Tuesday, December 31, 2013

Kan?



Gatal jap tapak tangan. Sebelum gatal tapak tangan memang dah dapat duit. Tu pun nak bayar yuran si cilik ni masuk darjah satu. (Entry semalam, confident je kan tulis Selasa, 31 Disember. Padahal salah hari.) Harini baru betul SELASA, 31 DISEMBER. 

Hujung-hujung bulan ni sibuk dengan beli-belah kembali-ke-sekolah dan orientasi pelajar. Dek mesyuarat yang tak dapat dielakkan, ibunda dan ayahanda lewat hadir menemani kami di sekolah.


Sampai je meja pendaftaran, cikgu tegur. "Anak buah ke?"
"Tak, adik-adik saya."
"Adik rupanya. Ok, hantar adik pergi kelas dia ya. Lepas tu pergi dewan terbuka, dengar taklimat."


Lepas tandakan kehadiran Dzul Imraan (6 to 7 yrs old), dengar cikgu-cikgu situ pakat soksek.
"Anak dia ke?"
"Tidokk, adik dia"


 Datang lewat, duduk pun belakang sekali. Gigihh Dzul Imraan mewarna. Oh, salah. Bukan gigih ya. Tekun.


Lepas hantar Dzul Imraan masuk kelas darjah satu, pimpin Dzul Ihsaan pergi kelas pra-sekolah. Heklehh kena beratur untuk pendaftaran. Boleh tahan malas jugaklah kena beratur ni. Tiba-tiba ada seorang penjaga tegur, "Adik, hantar anak kat sebelah ni ya." Ooo... anak.................................


Dudukkan Dzul Ihsaan dalam kelompok kanak-kanak baya dia ----nasib baik tak banyak pe'el budak ni. Tak penat nak melayan.

Terserempak pulak dengan pembantu makmal Fizik sekolah. "Budokk bertuoh, hantor adik sini jugok ke?" Saya jeling sekilas pada penjaga yang tegur masa mula-mula masuk kelas ni. Ehem ehem. Betulkan tekak.




"HAAH KAK, SAYA HANTAR ADIK SAYA KAT SINI. BUKAN ANAK HIHIHIHI."


Saja tekankan sikiiiit je. Ala saja nak bagitau saya ni single lagi. Habis pendaftaran pra-sekolah, dua teens-to-be pandang iollzzzz ni.

"Tu mak dia kan"
"Tak la, kakak dia"
"Mana ada. Mak dia la"
"Kau ni. Aku cakap kakak, kakak la!"


Ah sudah bebudak ni. Gaduh pasal status seorang Izz Hazwani pulak. Watdek je.



Bebudak ni sangatlah bahagia suka ria dapat pergi sekolah. Pergi, dan tak nak kembali. Tak nak balik rumah dah. Susah nak ajak balik.



"Ibuuuuuuuuuuuuuu, tadi kan kawan abang kan dia kan menangis. Dia tak suka sekolah. Lepas tu kan, lepas tu.. dia tak menangis dah"

Banyaklah dia punya kan!

"Abanggggg, kitorang dah sekolah!" - abang sulung pun anggukkan aje. Abang malaslah cakap "Kitorang dah habis sekolah!"

Dan satu yang saya perasan, budak-budak ni tak akan sebut perkataan CAKAP. Mostly akan gunakan TANYA.

"Cikgu tanya kita kena basuh tangan sebelum makan"

"Cikgu tanya kalau nak tukar baju, ada bilik."

"Cikgu tanya kena bawak pensil warna"
Takpe la, lama-lama nanti diorang akan guna perkataan CAKAP pulak. Kita kena ajar la. Jangan kita pun ikut sama guna TANYA.


(Tahukah anda bhw rokok tak sah, spt John, adalah sebahagian drpd sindiket jenayah terancang? Baik berhenti je lah.)

Monday, December 30, 2013

Jejak kasih.

Selasa, 30 Disember 2013. Ecehh macam buat diari pulak. Rindu pada keluarga kedua terubat juga bila berkumpul di rumah bakal mertuaku. Eh, bukan saya yang cakap. Beliau sendiri yang cakap okeh. Panggilnya ummu. Kalau tersasul, panggillah ummi.


"Eh silap, nak panggil ummu sebenarnya"
"Apa salahnya, wani. Kan sama je tu maksud dia. Panggil ummi pun tak kisah."
"Segan la ummu.."
"Apa la yang nak disegankan"


Jadi pertemuan semalam... walaupun tak semua adik beradik dapat datang, puas hati jugaklah dapat makan sama-sama. Rancang nak balik sebelum Maghrib, lepas Isyak baru jejak kaki kat rumah, peluk cium ibunda sendiri pulak.


Mamanya Aifaa berkata, "Jadilah apa pun yang kita nak jadi, asalkan jangan lupa Al-Quran." Ingat tu. Dan akhir sekali...


Hanya sedikit dari kita yang mendekati al-Qur’an dengan semangat merenungkan dan meningkatkan iman. Kita menganggap bahwa hal terpenting, terkait dengan al-Qur’an, adalah hanya membacanya saja— tak peduli paham atau tidak— dan mengerahkan upaya untuk menghafalnya sesingkat mungkin.


Dengan perlakuan kita seperti itu maka Al-Qur’an ;kian merana dan terasing; ia datang tapi hilang, ada tapi tak ada.


Ia hadir dalam wujud di lidah, tapi roh dan cahayanya halimunan di hati. Ia tidak memiliki roh positif dan denyut spiritual. Kalimatnya dicetak di kertas, disiarkan, diajarkan dan dilambakkan, tapi kandungan maknanya diabaikan, daya pengaruhnya bagi jiwa tak dapat kita rasakan, dan daya ubahnya bagi moralitas tak bisa kita peroleh.

Thursday, December 26, 2013

Havoc Giveaway by Isabella Idura

Cuti bergumpal-gumpal. Tadaaaa, tagged! Eh bukan tagged dot com. Tagged giveaway dari Cik Fatina. Wee, muka nak bahagia sikit ah boleh? Hari-hari pun muka bahagia aje sebenarnya.

Makasih yaaa.



Bawaklah klik kat atas.



Apa kata kalau.... Along, Cik Ssan & Cik Pensil pun join jugak?

------------------
"Kan gua dah kata gua havoc"

"Eh, bila masa??Kan gua dah kata merokok. Meh klik sini"

Thursday, December 19, 2013

Cinderella



Wahai Putera-Puteri Muslimin dan Muslimah sekalian, moh le solat dulu. Kejap-kejap lagi kita cari sebelah lagi sepatu yang hilang, ok?



Another new version of Cinderella dah keluar. Poooffff! Tapi Cinderella yang versinya disuaipadankan dengan situasi Malaysia la. Ingat lagi tak zaman dolu-dolu ada drama bersiri Cinderella lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun. Memang layan sungguh drama tu. Lagi-lagi tang lagu tema dia; Sehati Sejiwa.


Lagu ni dah remake semula, kut. Untuk filem Cinderella. Dan semakin hari, semakin bertimbun versi dongengan divarisasikan. Anda punya apa cerita??

---------------

"Saya datang nak cari empunya kasut ni. Boleh saya cuba try test pada anak mak cik?", tanya si pemuda yang entah dari mana datangnya.


"Bukan mak cik tak bagi. Tapi kamu ni lelaki. Dia perempuan. Tahulah batas macam mana kan"


"Kalau begitu ceritanya, mak cik tolong sarungkan kasut ni pada kaki dia boleh?"
Bonda pun mengangguk setuju. Perlahan-lahan imej bonda hilang di balik pintu, meninggalkan si pemuda di luar rumah.


Tak lama kemudian, muncul kembali bonda di muka pintu. Tersenyum. "Sorry la, anak mak cik tak pakai kasut tumit tinggi. Dia cakap SHOES ARE BORING, WEAR SNEAKERS."


--------------


Psst, ada orang nak try produk Estee Lauder?

Thursday, December 12, 2013

Bertabahlah


sad cat

Kalau nak cakap pasal kepuasan, manusia memang tak pernah tahu erti puas & syukur. Pernah dengar lagu Let Her Go, nyanyian kumpulan Passenger? Ye, kalau terjemah dalam bahasa Melayu, maksudnya adalah penumpang. Tak tahu la kenapa mesti penumpang nyanyi lagu lepaskan dia.

"only miss the sun when it started to snow"

Kita rakyat Malaysia only miss the sun when it started to rain, only miss the rain when it started to shine. Betul? Ke tak? Ke betul? Ke serba salah tak tahu nak jawab apa?


Setiap ujian yang datang, terima dengan rasa syukur. Alhamdulillah. Bukan dengan ucapan yang tak semenggah. Apa dia?



  • d*mn it's raining again
  • eh ____ la asal do aku demam masa ni



..dan banyak lagi.



Awak ni kan. Nak marahkan siapa tu?? Nak carutkan siapa tu?? Takpe la. Jawab dalam hati je. Sedikit sungguh kita bersyukur, padahalnya banyak lagi keindahan lain yang kita telan. Semak semula surah al-Baqarah, ayat 156-157. Dah semak?

Bagus.
-------------------

Pernah Rasulullah SAW bersabda, “Besarnya ganjaran pahala sesungguhnya berasal dari besarnya petaka/musibah yang menimpa. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allah pun redha padanya, dan barangsiapa yang murka karenanya, maka Allah pun murka padanya.”


Kita dah dicintai, bila pulak kita nak mencintai dengan sungguh-sungguh? Aduh, ayat ni mengena pada saya.


"
Ya.
Memang seharusnya hasil ujian itu,
Menyucikan, menjadikan lebih baik.
Seperti lepas dicuci.
Lebih harum, lebih bersih.


Bukan sebaliknya.
Bukan menjadi lebih kasar, lebih teruk dan lebih menyakitkan.


Allah.
Moga ujian memberi kami hikmah dan pahala.
Bukan hanya perkara yang dianggap musibah dan membawa dosa.

"

Sunday, December 01, 2013

Walimatulurus

Kompang dipaluuu pengantin baru.
Ok. Sorang sorang dah "aku terima nikahnya". Bakalan mendapat anak buah la lepasni, insyaAllah. Coming up next, giliran cik kakak-kakak dan abang-abang kandung pulak. Balik balik muka gua bagi doorgift. Lepas ni tolong up sikit pangkat eh.

(dua kali dah missed the ijab kabul part, bukan sebab jiwa tak kental tapi sebab kena tinggal di rumah..)


Cupcake cupcake cupcake
Om nom nom nom nom

Bila kawan baik nyanyi lagu ni, rasa macam nak tarik rambut dia sebab bila dia nyanyi, sounds sooo annoying than listening to original one. Tapi tetap sayang. Itu tak boleh disangkal lagi.


Cupcakes hasil buatan mak cik. Sesape duduk Raub rasa nak cupcake, roti, kek, frozen foods (karipap, pau, donat), boleh dah slow slow contact i ye. Nanti i kasi contact details.

Thursday, November 28, 2013

Rasionalisasi

Bila soalan minta 'Terangkan pengubahsuaian projek yang akan dilakukan..' saya boleh jadi mati akal juga nak berfikir. Nak ubah apa. Terima keadaan tu the way it is, can or not? Cannot la.


Fikir dah ni. Punya la fikir. Dulu pernah gak la dapat soalan. Kalau saya mampu ubah dunia, apa saya akan buat.


Jadi, dalam cubaan menjawab soalan pengubahsuaian projek rekacipta, saya cuba aplikasikan soalan 'jika saya mampu' tu. Tapi sebenarnya tak mampu gak. Sebab kalau saya punya kuasa untuk mengubah, saya sendiri tak tahu apa akan saya adjust. Mula dari mana, bila nak buat... dan kenapa... hah. KENAPA?


Paling susah bila setiap benda kita buat tu, mesti ada reason. Reason tu kononnya subjektif. Bila bagi, tak ada logika pula katanya.


"Kalau ada punca, adalah juga sebabnya."

Saturday, November 23, 2013

Psyche

Eh. Assalammualaikum. Pe kabo! Sihat dok weh? Jaga diri tu.


Sayang diri sendiri, orang lain akan sayang awak.
Hormati diri sendiri, orang lain akan hormati awak.
Bertanggungjawab pada diri sendiri, maka orang lain akan melakukan hal yang sama.
Untuk awak.


What you give you get back la.


Bila tengok orang yang kasar tingkah laku dia, keras pada bahasa, terlalu berbisa, itu bermakna nilai-nilai positif dalam dia sama ada kecil angkanya atau sifar...


Kasihanilah mereka yang tak punya nilai tersebut.


Kehidupan ni terlalu luas skopnya. Susah nak diberi deskripsi secara teliti. Er. Bukan susah kot. Tapi saya ni tengah cari makna hidup. Ada sesiapa nak teman?



Dalam masyarakat ni, sekeliling kita semua sama. Balik-balik masuk bulatan yang sama. Dalam set yang serupa juga. Tapi.


Apa yang ada dalam jiwa kita, itu lah memaknai kehidupan.


Pejamkanlah matamu.
Lihatlah tatapan jiwamu.

Tutuplah telingamu.
Dengarkanlah suara jiwamu.

Kosongkanlah fikiranmu.
Isilah kehampaan jiwamu.

Dalam kesunyian jiwa.
Kau akan merasakan kedalaman jiwa.

Mulailah kalian merenungi dalamnya jiwa.
Lupakan tubuhmu yang fana.
Rasakanlah kedamaian jiwa.
<jiwasunyi>

Saturday, October 19, 2013

Bertukar!

Tak lama lagi, dengan izin Allah.. tinggal tunggu je.


______________


Pagi ni sarapan tak minum kopi. Pagi-pagi sebelum ni pun tak minum kopi. Saja buat ayat macam peminum kopi tegar. Padahal idokk pun. Maafkan saya. Kalau nak cerita tentang jenis-jenis kopi, saya bukan teman berbincang anda.


Diterjah dengan satu soalan. Tak tahu memang satu soalan atau tidak. Sebab tanda soalnya lebih dari satu. Ayat diolah semula. Kalau taip serupa dengan 'dia' yang bertanya, susah pulak kita nak memahaminya.


"Ada benda aku nak tanya ni. Bila orang berubah kepada islamik, apakah perlu dia terus menjadi seperti Arabian? Tiba tiba bercakap bahasa arab. Tiba tiba i love jadi uhibbu, sahabat wanita jadi sahabiah and etc. Memang kenanya macam tu ke?"


Saudari yang banyak banyak suka berfikir, siapa kata kita kena jadi orang arab speaking arab sebaik sahaja kita transform diri lebih ke arah islamik?


Tak. Tapi segelintir rasa berbahasa arab tu lebih cun lebih sweet lebih cantik. Itu pandangan segelintir. Bahasa arab memang sweet pun. (Cuma saya tak khatam habis belajar arab)


Hiks..


Dah ramai share hadis atau kata kata motivasi atau kata-kata sahabat-sahabat Rasulullah dalam bahasa arab. Yang ada kemahiran dalam bidang bahasa lain, apa kata awak translate ke bahasa yang awak mahir dan share. Moga-moga ada juga yang akan lebih faham dan menghayati ayat tersebut.


Jadi islamik is inequal to being an arabian. Clear? Ke saya makin keruhkan pemahaman? Maafkan saya.


Saya tak boleh nak bagi jawapan spesifik.. Mohon sesiapa boleh bantu seorang yang cetek ilmu seperti saya? Mekasehhh. Kamsahamnidaaaaaaaaa.

Sunday, September 29, 2013

Sedekah

Urut urut belakang tengkuk kejap. Lenguh. Padahal pergi kem tak sampai 24 jam. Mungkin sebab balik hari. Lepas belajar dengan sepupu yang tak mengaku sepupu (hahahampeh betul taknak ngaku sepupu), terus pergi kem.

Tiba tiba dia boleh pulak cakap, "patutnya saya suruh awak bawak buku".

"Eh eh, buat apa?"

"Nak suruh awak belajar"

Haissss, dekat kem pun nak suruh saya belajar.


-----------------------



Sebenarnya baru teringat satu hal. Ah, setiap kali tulis post pun teringat satu hal!


Teringat satu soalan dalam kertas Pendidikan Islam.


Nyatakan dua cara sedekah yang boleh anda lakukan.

Soalan lebih kurang camtu la.
Senang tak soalan?


1. Mengajar kawan ilmu yang tidak difahami.
2. Memberi dan berkongsi ketika kawan memerlukan.


Oih!


Kita ni kira dah memberi dan menerima sedekah la, kan?
Ke tak?


Friday, September 27, 2013

Jodoh

Sebenarnya nak turn off kipas di saf perempuan. Tapi suisnya ada di saf lelaki. Slow - slow pergi saf lelaki, menuju ke suis utama.


Tak perasan pulak ada sorang muslimin tengah solat.


Bila dah keluar dari surau-
Kawan tanya...


"Kau bayangkan. Ce kalau dia tengah buat solat istikharah. Tiba tiba kau lalu sebelah dia. Entah entah kau jodoh dia tak?"


-----------


Ok, malam ni kena paksa diri untuk belajar. Tak ada tapi-tapi lagi.
Tak ada alasan.
Tak ada dolak dalih.

Nak senang sekarang ke nak susah esok?

---------


Kalau jodoh, tak ke mana.
aGAGAGA ape ni ape ni dah la bye.

Sebab kata-kata tu doa?

Lupa nak taip apa dari tadi.


Mihmihmih. Apa yang sadis untuk peperiksaan kali ini adalah markah. Ok, setiap kali peperiksaan pun memang sadis tengok markah sendiri.


Markah essay yang berpunca dari silap sendiri. Eh sedih pulak rasa.


"Awak ni mesti banyak dosa. Yela, biasanya budak bijak ni kalau tiba-tiba blank masa jawab exam, sebab banyak dosa. Apa dosa silam awak ni ha?"


Uiksss. Tak rasa nak sentap pulak.


"Eh teacher nak cakap saya ni budak bijak ke? Aminnnnnn. Saya aminkan doa tu ya, teacher?"

Friday, September 20, 2013

Tautan



Petikan daripada status seorang teman di Facebook.


--------


Lagi teringat sama Ummu. Kumpul ramai - ramai dalam usrah. Kalau tak ada apa nak dibincangkan pun, bila jumpa tentang mata dah cukup dah. Tu yang penting. Hiks.


"Anak-anak Ummu yang disayangi, moga - moga terwujud tautan hati yang sangat kukuh dalam kalangan kita..."


Telan air liur.


Masa tu, satu per satu muka sayang-sayang saya pandang. Sebab rasanya macam... rasa macam dah rapat. Tapi betul ke yang dalam hati ni dah cukup connected?


Yang bila kita sakit, walau jauh beribu batu pun dia, dia tetap boleh rasa.
Yang bila kita susah hati, walau merentas dua lautan pun, hati dia terdetik 'baik-baik je ke dia kat sana'.



-------------

Ikon WhatsApp diklik.
Taip.


"Awak, sihat?"

"Demam sikit. Kenapa?"

"Saya rasa saya dah nak demam."

Tuesday, September 17, 2013

Janji

Terjadi satu kejadian yang buat diri rasa serba-salah tak tentu pasal.


 Sebab janji. 



 Momen dilema apabila diri diikat antara satu janji dengan satu rindu. Pehh ayat. Tapi tu la realitinya.


 "Serius memang saya nak jumpa awak.
Kalau mungkir janji tu tak berdosa, saya tak ikut XXY."



 Saya bagi ayat serba salah, dia kata ayat saiko.



Dari dulu lagi sebenarnya tak berani nak berjanji macam macam. Tapi kalau tidak, rasa kesian pada yang menunggu kata putus. Acano tu??



 Maka itu ya teman - teman, bilaaaaa ada yang tunggu keputusan dari pihak anda...


  "Teman aku esok?"

 "InsyaAllah (dengan kehendak@izin Allah), boleh"



 Tak boleh terus angguk sebulat-bulatnya. Iyela, kalau tak clash dengan hal lain, entah entah ada perkara yang tak dapat dielakkan berlaku. Sebab semua perkara yang dah berlaku, sedang berlaku dan bakal berlaku, atas izin siapa eh eh ehhh?



TAPI!


Tapi janganlah jadikan ucapan InsyaAllah sebagai medium untuk mungkir janji.
Kalau betul tak mampu ikut kehendak si penunggu, terus terang.
Jangan buat orang ternanti - nanti.



Kepada ehem ehem yang jauh tapi dekat, yang saban waktu stalk saya, maaf sebab saya kalut dalam dilema. Maaf sebab terbagi ayat pedas atau ayat saiko. Ye, awak boleh berhenti senyum sekarang.

Monday, August 05, 2013

Sesak & anak.

Musim musim nak beraya ni, banjir sebanjirnya pusat beli belah. Meredah menyelit rasa macam mat rempit. Bezanya tak tunggang motor je.



Diri yang dah kebosanan mencari kasut pilihan kaki, keluar dari satu kedai ke kedai yang lain. Masuk tangan kosong, keluar tak ada diborong. Menyampah. Dalam hati dah berkata, 'Pasghah. Malas dah aku mencarinye. Kasut pertama aku jumpa jap lagi, kasut tu la aku henyak henyak kat tanah masa raya nanti!'


Sampai begitu sekali pemalas nak membeli.


Jumpa.


Ok. Kira puas hati. Boleh blah sekarang.


Jalan redah sesak.


Tiga minit... gua usha je lu budak kecik. Umur dua-tiga tahun. Jalan seolah-olah tanpa arah tuju. Seolahnya mak bapak tak ada.


"Aishh, mana pulak mak bapak dia ni"


Pusing keliling. MAK, BAPAK. Ambillah anakandamu cepat.



Terkedek-kedek lagi si anak kecil tu berjalan. Feeling pulak tu tengok dia macam jalan di taman bunga.  Follow je dari belakang. Jap lagi kalau dia menangis, boleh buat announcement MAK BAPAK yang hilang. Bukan anak hilang ye.


"Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak dalam lingkungan 2-3 tahun. Anak anda sedang kehilangan anda dan sedang mencari anda. Sila datang ke blablablabla"


Tiba-tiba makpak budak tu ditemui semula. Relaks je. Dia panggil anak dia, suruh ikut dari belakang. Si emak tengah mendukung anak yang masih bayi. Ok. Takpe. Si bapak, tangan free, takde pulak kiri kanan pegang barang. Pimpinlah anakmu ke jalan yang benar.



Tolong ye. Jaga anak tu elok elok. Debar jiwaku tatkala melihat anak kecil yang lost.

Sunday, July 28, 2013

Marah

Sebenarnya apa masalah yang sebenar-benarnya ni? Marah sangat ke? Geram sangat ke? Eee, sesikit nak marah. Simptom PMS je memanjang. Cubalah kawal emosi tu. Ye, tahulah perempuan ni jenis ikut emosi. Tapi jangan sampai lupa semua.


Bila dah ikut emosi, jadilah benda tak elok. Kutuk caci maki. Naik kaki tangan. Tak cukup tu, kalau boleh gilis dengan kereta kebal, lama dah kita buat. Tak gitu?


Tapi, watlek lu. Apesal ni nak marah marah? Meh sini. Ala meh la sini. Tarik kerusi, duduk semeja. Bukan tarik kerusi, lempar ke dia.


Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. - Hasan al Basri.


Masuk bulan puasa ni, orang kata....


  • Apa mengumpat ni? Tak baik la.....
  • Bulan mulia kan, cuba la jaga mulut tu sikit
  • Jaga mata tu, kita tengah puasa ni. Sabar.



Aik?? Apa pasal pulak bila puasa je semua tu tak boleh buat? Siapa cakap 11 bulan yang lain, kita ada permit untuk buat dosa?


Kalau dah tahu mengumpat keji orang tu satu dosa, mengeluarkan perkataan hodoh buruk tu boleh datangkan pahala ke? Jadikan carutan sebagai zikir harian, tak apa ke eh? Atau daripada istighfar berulang kali dalam hati, keluar kata carut ketika marah, tak apa jugak ke?


Kita mampu mengubahnya.

Saturday, July 27, 2013

Kain

Uihh, Alhamdulillah tengok masjid penuh. Sampai saya ni kadang kadang masuk saf belakang sekali, dekat tangga. Kalau nasib baik, saf kedua terakhir. Gitulah gamoknye kalau keluar rumah sepuluh minit sebelum isya'.


Dalam perjalanan nak pergi masjid, lihat lihat muslimah di depan. Jalan berkumpulan. Siap bertelekung. Dengan tangan kanannya ada sehelai sejadah kecil. Kaki kiri... angkat kain telekung supaya tak kotor atau terpijak lalu tersadung menyembah jalan tar.


Sayanglah.....




Niat elok elok nak berjemaah dari isya' sampai terawih. Tapi tak pepasal pulak tau terbuat dosa. Haa, turunkan kain cepat!


Kalau nak pakai telekung siap siap dari rumah, pakailah seluar yang labuh dan longgar. Bukan pakai seluar pendek. Malam tu memanglah malam. Tapi suluhan lampu jalan, silau lampu kereta, limpahan cahaya bulan; itu je dah cukup untuk menampakkan apa yang haram dinampakkan.



Selamat berterawih, weh! Jalan kaki tengok kiri kanan. Drive kereta jangan lupa bagi signal. Jangan double park sesuka hati di luar mahu pun dalam masjid. Mengundang cemuhan orang yang cepat marah je nanti!

Wednesday, July 24, 2013

SECTION!

Matematik Tambahan. Tak hairan kalau gagal. Kalau dapat A+ masa penghujungnya pun tak hairan kalau dah usaha. Pehh, sesak jugak rasa. Hari ni faham, esoknya jadi macam tak faham semula.

Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Tengok Permutation and Combination. Awal awal cam senang je jalan dia. Tiba tiba macam tersekat.


Find the number of arrangements that can be made out of the letters SECTION.


Toleh kiri kanan. Cari kawan mintak tolong ajar. Ya, mintak ajar. Bukan mintak jawapan dan jalan penyelesaian terus.



Sedang kawan cuba selesaikan soalan, saya terleka kejap. Main cipta perkataan berdasarkan perkataan yang diberi.



Tulis..
Tulis...
Tulis......


"HAH DAH DAPAT!"


Dia yang asyik tunduk memandang kertas, dongak pandang. Terus capai kertas saya.



"Mana?"

"Niiii"


Tunjuk hujung kanan kertas.




"Ni la, aku buat perkataan"
Pensil diketuk-ketuk ke dagu. Memikir perkataan lain lagi.
Dia usha tak puas hati, dia usha tak puas hati, takpe takpe.
Rilek brader, brader rilek, rilek brader, brader rilek~~


(dna dan je masa buat ni teringinkan CADBURY)


Dek saya yang dah tak hiraukan lagi cara nak selesaikan angka, dia pun tumpang sekali game create new word ni.

Tuesday, July 09, 2013

Promosi Ramadan untuk warga Panglima.

Ramadan tiba lagi dan dalam perhimpunan tak rasmi hari ini, nampaknya ada pakej menarikkkkk sempena bulan mulia ni!





1. Solat Dhuha secara berjemaah.
Para pelajar dan guru boleh ke Surau Asy-Syakirin (Panglima Perang) pada waktu rehat untuk menunaikan solat Dhuha secara berjemaah. Kalau bulan - bulan lain, memasing kan sibuk nak makannnn je.





2. Tadarus al-Quran.
Selak Quran, sentuh Quran, baca Quran... sehari satu surah, insyaAllah. Boleh?


3. Solat Zuhur secara berjemaah.
Yang ni, kena mintak kebenaran guru yang sedang mengajar dulu sebelum pergi turun surau. Memanglah niat baik, taknak tangguh tangguh solat. Tapi kebenaran kena mintak jugak. Mana tahu nanti kena tanda ponteng.  Nak lagi best, ajaklah sekelas turun jemaah sekali.


Nampak tak usaha Panglima untuk membantu pelajar Muslim meningkat - gandakan lagi pahala bulan Ramadan? Nampak tak? Dekat sekolah boleh beribadah, dekat rumah sambung malam untuk terawih. Eh eh, senangnya urusan kita bulan ni!



Tunggu apa lagi? 
Mohh le kite grab promosi sempena bulan Ramadan ni!!

Sumber doodle: Little Muslimah (http://art4muslim.blogspot.com)

Sunday, July 07, 2013

Mengantuk ke?

Sleepless nights betul lah. Janggal sikit rasanya bila masih bermain - main tapi mengadu pada kawan exam dah nak dekat padahal buku tertutup lagi kat rak.


Kalau boleh melambai, rasanya dia melambai kat saya minta saya memahami isi kandungan dia. Kalau ada kaki, mesti dia melompat - lompat menarik perhatian saya. Kalau ada mulut, setiap masa dan ketika agaknya nak membebel. Kalau ada perasaan, lama lama mesti dia give up mintak saya study dia.



Masuknya enam bulan terakhir yang bagi saya adalah waktu kritikal, maka saya harus melakukan anjakan paradigma, seiring dengan ajakan rakan saya si Husna di sana. 


Dah sampai perenggan keempat baru ingat saya tetiba macam pointless. Ehek. Maafkan saya.



Sejak masuk Tingkatan Empat, awal awal tahun memang susah betul nak manage masa. Nak sesuaikan diri dengan subjek subjek baru. Dengan pecahan subjek Sains. Awal tahun tu bersungguh sangat buat kerja sekolah sampai tidur pukul satu dua pagi. Tidur awal adalah satu nikmat yang sangat nikmat. Tapi yang tak ada kerja berfaedah tu masih lagi mensia - siakan peluang dapat tidur awal.



Awal tahun, dalam kelas mesti tersengguk - sengguk dalam kelas. Siap tertidur lena sambiltopang dagu masa kelas Bahasa Inggeris. Kawan lain dah gelak gelak, saya baru mamai jaga dari lelap. 



Jadi, saya dah cuba beberapa cara untuk elak mengantuk dalam kelas. Lagi lagi waktu Sejarah. Aihh jangan benci Sejarah tau. Sekarang Sejarah dah jadi subjek wajib lulus. Kalau awak tak tolong diri awak, siapa lagi?







HAI, NAMA SAYA IZZ HAZWANI ok pape jela sibuk pulak nak kenalkan diri.


1. MAKAN GULA GULA.
Bila kunyah, ada jugak aktiviti nak dibuat selain celik mata buka telinga fokuskan minda. Tapi jangan makan dalam makmal ya. Diulangi, JANGAN. Kemam la gula gula tu. Jangan obviously sangat nampak gelembung gula gula pada pipi anda. Pilih gula gula berangin pun bagus jugak. Bawak la sekali untuk kawan sebelah ya. Jangan berjaya fokus dalam kelas sorang sorang.


2. MINUM AIR.
70% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. So kena buat apa? Minum la air masak.


3. GERAKKAN BADAN.
Jangan duduk statik. Memang senang la zz tanpa disedari.


4 SENYUM.
Tak perlu kata apa apa.


5  RESET NIAT.
Niat tu penting. Niat kerana...? Bila niat dah lurus, diperbetulkan, InsyaAllah diberikan kemudahan untuk kita belajar dengan segar. Allah Maha Mendengar. Ingat tu. Lagi satu, bila kita awal awal dah cakap 'mengantuk la' , 'mesti tidur dalam kelas' mesti seluruh tubuh dah siap sedia untuk terus lesu mengantuk dan tidur.


6. BELAJAR DULU.
Macam dulu, semangat la saya study Kimia sampai main quiz malam malam buta. Orang nak tidur pun saya tanya soalan. Masuk kelas, cikgu ajar, segar bugar rasa sebab dah baca, faham & boleh jawab. Bila masuk kelas tanpa persediaan, kita akan rasa kurang yakin.


7. TIDUR AWAL.
Tak perlu huraikan la kot.


8. KELUAR KELAS.
Eh nanti kejap! Jangan melulu je keluar kelas. Amboi. Take five.Mintak cikgu bagi break kejap. Supaya masing masing boleh pergi cuci muka. Kalau dah pemalas ya amat nak keluar, basahkan tisu, lap la mata ala ala cerita Allayarham P.  Ramlee.




Saturday, July 06, 2013

R&R

Hoh, apa ke sibuk sangat la. Kalau tak sibuk pun malas nak menaip panjang. Kak Farah yang kat matrikulasi johor tu pun sibuk jugak tapi macam ada lagi masa dia nak online. Saya ni blerghhh..


Semalam dengar ceramah tentang Ramadhan. Tak tahu la sama ada saya ni memang jenis hati tisu sikit sikit nak SOB SOB atau..............................................


Maka diceritakan oleh ustaz pada pagi Jumaat yang sejuk dingin sambil diiringi doa para malaikat sekeliling tentang kisah beliau yang berjumpa dengan seorang Indian.

(ayat kasi adjust sikit tapi cerita masih sama)

"Saya berehat la di R & R. Disebabkan tempat duduk penuh, maka saya pergi la ke belakang. Nampak satu meja, ada sorang ane duduk sendiri. Saya tanya tempat tu ada orang ke tak, dia kata tak. Malah mempersilakan saya duduk lagi.


Saya pun tanya dia dari mana.Katanya dia ada kenduri. Lepastu dia tengok pulak saya. Dia tanya 'tuan pakai songkok, itu lengkap sekali dengan baju melayu.. mahu kahwin kaa?' 


Saya pun kata la tidak. Baru balik dari berceramah tentang Nabi Muhammad SAW. Birthday Nabi..."


Sallahu alaihi wassalam....



"Tiba tiba dia mengangguk sambil cakap 'ohh, Nabi Muhammad..' Saya pun tanyalah dia kenal ke siapa Nabi kita tu.. katanya dia kenal."


Pakcik India tu pun angguk bercerita la satu per satu nama nama yang cukup boleh kita kagumi. Masa tu jugak terus mata bergenang. Rasa macam saya pun kadang ingat lupa tokoh Islam... sedangkan dia...

Wednesday, June 26, 2013

Giveaway Kiyomi Teddy Store?

Lahaii tengah tulis post ni pun boleh gelak lagi. Planholder yang berisi kertas A3 untuk siapkan kerja Rekacipta masih terbengkalai. Pandang kiri, terbentang sudah drawing board. Tapi tak jugak jalan kerjaaaa.


Nah tengok ni.



Takde rasa nak benda comel ke wahai Nurul Farahana, Nadzirah Azman?

Monday, June 24, 2013

Perumpamaan

Asyik asyik cerita pasal kucing. Tak muak pun la. Kucing kan haiwan comel.



Melihatkan bagaimana manusia sanggup berhabis duit beribu - riban semata demi haiwan bergelar kucing, rasa macam terharu pun ada sebenarnya. Sebab manusia tersebut dah berperangai macam emak bapak orang; yang ber-anakkan kucing.



Kucing sakit, bawak pergi klinik.
Pantang sejuk sikit kat luar, bawak tidur masuk bilik. Upgrade terus tempat tidur!
Makan mesti pada masanya. Bukan makan dari rata - rata tempat...
Buat silap pun tak kena marah teruk teruk. Paling koman pun kena membebel.

Banyak lagi.



Layan kucing macam anak. Ibarat menatang (bukan mentang yang binatang tu) minyak yang penuh.




Dari semua di atas tu, saya mula terbayang cara ibu ayah jaga saya. Semua cukup. Semua lengkap. Persis la jugak..













Tapi.... saya tak cakap la saya macam kucing tau.

Sunday, June 02, 2013

Kenyit

Jadinya, kisah berlaku pada malam itu. Malam yang saya bergegas nak pergi kelas Fizik haritu, bercerita tentang masalah kucing. EH FIZIK KE? Matematik Tambahan la.



Entah kenapa lepas satu, datang lagi satu perkara memalukan. Tapi kadang kadang seronok jugak bila ingat semula. Macam nakal - nakal pun ada. Aisehh meng!


Kalau mengikut cakap cakap kawan sekeliling, saya jenis bahagia over-dose. Pil melambak dalam jiwa dan minda agaknya. Gotta take chill pills, maybe? 



Al-pengkisahannya bermula di sini...


"Ok, commercial break ye semua"
Biasa macam ni. Dua jam bersahabat dengan subjek yang sama, takkan nak terus - terusan belajar. Sedang yang di hadapan santai bercerita dengan pelajar, saya sengaja menoleh ke belakang. Kebiasaannya ada empat baris pelajar perempuan dan dua baris pelajar lelaki. Pelajar lelaki semua di belakang. Saya tak tahu kenapa.


Kali pertama saya datang kelas, saya terpaksa bersebelahan dengan lelaki dan ianya membuatkan saya rasa tak selesa. Usahkan pandang kiri kanan, menjeling pun saya tak berani buat! Janggal di situ.


Pelajar lelaki tersebut yang di sebelah saya masa tu asyik terjatuhkan barang.
Lepas pensil, kalkulator. Dikutip kalkulator, jatuh pulak pemadam.
Dah kutip pemadam, halahaiii pembarisnya jatuh.
Terdetik pulak dalam hati, "One after one, kau bila lagi nak jatuh?"
Beberapa minit lepas tu, beg saya yang jatuh.
Bukan karma, bukan...




Apa ni melencong.


Saya toleh ke belakang, memandang rakan perempuan. Tiba - tiba muncul wajah seorang pelajar lelaki di belakang rakan saya. Saya senyum.....





"Wani, aku nampak apa kau buat tadi", tegur rakan di sebelah.





Sungguh, saya tak sengaja. Sudah memang saya begini. Bila senyum, mesti terkenyit mata sekali. Ah sudah! Jadi, apa patut saya buat lepas ni? Senyum sambil tutup kedua dua belah mata? Bunyinya seperti idea yang menarik.
 

Thursday, May 30, 2013

Apa masalah kucing

Nak taip secara lintang pukang la sebab ada kelas lagi. Ah, duduk rumah bukan dok buatpa. Sibuk melayan cerita penyokong Pahang dan JDT sambil geleng kepala.


Ha, ini cerita pasal kucing yang tak dapat korek tanah buat mengkambus harta karunnya, memang betullah apa yang Sharifah Zohra pernah perkatakan di Forum Suara Mahasiswa pada beberapa bulan lepas....

"....cats have problem. Kenapa kucing ada masalah?"


Kucing tersebut punya masalah adalah dia tak boleh sorok pembuangan dia depan beribu - ribu penonton.
Ye, itu baru seekor kucing. 



Dah lambat ni. Nanti jelah cerita benda lain. Memang tujuan asal nak cakap benda lain pun.

Wednesday, May 29, 2013

Rancangan

Masa diluangkan berdua dengan ayah. Sebenornye dah lama bebeno tak keluar dengan ayah. Hari hari jumpa tapi ahh, rindu jugak ayah!! Tak pedulik! Rindu jugak! Tapi sebagai anak yang koya nak kontrol macho, saya diamkan aje.


Kononnya perasaan itu tidak perlu diungkapkan. Diselami dengan hati. Hoo gitu.


Ok. So haritu keluar berdua dengan ayah.
Dah berapa kali nak ulang ni? Haah keluar dengan ayah...


LAGI SEKALI ULANG AYAT NI....


Ye, keluo dengan ayah....


TERUSKAN KE AYAT SETERUSNYA LA.
MENYAMPAH HAKU.


Ehm. Kitorang beli barang dapur. Sambil pilih barang...



"Kak, apa plan lepas exam nanti? Mesti nak ambik lesen kan?"


"Tu dah semestinya."


"Lagi?"


"Nak belajar itu, nak belajar ini, blablabla, nak balik kampung kejap, nak kemas rumah, blablabla..."


"LAAAAAGI?"


"Er. Nak belajar memasak..."


"Itu la yang ayah nak dengar."


O...kay. Dalam banyak banyak senarai-untuk-dibuat lepas exam nanti, rupanya ayahanda nak dengar hasrat saya ingin belajar memasak ghupenye.


Saturday, May 25, 2013

Bisa jadi catgirl?

Ada pulak yang tanya bila nak ada sketsa kucing episod kedua.


Ini si Chiko, anak Aiko. Bagi yang belum baca pasal Aiko, boleh baca sini. Eh nak pergi mana? BACA SINI.


Mula mula berkenalan dengan si Chiko, dia ni sangatlah penyegan haiwannya. Saya tegur pun dia tak layan. Sadis sikit kot.


Tapi bila dah kerap jumpa, pagi petang siang malam hadap muka saya je memanjang; daripada jerawat membesar sampai jerawat hilang semula, maka dia pun mula menerima saya sedanya.


Ye, kucing adalah haiwan yang manja.



Justeru, tidak hairanlah kalau kucing ni tiba tiba datang menggesel tak tentu pasal. Ceritanya, Chiko datang tonyoh hidung pada tangan saya. Saya dalam kegelian hanya bertahan. Biarlah, dia cuba nak kenal saya la tu. Lama lama.... terasa agak pedih.


Bertuah punya kucing! Diam diam dia gigit. Nak bagi lovebite ke apa? Patutlah dok tonyoh hidung. Tengah scan port terbaekkk nak gigit rupanya. Biasaaaa dia ni. (nada seperti Tomok mengacah anaknya di Keek)


Lepas kena gigit terus fikir "HABISLAH AKU JADI CATGIRL LEPAS NI!"
Meoww, purr!



Over-dramatik sungguh.

Tengah tolong Kak Farah yang bersiap untuk ke Kolej Matrikulasi, Johor. Ada sesiapa yang bakal pergi ke sana tak? Kak Hazwani pun tolong berkemas jugak. Tapi sebenornye dia lebih banyak membebel pasal makanan.


Tahap manja Chiko entah dah sampai maksimum atau belum. Saya yang nak pergi ambil wudhuk je pun dia mengekor. Bahkan nak solat pun dia duduk kat sebelah. Duduk? Meniarap? Eh ke apa? Taktau nak panggil apa. Tapi posisinya seperti gambar di atas.





Sahaja saya masuk ke dalam beg Kak Farah sebab saya nak teman dia belajar. Mama? Ehm mama boleh tinggal dengan Kak Hazwani. Eh eh eh muat ler pulak beg ni.



Rakan rakan yang dikasihi sekalian, Kak Hazwani mungkin akan menampilkan lagi satu post berkenaan asal usul kami sekucing sekeluarga. Heh. Dua ekor je pun. Bye!

Thursday, May 23, 2013

XOXO!

Sebelum mengakhiri conversation, kawan sempat letak xoxo. Tertanya - tanya apekejadahnya maksud xoxo ni. Lama dah perasaan orang dok pakai xoxo. Bila tanya dia maksud mendalah tu, jawabnya, sesuatu seperti hugs and kisses.



Lama saya perhati huruf xoxo.

Kat mana ada simbol peluk dan ciumnya?


Dan sampai hari ini pun saya masih lagi mencari jawapan kepada persoalan saya. Ada sesiapa boleh tolong? Ke tak ada? Ok.



Selama ni saya hanya fikir xoxo adalah sejenis permainan. Permainan yang selalu saya main masa sekolah rendah zaman kulit muka licin.






Hm.

Wednesday, May 22, 2013

Lagu

Perjalanan pendek Kuantan - Kemaman semalam terasa sunyi tanpa iringan muzik. Ditambah pulak dengan cuaca mendung ala nak hujan. Biasalah tu masuk kereta mesti nak pasang lagu. Dari stok jiwang sampai stok boleh berasa diri macam bintang rock. Tak cukup bintang, bulan matahari pun boleh jugak.




Pasang lagu. Dari satu lagu ke satu lagu. Dengan harapan dapat juga nyanyi sama. Tapi bila si penumpang sebelah tahu lirik, yang pemandu pulak tak tahu lirik. Bila pemandu tahu lirik, eh eh si penumpang pulak tak tahu lirik.


Buntu dah hah memikir nak pilih lagu apa; yang kami boleh ikut sama.




Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin, tibbil qulubi wa dawaaaeiha, wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha, wa nuril absari wa diyaaeiha, wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..



Dan kami pun memilih untuk berselawat. Senang. Sama sama boleh ikut.

Sunday, May 19, 2013

Cubaan mengnormalkan tekanan

Dulu selalu sakit kepala melampau migrainnya sebab hipotensi iaitu tekanan darah rendah. Kalau teruk sangat, pengsan je terus. Tak ada bagi signal kiri kanan, tak ada kira atas tanah ke atas jalan tar ke. Macam nak mati gak ni. Mana kira kau dekat mana. Sampai masa, poooof! Blackout la terus.



Mempunyai adik adik lelaki yang nakal tahap infiniti sangat memberi tekanan perasaan. Tertekan noks! Selalu jugaklah marah marah.



Ada je benda yang nak digaduhkan bebudak ni. Kalau tang gaduh tu kemain lagi la musuh sampai kita terpaksa jadi pengadil. Tapi kalau masing - masing berbaik, baikkk punya rancangan diorang plan. Pakat nak buat benda nakal. Sudahnya gegak gempita satu rumah dengan jeritan kakak.


Diorang? Terkedek - kedek berlari sambil menjerit "Aaaaa lari!!!!"
(boleh rujuk gambar mereka di sidebar ini ya)


Kalau lama - lama naik hangin, boleh jadi pendorong kepada  peningkatan darah rendah agaknya. Boleh jadi normal la lepas ni kot...

Saturday, May 11, 2013

..walk away

Dapat pilihan soalan yang keempat. Arahannya menyuruh saya menulis sebuah cerita yang berakhir dengan  "//we look at each other and walk away"


Sebuah cerita je ke? Tak nak dua, tiga, empat?
Banyak yang tinggalkan saya.
Banyak yang saya tinggalkan saya.


Tapi benda tu dah lepas. Usah dikenang kembali.
Barang yang lepas, hai jangan dikenang..
Kalau dikenang tentu menangis..


Eh menangis ke???


Ayat penutup cerita tu macam mintak plot yang sesedih huhuhu. Sebenarnya ada je cerita yang pada penghujungnya tetap bahagia, malah lebih berbahagia sukacita lepas berpisah. Tapi ramai lebih memandang pada yang sadis. Asal berpisah je sedih, berpisah je sedih..

Sunday, May 05, 2013

Si kucing kelas tinggi

Update secara ringkas. Sebab lepas ni boleh pergi mengadap timbunan kertas kerja.



Hai, nama saya Aiko. Saya adalah seekor kucing. Tengok saya pun awak dah tahu saya kucing, kan? Saya janda beranak satu. Eh eh janda?? Bila masa kahwin dan cerai??

Hm.
Saya dan teddy lion saya. Awak ada ke?

Nak dijadikan cerita, pada satu malam, pertama kali bertentang mata dengan Kak Hazwani... saya malas layan dia. Dah dia perempuan, saya betina, mana ada tarikan. Ye tak? Tapi Kak Hazwani ni masih gigih la mengorat saya. Dengan muka eksaited macam tak pernah jumpa kucingnya.

Tahu apa soalan pertama bila dia jumpa saya?

"Hai baby! Dah makan?"

Haila akak ni. Macam cakap dengan manusia.
Saya kelipkan mata sekali je.

Dan akak pun teruslah bercakap menyoal itu ini dengan bahasa manusia.
Bahasa kami berbeza.
Saya faham bahasa dia tuturkan tapi sayang, bahasa ibunda saya iaitu bahasa kucing, tidak dia fahami.


"Baby, baby nak tahu tak.. blablabla.."
"Eh cuba bau perfume akak ni!" (akak hulur pergelangan tangan pada hidung saya)
"Blablablabla"


Fuh!


Kadang kadang rasa nak cakar jugak Kak Hazwani sebab dia banyak sangat bercakap. Dengar cerita dia ni suka kucing, tapi macam takut takut je nak sentuh saya. Kak Farah pun fikir macam tu. Tapi rupanya Kak Hazwani geli geli SIKIT je dengan kucing. Pelik betul dia ni.


Pada malam yang sama, kami bergaduh.
Akak nak turun bawah. Dia ajak saya. Tapi saya taknak.
Dia ajak lagi. Saya mengiau dengan garang.

Dia marah marah, saya pun marah semula.
Dan saya bagi jelingan tak berapa nak arwah untuk akak.


Berkali-kali akak minta maaf, saya buat dek ajeee.
Biasalah, kucing high class!


Hari seterusnya. Saya saja acah acah pergi kat akak.
Gesel - gesel badan pada kaki akak. Dongak kepala tengok akak.
Hehehehe.
Akak tengah tahan geli. Muka macam nak menangis pun ada.
Mungkin dia nak ambil hati sebab marah saya haritu, sebab tu dia biar je.

Mungkin?


Ini anak saya. Chiko.
Kalau awak comel, tekalah dia dalam apa,,,,


Readers ku jangan kau pertikaikan kenapa warna dia tak sama dengan saya.
Stop being racist please! Dengan kucing pun nak resis :(


Anak saya ni pendiam. Kak Hazwani tak layan dia bukan sebab memilih warna, tapi sebab Chiko akan menjauhi akak bila akak semakin mendekat. Tak tahu kenapa.



Ok la. Sampai sini aje.
Saya nak mengadu kat mama sebab Kak Farah dan Kak Hazwani buli saya. Wuwuwuwu. Bye!


Oh, Kak Farah cakap perangai saya dan Kak Hazwani sama.
Mana sama. Kecomelan pun berbeza. KAN?!!

Selamat hari mengundi, maaf zahir dan batin

Sunday, April 28, 2013

Bulan ditutup awan



Bual bicara malam tadi bersama seseorang di bawah langit dengan bulan yang separuh ditutup awan sebenarnya masih berlegar kejap - kejap dalam minda. Fuh ayat kau.


Katanya lah kan, perasaan marah dan marah dengan kata - kata tu berbeza.
Totally different.

Lain cakap lain rasa?


Bukan nak bercakap tu biasanya terekspres sekali dengan perasaan ke?
Jadi bila kita mengherdik hina orang, perasaan akan berduyun - duyun sekali ikut sama pergi.

Saturday, April 20, 2013

Rezeki dilempar dilontar

Terkilan tengok segelintir sahabat - sahabat yang perangainya.. susah pulak nak cerita. Yang senang lenang tanpa rasa bersalah mencampak rezeki. Biar pun cuma sebiji gula - gula atau sebotol air mineral. Bukan namanya rezeki juga ke, kamu? Janganlah macam tu. Tak elok.


"Ala, air mineral je pun"
/
"Aku malas nak jalan. Sebab tu baling je botol air kat dia"
/

Dah ditegah pun dia boleh lagi buat tak tahu. Sahabat, jangan buat macam ni lagi ok?


Air tu juga la buat pembasah tekak musim panas macam ni.
Selamat berhujung minggu! 

Thursday, April 11, 2013

Sayalah penjaga saya.

Salam sejahtera untuk awak semua. Hai. Hmmm baru balik hoh hoh hoh dah pukul lima petang baru balik dengan uniform comel masih tersarung pada badan. Apa COMEL sangat perangai anak dara ni. 


 Hari ni hari permuafakatan ibu bapa.Well well well, ibunda saya tak dapat datang sebab ada kerja lain. Kata orang, kalau tak bagi tahu ibu bapa pasal aktiviti sekolah or whatever, bererti anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mereka. Bila dah bagi tahu ibu bapa tapi mereka tak dapat melibatkan diri dengan aktiviti tersebut, orang tu akan kata "IBU BAPA YANG BETUL BETUL SAYANGKAN ANAK AKAN CARI MASA TERLUANG UNTUK ANAKNYA" 


 Kalau dah betul parents kita busy, nak buat cemana lagi ye dak? Hm.

8**********************************8

 Saya dengan bosannya datang ke meja guru. 

“Cikgu, ibu saya tak dapat datang. Tapi, penjaga saya dah sampai.”

 Cikgu pandang saya. “Siapa penjaga awak?”


 “Saya la penjaga diri saya!”

8**********************************8

 Buat – buat nada seperti emak orang.


“Ehem, cikgu. . macam mana dengan prestasi saya ya? Saya nakal tak dalam kelas? Takpe cikgu, kalau saya nakal lagi, bagitau saya ya?”

Serius-kan muka.


 “Awak baik je dalam kelas, selalu buat cikgu tak jadi nak marah. . tingkatkan lagi usaha awak. Jangan banyak main dah.”

 Cikgu geleng – geleng kepala.

8*************************************8

Wakilkan diri sendiri untuk berbincang dengan cikgu. Nasib jugak cikgu melayankan saja kerenah anak murid yang suka main - main.


"Cikgu, bosanlah ulasan guru asyik asyik formal gila ayat camni TINGKATKAN USAHA. Gunalah ayat lain pulak."

"Hazwani, awak nak cikgu bagi ulasan membina apa kat awak?"


"APA GUNA COMEL KALAU RESULT MEMANJANG TERUK."
Terhambur gelak cikgu di situ.

Wednesday, March 27, 2013

Rawak punya soalan

Salam.


Bukan soalan lawak. RAWAK ok RAWAK. Soalan ni macam takkan berjawab je. Tak jawab pun tak apa kot. Saya tak tahu apa expectation saya.

Soalan:


1) Macam mana anda terima orang lain seadanya dia sedang anda sendiri; beberapa minit dalam satu jam yang berharga - langsung tak mampu tengok sekilas refleksi diri pada cermin?

2) Macam mana nak rasa insecure bila tengok perempuan cantik?

3) Macam mana nak walk the talk kalau kaki sendiri malas nak jalan?

4) Bila kali terakhir awak bernafas?

5) Soalan nombor empat tu saja je.

6) Last ni. Sakit tak bila realiti bertubi - tubi bagi high five pada pipi, suruh awak bangun dari mimpi?

Apa pun, makan jangan tumpah ok? Rezeki.

Tuesday, March 26, 2013

Tunai

Assalammualaikum.


Sebenarnya duit elaun hari - hari masuk. Silap, setiap bulan masuk. (Malas backspace. Aci tak?) Tapi biasalah tu, selalu rasa tak cukup. Bagilah bonus banyak mana pun, memang rasa tak cukup. Biasiswa memang tak dapat. Kononnya saya tak layak sebab keluarga tak tergolong dalam golongan yang memerlukan biasiswa. Tak apa. Setahun je lagi. Apa sangatlah nak dibuat dengan duit tahun ni. Cuma yuran tu yang liat sikit. Tengok angka.


'Ala, bukan keluarga kau tak mampu nak bayar yuran.'


Bukan soal mampu tak mampu. Tapi entahlah, makin lama yuran macam nak bayar masuk makan malam amal pun ada. 

Saban hari mengira duit.
Cukup ke sampai hujung bulan?
Kalau kelangsungan wang tersekat tengah - tengah bulan, parah lah nak cari sokongan.
Kawan ada, boleh bagi pinjam. Walau tak seberapa, tapi cukup buat makan.
Itu kawan yang cakap. Saya tulis semula.
Kalau ada benda yang saya tak gemar pinjam, duit adalah yang teratas dalam senarai. 


'Takpe, kita kan kawan.  Tak luak mana la'


Cuba kumpul pasir segenggam setiap hari. Hujung bulan tengok tinggi mana timbunan pasir tu. Cukup tak cukup nak buat istana pasir versi Cnderella hilang kasut sebelah?


Hidup sekarang dengan ibu ayah pun boleh berkira duit, ini pulak kalau hidup sendiri - sendiri. Jauh dari mata mereka, tapi insyaAllah dekat dalam doa dan hati.


Sampai tarikh 30 dan 31, tengok simpanan dah makin nipis. Beli apa je ni sampai duit tiba tiba makin kurus? Nak kata top up nombor, WhatsApp masih percuma digunakan. Nak kata beli buku, buku apa je nak beli? Beli novel sekarang ni tak ada gunanya sebab tak terluang masa nak membaca. Al-kononnya tengah struggle belajar. Hidup tak boleh survive berdasarkan rupa selamanya. Eh, nak cakap kau cantik ke nyah? Idok le, saja je teman bercerita.




Bukan tak boleh minta lagi duit. Tapi malu. Dengan keluarga sendiri pun nak malu? Kalau betul duit tu memang habis diguna untuk jalan yang betul, boleh pertimbangkan lagi malu tak malu perasaan ni. Tapi kalau duit entah masuk dalam mesin juruwang dekat mana - mana, rasa tak berbaloi buat muka tebal hulur tangan sambil minta lagi.



Ingat wahai diri sendiri, jangan jadi muka tebal & tangan dihulur tapi muka dipaling.
Itu sama kalau berdoa. Doa tu biar sungguh - sungguh. Jangan sombong.



Fikir jugak keadaan keluarga. Semalam kita tahu kita mampu. Hari ini insyaAllah sampai masuk tidur nanti perut kenyang lagi. Esok, tak siapa boleh selak masa hadapan.


Ibu, ayah, dan ibu ayah orang lain yang membaca, kami anak - anak sedar sebenarnya penat lelah kalian. Tapi sayangnya nafsu kemahuan melonjak - lonjak, semua kami hendak. Kelabu terus tahap kesedaran kami. Maafkan kami.


Terima kasih dari kami. Menjaga kami, walau ada tika tu, macam tak cukup apa yang ada dalam tangan, tapi mulut kami  masih juga disuap dengan rezeki sedap dan halal, perut tetap kenyang dari bangun pagi sampai tidur semula.

Friday, March 22, 2013

Apa khabar emosi?



"Apa khabar awak hari ni? Sihat? Emosi ok?"

"Alhamdulillah, saya sihat. Emosi, ok. Terima kasih."

"Saya sedia mendengar kalau awak sedia meluahkan."

"Tak ada nak diluahkan. Positif negatif, saya sendiri tahu saya macam mana."

------------------------------


Saya ok, biasa biasa je. Cuma kadang kadang orang lain terlalu memberi perhatian pada masa yang tidak diperlukan.

Bila masanya saya perlukan perhatian tu?

Ha ha ha, hampir setiap masa saya berharap supaya tak ada mata memandang saya, tak ada minda menyerap maklumat saya dan tak ada jiwa yang memerhati saya.

Wednesday, March 20, 2013

Buku mewarna

Assalammualaikum.


Menghadiri seminar. Apa lagi, dengar je seminar, kepala otak mesti fikir kena bawa buku nota. Sampai je dalam dewan, katanya tak perlu catat apa - apa. Sandar pada kerusi, duduk relaks dan dengar dengan pendengaran yang fokus, melihat dengan mata yang cerah. Bagus, jimat dakwat pen. Zaman sekarang semua benda nak pakai duit. Sempat lagi nak membebel. Cis.



Tiba - tiba penceramah tersebut mengutarakan soalan kepada pelajar perempuan.


Eh, apa pasal perempuan sukaaaaa sangat kasi warna itu buku? Highlight sana sini. Tengok kami lelaki, relaks je. Buku bersih. Dari kulit ke kulit, tak ada kesan warna warni langsung!

Maka bergemalah sorak teriak pelajar lelaki menyokong kenyataan penceramah tersebut.


Jawapan dari saya sebagai pelajar perempuan:
Sebab perempuan ni suka tengok benda warna - warni. Lebih attractive gitu.
Dulu saya bukan jenis yang suka highlight. Tapi semakin hari semakin suka highlight buku sebab bosan.
Ada je benda nak di-bold kan. Teks itu la, teks ini la. Sudahnya, jadi macam ni.....






Tuesday, March 19, 2013

Kekentalan jiwa

Assalammualaikum.


Lapan dua puluh satu pagi. Masih bercuti di rumah. Masih menjaga pantang makan. Masih menjaga luka. Rasa bosan. Tak ada apa nak buat sangat. Tak boleh buat kerja sangat. Alasan je tu! Jangan bagi alasan! Hah.


Mendapat cuti secara sah. Tapi belajar seorang diri sangat susah. Mungkin memerlukan home tutor sepanjang cuti dua minggu ini.


Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Mahu seribu daya, tak mahu...? Seribu dalih.



Saya tak tahu saya tak boleh buat atau saya memang tak nak buat sendiri.

Buka buku sikit, terus mengeluh.
"Aku tak boleh...."
Padahal belum sempat lagi otak nak mencerna data dan maklumat.

Monday, March 18, 2013

Giliran duniawi

Assalammualaikum.


Ada hal. Tak hadirkan diri ke sekolah. Dapat MC 10 hari, tak terasa nak buat video pasal tu sebab nak bercakap pun sakit dan seksa. Mihmihmih.


Perkembangan terkini pasal Panglima pun dapat tahu dari kawan - kawan seperjuangan je. Jadi apa yang saya dapat tahu hari ni? Dah dapat angka giliran peperiksaan. Baguslah. Saya tak tahu nombor saya. Takpe, itu boleh tahu kemudian.





Giliran duniawi ni, kita dah tahu. Bila masanya, dekat mana, berdekatan siapa. Dalam suasana apa. Tapi giliran untuk mati, kita tak tahu.... Bukan kita pegang angka giliran tu. Disebabkan tak tahu bila masanya, maka persiapkanlah diri. Jaga amanah sebaik - baik mungkin. Selagi mana kita berakal dan bergelar manusia, selagi tu ada amanah perlu dipegang, ada tanggungjawab harus dijalankan.

Monday, March 04, 2013

Rap fakta sejarah

Ramai betul yang anti-sejarah. Benci dengan subjek Sejarah. Katanya yang sudah tu sudah, buat apa dikenang lagi. Ewah, bab - bab belajar, laju je pangkah. Bila bab pakwe makwe, bab berdendam, siap bersumpah nak ingat tujuh keturunan!


Tak dinafikan, subjek Sejarah ni sebenarnya memang buat orang mengantuk. Bukan awak je. Saya pun. Jadi sebagai guru yang menggalas tanggungjawab mengajar subjek yang hampir seluruh dunia iktiraf sebagai subjek membosankan, seorang guru itu harus tahu bagaimana cara untuk menarik perhatian pelajarnya. Supaya tak ada yang krohh krohh atau pun menendang kerusi hadapan atau pun mencampak pemadam kepada rakan sebelah. (Yang campak pemadam tu sebenarnya tabiat penulis blog ni sendiri. Sekali dua buat kat kawan, dia sabar lagi. Kalau dah banyak kali, rasanya kerusi kena campak kat saya nanti)


Dari dulu sampai sekarang, bila kawan request minta saya terangkan subjek Sejarah, saya tak boleh lari daripada satu kebiasaan ini.... iaitu.... hm.....




























Sambil menerangkan fakta, tangan pun nak juga 'bercakap'. Bergerak sana sini. Mulut berhenti, tangan pun berhenti. Gaya dah macam tengah rap fakta sejarah.


"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it"
George Santayana.


Ada sesetengah masa silam yang patut kita lupakan.
Tapi ada juga masa silam yang patut kita kenang supaya dalam masa hadapan, perkara yang sama tak akan berulang lagi.

Ringkaskan

4.42 PAGI.


Cuba menaip karangan seringkas mungkin. Walaupun tak mampu memintas masa yang lebih pantas berdesup berlari.


3 Mac, 9.30 MALAM - Baru sampai Kuantan. Mula dah rindu Melaka. Semua benda, semua orang, semua tempat. Perjalanan dari Melaka ke Kuantan ditemani dengkuran saya yang asyik tidur. Kadang - kadang tak boleh tidur tapi tetap berlakon tidur.


10.30 MALAM- Selesai mandi, solat, makan, pergi rumah sahabat yang disayangi sekejap. Balik rumah, siap nak tidur. Set alarm dua jam kemudian untuk bangun dan belajar. Gara gara minggu peperiksaan. Sebelum tidur, niat la supaya dapat bangun awal.


Dua jam kemudian...... tersadai depan laptop. Tengok drama Korea. Sampai nak dekat pukul lima. Tidur berapa jam je. Berharap supaya tak terlelap waktu menjawab soalan. Kalau terlelap pun, janganlah sampai mengigau.

Done, 4.49 PAGI.

Wednesday, February 27, 2013

Tudung terbalik eh eh

Assalammualaikum.

Jadi pelajar ni kalau tak tengok papan putih kat depan, mesti tengok cikgu kat depan. Ralit perhati pakaian cikgu dari atas sampai bawah, lepastu naik atas semula. Hari - hari ada je baju baru cikgu. Beg baru cikgu. Kasut baru cikgu. Tudung baru cikgu. Jam tangan baru. Gelang baru. Mak aihhh kitorang ni hari - hari mai sekolah pakai baju putih kain biru tudung putih je. Hari - hari fesyen sama.


Pantang nampak baju cikgu lawa, mesti nak tegur.
"Cikgu, cantiknya baju cikgu!"
"Ha ni saya beli kat blablabla"
"Kain apa ni cikgu? Tak gaya kain cotton pun"


Dan perbualan yang tersasar jauh dari pelajaran pun bermula......


Dari sehari ke sehari saya perhati, tudung yang saya paling tak suka adalah tudung berlapis - lapis. Apa orang panggil? Tak kisahlah. Saya tak tahu kenapa saya pandang tudung tu macam sejenis ikan.


-----------------------------------


Petang. Jemput adik dari sekolah rendah. Lihat kanak-kanak berkejaran sana sini. Duduk diam diam tak boleh ke? Nanti kena langgar tak pasal je disabitkan atas kesalahan cubaan membunuhlah apa lah.


Tiba - tiba ternampak sorang budak perempuan. Dengan tudung sekolah selekehnya. Ala biasalah sekolah rendah. Saya pun macam tu...



Tudung dia.
Terbalik.
Faham tak?
Maksudnya lapisan dalam duduk kat luar, yang luar duduk kat dalam.


Macam mana tahu dia terbalik? Lapisan dalam lebih pendek dari lapisan luar. Jadi bila lapisan luar duduk kat dalam, nampaklah yang kat dalam lebih panjang. Faham kelaaaaaas?
Kalau tak faham, pergi belek tudung sekolah adik anda.


Maka saya pun terfikir dan teringat akan tudung layer. Adakah tudung berlapis tu sama seperti tudung sekolah yang terbalik?

Lapisan dalam lebih panjang dari lapisan luar.
Tudung berlapis = Tudung terbalik.
Hm.


Pernah sekali je pakai tudung berlapis. Hari ketiga raya. Sebab lupa bawak tudung sendiri. Pinjam tudung kepunyaan ibu. Sebab tudung berlapis tu tudung sarung, maka saya katakan tidak kepada tudung tersebut!

Sunday, February 17, 2013

Tiada yang gratis

Assalammualaikum.

Keluarga saya memang jenis jarang makan benda - benda macam ni. Lebih banyak memasak di rumah daripada membeli yang sudah dimasak di luar.
(ada lima keping lagi)


"Come come come, you buy one you get free one item!"
"Mari mari mari beli satu percuma satuuuu!"
Sampai bersembur air liur pun tidak dia  hiraukan.
Janji income masuk, biarlah air liur yang keluar.


Semua pun berpusu - pusu datang ke gerai. Menghulur not kertas, membayar barang. Demi mendapatkan satu barang percuma tu, sanggup juga berasak. Ini salah satu daripada strategi perniaagan. Nak lariskan jualan, mesti ada konsep give and take gitu. You give money, I give free gift.



Lepastu cananglah separuh dunia tentang anda yang baru sahaja mendapat barang percuma. 'Barang percuma, siapa taknak?'


Sebenarnya tak ada apa yang percuma dalam dunia ni.


You give money, I give free gift. 
Nak dapat yang free pun kena bayar. Jadi, mana dia bahagian percuma yang anda peroleh itu? Saya cuma waktu percuma sebentar aja untuk menaip di ruangan ini. Keuntungan yang anda dapat hanyalah anda mendapat dua barang dengan harga satu barang. Itu tak dinafikan.


Tapi point utama di sini adalah anda tidak mendapat sesuatu dengan percuma. Ia mesti dibayar. Dibayar bukan dengan wang ringgit dollar riyal rupiah sahaja, tapi dalam bentuk lain...

Saturday, February 16, 2013

Nota hukuman

Suasana kelas Matematik Tambahan pada malam itu seperti kanak-kanak tadika. Mentang-mentanglah kelas kami ni dekat tadika. Amboi.


Amirah di sebelah kiri sedang menulis nota. Lantas kertas tersebut ku ambil dan tulis sesuatu. Terintai-intai juga orang sebelah ni nak tengok apa yang saya tulis.


"SKUAD! PANDANG DEPAN!"


Itu je saya tulis. Dan pass kepada pelajar-pelajar yang terdiri daripada kaum Adam.
Tiba-tiba dapat semula balasan nota.....


"Yela yela orang nak pandang depan la ni."

Friday, February 15, 2013

Post seperti emak orang

Fenomena penadaptasian karya novel ke dalam drama bersiri dan filem semakin menular di negara kita. Negara lain dah lama trend kan benda ni. Ok tak perlu nak berbalah pasal negara mana dulu buat adaptasi semua.


Terbaru, drama bersiri Setia Hujung Nyawa meraih sampai jutaan penonton. Eh yeke? Tak tahu la pulak. Tak kuasa i nak kira ratings semua ni. Cerita ni sebenarnya tak ada saya layan sangat. Sebab mungkin saya tidak terjurus ke arah genre romantik secara majoriti?


Atau mungkin saya dah boleh agak jalan ceritanya
Atau mungkin juga saya malas tengok tv.
Lagi-lagi bila program disiarkan pada Maghrib Hour.
Tak sedap hati betul tengok tv masa Maghrib.
Mesti rasa macam gatal tangan nak mute atau tutup tv.


Pengaruh drama ni sangat hebat sampai remaja yang belasan tahun berfikiran seperti drama tersebut. Pada anggapan dia, dia kena buat benda buruk kemudian baru boleh dapat suami yang sweet, romantic blablabla.


Lepas ni parents kena pantau perkembangan anak-anak walaupun diorang tu duduk rumah je. Duduk rumah tapi macam-macam benda jugak boleh jadi. Tengok-tengok la sikit anak-anak layan cerita macam mana. Teman anak tengok sekali. Boleh gelak sama, boleh "eeee sweetnya" sesama. Itu pun kalau parents jenis berjiwa muda dan tak kisah pun anak tengok pegang-pegang tangan secara berlebihan.


Tulis entry gaya macam mak orang dah. Oh plisssss.
Kalau ada sign PG13 atau PG18, bukan maknanya ibu bapa duduk je sebelah anak-anak. Selitlah sikit pengajaran daripada drama yang kita tengok. Jangan pulak nanti bagi pengajaran kalau nak somi sweet kena bagi madu kat lelaki lain. Jangan yeee jangan.



Untuk mendapat sesuatu yang baik pada akhirnya - bukan dengan melakukan perkara yang buruk. Tapi melalui perkara yang mencabar dan mengharungi perkara buruk tanpa mencalarkan diri sendiri. 


How I celebrated my CNY holidays? Hah tengok semula drama My Girlfriend is a Gumiho bersama keluarga. PG15 tak silap. Gigih betul habiskan 16 episod.

Wednesday, February 13, 2013

Day 10 of 365.

Assalammualaikum.
Dan hai.


Hiks.
Tu kalau awak nak terjemahkannya sebagai sedu pun boleh jugak.


Alhamdulillah celik mata lagi dan mampu sambut ulang tahun kelahiran yang ke ehem ehem pada empat Februari yang lepas. Terima kasih la sebab ingat. Atau pun sebenarnya lupa tapi atas jasa baik facebook, awak ingat jugak.

Cikgu cikgu buat ayat macam sadis betul bila beliau cakap "mintak maaf la cikgu tak ada apa nak bagi kat awak" Tapi sebenarnya cikgu bagi ilmu tu dah cukup sebagai hadiah untuk saya. Hadiah tu siap boleh dikongsi dengan orang lain.

Abang kedai kek - letak sebatang lilin walaupun saya beli sepotong kek je. Katanya buat wish diri sendiri. Ahh kejadah apanya nak tiup lilin sorang sorang. Terasa macam sepi selamanya pulak.


Yang lain-lain pun.. comel sangat. Terima kasih.


Makin meningkat usia ni makin tak rasa eksaited sangat pun.
Tahun ni saya rasa agak teruk sebab boleh terlupa kejap-kejap pasal empat Februari.


Tapi ada sesuatu yang ramai tak tahu....
Sesuatu yang berlaku seminggu sebelum ulang tahun kelahiran saya.
Sejak dua-tiga tahun kebelakangan ni.




Sunday, January 20, 2013

Terasa diriku seperti kartun

Assalammualaikum.

Macam biasa, setiap Jumaat mampir ke kelas usrah sebaik tamat sesi persekolahan. Hujan rintik-rintik tidakku hirau. Biasanya hujan ni mesti kejap je. Tapi rahmat betul betul lebat hari tu. Sampai habis kelas pun masih tak ada tanda untuk berhenti walau untuk lima minit.


Saat demi saat.
Minit demi minit.
Jam berganti jam.
Menunggu hujan berhenti turun.


Sampai pukul tiga petang. Duduk dalam surau.
Apalah nasib masa tu....
Dahlah tak bawa duit syiling lebih. Telefon pun tak bawak.


Sudahnya, hujan pun diredah. Baju sekolah putih pun halamak aii memang basahlah. Sampai tepi jalan nak melintas....
SPLASHHHHHH!!



Entah kenapa effect over sangat -_______-" Oh ya, lopak air yang dilanggar kereta akhirnya terkena tempias pada saya. Saya yang dah sedia basah kena hujan, bertambah basah. DAN KOTOR. Boleh dah rasanya buat iklan pencuci baju. "Baju yang putih senang dicuci, hati yang sakit ni siapa nak ubatkan!!"


Bila dah kena tempias macam tu, terasa macam dalam kartun. Best jugakkan drive lepastu langgar lopak air lepastu kena kat orang. BESTNYA.

Saturday, January 12, 2013

AURAWHITE 900,000MG




Produk minuman pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu-satunya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!


Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 5 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !! (insyaallah)

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900,000MG (insyaallah)

- 50% pencerahan ketara
- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 5 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita








Macam mana nak amalkan?


Excited sangat nak jual sampai lupa nak bagitau harga.


1 balang RM 110 (SM)               RM 130 (SS) 

2 balang RM 200 (SM)               RM 240 (SS) 

4 balang RM 400 (SM)               RM 500 (SS)

Beli aurawhite, dapat serum + shaker.


Rasa nak sangat-sangat tak?
Pembeli yang betul-betul berminat je, please.
Jangan hampakan dan jangan mainkan perasaan saya.
:)

Kalau terpaksa back out, tak apa, inform je terus.
Jangan kepam pendam sorang sorang.


Minta maaf sebab tak boleh bagi whatsapp number sebab phone untuk bisnes tengah repair.


Wechat ID:
offendeadpearl

Double Gluta Soap

Sabun ni baru nak up. Minta maaf ye kalau anak-anak atau adik adik anda hentak hentak kaki minta dibelikan ini hanya kerana menyangka ia adalah gula-gula.



Tidak.


Ni bukan gula-gula ok. Ia adalah sejenis sabun. Fungsinya?

  • Mencerahkan kulit
  • Melembut & melicinkan kulit
  • Merawat kulit berminyak, berjerawat serta tona kulit tak sekata
  • Sesuai digunakan utk muka & badan
  • Boleh merawat masalah jerawat badan
  • Sesuai utk semua jenis kulit
  • Selain memutih, sabun ni dapat merawat kulit
  • Kesan seawal 7 hari ( sekali guna pun dah nampak kesan )
  • Biasanya kulit akan menggelupas halus seperti habuk.. Tak semua kulit peeling walaupun tak peeling tetap akan dapat kulit yg lebih cerah insyaallah
  • Tak merbahaya & sakit bila peeling sbb sabun ni bertindak membuang sel kulit mati & gantikan sel kulit yg lebih cantik & sihat
  • Bau yang wangi

Wangi. Apalah ertinya sabun kalau tidak wangi. Belum buka packaging pun dah terbau-bau. Review dari customers sangatlah membahagiakan.

100% daripada bahan organik.

BAHAN-BAHAN DOUBLE GLUTA SOAP:

1. Buah mahat
2.asam jawa
3.madu
4.kunyit hidup
5.halia
6.ginseng
7.RO water
8.manggis
9.yogurt
10.apple
11.delima
12.pearl
13.padi
14.vit.B.C.E
15.Collagen Function

1 pc RM 30 (SM)
       RM 35 (SS) 
2pcs RM 50 (SM)
        RM 65 (SS) 
3 pcs RM 70 (SM)
         RM  85 (SS)

Rasa nak sangat-sangat tak?
Pembeli yang betul-betul berminat je, please.
Jangan hampakan dan jangan mainkan perasaan saya.
:)

Kalau terpaksa back out, tak apa, inform je terus.
Jangan kepam pendam sorang sorang.


Minta maaf sebab tak boleh bagi whatsapp number sebab phone untuk bisnes tengah repair.

Wechat ID:
offendeadpearl