Saturday, December 15, 2012

Komunikasi tanpa suara

Assalammualaikum.


Alhamdulillah tugas sebagai sukarelawan untuk sukan Paralimpik Malaysia Pahang 2012 dah tamat. Hari taklimat feeling ala-ala Superman masa nak gantung tag negeri pada khemah penyokong. "Pendek buat gaya pendek" Sindiran yang tidak ku endahkan sebab bagi saya, pendek itu bukan satu halangan :(


Azam nak gantung tag negeri punya pasal, kakak-kakak kesayangan dukung saya. Manis sungguh mereka ini. Nasib baik saya ringan. Kalau tidak... fuhhh.


Hari pertama bertugas - seorang demi seorang saya perhati. Air mata tak tertahan sebenarnya masa tu. Saya salah seorang manusia yang kadang kadang lupa untuk bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Menangis juga masa tu tapi tak lama. 

"Bukan simpati yang diorang nak." 

Tak ada siapa mengemis simpati. Cuma saya yang terlalu emosi. Berat mata memandang, tak terbayang insan itu yang menanggung sendiri.


"Orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur dengan diri sendiri"


Ok, berhenti emosi kalau tak nak menangis lagi.


Tugas saya walaupun hanya duduk atas kerusi dan tick nama peserta namun agak kepenatan bila saya ni memang jenis cepat gelabah. Gelabah gelabah pun, senyum tak mahu lekang dari bibir. Bibir je senyum, mata tak tahu senyum ke tak. Yang pasti, mata siapa saja yang jadi tatapan saya akan diberi senyuman. Sedar dah senyum tak comel tapi peduli apa kan. Kalau tak senyum rasa macam tak lengkap pula hidup. Gituuuu. Rasa macam... entahlah. Mesti nak juga SENYUM.


Anda dah senyum ke belum harini? Saya dah.


Kadang bila situasi lengang, saya tinggalkan kaunter sekejap. Pergi tengok atlet dan menjerit menyokong. Bukan sayalah kalau tak menjerit tu. Tapi kalau yang menjerit tak semestinya saya. Ada masa lapang saya berjalan naik turun tangga. Tiba tiba kawan saya, Nik, panggil.

"Winnie, kau cakaplah dengan dia"
"Apa benda kau ni? Kau la cakap. Aku penat"
"Alaa kau pergi la"
"Ish kau ni. Yela."

Lelaki yang mulanya bercakap dengan Nik, memandang saya pula. Lebih tepat, bukan bercakap tapi menggunakan bahasa isyarat. Tangan kirinya dibuat isyarat telefon dan diletakkan di telinga. Minta nombor telefon? Saya yang terpinga-pinga balas dengan maksud "tak boleh tak boleh" Dan saya pun pergi. Tiba-tiba...


"WEIII DIA TAK NAK BAGI NOMBOR LA"


Boleh pulak bercakap?!! Tadi bukan main guna bahasa isyarat. Nak main-mainkan orang ke? Dah lama hidup? xasdfghjklx




Lunch break sepatutnya habis 2.30 petang. Solat Zohor dan makan tengah hari di East Coast Mall dan berlenggang kembali ke stadium. Kelihatan dari jauh tiga lelaki ke arah kami. Menggunakan bahasa isyarat lagi. Salah seorang buat gaya main bowling. Saya dah gelabah lagi sekali. Apa benda nak cakap ni. Takut dia tak boleh mendengar. Ahaa! Bawa keluar telefon bimbit dari poket.


Nak main bowling?

Telefon ditunjuk kepada mereka.
Mereka mengangguk.


Kat Megamall.

Salah seorang point kepada ECM.
Saya geleng dan saya tunjukkan Megamall yang sebenarnya tak kelihatan sebab agak jauh kalau berjalan kaki dari stadium.

Agak jauh nak pergi sana.


Mereka mengangguk dan mengucapkan terima kasih.
Eh mana saya tahu? Hm saya agak je sebenarnya.
Secara serius, kalau saya mampu, dah lama saya sendiri jadi ala ala tour guide bawa mereka ke Megamall.





Dalam melayan rasa mengantuk di kaunter, saya sebenarnya tengah khusyuk perhati sekumpulan atlet di depan mata yang berbicara dengan bahasa isyarat. Dilihat dari pandangan saya, nampak bersungguh bercakap. Tak faham dan tak tahu makna tapi tengok jela yang mampu. Sedar sedar ada lagi beberapa atlet di sebelah kiri saya. Betul betul kat sebelah. Bahasa isyarat lagi. Berkomunikasi sambil salah seorang memandang saya dan diikuti kawannya. Sambil senyum. APA NI? Mentang mentang saya tak tahu :(


Sama macam uncle, aunty dan kawan kawan India saya. Dah ah cakap pasal saya, guna bahasa Tamil pulak tu. Sambil gelak. Ce cakap bahasa melayu, fahamlah jugak saya nak menggelak sama kan :(


Sampai betul hati diorang buat saya camni :( Sedih tau sedih. Saya sedar siapa saya. Ibarat melukut di tepi gantang....




Akhirnya... saya bertemu dengan salah seorang atlet ni. Tak bisu pun tapi bolehlah sign language. Diajar cara mengucapkan 'saya suka awak'.


"Awak buatlah sekali" katanya yang sedang mengajar saya. Saya yang terpinga-pinga lagi ni ikutlah dia buat. Tiba tiba dia YESSS, AWAK SUKA SAYA! Adoi, terkena macam tu je.

Sabar je ok sabar..... *geleng geleng kepala* Taknak belajar dari dia dah rasa hahaha





Dan yang lain-lain, biarlah saya simpan buat kenangan saya. Ada seorang atlet yang katanya tak suka melihat senyuman yang dilemparkan untuk dia. Sebab terasa senyuman sindiran. Lain orang lain perasaannya, kan? Kalau tak mampu senyum, apa lagi yang boleh dibuat?



Haaa, cikgu dari Johor antara cikgu yang peramah dan baik dan mampu menghidupkan suasana seperti conversation seorang anak dan ayah. Kami boleh cakap apa saja tanpa ada rasa janggal walaupun baru jumpa. Oh memang semua yang saya baru jumpa saya layan macam dah lama kenal.


Siap tahu nama.


Semoga rasa syukur ni tak menyinggah sekejap cuma. Biarlah menetap sampai hembusan nafas terakhir.
Rindu kenangan. Bila saya cakap kenangan, semua perkara dan semua insan yang terlibat dengan saya tergolong dalam kenangan yang saya nyatakan.

8 comments:

Ssan said...

Rasa mcm kesian pulak bila fikir ada org tak blh terima senyuman walaupn senyuman ikhlas, mesti sblm ni ramai yg pernah bg senyuman sindir dgn dia :(

Izz Hazwani said...

Itulah. Mungkin belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ni. Mungkin benda tu masih baru untuk dia.

Husna AOmar said...

Pengalaman baru. Semua kenangan mahal.

Ada la jugak simpan sesuatu untuk cuti ni kan.
Simpan baik-baik!

Izz Hazwani said...

Nak simpan, ikat, kurung.... tapi kalau memory full, terpaksa lepaskan.

Alya said...

yang part ajar 'saya suka awak' tu macam dalam cerita kuch kuch hota hai yang budak tu ajar Rahul macam mana nak buat isyarat 'i love you' masa kat summer camp heee :)

Izz Hazwani said...

Eh haah baru ingat. Comel sangat!

eimuizduaf said...

Pengalaman . Hehehee . Kena belajar bahasa isyarat nie :D .

Izz Hazwani said...

Jom!