Tuesday, December 25, 2012

Selamat datang ke Kuantan Highlands.

Assalammualaikum.


Purrrrr. Sejuk betul Kuantan ni. Ibarat Kuantan Highlands. Suhu Kuantan sekarang adalah 23°C.  Sejuk sangat agaknya sampai pak cik tadi pakai jaket dan mafla dan snowcap macam dah turun salji. Nasib baik tak pakai earscarf fuhh.

Kepala berita bertajuk Kuantan Hampir Tenggelam hari ini buat saya berimaginasi seolah-olah akan wujud bandar baru selepas Kuantan. Kalau tengok dari bangunan tinggi, nampak bumbung-bumbung je. Dah macam Pulau Kuantan. Betul, tak tipu. Tak buat lawak.



Rapid Kuantan tersekat. Sudah tiba masanya kita menyediakan Rakit Kuantan. Macam mana nak sebut Rakit ni? Macam RACQUET. Ha kan ada iras-iras bunyi Rapid tu.


Tapi jujur, rasanya musim hujan kali ni sangat teruk. Hujan turun dengan lebat. Rahmat Allah. Jangan dirungut. Sentiasa bersyukur. Takkan tak ingat beberapa bulan lepas kita merungut bumi Kuantan ni panas terik rasa nak mandi dalam kolam taknak keluar keluar dah... sekarang hujan sejuk sungguh macam bukan Malaysia.... takkan nak merungut lagi?


Semoga kes kecemasan untuk ke hospital khusunya dipermudahkan perjalanan. Semoga tiada nyawa yang terkorban, tiada insan yang dijangkiti penyakit. Jaga kesihatan. Jangan selok sangat nak main air macamlah kat rumah awak tak ada air. Ingat ni Kuantan Waterpark?!!




Teringat masa kecil dulu dihantar duduk di Kampung X. Bila ibu ayah pergi kerja, memang kena duduk situ la. Bukan saudara-mara pun tapi dah ibarat saudara jugaklah. Nenek dia, nenek saya. Mak saudara dia, mak saudara saya. Yang sebaya saya pulak semua dah macam saudara. Panjat pokok sama, tangkap berudu sama, redah semak belukar sama, main dengan kawan sekampung lain sama-sama. Oh haa diorang panggil nenek diorang ni ATOK tau. Saya panggil nenek je. So, rumah nenek ni kat tepi parit. Parit besar. Musim hujan je mesti air naik. Satu hari tu, hujan lebat sangat. Air naik sampai masuk ke rumah. Masa tu dah boleh main bot lagi tau ha best tak best?? Pastu kena bawak semua barang naik tingkat atas. Bila dah duduk tingkat atas, takde benda la boleh buat. Golek golek tengok tv atau tidur. Dah macam rumah terapung atas sungai. Itu je memori saya dengan banjir. 



Hujan-hujan macam ni, rasa nak berbungkus dalam selimut setiap masa. Maka akan terhasil IZZ BUNGKUS!!

(Dah lama tak main puzzle semua tau. Alang alang main puzzle, biar menang hadiah sekali! Tengok sini lah, malas cakap banyak.)

Taknak mengulas panjang tentang sistem pemparitan. Yang penting, jangan saling menunding jari. Doakan semoga semuanya kembali sedia kala.


Ihik ihik, yang suka beli barang sekolah pada saat akhir tu..... jangan sedih sedih sebab bandar banjir. Itu boleh jadi alasan untuk anda extend cuti anda.

7 comments:

Aulia said...

Tangkap budu atau makan berudu? Adakah akak maksudkan makan budu? Atau memang ada haiwan yang dinamakan budu?
Apapun, setiap bencana yang berlaku pasti ada maksud tersirat yang tak dapat diungkap? Apa yang pasti, ini salah satu peringatan Tuhan kepada manusia yang semakin lalai.

Izz Hazwani said...

eh alamak alahai baru perasan. hahaha ok malu kejap!!

yep. tapi dah kena macam ni pun ada jugak yang tak sedar sedar lagi...

eimuizduaf said...

Sabar okay :) . Beruntung sebab kat sana dituruni hujan . Melaka sekejap-sekejap aje :) . Alhamdulillah atas ciptaan Tuhan . Dah biase . Memang tiap tahun bulan 12 mesti hujan jee memanjang .

Izz Hazwani said...

Tapi kali ni lain macam betul hujan & sejuknya. Purrrr~

Diera Tekikushika said...

mmg sekarang cuaca sejuukkkk jeee.. =) mmg syok je tidur. hehe

eimuizduaf said...

Macam dekat Korea pulak . Hehehe :D

Anonymous said...

Highlands yang ada waterpark. Menarik :b