.
Alasannya dia, duit semua habis keluar buat hantaran. Lepas raya ni nak kahwin.
Bila diungkit tentang kereta, katanya "ini pun saya pinjam kereta bakal MAK MERTUA saya"


Habis duit buat belanja hantaran? Berapa puluh dulang engkau hantar ni?
Habis tu lepas kahwin, nak bagi bini makan apa?
Dibuatnya bini tu bunting pelamin, dah bertambah lagi seorang ahli baru dalam keluarga nak ditanggung.


Susahlah orang zaman sekarang. Nak bermewah bermegah biar diri nampak tak susah.


(psst, dua tiket LEGOLAND. apa lagi, lets goooo. )

5 comments:

sabella mohamad said...

boleh pulak pinjam kereta bakal mak mertua ? aiseymen . lepastu buat macam tak bersalah bila salah . haih

Izz Hazwani said...

itulah pasal. nak menutup kesalahan diri pulak.

Hanif Halim said...

Tertanya tanya siapa bakal mak mertua saya?

nabila said...

kalau nabila pun,nabila angin. reti cium bontot kereta orang,dah tu cuba nak lari pulak. Apa salahnya kalau dia minta maaf dulu.

Izz Hazwani said...

Hanif:
Saya pun tertanya-tanya.

Nabila:
Manusia suka salahkan orang lain.