Tuesday, December 18, 2012

Terikut-ikut

Assalammualaikum.


Kalau orang Indonesia cakap bahasa dia dengan kita, anda balas dengan bahasa apa? Bahasa dia juga, kan?
Kalau orang Cina cakap Melayu dengan kita, anda balas pelat pelat Cina juga?
Kalau orang India cakap Melayu dengan kita, anda balas cara mereka juga?


Mungkin itu anda.
Tapi bukan saya.


Tapi sejak berkawan dengan seorang Sabahan ni, saya jadi terikut-ikut pula loghat Sabah dia. Bunyi macam kelakar bila saya guna loghat tu sebab selama ni saya cuma cakap seperti biasa. Kalau ada pun, loghat Pahang dan utara. Tapi saya tak berapa fasih loghat Pahang. Balik kampung je secara automatik lidah akan bertukar loghat.


Balik kepada topik.



Haa apa yang kelakar bila saya cuba berloghat Sabah? Bunyinya jadi seperti Made in Indonesia! Bila kawan tu cakap Sabah laju laju, saya terpaksa tegur "awak boleh cakap slow sikit tak? tak pun kurangkan sikit ke loghat tu. saya kalut nak balas apa nanti" Dia pun balas "apa dia?" Ok, kita cakap panjang panjang dia tak dengar. Sebab dia jalan di depan, saya di belakang.

Perbualan saya dan dia.
Awak di mana?
Saya di sini lah.
Ya, di sini tu di mana?
Di sini tu di sini la.
Saya di sini, awak juga di sini tapi saya tak nampak awak!
Geram pulak rasa.


'Sa' bermaksud saya. 'Sia' pun boleh. Contoh ayat.. er entahlah tak reti buat ayat. Boleh google.
Disebabkan dia dari Sabah, disebabkan saya jenis pelupa, saya simpan nama dia dalam telefon.... Niall Sa.


Ok. Niall tu bukan nama sebenar dia.
Saja taknak tulis nama sebenar kat sini.


Lama-lama baru perasan.
Bunyi macam Niall Saya.
Amboiiii.
Padahal nak tulis Niall Sabah.
Kasi singkat punya nama, tulis Sa jela.
Nasib baik dia tak nampak nama tu.

4 comments:

eimuizduaf said...

Hahahaahaa . Sabor jelaa . Deme orang Sabah Sarawak loghat lain sikit . Sabah belakang ada 'bah' . Sarawak pulak belakang semua ada 'jak' . Hahahaahahaa . Macam-macam :D . Teruskan belajar okay :D

Izz Hazwani said...

Orang kebiasaannya confuse loghat Sabah Sarawak dengan bahasa Indonesia.

Kat semanjung, saya susah bezakan loghat tganu dengan kelantan~~

Ok terima kasih untuk dorongan!

eimuizduaf said...

Loghat Tengganu dengan Kelantan best :D . hehee . Tapi saya suka lagi loghat orang perak . Kelakar :D

Izz Hazwani said...

Loghat orang Perak comel-comel. Orang cakap macam orang tua je but who cares kan~ Malaysia ada bermacam jenis loghat whoaaa